Isnin, 23 Mei 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Pengurus Felda pun pinta borang menjadi peneroka..

Posted: 23 May 2011 09:45 AM PDT

Ramai pengurus-pengurus Felda yang sudah sedar dan insaf yang menyedari bahawa pendapatan mereka sebagai Pengurus Felda adalah lebih, jauh lebih kecil, dari peneroka-peneroka Felda yang tanam sendiri, turut memohon mendapatkan Borang Menjadi Peneroka Felda baru.

Beberapa orang pengurus Felda di kawasan Jengka dan ramai lagi pegawai dan kakitangan Felda memohon Borang tersebut.

Mereka ini yakin bahawa Pakatan Rakyat akan berjaya menubuhkan Kerajaan Baru menggantikan Barisan Nasional selepas PRU-13 nanti. Mereka telah lihat kesannya semasa Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini.

Mereka sudah dapat kesan bahawa Barisan Nasional sudah tidak dapat bertahan lagi di Putrajaya, dan mereka yakin bahawa Barisan Nasional akan kalah didalam PRU-13 nanti. Lagi cepat PRU diadakan, lagi cepat BN akan gugur.

Di rancangan-rancangan Felda di negeri-negeri Pahang dan Negeri Sembilan, sudah begitu ketara pergerakan peneroka-peneroka Felda yang mula memihak kepada Pakatan Rakyat.

Pengurus-pengurus Felda ini dapat rasakan bahawa terlalu banyak isu-isu membabitkan hak peneroka Felda yang diabaikan oleh Felda.

Isu-isu seperti geran tanah, perahan KPG, dana tanam semula, kunci kira-kira, hutang yang tinggi melampau, pendapatan bulanan yang terlalu kecil berbanding dengan hasil yang dikeluarkan daripada ladang masing-masing, menghantui UMNO/BN/Felda, dan mereka yang terlibat secara khusus dengan pengurusan diperingkat rancangan merasakan bahawa peneroka-peneroka tidak lagi mempertahankan pemerintahan UMNO/BN.

Pemansuhan Felda Plantation adalah program dari Pakatan Rakyat yang dinanti-nantikan oleh peneroka-peneroka Felda yang mahukan anak-anak mereka mempunyai masa depan yang cerah; manakala anak-anak peneroka Felda yang sedang berhadapan dengan pengangguran dan pendapatan yang kecil dan mempunyai masa depan yang gelap menunggu-nunggu kejatuhan Barisan Nasional agar harapan mereka untuk memiliki tanah menjadi kenyataan.

Kenyataan UMNO/Ahmad Maslan yang secara jelas menyatakan bahawa Felda tidak akan memansuhkan Felda Plantation sudah cukup untuk memualkan anak-anak peneroka untuk menolak UMNO/BN didalam Pilihanraya Umum akan datang.

Anak-anak peneroka ini faham bahawa selagi UMNO/BN memerintah, mereka tidak mempunyai apa-apa harapan untuk menjadi peneroka Felda dan memiliki tanah.

Mereka telah mengambil jalan yang jelas untuk menolak UMNO/BN untuk masa depan mereka yang cerah dan terjamin.

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Tian Chua gagal rayu denda RM2,000

Posted: 23 May 2011 01:45 AM PDT

Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan ahli parlimen Batu, Tian Chua untuk merayu hukuman denda sebanyak RM2,000 atas kesalahan menghalang tugas polis yang dijatuhkan ke atasnya sebelum ini.

Peguamnya Amer Hamzah Arshad bagaimanapun berkata, Tian Chua yang juga naib presiden PKR masih kekal sebagai ahli parlimen walaupun hukuman dan denda berkenaan dikekalkan oleh mahkamah rayuan.

NONE

Bercakap kepada pemberita, Amer Hamzah berkata, status Tian Chua itu adalah berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi pada Jun tahun lalu bahawa mahkamah tidak mahu satu pilihan raya kecil berlaku.

Mahkamah Rayuan menolak permohonan Tian Chua (kiri) secara sebulat suara memandangkan notis itu lewat difailkan.

Sebelum itu, mahkamah turut menerima bantahan daripada pendakwaan yang diketuai timbalan pendakwa raya Mohd Hanafiah Zakaria dan Ishak Mohd Yusof.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Balia Yusuf Wahi ketika membacakan keputusan itu berkata, rayuan berkenaan ditolak kerana proses memfailkan rayuan itu dijalankan secara "tidak cekap."

Jelasnya, Mahkamah Rayuan pada 30 Ogos lalu telah membenarkan permohonan untuk mendengar hujah bagi rayuan tersebut.

Bagaimanapun, pemohon berkenaan tidak memfailkan notis rayuan itu di pendaftar yang sepatutnya pada 6 September, 2010, kata Balia Yusuf lagi.

"Apabila diberitahu berhubung kesilapan itu oleh pendaftar mahkamah pada 5 Oktober, 2010, meraka memfailkan permohonan itu pada keesokan harinya," katanya lagi.


Sumber: malaysiakini

Khairy: Masa Pak Lah sokong sekarang bantah

Posted: 23 May 2011 01:40 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Mei: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin disifatkan bersandiwara ketika meminta Pemuda Umno membantah kenaikan harga barang.

Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail berkata, semasa berada di bawah pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dahulu, Khairy menyifatkan kenaikan harga barangan satu keperluan.

Beliau yang juga anggota Parlimen Machang mengulas ucapan Khairy yang antara lain menggesa Pemuda Umno seluruh negara membuat usul menentang kenaikan harga minyak kerana membebankan rakyat.

Beliau mencadangkan kerajaan menyemak semula perbelanjaan untuk program PLKN yang berjumlah RM600 juta dan mencadangkan kerajaan melakukan penjimatan perbelanjaan.

"Ucapan ini nampak seolah-olah lunak, tetapi sebenarnya tidak lebih dari sebuah sandiwara untuk berlagak jaguh rakyat terutama ketika pilihanraya umum semakin dekat.

"Ini kerana pada tiga tahun lepas, Khairy membuat kenyataan yang jauh sama sekali bertentangan dengan kenyataan beliau hari ini," kata Saifudin.

Beliau merujuk ucapan Khairy di Dewan Rakyat pada 23 Jun 2008 ketika membahas usul kenaikan harga petrol dan barangan yang dikemuka Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Dalam ucapan tersebut, Khairy direkod hansard sebagai berkata, "walaupun pahit dan mengundang pelbagai reaksi negatif rakyat jelata, (namun) keputusan kerajaan menstrukturkan (menarik balik) subsidi merupakan satu keperluan ekonomi yang tidak dapat dielakkan".

Beliau juga berkata dengan menaikkan harga minyak dan harga barangan keperluan, kerajaan membuat keputusan yang bertanggungjawab, beramanah dan jauh memandang ke hadapan.

Beliau menambah, walaupun rakyat terpaksa memikul beban hari ini, penstrukturan semula subsidi ini membawa system yang lebih adi ldengan subsidi yang progresif.

"Harus diingat, petikan ucapan di atas adalah ketika bapa mertua beliau, Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri," kata Saifudin.

"Soalan saya, kenapa Khairy sebagai seorang pemimpin utama parti Umno mengubah pendirian prinsipnya hanya dalam masa tiga tahun,

"Kenapa ketika bapa mertuanya menjadi Perdana Menteri, Khairy menyokong penarikan subsidi dan kenaikan harga barang, sedangkan ketika Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, Khairy terpaksa meminjam hujah Pakatan Rakyat yang konsisten menentang kenaikan harga barang dan penarikan subsidi kepada rakyat?" tanya beliau lagi.

Sehubungan itu, Saifudin percaya, sikap sebenar Khairy adalah ketika bapa mertuanya menjadi Perdana Menteri dan sikapnya tidak pernah berubah, kecuali untuk mengabui mata rakyat dan berlagak hero menjelang pilihanraya ke 13.

Sumber: Harakah Daily

Utusan sahkan Umno sedang usaha tarik DAP

Posted: 23 May 2011 01:35 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Mei: Selepas sebulan Harakahdaily dan Harakah menyiarkan cerita kononnya Umno sedang berusaha menarik DAP bersamanya, media Umno Utusan menyiarkan hujah-hujah kenapa ia wajar dilakukan.

Hujah-hujah itu dipaparkan Utusan melalui tulisan salah seorang pemikir (think tank) Umno, Tan Sri Dr Nordin Kardi, bekas Ketua Pengarah Biro Tata Negara dan juga Naib Canselor Universiti Utara Malaysia.

(Gambar: Rencana Nordin Kardi dalam Utusan 20 Mei)

Melalui tulisan yang disiarkan Jumaat 20 Mei itu, Nordin Kardi memberikan hujah-hujahnya kenapa Umno perlu menerima DAP sebagai rakannya selepas MCA dan Gerakan membuat pelbagai perangai.

Sebelum ini, Harakahdaily menyiarkan laporan Umno sedang berusaha untuk mendekati DAP selepas berjaya memecahkan PAS melalui isu kerajaan perpaduan.

Menurut sumber Harakahdaily, usaha itu dibuat melalui beberapa pemimpin DAP yang ada hubungan dengan pimpinan utama parti itu.

Namun begitu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menolak laporan itu dengan berkata, dia sendiri tidak tahu menahu mengenainya dan mustahil DAP meninggalkan Pakatan Rakyat buat masa sekarang.

Ekoran laporan Harakahdaily itu, Utusan melaporkan, pemimpin Umno menolak laporan itu dan menafikannya.

Namun tulisan Nordin Kardi ini membayangkan sesetengah pihak dalam Umno sedang melobi agar Umno menarik DAP menyertai BN.

Dalam tulisannya di Utusan, Nordin Kardi berhujah, ideologi DAP lebih dekat dengan Umno berbanding dengan MCA dan Gerakan yang ada sekarang.

Tambahan pula dengan karenah kedua-dua parti itu sehingga Umno perlu menyebut kepadanya, "take it or leave it".

(Gambar: Laporan Harakah yang berdasarkan laporan Harakahdaily 29 April lalu)

"Pemimpin MCA muncul atas kepentingan peluang perniagaan kontrak di Malaysia yang selama ini dimonopoli oleh syarikat-syarikat Inggeris berbanding PAP (Lee Kuan Yew) muncul atas kebimbangan kaum Cina akan diketuai oleh penganut-penganut komunis.

"Ini bermaksud DAP yang berkongsi ideologi dengan PAP itu secocok dengan ideologi Umno yang telah menyingkirkan pemimpin yang cenderung kepada faham kiri.

"Kuan Yew pernah memenjarakan Lim Chin Siong, yang pernah berjuang bersamanya, kerana dikatakan komunis, mirip tindakan Umno menolak beberapa pejuang kemerdekaan yang dikatakan berhaluan kiri.

"Jika hal begini diambil kira, secara ideologi nampaknya Umno dan DAP boleh duduk bersama dengan selesa," tulis Nordin dalam Utusan.

Bagi beliau juga, tuntutan "Malaysian Malaysia" DAP sebelum ini adalah selaras dengan apa yang telah dibuat oleh Datuk Seri Najib sekarang iaitu 1 Malaysia.

"Pada asasnya banyak tuntutan DAP sudah tidak bersesuaian lagi kerana semuanya telah ditunaikan oleh BN - tuntutan kriteria merit ke universiti, tuntutan "Malaysian Malaysia" sudah terangkum dalam "Satu Malaysia", dasar semuanya inklusif — mewajarkan DAP untuk tidak perlu silu atau meminta maaf kepada pengikutnya untuk menyertai BN. Semua peluang yang diminta telah ada di dalam BN," tulis Nordin.

Sehubungan itu, beliau meminta pemimpin Umno jangan terlalu bernostalgia tetapi depani realiti.

"Kesampingkan nostalgia dan sentimen tradisi, saya lihat DAP dan PAS akan amat selesa menyertai BN. Jika BN memang benar berhasrat menjadi satu parti tanpa komponen seperti sekarang, ia akan berlaku setelah hal yang saya utarakan ini didahulukan. Mengapa tidak? " tulis Nordin.



Sumber: Harakah daily

Undi PR Untuk Iklim Perniagaan Yang Adil, Kata Anwar

Posted: 23 May 2011 01:30 AM PDT


SANDAKAN 23 MEI: Pakatan Rakyat menjanjikan iklim perniagaan yang adil dan bebas daripada syarikat kroni yang menafikan peluang untuk syarikat-syarikat yang lebih berwibawa mendapat kontrak-kontrak awam, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim

Anwar berkata masa sudah tiba untuk memastikan negara tidak lagi dibelenggui dengan rasuah yang semakin memberi tekanan kepada sumber kewangan negara.

Beliau menegaskan amalan syarikat kroni Umno-BN untuk mmasuk membida tender projek awam, sekali gus menafikan peluang syarikat-syarikat lain, harus ditamatkan.

"Apa persamaan mereka semua? Mereka tidak bersaing(secara adil) mendapatkan kontrak dengan syarikat lain. Ini pemimpin (BN) yang ada kepentingan dalam syarikat bertanding dengan syarikat swasta. Tentunya dia menang (dapat kontrak)," kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu.

Berucap dalam majlis makan malam bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sandakan semalam, Anwar yang juga Ketua Pembangkang menjanjikan kepimpinan yang lebih amanah jika Pakatan Rakyat menerajui negara.

Beliau turut memberi amaran akan menggugurkan mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat yang merelakan rasuah dan penyelewengan berlaku terutama di Selangor, Penang, Kedah dan Kelantan.

"Kalau ada Ketua Menteri atau Menteri Besar Pakatan Rakyat curi, serta merta akan gugurkan.

Bercakap di hadapan tiga ribu hadirin pada majlis itu, Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Selangor turut menghuraikan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang memberi banyak manfaat kepada penduduk negeri berkenaan.

Anwar berkata perkara tersebut turut akan berlaku di negeri Sabah sekiranya rakyat memberi mandat kepada kerajaan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Beliau berkata MES berpaksi kepada mengembalikan hasil negeri kepada rakyat menerusi pemberian air percuma, pinjaman perniagaan tanpa faedah, tuisen percuma, biasiswa dan simpanan untuk anak negeri itu serta lain-lain program.

"Baru-baru in kita umum bahawa di semua bangunan rumah pangsa dan murah akan dicat semula serta dibaiki tingkap dan lif. Kita juga tambah tempat permainan untuk keluarga, parkir lebih banyak dan kita buat kesemuanya di Selangor. Ini semua kita guna a guna dana negeri sebab kita pentingkan rakyat," jelas beliau lagi.

Anwar kemudian menyeru masyarakat Sandakan yang ramainya terdiri daripada kaum Cina supaya menggunakan kebijaksanaan seraya memberi sokogan kepada parti itu memulihkan sistem pentadbiran negara yang diwarnai dengan rasuah dan pemborosan

"Jadi saya merayu kepada saudara di Sandakan ini bagi sokongan (kepada PR) sebab kita tidak ada pilihan. Negara ini mengalami penurunan, politik dan ekonomi. Jadi mari selesaikan perkara ini. Guna kebijaksanaan dan perkuatkan Pakatan Rakyat," kata Anwar


Sumber: TVSNEWS

'Siapa Bertanggungjawab Terhadap Lynas-JAS, LPTA'

Posted: 23 May 2011 01:25 AM PDT


GEORGETOWN 23 MEI : Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa ada sesuatu yang tidak kena dengan seluruh proses kajian semula terhadap loji nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa ada sesuatu yang tidak kena dengan seluruh proses kajian semula terhadap loji nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang.

"Terdapat dua proses kelulusan yang berasingan iaitu Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) di bawah Jabatan Alam Sekitar (JAS) di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (MNRE) dan Penilaian Kesan Radiologi (RIA) di bawah Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Presiden CAP, SM Mohamed Idris mendakwa, di luar pengetahuan orang ramai, Penilaian Kesan Alam Sekitar Awal (PEIA) untuk Lynas tidak meliputi faktor radiasi dan kesihatan.

"Pada hakikatnya, PEIA tidak menjelaskan pengecualian aspek radiasi daripada skop EIA dalam pengenalannya. Sebaliknya, pengecualian itu hanya dinyatakan secara khusus dalam bab kemudian, contohnya Bab 8 'Ringkasan dan Rumusan' (muka 8-13)," tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

"Sebagai tambahan, PEIA ada menyebut tentang Penilaian Kesan Radiologi (RIA) tetapi dalam keadaan yang tidak jelas. Contohnya, dalam Bab 2 PEIA, ia menyatakan 'Agensi Nuklear Malaysia (MNA), perunding radiologi yang dilantik oleh Lynas pada ketika ini sedang berusaha mengenalpasti dalam isu-isu keselamatan radiasi berhubung penyimpanan, pengendalian dan pengangkutan lanthamide'.

"Pada akhir Bab 3, PEIA menyebut buat pertama kali bahawa sisa yang dihasilkan dalam operasi loji adalah berradioaktif dan penyimpanannya akan dilakukan menurut saranan berdasarkan kepada 'Penilaian Kesan Radiologi' MNA yang dijalankan untuk projek itu (muka 3-7)," tambahnya.

Kelulusan JAS Pahang

Idris mendakwa projek Lynas mendapat kelulusan JAS Pahang cuma dalam tempoh dua atau tiga minggu selepas penyerahan cadangannya.

"JAS menerima PEIA pada 21 Januari 2008 dan diluluskan pada awal Februari. Bagi projek sebegitu komplek yang melibatkan bahaya radiasi dengan cadangan pengurusan, penyimpanan, dan pelupusan sisa yang kabur, kelulusan segera tersebut menimbulkan persoalan yang serius.

"Ini terutamanya apabila PEIA diserahkan dan diluluskan, RIA mengenai isu keselamatan radiasi masih dalam proses sedang ditulis oleh MNA untuk diserahkan kepada AELB," katanya.

Sehubungan itu, katanya, CAP berasa bimbang:

Pertama, bagaimana PEIA boleh menyarankan Pilihan Binaan (muka 3-8) apabila isu keselamatan radiasi masih belum dipertimbangkan? Bagaimana JAS negeri meluluskan PEIA dengan keadaan tergesa-gesa?

Perlu diingat, katanya, bahawa dalam PEIA, cadangan pengurusan sisa adalah kabur dan tidak mencukupi. Ia termasuklah perkara berikut:

1. Ruang untuk sel simpanan sisa bawah tanah amat terhad memandangkan air bawah tanah amat dekat dengan permukaan;

2. Kawasan itu juga mudah terjejas kepada mendapan kerana ia adalah bekas kawasan tanah paya;

3. Pelepasan sisa berbahaya ke dalam Sungai Balok dan seterusnya ke laut;

4. Sisa radioaktif beracun dan berbahaya yang sepatutnya disimpan dengan teliti dalam kolam khas dan sel simpanan di tapaknya tetapi dicadangkan untuk digunakan semula sebagai baja, konkrit, papan plaster, untuk jalan dan sebagainya (muka 5-58, 59)."

Wujud dua penilaian kesan

Kedua, terdapat RIA yang bebas daripada PEIA bermakna kini wujud dua penilaian kesan yang selari dan bebas.

"Ini berbahaya kepada seluruh proses kajian semula. Di bawah undang-undang alam sekitar Malaysia, JAS adalah pihak berkuasa penyelaras utama terhadap isu berkaitan alam sekitar dan kesannya ke atas kesejahteraan rakyat negara ini.

"MNA dan AELB adalah penggalak teknologi nuklear dan ini mungkin menimbulkan konflik kepentingan memandangkan MNA adalah perunding yang menulis RIA untuk Lynas. Oleh itu, sejauhmana berkesannya JAS dalam mencapai mandatnya untuk melindungi alam sekitar dan kesejahteraan rakyat negara ini?" soalnya.

Idris juga bertanya sejauhmana bebas dan autonominya JAS daripada MNA dan AELB dan adakah dasar dan keputusan JAS akan menjadi kurang penting berbanding kepentingan AELB?

"Adakah JAS terpaksa menyerahkan peranannya kepada AELB dalam perkara yang berkaitan dengan nuklear dan isu yang berkaitan dengan radiasi dan kesannya?

"Persoalan ini amat penting terhadap kredibiliti proses kajian semula Lynas," katanya.

Prosedur kelulusan

Ketiga, kata Idris, apakah penilaian RIA dan prosedur kelulusan di bawah AELB?

"Sementara proses EIA umum di bawah JAS diterbitkan secara meluas dan mudah diperolehi (contohnya dalam laman sesawang JAS), secara perbandingannya, proses RIA terus tidak diketahui.

'Agensi kerajaan manakah yang berada di dalam panel kelulusan RIA? Apakah kriteria untuk penilaian RIA? Kenapakah RIA dan kandungannya tidak dapat diperolehi untuk pemeriksaan pakar bebas?".

Keempat, katanya, Lynas dikehendaki memohon kepada AELB lesen yang berasingan untuk menduduki, pembinaan, pengimportan bahan radioaktif, penimbunan sisa radioaktif di tapak, operasi sementara dan operasi kekal.

"Adalah tidak jelas jika Lynas mempunyai semua lesen untuk beroperasi. AELB berkata hanya lesen menduduki dan pembinaan yang diluluskan."

Kelima, tambah Idris, PEIA yang dilakukan dengan tergesa-gesa itu juga kekurangan penilaian sosio-ekonomi yang sempurna.

Penilaian manfaat kos

"Tiada Penilaian Manfaat Kos (CBA) dilakukan. Alasan utama yang diberikan dalam PEIA untuk saranan Pilihan Binaan untuk projek Lynas ialah pulangan ekonomi dan kewangan yang besar.

"Kekurangan analisis sosio-ekonomi yang sempurna dan CBA membuktikan cadangan Pilihan Binaan adalah tidak betul.

"Contohnya, apakah nilai untuk kesihatan awam, pelancongan, perikanan dan industri lain di kawasan itu dan apakah yang akan berlaku apabila ia terjejas oleh projek Lynas?

"Mereka juga perlu mempertimbangkan contoh kesan kesihatan jangka panjang dalam kes Asian Rare Earth di Perak, dan industri nadir bumi di China," kata Idris sambil menambah bahawa terdapat isu-isu penting yang perlu ditangani berhubung projek Lynas.

Katanya, berdasarkan kepada perkara yang disebutkan di atas, CAP dan SAM menyarankan bahawa:

1. Projek Lynas dihentikan dalam usaha untuk menangani isu, termasuk Pelan Pengurusan Sisa (WMP) yang menurut pakar perlombongan Australia dilaporkan sebagai berkata, 'masih belum didedahkan oleh Lynas)'

2. Penilaian bersepadu dan telus perlu dilakukan untuk projek yang memerlukan EIA dan RIA. Ini boleh mencegah PEIA atau DEIA (EIA lengkap) diluluskan tanpa mengetahui sepenuhnya kesan keselamatan radiologi dalam RIA;

3. DEIA diperlukan mengikut undang-undang bagi sebarang projek yang memerlukan RIA, dengan itu memastikan proses kajian semula yang lebih teliti. Ini wajar, memandangkan aktiviti kurang berbahaya memerlukan penilaian kesan alam sekitar yang lengkap. Seterusnya tidak seperti PEIA, DEIA memastikan penyertaan awam satu mandatori;

4. Analisis sosio-ekonomi yang sempurna diperlukan bagi semua EIA, sama ada peringkat awal atau terperinci;

5. Ahli politik negeri dan persekutuan seharusnya tidak membuat dakwaan bahawa projek kontroversi itu adalah selamat memandangkan pengesahan politik yang tidak bertauliah itu menjadikan kelulusan projek itu bersifat politik, amat berat sebelah dan berbahaya.- Malaysiakini

Penduduk Buat Laporan Minta Perlindungan Polis

Posted: 23 May 2011 01:20 AM PDT


KLANG 23 MEI : Wakil penduduk Jalan Bukit Kerayong hari ini membuat laporan polis di Balai Polis Pandamaran ekoran ancaman pengusiran mereka dari kediaman oleh syarikat pemaju kawasan terbabit, Melati Ehsan Development Sdn Bhd.

Malah ada di antara penduduk di kawasan berkenaan yang berkali-kali didatangi oleh wakil dari syarikat pemaju yang meminta mereka meninggalkan kawasan penempatan itu kerana kerja-kerja pembinaan akan dijalankan tidak lama lagi.

Walau bagaimanapun, kes Jalan Bukit Kerayong ini masih dibicarakan di mahkamah dan pihak pemaju tiada hak untuk mengusir atau pun menceroboh kawasan tersebut.

Dua tahun lalu, pemilik tanah iaitu Tabung Projek Perumahan Terbengkalai (TPPT) Sdn Bhd menjualkan tanah tersebut kepada Melati Ehsan dengan harga RM32 juta dan Melati Ehsan akan mendapat keuntungan sebanyak RM150 juta daripada projek pembangunan ini.

Perkara ini jelas bercanggah dengan objektif penubuhan TPPT Sdn Bhd iaitu meningkatkan kemampuan rakyat memiliki rumah dengan membekalkan rumah kepada golongan pendapatan rendah.

Segelintir penduduk Bukit Kerayong tinggal di kawasan itu sejak 70 tahun lalu.

Mereka digelar peneroka bandar atas usaha dan titik peluh mereka meneroka hutan menggunakan wang dan tenaga sendiri untuk mendirikan rumah.

Namun tahun demi tahun, kawasan ini mula mendapat "perhatian" mantan Menteri Besar Selangor Muhammad Muhammad Taib dan ADUN Pandamaran ketika itu,Teh Chang Eng yang memulakan episod masalah dan penipuan di Jalan Bukit Kerayong.

Sehingga kini, masalah Jalan Bukit Kerayong masih belum selesai.

Menurut ahli parlimen Klang, Charles Santiago yang menemani penduduk, laporan polis yang dibuat pada hari adalah untuk meminta perlindungan daripada pihak
yang berwajib supaya penduduk tidak diusir.

"(Kami) meminta polis memberi keselamatan kepada keluarga Jalan Bukit Kerayong kerana kemungkinan besar pihak Melati Ehsan akan mula merobohkan rumah-rumah mereka,"kata Charles.

Menurut Charles lagi, pemaju menggunakan helah kononnya mahu membersihkan kawasan tersebut bagi menyimpan barang-barang pembinaan.

Walau pun demikian, ia jelas melanggar undang-undang apabila belum ada keputusan muktamad dari pihak mahkamah mengenainya.

"Isu ini masih lagi berada dalam kes mahkamah, oleh kerana itu apa yang dilakukan Melati Ehsan bercanggah dengan undang-undang sebab isu ini belum diputuskan
oleh mahkamah,"tegas Charles.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peneroka Bandar Jalan Bukit Kerayong, Dominic See Chee Yong, pihaknya telah beberapa kali mengadakan perbincangan
bersama Melati Ehsan namun sehingga kini tidak menerima jawapan yang memuaskan.

Malah katanya Melati Ehsan telah beberapa kali melakukan pencerobohan sebegini dan mencari pelbagai alasan untuk memasuki penempatan tersebut.

"Sebenarnya perkara ini sudah lama berlaku dan kami ingin satu jawapan yang pasti melalui hitam putih tetapi sampai sekarang masih belum menerima apa-apa
jawapan lagi,"katanya.


Sumber: TVSNEWS

Malaysia Tempat Ke 10 Pengguna Arak Terbesar Dunia

Posted: 23 May 2011 01:15 AM PDT

KUALA LUMPUR 23 MEI : Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan 'tahniah' dan 'syabas' kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana 'berjaya' membawa Malaysia ke ranking ke-10 negara konsumer arak terbesar dunia, kata Ketua Penerangannya, Herman Samsudeen.

Menurut Herman, kedudukan itu disahkan Pertubuhan kesihatan Dunia (WHO) yang menyatakan rakyat Malaysia menghabiskan lebih RM1.5 bilion setahun untuk membeli arak.

"Setiap tahun, 30% kemalangan jalan raya dilaporkan berlaku kerana pengaruh alkohol. Malah lebih teruk dari itu, arak juga sering dikaitkan dengan jenayah penganiayaan, dera, rogol dan bunuh. Gejala pengambilan arak juga kini sudah menular kalangan pelajar sekolah," ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru itu, DPPWP menggesa Pihak berkuasa Kerajaan Tempatan, Kerajaan Negeri dan Persekutuan supaya serius menangani perkembangan industri arak di negara ini.

"Pengeluaran arak di kilang-kilang dalam negara hendaklah dikurangkan, dan permohonan lesen-lesen pengilangan dan penjualan arak baru hendaklah dibatalkan.

"DPPWP juga mahu pihak berwajib memantau aktiviti penjualan arak dikedai-kedai, restoran dan Kelab Malam. Arak tidak sepatutnya dibiarkan dijual secara terbukaseperti dikedai-kedai ubat dan 7-Eleven yang beroperasi 24 jam. Akses pembelian arak yang begitu terbuka menyebabkan rakyat negara ini begitu mudah terlibat kepada gejala penagihan arak ini," ujarnya.

Dalam pada itu Herman berkata, Pemuda Pas kesal kerana kerajaan gagal menghalang umat Islam dari terjebak dalam urusniaga arak dan meminumnya.

"Oleh itu, Kerajaan wajib memberikan kuasa penuh kepada JAKIM dan Majlis Agama Negeri memantau umat Islam dari terjebak kepada arak. Islam mengharamkan umatnya meminum arak. Bukan hanya kepada rakyat biasa tetapi kepada golongan kaya dan pemimpin sekalipun, hukumnya tetap haram di sisi Islam.

Bagi yang bukan Islam, pula katanya, DPPWP menasihatkan supaya mereka menjauhi arak kerana ia lebih banyak memberikan keburukan berbanding kebaikan.

"Akhir sekali DPPWP berharap agar Kerajaan tidak terus menerus menutup mata, memekakkan telinga hanya kerana cukai arak yang tinggi dapat memberikan pulangan kepada dana kewangan negara.

"Ahli-ahli parlimen wajar membincangkan isu ini dan mencari langkah-langkah penyelesaikan terbaik bagi menyelamatkan rakyat. DPPWP berharap agar pemimpin Islam dan bukan Islam dinegara ini dapat mengambil perhatian serius fakta WHO ini dan berusaha menjadikan negara ini bebas dari pengaruh arak," katanya.


Sumber: TVSNEWS


PKR gesa S'gor siasat binaan di cerun

Posted: 23 May 2011 01:10 AM PDT

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa kerajaan Selangor supaya menyiasat kejadian tanah runtuh melibatkan sebuah rumah anak yatim di Batu 14, Hulu Langat yang mengorbankan 16 nyawa pada Sabtu lalu.

Wan Azizah dalam satu kenyataan hari ini berkata, kerajaan negeri juga perlu menjalankan siasatan ke atas semua pembinaan bangunan di lereng bukit dan juga premis persendirian.

24 buried alive in landslide at orphanage

"PKR memandang tragedi ini sebagai satu peringatan kepada manusia terhadap kepentingan menjaga keselamatan di tempat tinggal, sekolah, hospital dan terutamanya tempat anak-anak yatim dan orang-orang tua.

"Sikap tanggungjawab terhadap ciri-ciri keselamatan mesti dititikberatkan agar kejadian sama tidak berulang... Sudah cukup negara ini berhadapan dengan kejadian seumpama ini," katanya lagi.

Isu melibatkan pembinaan di kawasan cerun sebelum ini menjadi tumpuan susulan siri kejadian tanah runtuh di sekitar Lembah Kelang, termasuk kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada Disember 2008 yang menjejaskan sehingga 5,000 keluarga.

Mengulas lanjut, Wan Azizah yang turut berpeluang menziarahi jenazah serta mangsa yang terselamat dalam kejadian itu turut menyampaikan rasa simpatinya kepada keluarga mangsa yang terlibat.

24 buried alive in landslide at orphanage

"Suasana sebak dan pilu menyelubungi hadirin yang hadir, apatah lagi bagi anak-anak yatim yang terselamat bila mengenangkan teman-teman yang terkorban.

"Pastinya trauma yang mereka alami memerlukan sedikit masa untuk sembuh dan bakal memberi impak dalam kehidupan mendatang.

"Kepada anak-anak yang gugur syahid kita doakan agar mereka ditempatkan bersama para muslimin beriman," katanya lagi.

Kesemua 25 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa itu berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat hari ini.


Sumber: malaysiakini

Mat Sabu: K'jaan yang samakan demo dengan huru-hura

Posted: 23 May 2011 01:05 AM PDT

Seorang penyokong 'Berjalan untuk Demokrasi' 9 Julai depan, membidas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein kerana mencadangkan demonstrasi hanya dihadkan dalam stadium, atas alasan keselamatan awam dalam kepentingan keselamatan dan kesejahteraan awam.

NONE
Sebaliknya, pemimpin popular PAS, Mohamad Sabu berkata kerajaan yang mengganggu protes yang diadakan secara aman, sambil menyangkal dakwaan Hishammuddin bahawa pihak penganjur tidak menghormati undang-undang dan ketenteraman awam.

"Inilah minda kerajaan yang menyamakan perhimpunan dengan huru-hara," katanya ketika dihubungi hari ini.

Hishammuddin dilaporkan dalam beberapa akhbar harian sebagai berkata beliau akan mencadangkan kepada kabinet supaya menyediakan satu mekanisme untuk membenarkan demonstrasi diadakan dalam stadium tanpa memerlukan permit polis.

Utusan Malaysia memetiknya sebagai berkata, demonstrasi jalanan sudah lapuk dan hanya menjadi tempat untuk melemparkan tuduhan yang tidak memberi faedah kepada orang awam.

NONE
Hishammuddin juga menuduh penganjur 'Berjalan untuk Demokrasi' hanya mahu mencetuskan huru-hara dan untuk memberi gambaran bahawa Malaysia tidak stabil.

Bagaimanapun , Mohamad Sabu berkata sudah banyak perhimpunan yang dianjurkan oleh parti pembangkang dan NGO sejak bertahun-tahun lamanya yang berjalan secara aman.

Sebaliknya, kata beliau, kerajaanlah yang memberi gambaran negatif terhadap peserta perhimpunan tersebut.


Sumber: malaysiakini

DAP: Kenaikan harga gula untuk tambah untung Felda

Posted: 23 May 2011 01:00 AM PDT

DAP menuduh kerajaan pusat menaikkan harga gula untuk meningkatkan keuntungan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

azlan
Dalam satu kenyataan hari ini, setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng berkata kenaikan harga gula secara langsung akan
meningkatkan pendapatan Felda melalui pemilikannya dalam MSM Malaysia Holdings Bhd, iaitu cabang pengeluaran gula bagi Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd.

Lim berkata, memandangkan MSM telahpun mencatatkan keuntungan sebanyak RM232 juta pada 2010, maka Felda mampu menyerap sebarang potongan subsidi oleh kerajaan.

Ini ekoran pengumuman Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bahawa kenaikan RM0.20 harga gula sekilogram, akan menjimatkan kerajaan perbelanjaan RM116.6 juta setiap tahun.

"Apakah RM116.6 juta berbanding dengan RM232 juta keuntungan yang diperolehi MSM tahun lepas?

"Daripada melaksanakan tanggungjawab sosial korporatnya membantu rakyat Malaysia, terutama orang miskin, Felda akan memberi faedah daripada RM116.6 juta tambahan yang akan dibayar rakyat Malaysia," kata Lim.

Lim berkata, kerajaan pusat, jika ia perlu, boleh memindahkan dengan mudah RM116.6 juta kepada Felda, yang dimilikinya.

Sebaliknya, tegas beliau, selaras dengan dasar sentrik korporat BN membantu syarikat kaya atas penderitaan rakyat miskin, maka BN memilih untuk membebankan 27 juta rakyat Malaysia, sedangkan syarikat korporat raksasa seperti Felda atau MSM, memperolehi keuntungan besar.

Sumber: Malaysiakini

AMK KEDAH

AMK KEDAH


PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT MELAWAT ANAK YATIM YANG TERSELAMAT

Posted: 22 May 2011 09:44 PM PDT


KUALA LUMPUR 22 MEI : Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merakamkan jutaan takziah kepada keluarga, pewaris mangsa dan pihak rumah anak yatim yang terlibat dalam insiden tanah runtuh di Hulu Langat dekat sini semalam.

Beliau turut menggesa kajian menyeluruh dilakukan ke atas bangunan dan kawasan sekitar insiden kerana bencana melibatkan kehilangan nyawa katanya tidak boleh diambil mudah.

Ia penting kata Azizah bagi mengelakkan kejadian sama berulang pada masa hadapan.

"Saya mengucapkan takziah kepada keluarga yang telah kehilangan nyawa dan semualah yang telah ditimpa malapetaka ini tetapi kita mesti redha.

"(Namun) kita mesti cari penyelesaian kerana kalaulah tragedi ini berulang dan berlaku banyak kali, jadi kita mesti tengok puncanya. Apakah dengan pembangunan bangunan yang tanpa mengira persekitaran?," katanya kepada TV Selangor selepas melawat mangsa yang terselamat di Hospital Ampang petang tadi.

Beliau turut diiringi isteri Menteri Besar Selangor, Puan Sri Salbiah Tunut, Exco Selangor Rodziah Ismail dan Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor, Haniza Talha.

Dalam kejadian tanah runtuh semalam, 16 mangsa maut manakala sembilan lagi mengalami kecederaan dan dilaporkan dalam keadaan stabil kini.

Azizah turut mengingatkan tentang amalan beringat yang bersifat sementara di kalangan masyarakat.

Katanya, semua pihak seharusnya melihat dan belajar terhadap apa yang berlaku serta menjadikanya panduan supaya boleh mengharungi masa depan dengan lebih baik.

Jelasnya, peristiwa malang yang berlaku ini amat menyedihkan kerana ia melibatkan kehilangan nyawa yang besar serta di kalangan mereka yang masih anak-anak.

"Kadang kala kita nampak macam beringat sedikit bila lepas tragedi untuk seketika tetapi kejadian yang sama masih berulang.

"Nyawa (yang diambil seharusnya) menjadi pelajaran tetapi kita tak belajar dari pelajaran ini," katanya. -tvsnews

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim


JAWAPAN DARI KECELUPARAN MULUT AZWANDIN

Posted: 22 May 2011 11:45 PM PDT

1. Saya tertarik untuk mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah seperti yang disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia, muka surat 11 pada hari ini, 23 Mei 2011. Beliau dilaporkan berkata bahawa Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sebagai seorang yang bertopeng imej warak kerana sanggup memperalatkan pelajar sekolah agama di Kelantan untuk menghadiri program politik.

2. Program yang dimaksudkan oleh Azwanddin itu ialah program Munajat Anak Muda Kelantan yang berlangsung di Padang Perdana, Kota Bharu pada 20 Mei 2011 yang lepas yang menyaksikan belasan ribu hadirin membanjiri Padang Perdana untuk program khatam al-Quran dan solat hajat.

3. Azwanddin jelas sekali keliru apabila menyatakan bahawa pelajar-pelajar yang hadir diperalatkan. Hakikatnya, mereka hadir dengan kerelaan diri sendiri dan tanpa sebarang paksaan. Tentunya sebagai sebuah negara demokrasi, pelajar-pelajar tidak dihalang untuk menghadiri program sedemikian yang tentunya lebih baik daripada program konsert hiburan yang dibenarkan oleh UMNO / Barisan Nasional. Bahkan tindakan menyiarkan bahan lucah di dalam media eletronik dan cetak jauh lebih bahaya terhadap akhlak muda mudi dan ini langsung tidak ditegur oleh JMM.

4. Perlu diingatkan bahawa tidak menjadi amalan kerajaan negeri Kelantan memaksa pelajar-pelajar atau guru-guru datang ke program politik seperti yang diamalkan oleh UMNO. Berlainan dengan UMNO yang hanya berani menggunakan kuasa paksaan bagi meramaikan program mereka. Contoh jelas antaranya ialah apabila UMNO memaksa semua guru-guru di M

erlimau hadir dalam program kempen pilihanraya kecil DUN Merlimau pada 14 Februari 2011 yang lepas. Surat arahan tersebut dilampirkan bersama untuk rujukan. Demikian juga apabila guru-guru dipaksa untuk mendengar taklimat keselamatan yang antaranya diisi dengan ceramah yang memburuk-burukkan pemimpin Pakatan Rakyat.

5. Jika JMM menyatakan Menteri Besar Kelantan sebagai pengecut, maka JMM lebih pengecut apabila tidak berani untuk berdebat ekoran kenyataan seorang pemimpinnya yang menyamakan Menteri Besar Kelantan dengan Ayah Pin satu masa dahulu. Antara pihak yang mencabar debat dengan JMM ialah Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan. JMM perlu diingatkan bahawa berani berkokok di dalam akhbar sahaja tanpa berdepan dengan hujah adalah sebesar-besar sifat pengecut dan sifat ini ada pada pimpinan JMM.

6. Hakikatnya, UMNO dan Barisan Nasional gerun dengan kehadiran begitu ramai anak muda di dalam program tersebut. Bahkan jika UMNO dan Barisan Nasional dengan segala kekuatan jentera yang ada berusaha untuk mengadakan himpunan seperti itu, ia tidak akan berjaya. Ini kerana budaya 'upah dan suap' yang sudah sebati dalam darah daging perjuangan mereka. JMM hanyalah merupakan 'budak suruhan' kepada UMNO dan hanya akan bercakap untuk kepentingan politik UMNO dan Barisan Nasional.

Sekian.

AHMAD FADHLI BIN SHAARI,

Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan.


p/s Masih teringat ketika DS Anwar dibebaskan dari penjara, Azwandinlah orang yang pertama menghubungi saya untuk memaklumkan bahawa DS Anwar telah bebas dan beliau menyatakan dan menyakinkan saya bahawa DS Anwar juga akan kembali kepada UMNO. Namun selepas itu nama Azwandin tengelam dan akhirnya muncul kembali bersama Ezam ketika Ezam menyerahkan borang keahlian Umno kepada DS Abdullah Ahmad Badawi.

~ Nazri ~

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Electricity Tariff Can Go Lower Even Without Gas Subsidy

Posted: 23 May 2011 02:17 AM PDT

PRESS RELEASE
 
I refer to a series of recent statements by government ministers on a possible increase of electricity tariff expected in June 2011.
 
The issue of electricity tariff in Malaysia is inextricably linked to the lopsided agreements forced onto Tenaga Nasional Berhad (TNB) with the independent power producers (IPPs) especially the first generation IPPs.
 
The former CEO of TNB, Tan Sri Ani Arope had gone on record to protest the exorbitant electricity price charged by IPPs to TNB. The reported price range of 13.7 sen to 15.5 sen per kWh charged by IPPs to TNB was even higher than TNB's own generation cost, effectively forcing TNB to buy electricity at a bumper price. The price was also fixed for the duration of the agreement using a higher inflation adjusted price of power in the early years, thus allowing the IPPs to make bigger profits during the early years to recoup their investments at the quickest possible time.
 
The agreements also shield the IPPs from any risk of fuel (natural gas, diesel and coals) price increase which were passed to TNB to bear. Subsequently, this arrangement has caused PETRONAS to produce and buy natural gas at a much higher market price and sell to TNB/IPPs at a fixed subsidised price. The cost for this gas subsidy has ballooned to an estimated RM22 billion annually (at the current crude oil and natural gas market prices).
 
The final result of this complex and lopsided arrangements is the relatively disproportionate high electricity tariff paid for by the Malaysian public. The combined costs of higher electricity price charged by IPPs to TNB and the scheme for early repatriation of profits by IPPs had all been passed to the public – either by a direct increase in the electricity tariff or the financial loss from the gas subsidy provided to TNB/IPPs in the name of keeping the tariff low.
 
 

Unfortunately, for a country which heavily subsidises the power generation sector by way of cheap natural gas, Malaysia's electricity tariff is actually higher than Thailand's whose power producers buy the natural gas at market price (currently three times higher than the subsidised natural gas prices in Malaysia).

A residential consumer in Thailand only pays 18 sen per kWh for the first 150 kWh used; compared to Malaysia's tariff for equivalent usage of 22 sen per kWh. That is a difference of 22% higher tariff in Malaysia.

Similarly, retail customers under the category of "low voltage commercial tariff" also pay higher tariff in Malaysia compared to the equivalent electricity consumption in Thailand. The tariff is 37 sen per kWh in Malaysia, 48% higher than Thailand's tariff of 25 sen per kWh for the same category of consumption.

Therefore, it has been my contention all along that the estimated RM22 billion (RM 19 billion, 1999) gas subsidy provided to the IPPs/power generation sector does not reach the intended end users. Instead, it only benefitted the well connected businessmen and cronies over the years and robbed the country of the financial muscle to rein in inflation and expedite the right model of industrialisation and development.

It is in this perspective that I call upon the Federal Government to do justice by reviewing the price of power charged to TNB by the IPPs, including the dismantling of fixed charge elements such as stand-by and fixed capacity charges that had increased the cost of electricity in Malaysia significantly.

 

ANWAR IBRAHIM
LEADER OF OPPOSITION
23rd MAY 2011
 

Kenyataan Media Presiden KEADILAN

Posted: 22 May 2011 08:21 PM PDT

Kisah tanah runtuh Hulu Langat di rumah Persatuan Anak Yatim dan
Madrasah Al-Takwa, Felcra Semungkis, Batu 14 merupakan satu tragedi.
Ia menggesa kita semua mengambil iktibar dengan apa yang terjadi dan
mempertingkatkan lagi kesedaran serta keprihatinan dalam kehidupan
seharian.

Saya sempat menziarah mangsa yang terselamat juga bersama jenazah di Masjid Bt 14. Suasana sebak dan pilu menyelubungi hadirin yang hadir,apatah lagi bagi anak-anak yatim yang terselamat bila mengenangkan teman-teman yang terkorban. Pastinya trauma yang mereka alami memerlukan sedikit masa untuk sembuh dan bakal memberi impak dalam kehidupan mendatang.

Tidak lupa dengan kecekapan dan ketangkasan anggota keselamatan serta para sukarelawan harus dipuji. Mereka bertungkus lumus menyelamatkan anak-anak dalam hujan lebat dan keadaan tanah yang masih menunjukkan pergerakan yang tidak menentu.

KEADILAN memandang tragedi ini sebagai satu peringatan kepada manusia terhadap kepentingan menjaga keselamatan di tempat tinggal, sekolah, hospital dan terutamanya tempat-tempat anak-anak yatim dan orang-orang tua. Sikap tanggungjawab terhadap ciri-ciri keselamatan mesti dititikberatkan agar kejadian sama tidak berulang.

KEADILAN menggesa kerajaan Negeri Selangor menyiasat punca terjadinya tanah runtuh ini. Siasatan juga hendaklah dilakukan ke atas semua pembinaan bangunan dilereng-lereng bukit termasuk premis-premis persendirian. Sudah cukup Negara ini berhadapan dengan kejadian seumpama ini.

KEADILAN mendoakan agar mangsa yang terlibat akan diberikan perhatian untuk mereka dapat kembali dan terus melanjutkan pendidikan mereka. Takziah kepada keluarga mangsa semoga mereka tabah dengan ujian besar
ini. Kepada anak-anak yang gugur syahid kita doakan agar mereka ditempatkan bersama para muslimin beriman.

DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL

Lawatan Dato Seri Anwar Ibrahim Ke Bilik Gerakan Tragedi Rumah Anak Yatim Al Hidayah

Posted: 22 May 2011 07:41 PM PDT

Dato Seri Anwar Ibrahim akan ke bilik gerakan penyelamat Kerajaan Negeri Selangor Di Hulu Langat pada jam 6.45 petang bersamaan 23 Mac 2011 (hari ini).Beliau akan diiringi oleh Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor.

Berikut adalah butiran lawatan:

Lokasi: Bilik Gerakan Tragedi Rumah Anak Yatim Hidayah Madrasah Al Taqwa,Lembah Azwan Resort,Jalan Felcra Sungai Semungkis,Batu 14,Hulu Langat.