Sabtu, 2 Julai 2011

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Tunjukkan dimana kezaliman kami - Guan Eng

Posted: 02 Jul 2011 01:45 AM PDT

TASEK GELUGOR, 2 Julai: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencabar Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bersekongkol dengan 'demo jalanan' di hadapan Komplek Tun Abdul Razak (Komtar) semalam supaya tunjukkan dimana kezaliman kerajaan negeri Pulau Pinang.

"Buktikan di mana kezaliman Kerajaan Pakatan Rakyat sejak mengambil alih pemerintahan daripada Barisan Nasional (BN) pada tahun 2008," kata Lim Guan Eng.

Semalam Pemuda Umno telah membuat demonstrasi kononnya membantah Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng kerana menyokong Perhimpunan Aman BERSIH 2.0 yang bakal diadakan di ibu negara pada 9 Julai 2011 ini.

Mereka membawa sepanduk dan banner-banner kononnya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai anti Islam, dan menyebabkan perpecahan Islam.

Mereka juga turut memakai pengikat kepala yang bertulis kalimah "Lailahaill Allah". (gambar atas)

Namun di sebalik perhimpunan ini, ada perkara yang harus diketahui oleh semua pihak. Antaranya bagaimana wanita ini turut memakai kain pengikat kepala dengan kalimah "Lailahaill Allah" secara terbalik. Malah dia juga tidak menutup aurat.

Bagi Lim Guan Eng, apa yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat adalah untuk memastikan rakyat mendapat manafaat hasil penjimatan, anti rasuah dan tidak menggunakan pengeluaran untuk kroni.

"Beri contoh di mana kezaliman Kerajaan Pakatan Rakyat pernah lakukan, Adakah bantuan kepada warga emas, ibu tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU), golongan miskin, bantuan kepada anak yang nak ke Univesiti RM500 dan sebaganya merupakan kezaliman. Susahlah jadi macam Umno, Gerakan, MCA atau MIC mereka asyik kutuk tapi tak tahu menilai, " katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis penghargaan RM1,000 kepada 380 waris warga emas yang meninggal dunia peringkat Seberang Perai Utara (SPU) di Dewan Besar Sungai Dua pagi tadi.

Menurutnya, kenapa Umno dan NGO yang terlibat tidak pernah memahami dasar Kerajaan Pakatan Rakyat yang jelas membantu semua kaum tanpa memilih bulu seperti yang BN laksanakan semasa memerintah dulunya.

Sebenarnya Umno dan BN dengki melihat perkembangan terbaru di mana rakyat telah mula sedar apa yang kerajaan korbankan demi rakyat umpamanya menambah peruntukan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) ke tahap yang lebih tinggi.

Begitu juga peruntukan kepada agama lain, kata beliau.

Mereka selalu gunakan alasan Kerajaan Negeri menganiaya peniaga Melayu tetapi sebenarnya bukan.

Kejadian sebenar ialah kerajaan cuba selamatkan mereka daripada mendapat sakit dirempuh kenderaan apabila berniaga di kaki jalan, kotor dan mengganggu jalanraya.

Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mempunyai maklumat siapa yang inaya siapa, kata beliau.

Peniaga Melayu yang terlibat dengan pengrobohan gerai hanya sekitar 15 peratus sahaja itu pun diberikan lokasi ganti yang cantik manakala peniaga bukan Melayu ramai iaitu 85 peratus.

"Kita roboh ada alasan bukan menginaya peniaga sendiri lagipun bukan melayu sahaja diroboh tetapi cina dan India turut terlibat, " tegasnya.


Sumber: Harakahdaily

Bersih 2.0 : Khutbah Jumaat Jadi Wadah Sebar Fitnah?

Posted: 02 Jul 2011 01:40 AM PDT

KOMENTAR : Keunggulan Islam di Malaysia akan tercemar jika umat Islam tidak bangkit untuk menolak penggunaan masjid bagi mencapai agenda politik parti pemerintah.

Penggunaan Khutbah Jumaat untuk menfitnah penganjur dan peserta Bersih 2.0 harus dibidas oleh seluruh umat Islam; tidak kira mereka di Kuala Lumpur dan Putrajaya yang terpaksa mendengar khutbah itu sebelum menunaikan solat Jumaat semalam.

Selama ini, masjid tidak pernah diheret secara langsung dalam sesuatu pertikaian politik yang melibatkan agenda Umno, PAS mahupun Parti Keadilan Rakyat.

Campur tangan bingkas pihak Istana juga diharap dapat memastikan tidak ada pihak yang memperalatkan kesucian masjid untuk mencari kemenangan di kotak undi.

Bagaimanapun Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menukar segala sifir itu semalam apabila mengarahkan semua masjid di ibu negara dan Putrajaya membacakan Khutbah Jumaat bertajuk "Memelihara Nikmat Keamanan."

Tidak ada masalah dengan tajuk sebegitu namun intipati khutbah itu yang dipertikaikan. Ia disulami dengan tuduhan dan tohmahan bersabit Bersih 2.0 walaupun perhimpunan itu belum pun berlaku.

Berikut dua petikan daripada Khutbah yang dimaksudkan:

"Mutakhir ini kita dibimbangi oleh gerakan PELAMPAU yang menggelarkan diri mereka sebagai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil. Golongan ini pada asasnya memperjuangkan kepentingan individu atau fahaman tertentu tanpa mengambil kira sensitiviti dan kepentingan awam. "

"Dalam usaha mencapai matlamat perjuangan, golongan ini akan melakukan demonstrasi jalanan, perhimpunan haram. Mereka akan berarak ke hulu- hilir, berkumpul untuk BERTINDAK GANAS, merosakkan harta awam, melanggar undang-undang negara, malah SANGGUP MENCEDERAKAN PASUKAN KESELAMATAN."

JAWI melakukan dosa besar dalam membuat tuduhan melulu terhadap Bersih dalam keghairahan menyokong usaha pemerintah untuk membatalkan perhimpunan itu.

Dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh JAWI adalah tanpa bukti dan boleh diibaratkan rekayasa untuk disebarkan menerusi masjid-masjid supaya umat Islam menolak Bersih.

Apakah JAWI dianugerahkan "kuasa ajaib" untuk meramalkan apa yang akan berlaku pada 9 Julai?

Atau, adakah JAWI sekadar ikut telunjuk Umno dan memomok-momokkan apa yang disebut oleh pemimpin parti itu yang kemudian diulang oleh polis dan media arus perdana?

Bukankah JAWI sepatutnya membuat penilaian sendiri terhadap Bersih 2.0 secara objektif dan mengambil kira nas-nas Islam sebelum mengeluarkan khutbah mengupas agenda Bersih secara jujur?

Malangnya, ini tidak dilakukan. Sebaliknya, teks ucapan Khutbah Jumaat JAWI mengenai Bersih 2.0 tidak ubah seperti membaca Utusan Malaysia atau mendengar pengumuman polis menerusi TV3.

Selain membuat tuduhan-tuduhan yang disebut di atas, Khutbah Jumaat JAWI semalam juga mendakwa golongan "pelampau" Bersih meniru tindakan keganasan yang berlaku di negara asing bagi menekan dan mengugut pemerintah dalam memenuhi tuntutan mereka.

"Mimbar ingin menegaskan tindakan golongan "PENGKHIANAT" seperti ini merupakan satu tindakan yang zalim dan haram bagi umat Islam mengikutinya kerana cara ini sebenarnya satu tindakan yang boleh mencampakkan manusia itu di dalam kebinasaan serta mendatangkan keburukan, kegelisahan dan kesusahan kepada masyarakat."

Untuk maklumat JAWI, beberapa maklumat asas mengenai Bersih 2.0 adalah seperti berikut:

1. Ia dianjurkan oleh 63 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) namun disokong oleh parti-parti politik yang mahukan sebuah Suruhanjaya Pilihan Raya yang berwibawa dan sistem pilihanraya yang adil dan telus.

2. Semua pemimpinnya, termasuk Pengerusinya, Ambiga Sreenevasan dan Zaid Kamaruddin daripada Jemaah Islah Malaysia (JIM) memberi jaminan perhimpunan itu sebuah tuntutan masyarakat sivil yang aman.

3. Lima ribu sukaralewan akan bertugas untuk memastikan perhimpunan berlangsung secara aman dan teratur. Pasukan-pasukan peguam dan doktor juga disediakan untuk menangani sebarang keadaan.

Apa yang diperlukan ialah kerjasama polis untuk memastikan tidak berlaku kesesakan lalu lintas dan sebarang masalah lain yang berbangkit.

Sebaliknya, polis sudah pun mengharamkan gerakan ini, menangkap lebih 100 orang dan "mengecap" perhimpunan Bersih sebagai usaha menghidupkan fahaman komunis, malah di dalangi oleh agen asing!

Hanya Tuhan sahaja tahu apa yang akan dilakukan oleh polis pada 9 Julai ini. JAWI bagaimanapun sudah pun menjangka peserta Bersih akan bertindak ganas dan sanggup mencederakan pasukan keselamatan!

Hari ini pula Perdana Menteri Najib Razak cuba membakar sentimen keagamaan oleh Melayu apabila mendakwa Ambiga adalah musuh Islam kerana terbabit dalam kes Lina Joy.

Hanya Najib boleh menjawab bagaimana tindakan Ambiga membela Lina Joy boleh membahayakan Islam dan dasar 1Malaysia yang dibawanya.

Begitu juga JAWI harus menjelaskan bagaimana martabat dan syiar Islam boleh dipertingkatkan menerusi tuduhan dan tohmahan tidak berasas terhadap penganjur dan peserta Bersih.

JIka Khutbah Jumaat tajaan Jawi semalam dibiarkan berlalu begitu sahaja, maka ia akan membuka pintu untuk Umno selaku Pemerintah memperalatkan masjid setiap kali parti itu dalam keadaan terdesak untuk memenuhi agenda politiknya.


Sumber: TVSNEWS

Wan Ahmad Dicabar Buktikan Kata-Katanya

Posted: 02 Jul 2011 01:35 AM PDT

SHAH ALAM 2 JULAI : Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar dicabar supaya tampil dengan bukti kukuh bahawa "hampir mustahil" seorang pengundi boleh membuang undi sebanyak dua kali pada satu-satu pilihan raya.

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin mahu Wan Ahmad bukan hanya berhujah lantang, sebaliknya membuktikan kata-kata beliau berdasarkan pendedahan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat sebelum ini.

"Soal mustahil atau pun tidak itu adalah pandangan SPR yang tidak dikemukakan dengan bukti dan asas yang kukuh, saya ingin mencabar SPR untuk menjawab beberapa siri pendedahan yang dikemukakan yang terdapat pengundi mengundi lebih daripada sekali,"cabar Shamsul.

Menurut Shamsul,situasi sebegini sering berlaku apabila menjelang pilihan raya, seperti yang berlaku pada tahun 2010 di Pulau Pinang apabila isteri-isteri tentera telah didaftarkan sebagai pengundi pos tanpa kebenaran mereka.

Taktik ini katanya tidak mustahil akan digunakan sekali lagi pada pilihan raya umum ke 13 untuk memenangkan kerajaan pemerintah.

Oleh itu menurut Shamsul, Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) dan Pakatan Rakyat punya asas yang kukuh apabila mahu penggunaan dakwat kekal direalisasikan di negara ini bagi mengelak hal sama berulang.

Walau bagaimanapun, saranan itu disambut hambar oleh SPR.

"Sebab itulah Pakatan Rakyat meminta dan mendesak supaya SPR menggunakan teknik untuk mempertingkatkan lagi ketelusan mereka menggunakan dakwat kekal tetapi sehingga sekarang SPR tidak berani untuk melaksanakan dasar tersebut walaupun dalam pilihan raya yang lalu secara prinsipnya mereka telah bersetuju untuk melaksanakan (tetapi dibatalkan) kononnya dengan alasan dakwat itu terlalu mahal,"kata Shamsul lagi.

Jelas beliau, situasi seperti ini boleh berlaku apabila terdapat nama pengundi di dua lokaliti berlainan, biasanya nama mereka ini terdapat dalam dua DUN
yang berlainan malah mungkin dalam negeri yang berlainan.

Beliau juga tidak menolak cubaan SPR dalam memperbodohkan rakyat apabila menggunakan alasan-alasan yang tidak masuk akal untuk menidakkan pilihan raya yang
telus.

"Banyak kenyataan-kenyataan yang saya fikir bersifat seolah-olah memperlekeh dan memperkecilkan kebijaksanaan rakyat kerana kita (Pakatan Rakyat) melihat dalam konteks yang lebih besar. Apa yang ingin kita tentukan adalah satu perubahan dalam sistem pilihan raya,"ujar beliau.

Tegasnya SPR adalah satu badan yang bebas dan berasaskan kepada perlembagaan negara yang seharusnya bersifat telus.

Malah badan itu perlu menjadikan amalan penambahbaikkan dalam mewujudkan sistem yang adil dan tidak terikat kepada kerajaan pemerintah.

Terdahulu, Wan Ahmad berkata , "hampir mustahil" terdapat pengundi yang mengundi dua kali kerana SPR menggunakan sistem nombor pengenalan 12 digit di MyKad,
melainkan pengundi berkenaan menggunakan kad pengenalan palsu.

Malah beliau juga turut mengeluarkan kenyataan berbaur politik apabila mendakwa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai digunakan oleh Pakatan Rakyat untuk meraih sokongan bagi membina momentum untuk gagasan itu menawan Putrajaya.

Wan Ahmad juga turut mendakwa pembangkang mahu menggerakkan Bersih 2.0 setelah menyaksikan bagaimana perhimpunan tahun 2007 membawa kepada 'tsunami' politik yang memberi kemenangan besar kepada Pakatan pada PRU ke-12 yang lalu.


Sumber: TVSNEWS

Pewaju kutuk demonstrasi ganas Umno, PERKASA

Posted: 02 Jul 2011 01:30 AM PDT

Pertubuhan Wartawan dan Jurugambar Akhbar Cina Pulau Pinang (Pewaju) hari ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan penunjuk perasaan pro-Umno yang "menyerang dan mengancam" wartawan semalam.

NONEDua daripada wartawan berkenaan yang menjadi mangsa sikap agresif penunjuk perasaan itu telah membuat laporan polis.

Pewaju juga meminta polis membuat siasatan dengan secepat mungkin dan mengumunkan keputusan siasatan kepada orang ramai untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap polis.

"Dalam satu demonstrasi di bawah pimpinan peniaga Komtar, Mohamed Ghani Abd Jiman yang mendakwa dirinya sebagai wakil NGO, sekurang-kurangnya tiga wartawan diserang atau diancam oleh penyokong demonstrasi," kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

NONEPewaju juga menyatakan rasa kesal dan tidak puas hati dengan pihak polis yang didakwa gagal menjalankan tugas untuk melindungi rakyat apabila wartawan dijadikan sasaran oleh penyokong Umno dan PERKASA yang membuat bantahan ke atas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Kena tumbuk

"Serangan atau ancaman daripada penyokong demonstrasi ini berlaku tanpa menghirau kewujudan polis. Maka, bolehkah rakyat Malaysia yakin dengan keadaan keselamatan dalam negara?" soal pertubuhan itu.

NONEMenurut kenyataan Pewaju itu lagi, wartawan merupakan pihak yang paling dekat dengan tempat kejadian dan perlu membuat liputan berita yang paling tepat kepada masyarakat.

Justeru, wartawan dan media yang diwakili mereka memerlukan segala kerjasama dan sokongan dalam proses membuat liputan ataupun dengan gangguan yang paling minimum.

"Tetapi apabila seorang wartawan cuba mengambil gambar penyokong demonstrasi, seorang penyokong berpakaian baju Pemuda Umno yang tidak diketahui namanya mengeluarkan kata ancaman berbunyi 'kau nak berenang di bawahkah?'

NONE"(Ini) dengan jelasnya membawa maksud hendak mencampak wartawan ke dalam laut," dakwa pertubuhan itu.

Menurut Pewaju apa yang berlaku selepas itu lebih teruk apabila beberapa penyokong demonstrasi mengelilingi wartawan berkenaan dan mengacaunya dengan bendera.

"Akhirnya, wartawan itu kena satu tumbukan di belakang oleh salah satu penyokong yang juga tidak diketahui nama," dakwa kenyataan itu lagi.

Berunsur ganas

Menurut pertubuhan itu, apa yang berlaku semalam adalah serius sehingga mewujudkan suasana ancaman kepada wartawan semasa membuat liputan.

NONESelain itu, Pewaju juga membidas pihak polis yang gagal menjalankan tugasnya semasa bertindak dalam demonstrasi yang didakwa berunsur keganasan ini.

"Polis tidak menghalang penyokong yang menimbulkan kekacauan di atas jambatan Pulau Pinang selama setengah jam merupakan contoh yang terbaik

"Kenapa pihak polis tidak mengambil sebarang langkah pencegahan padahalnya telah mengetahui demonstrasi ini sehari sebelumnya?"

Pewaju juga mempersoalkan sikap dwi-standard polis yang bertindak keras terhadap himpunan BERSIH 2.0 tetapi membenarkan demonstrasi di Komtar yang ganas itu berlangsung,

NONE"Pewaju menegaskan pendirian bahawa, himpunan merupakan hak yang dijamin bawah perlembagaan negara. Maka Pewaju sokong penuh bahawa rakyat mempunyai hak untuk berhimpun, tetapi bantah sekeras-kerasnya dengan himpunan berunsur keganasan," akhir kenyataan itu.


Sumber: Malaysiakini

PSM 6 ditangkap semula ikut EO selepas dibebaskan

Posted: 02 Jul 2011 01:25 AM PDT

Ahli parlimen Sungai Siput Dr D Michael Jeyakumar dan lima anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditangkap semula mengikut Ordinan Darurat (EO) sebaik mereka dibebaskan pada jam 2 petang tadi.

psm released in penang bersih 1 crowd waitingMenurut peguam mereka, antara ahli lain yang ditangkap semula itu adalah timbalan pengerusi PSM M Saraswathy, ahli jawatankuasa pusat Choo Chon Kai, M Sukumaran, setiausaha bahagian Sungai Siput A Letchumanan dan pemimpin pemuda Sarat Babu.

Menurut tweet PSM sebelum ini, mereka akan dibawa ke Bukit Aman di Kuala Lumpur.

Bendahari PSM Siva Rajan pada sidang media di luar mahkamah Butterworth berkata kumpulan itu dibebaskan dari ibu pejabat daerah polis Kepala Batas, Pulau Pinang pada jam 2 petang ini.

psm released penang bersih psm treasurer sivarajanNamun, kata Siva (kiri) mereka ditangkap semula oleh anggota polis dari Bukit Aman yang bersedia menunggu di luar balai berkenaan.

Ordinan Darurat hampir sama dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri yang membenarkan polis menahan seseorang suspek sehingga 60 hari.

Keenam-enam mereka adalah sebahagian daripada 30 orang yang ditangkap di plaza tol Sungai Dua pada 25 Julai lalu ketika menaiki bas menuju ke Pulau Pinang bagi menyertai siri kempen "Udah La Tu Bersaralah".

Kempen dilancarkan pada 24 Jun, menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 bagi menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Hubungan komunis

Polis mendakwa berdasarkan beberapa barangan yang dirampas daripada aktivis berkenaan menunjukkan mereka mempunyai kaitan dengan fahaman parti Komunis Malaya (PKM).


Mereka disiasat di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan atas tuduhan melancarkan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong.

psm released in penang bersih 1Pada Khamis, 30 Jun lalu, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang memutuskan keenam-enam mereka dikenakan tahanan reman sehingga hari ini.

Kebanyakan aktivis hak asasi manusia menganggap Ordinan Darurat lebih kejam daripada ISA. Seperti ISA, tidak perlu perintah reman daripada mahkamah untuk tangkapan seumpama ini.

Lazimnya, sejak beberapa tahun lalu, EO digunakan oleh polis bagi mengehadkan pergerakan mereka yang disyaki sebagai samseng dan terbabit dengan aktiviti haram dan kongsi gelap.

Sementara itu menurut Bernama, tangkapan Dr Jeyakumar dan lima ahli PSM yang ditahan semula di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969, disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

NONEKatanya mereka yang berumur 25 hingga 58 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kepala Batas, Pulau Pinang, pada pukul 1.20 tengah hari sebaik sahaja mereka dibebaskan selepas tempoh reman terhadap mereka berakhir hari ini.

Bercakap kepada pemberita di Bukit Aman di Kuala Lumpur, Khalid berkata mengikut maklumat awal, mereka dikatakan terbabit dengan pihak dari luar negara dan telah diresapi anasir subversif.

Katanya mereka ditahan untuk membantu siasatan lanjut berhubung maklumat awal yang diterima oleh pihak polis.

Sambung reman

Mengikut Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat, polis boleh menahan suspek sehingga 60 hari tanpa perbicaraan.

"Pihak polis menahan mereka untuk mencegah dari berlakunya apa jua jenayah yang menjurus kepada keganasan atau kekerasan," katanya.

Khalid berkata polis akan memohon kepada mahkamah supaya baki 24 orang dari kumpulan tersebut disambung reman kerana terdapat sedikit lagi siasatan yang belum selesai.

ronnie liu arrested by police bersih 020711Katanya jumlah keseluruhan tangkapan yang berkait dengan perhimpunan pada 9 Julai ini di seluruh negara berjumlah 150 orang.

Mengenai penahanan anggota exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu, tengah malam tadi kerana didakwa menghasut orang ramai dalam satu ceramah di Hulu Selangor supaya menyertai perhimpunan itu, Khalid berkata apa jua tindakan dan aktiviti yang menjurus kepada hasutan supaya orang ramai menyertai perhimpunan haram adalah satu kesalahan.

"Jadi semalam dalam ucapannya dia telah menghasut orang supaya beramai-ramai hadir untuk satu perhimpunan yang haram tanpa permit jadi kita tahan dia untuk rakam percakapan dan kita telah bebaskan dia," katanya.

gooi drag to police vanDalam perkembangan berkaitan, katanya sehingga semalam, polis telah menerima sebanyak 2,389 laporan polis berhubung bantahan perhimpunan itu.

"Saya baru dimaklumkan beratus-ratus orang lagi sedang membuat laporan polis minta pihak kita (polis) mengambil tindakan yang sepatutnya untuk menghentikan perhimpunan itu," katanya.


Sumber: Malaysiakini

BERSIH 2.0: Polis tangkap 14 orang di Alor Setar

Posted: 02 Jul 2011 01:20 AM PDT

Polis Kedah hari ini menahan 14 orang yang sebahagian besar mereka ahli PKR kerana didakwa bersubahat untuk cuba menghasut orang ramai menyertai perhimpunan BERSIH di Kuala Lumpur pada Sabtu depan.

kedah pkr arrested by police bersih 020711 02Semua mereka ditahan pada kira-kira jam 9.20 pagi ketika cuba mengadakan sidang media bagi mengajak orang ramai menyertai perhimpunan itu dan membantah tindakan polis menahan aktivits BERSIH di sebuah restoran di Pekan Koboi di Alor Setar.

Antara yang ditahan ialah, Timbalan Ketua Wanita PKR Kedah, Suraya Hashim; Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR negeri, Gooi Hsiao Leung dan Ketua PKR Cabang Kulim Bandar Baharu, Saari Fadzil Hud.

Mereka juga didakwa cuba menjual kemeja T kuning dengan logo BERSIH.

Sebelum sidang media mereka sempat bermula , polis terus menyerbu dan mengheret beberapa pemimpin PKR itu yang dijadual berucap ke tepi sehingga mencetuskan kekecohan.

Gooi menjerit: "Beritahu kami apa dakwaannya sebelum tangkap kami.

kedah pkr arrested by police bersih 020711 gooi hsiao leung"Ini tidak demokratik," katanya.

Namun, rayuannya tidak dihiraukan oleh pasukan polis yang diketuai oleh OCPD Adzman yang terus mengheretnya tanpa memberitahu apa dakwaanya.

Hampir 100 anggota polis berkawal di tempat aktivis berkenaan dijadual berucap.

Amaran polis

Ketika dihubungi Gooi berkata mereka kini ditahan Pusat Latihan Mentalon, Anak Bukit tetapi belum dimaklumkan mengenai dakwaan yang bakal dikenakan itu.

police arrest bersih in kedahKatanya, ahli PKR lain yang ditangkap termasuk Fazil Shari, K Naidu, Suraya Hashim, Asmalela Mohd Ghazali, Lee Kim Hock dan ahli majlis Leslie Daniel.

"Kami baru hendak mula sidang akhbar tetapi polis terus serbu. Ini amat memeranjatkan dan mengarut," katanya.

Sementara itu ketua polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata semua tahanan akan disiasat mengikut Seksyen 108 Kanun Keseksaan kerana didakwa bersubahat untuk mengadakan perhimpunan haram dan Seksyen 27 Akta Polis kerana berhimpun secara haram.

gooi drag to police vanBeliau juga mengingatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan itu atau mana-mana majlis yang berkaitan BERSIH yang tidak mempunyai permit.

"Kita juga sedang memantau semua ceramah di negeri ini. Kita memang bersiap sedia," katanya kepada wartawan.

"Kita tidak akan bertolak ansur dan tidak teragak-agak untuk menangkap sesiapa yang berani melanggar undang-undang.

"Jika ada yang degil dan berkeras mahu menyertai majlis-majlis ini, berfikirlah dua kali dahulu," tegasnya lagi.


Sumber: Malaysiakini

Exco S'gor ditangkap selepas ceramah dengan MB

Posted: 02 Jul 2011 01:15 AM PDT

Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu ditangkap selepas tengah malam tadi dan dilaporkan 'dipaksa' keluar dari kereta Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang ditumpanginya.

Pada kejadian 12.20 pagi itu, beberapa ahli exco baru sahaja selesai menghadiri sebuah majlis ceramah di Hulu Selangor dan dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur sebelum ditahan oleh polis pada pertengahan jalan.

NONEMenurut rakan exco yang juga saksi kejadian Elizabeth Wong (kanan), mereka berkonvoi kira-kira "lapan atau sembilan" kereta yang diketuai oleh sebuah kereta peronda polis di sebatang jalan di Rawang apabila tahanan dibuat.

"Kereta peronda di hadapan kami tiba-tiba mula bergerak perlahan manakala sebuah lagi kereta peronda memecut dari belakang kami. Liu yang bersama Khalid dibawa ke kereta peronda itu tanpa sebarang penjelasan," kata Wong yang memerhatikan kejadian dari keretanya.

Katanya, ceramah berkenaan dianjurkan oleh kerajaan negeri dan Liu sebelum itu ada berucap tetapi beliau tidak pasti kandungan ucapannya kerana beliau tiba hanya selepas rakannya itu selesai berucap.

Khalid kemudian menulis di akaun Twitter peribadinya bahawa Liu ditangkap kerana meminta rakyat turun bersama menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini.

ronnie liu arrested by police bersih 020711Menteri Besar itu juga menulis Liu ditahan di balai polis Serendah.

"YB Ronnie baru ditangkap polis ketika pulang bersama saya. Kereta kami yang diiringi polis dihentikan, dan polis memaksa YB Ronnie keluar," tulisnya.

Menurut setiausaha publisiti Pemuda DAP Selangor Lim Swee Kuan, Liu kemudiannya dibebaskan kira-kira jam 3.40 pagi dengan jaminan polis sebanyak RM3,000.

Usaha menghubungi ahli exco itu setakat ini buntu.

NONESejak minggu lalu, polis terus menghambat penyokong perhimpunan BERSIH dengan menangkap tidak kurang 100 orang di seluruh negara, termasuk wakil rakyat Pakatan.

Sebahagian besar mereka dicekup kerana memakai baju kuning BERSIH 2.0.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin pada 29 Jun lalu mengumumkan bahawa kemeja-T BERSIH berhubungkait dengan aktiviti haram, maka memakainya adalah juga adalah haram.

Maria: Apa jua halangan, BERSIH tetap diteruskan

Posted: 02 Jul 2011 01:10 AM PDT

Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini akan tetap diteruskan meskipun pihak polis menegaskan akan memastikan perhimpunan itu tidak akan berlaku.

NONEAhli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, pihaknya akan cuba memohon untuk mengadakan dialog kali kedua bersama pihak polis, laporKeadilanDaily.com.

Namun sekiranya gagal berbuat demikian, Maria berkata bahawa perhimpunan itu akan tetap diteruskan.

"Kalau mereka berkeras saya amat kecewa dengan tindakan mereka. Namun kita masih memohon agar sesi dialog akan dibuat untuk kali kedua.

NONE"Apapun kami tetap akan mengusulkan dan membuat rundingan sekali lagi.Walau apapun halangan, perhimpunan akan diteruskan," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar semalam, bahawa polis telah menutup semua pintu rundingan dengan penganjur.

Ia berikutan pertemuan Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bagi mencari jalan rundingan dengan polis sendiri bagi menentukan jalan laluan peserta BERSIH ke Istana Negara.

NONEBercakap pada sidang media di Bukit Aman, Khalid berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas peserta perhimpunan itu.

Cabuli hak manusia

Menurut Maria, BERSIH kecewa kerana polis masih berkeras, malah mengancam menggunakan ISA yang secara jelas mencabuli hak asasi manusia.

azlan"Polis sudah tidak ada idea dan cara lain selain kekerasan iaitu ISA, saya nak tanya PM kenapa bila kita dah buka cara untuk berdialog dan cuba berbincang tapi masih lagi tidak dapat terima?" soal beliau.

Menurut Maria, BERSIH telah memberikan cadangan dan usul yang munasabah untuk diterima pihak polis.

"Ian mudah dengan memberitahu tiga tempat berlainan di mana tiga kumpulan akan berkumpul untuk berarak.

"Kita juga menjamin keselamatan peserta kerana BERSIH sendiri sudah menyediakan 5000 petugas untuk mengawal keselamatan dan perarakan juga tidak akan melebihi 2 hingga 3 jam," tegasnya lagi.


Sumber: Malaysiakini

Pakai baju BERSIH 'di dalam' juga ditangkap polis

Posted: 02 Jul 2011 01:05 AM PDT


Tiga anggota PKR ditangkap di sebuah pasar di Batu Gajah, Perak pada jam 9.20 pagi ini kerana memakai kemeja T kuning BERSIH 2.0, meskipun mempunyai baju lain di luarnya. Menurut timbalan setiausaha PKR Perak Tan Kar Hing, ketiga-tiga mereka ketika kejadian sedang menikmati minuman teh apabila ditahan polis. "Polis minta mereka buka baju dan tahan mereka apabila baju dalam yang dipakai adalah baju BERSIH," lapor Tan. Ahli PKR itu dikatakan sedang menikmati minuman pagi dan tidak melanggar sebarang undang-undang sebelum didatangi beberapa orang pihak polis.

Seorang anggota polis itu dikatakan secara tiba-tiba bertindak menyelak baju yang dipakai salah seorang daripada mereka dan menampakkan baju kuning BERSIH 2.0 yang dipakai di bahagian dalam dan terus ditangkap.

Mereka yang ditangkap itu adalah timbalan ketua cawangan Batu Gajah Adnan Talib, 50, naib ketuanya Anthony Wijaya, 50, dan pengarah skuad Pemuda Perak Tamil Selvam, 28. Ketiga-tiga lelaki itu kemudiannya dibawa ke balai polis Batu Gajah untuk siasatan.

Hak buka baju

Sementara itu, Harakahdaily melaporkan ADUN Tronoh S Sivakumar dan peguam Ng Mun Yin turut mengiringi ahli PKR itu ke balai polis.

Sivakumar ketika diminta mengulas perkara itu menyifatkan, polis bertindak keterlaluan dan tidak menghormati rakyat.

"Mereka pakai T-shirt BERSIH di dalam, di luar baju lain, polis pergi buka baju mereka, apa kuasa polis buka baju orang cek dalam pakai baju apa?" soalnya tidak berpuas hati.

Sementara itu, Ng pula memaklumkan mereka ditahan di bawah Seksyen 112 Kanun Keseksaan.

Polis juga ujarnya memberi jaminan semua yang ditahan akan dibebaskan hari ini.

Sejak seminggu ini, semakin ramai yang ditangkap. Awal pagi tadi, exco Selangor Ronnie Liu ketika dalam perjanan pulang bersama Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim ditangkap di Hulu Selangor manakala di Alor Setar, 14 orang yang sebahagian besar mereka ahli PKR juga dicekup oleh polis.

Sistem baru SPR tak mampu kesan pengundi hantu

Posted: 02 Jul 2011 01:00 AM PDT

Sistem baru online Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mampu mengesan pengundi hantu yang didaftarkan di sesuatu alamat, sebagaimana yang dijanjikan oleh badan itu.

Khamis lalu, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar mendakwa sistem baru itu membolehkan seseorang pengundi memantau sama ada alamat rumahnya digunakan untuk mendaftar pengundi hantu.

NONEJika wujud kes sedemikian, katanya, pendaftar yang sah boleh mengemukakan aduan untuk tindakan lanjut SPR.

BagaimanapunMalaysiakinimendapati sistem baru yang dicanang oleh SPR itu hanya membolehkan lebih daripada satu pengundi memeriksa butiran pendaftaran mereka dengan menggunakan nombor kad pengenalan mereka.

Sistem itu tidak akan memberikan maklumat mengenai jumlah pengundi dalam sesebuah rumah jika hanya alamat rumah disertakan dalam carian.

Penyelaras Jaringan Pemantau Pilihanraya Malaysia (MEO-Net) Ong Boon Keong berkata sistem carian baru SPR tidak menunjukkan sebarang kelainan berbanding kaedah sebelum ini.

my election watch mew hulu selangor by-election report 270410 ong boon keong"Apa yang kami perlukan ialah sebuah sistem yang membenarkan butir-butir tempat mengundi diperolehi berasaskan maklumat seperti alamat rumah dan bukan hanya dengan nombor kad pengenalan," katanya.

Menurut Ong, SPR sebelum ini juga telah menolak cadangan itu beberapa tahun lalu kerana mendakwa ia membabitkan kos yang tinggi.

"Sebenarnya ia tidaklah mahal atau sukar dilaksanakan. Ia lebih kepada sama ada SPR mempunyai iltizam untuk berbuat demikian. SPR lebih cenderung untuk mengekang penyaluran maklumat kepada pihak awam," katanya.


Sumber: Malaysiakini

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Mengecam Penahanan Ahli Parlimen Sungai Siput

Posted: 02 Jul 2011 05:27 PM PDT

Kenyataan Media

Saya mengecam penahanan Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar Devaraj bersama lima yang lain di bawah Seksyen 3(1) dan Seksyen 4(1) Ordinan Darurat. Selain Ahli Parlimen Sungai Siput, turut ditahan adalah M Saraswathy, Choo Chon Kai, M Sukumaran, A Letchumanan dan Sarat Babu. Peruntukan tersebut membolehkan pihak berkuasa menahan individu terbabit selama 60 hari tanpa bicara.

Sebagai Ketua Pembangkang Dewan Rakyat Malaysia, saya menegaskan penahanan Dr Michael Jeyakumar di bawah Ordinan Darurat merupakan suatu penghinaan terhadap amalan Demokrasi dan Institusi Parlimen negara ini. Beliau selaku Ahli Parlimen yang dipilih berhak menyuarakan hasrat rakyat yang mahukan pilihanraya yang bersih dan adil.

Beberapa hari ini pihak pemerintah cuba memintal fitnah dengan mengaitkan tuntutan Pilhanraya yang bersih dan adil dengan gerakan subversif. Sedangkan sudah beberapa kali Sekretariat Bersih menegaskan perhimpunan yang bakal diadakan pada 9 hb Julai 2011 ini merupakan perhimpunan aman. Malah Sekretariat Bersih sedaya upaya berbincang dengan pemerintah agar tuntutan berkaitan pilihanraya dapat dilaksanakan. Akan tetapi gesaan dan tuntutan itu ditolak dengan penuh keangkuhan. Sewajarnya pemerintah tidak perlu gentar dengan tuntutan yang berharap membawa kebaikan buat rakyat dan negara Malaysia.

Saya menggesa pemerintah dengan segera membebaskan semua yang ditahan kerana dituduh terlibat dengan Bersih termasuk Dr Jeyakumar Devaraj dan lima yang lain. Saya juga menuntut pemerintah menghormati dan mematuhi prinsip Kedaulatan Undang-Undang serta Perlembagaan sepertimana yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Dewan Rakyat Malaysia

Kenyataan Surendran Berkaitan Pengharaman Bersih / Surendran’s Statement On The Outlawing Of Bersih

Posted: 02 Jul 2011 06:35 AM PDT

Kenyataan Media
2 Julai 2011

Pengharaman BERSIH

Kami mengutuk keras tindakan Menteri Dalam Negeri yang mengisytiharkan Bersih sebagai pertubuhan haram di bawah seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966.

Bagaimanakah sebuah pergerakan untuk pilihan raya yang adil menjadi ancaman kepada keselamatan?

Bagaimanakah sebuah perhimpunan aman dengan matlamat demokrasi yang murni menjadi ancaman kepada keselamatan awam?

Arahan yang dibuat Menteri adalah tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan. Seksyen 5 Akta Pertubuhan adalah bercanggah dengan Artikel 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan berpersatuan untuk rakyat.

Menteri turut menyalahgunakan kuasanya di dalam mengeluarkan perintah tersebut memandangkan tindakan tersebut bermotifkan politik dan berhasrat mengekang kritikan terhadap Kerajaan BN.

Kami menuntut perintah tersebut dibatalkan dan semua yang ditahan berkaitan dengan Bersih dibebaskan serta-merta.

N. Surendran
Naib Presiden
Parti Keadilan Rakyat

====

Press Release
2 July 2011
The Outlawing of BERSIH

We strongly condemn the act of the Home Minister in declaring Bersih unlawful under s.5 Societies Act 1966.

How can a movement for fair elections be a threat to security?

How can a peaceful assembly with a noble democratic purpose be a threat to public order?

The order made by the Minister is void and unconstitutional. S.5 Societies Act is in flagrant breach of Article 10(1)(c) of the Federal Constitution which guarantees the rakyat’s freedom of association.

The Minister also abused his powers in issuing the order as his motives were political and intended to stifle criticism against the BN government.

We demand that the order be revoked immediately and all those arrested in relation to Bersih be released at once.

N.Surendran,
Vice President,
Parti Keadilan Rakyat