Keadilan Cabang Rasah |
Posted: 28 Jul 2011 11:26 PM PDT Pemilihan PKR 2010 lalu menjadi titik sejarah penting buat seluruh anggota PKR dan politik dunia. Ia adalah sebuah pemilihan organisasi politik secara terbuka iaitu satu anggota satu undi. Malah PKR menjadi pertubuhan politik dalam dunia yang mengaplikasikan kaedah pemilihan ini secara demokrasi. Buat langkahan pertama menjalankan pemilihan ini, tentulah ia menyerlahkan beberapa kelemahan dalam mengendalikannya. Namun, jika kelemahan-kelemahan itu diimbangkan dengan keupayaan parti menjalankannya, ia menjadi modal kekuatan untuk memperbaiki kaedah-kaedah pengendalian pemilihan tersebut akan datang. Walaupun dengan dana yang terhad, Pemilihan 2010 tetap mampu dijalankan. Harus diingat bahawa pihak Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) mengendalikan 'perlawanan' banyak penjuru yang melibatkan banyak jawatan dengan penyertaan ramai anggota parti. Jika dibandingkan dengan SPR yang mengendalikan 'perlawanan' satu lawan satu dikebanyakan tempat, sekali-sekali 'perlawanan' berpenjuru yang melibatkan hanya satu jawatan iaitu samada Parlimen atau DUN. Pemilihan PKR 2010 melibatkan pertandingan peringkat Cabang iaitu 18 jawatan utama, AMK Cabang dengan 18 jawatan utama dan Wanita dengan 10 jawatan utama. Perlawanan jawatan-jawatan ini berlangsung di 215 Cabang PKR yang berdaftar di Pendaftaran Pertubuhan, selebihnya adalah berstatus penaja. Jika jawatan utama iaitu Ketua, Timbalan Ketua dan Naib Ketua berlaku pertandingan satu lawan satu, maka di kesemua cabang terbabit akan melibatkan 1290 orang yang bertanding. Bagaimana pula dalam situasi pertandingan lebih daripada 1 lawan 1? Sudah tentu angkanya akan berlipat ganda. Itulah cabaran besar yang dipikul oleh JPP untuk melaksanakan secara terbaik dan lancar. Pemilihan lalu juga turut mencatat sejarah di Cabang Rasah iaitu pada peringkat pemilihan pimpinan pusat apabila Ketua AMK Cabang Rasah yang menang dalam pemilihan AMK cabang telah ditangkap oleh Pengawas JPP kerana menjadi pengundi hantu pada hari pemilihan MPP yang berlangsung di Cabang Rembau pada 31 Oktober 2010. Muhd Zamri Vinoth Bin Abdullah telah tertangkap ketika sedang mengundi. Beliau telah mendaftar masuk mengundi dengan menggunakan nama anggota lain dari Cabang Rembau, Mohd Anis Bin Yahaya. Pembantu pengawas bertugas di meja semakan telah mencurigai identiti beliau, situasi tersebut telah disedari oleh Pengawas JPP yang lain. Ketua Pengawas JPP untuk pemilihan MPP di Rembau telah meminta kad pengenalan Muhd Zamri untuk mengesahkan identiti beliau. Pada awalnya, Muhd Zamri keberatan untuk menunjukkan kad pengenalan beliau tetapi hanya menunjukkan kad keanggotaan Mohd Anis Yahaya. Setelah Ketua Pengawas berkeras, Muhd Zamri telah menunjukkan kad pengenalan beliau. Ternyata kecurigaan pengawas-pengawas benar dan semua kertas undi yang ditanda oleh Muhd Zamri dirampas. Itu adalah antara catatan 'gempar' yang berlaku dalam pemilihan parti lalu di Negeri Sembilan yang melibatkan seorang penjawat jawatan utama sayap parti dari Cabang Rasah. Namun tindakan Muhd Zamri selepas itu keluar memberi beberapa kenyataan media telah memakan diri. Beliau kemudiannya telah digantung keanggotaan dan kes beliau telah disiasat oleh Jawatankuasa Displin Parti (JKD). Pada 21 Mac 2011 lalu, beliau seterusnya telah dipecat keanggotaan dari parti atas kesalahan mengundi di cabang lain. |
You are subscribed to email updates from Keadilan Cabang Rasah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan