Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA |
- Tian Chua gagal rayu denda RM2,000
- Khairy: Masa Pak Lah sokong sekarang bantah
- Utusan sahkan Umno sedang usaha tarik DAP
- Undi PR Untuk Iklim Perniagaan Yang Adil, Kata Anwar
- 'Siapa Bertanggungjawab Terhadap Lynas-JAS, LPTA'
- Penduduk Buat Laporan Minta Perlindungan Polis
- Malaysia Tempat Ke 10 Pengguna Arak Terbesar Dunia
- PKR gesa S'gor siasat binaan di cerun
- Mat Sabu: K'jaan yang samakan demo dengan huru-hura
- DAP: Kenaikan harga gula untuk tambah untung Felda
Tian Chua gagal rayu denda RM2,000 Posted: 23 May 2011 01:45 AM PDT Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan ahli parlimen Batu, Tian Chua untuk merayu hukuman denda sebanyak RM2,000 atas kesalahan menghalang tugas polis yang dijatuhkan ke atasnya sebelum ini. Peguamnya Amer Hamzah Arshad bagaimanapun berkata, Tian Chua yang juga naib presiden PKR masih kekal sebagai ahli parlimen walaupun hukuman dan denda berkenaan dikekalkan oleh mahkamah rayuan. Bercakap kepada pemberita, Amer Hamzah berkata, status Tian Chua itu adalah berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi pada Jun tahun lalu bahawa mahkamah tidak mahu satu pilihan raya kecil berlaku. Mahkamah Rayuan menolak permohonan Tian Chua (kiri) secara sebulat suara memandangkan notis itu lewat difailkan. Sebelum itu, mahkamah turut menerima bantahan daripada pendakwaan yang diketuai timbalan pendakwa raya Mohd Hanafiah Zakaria dan Ishak Mohd Yusof. Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Balia Yusuf Wahi ketika membacakan keputusan itu berkata, rayuan berkenaan ditolak kerana proses memfailkan rayuan itu dijalankan secara "tidak cekap." Jelasnya, Mahkamah Rayuan pada 30 Ogos lalu telah membenarkan permohonan untuk mendengar hujah bagi rayuan tersebut. Bagaimanapun, pemohon berkenaan tidak memfailkan notis rayuan itu di pendaftar yang sepatutnya pada 6 September, 2010, kata Balia Yusuf lagi. "Apabila diberitahu berhubung kesilapan itu oleh pendaftar mahkamah pada 5 Oktober, 2010, meraka memfailkan permohonan itu pada keesokan harinya," katanya lagi. Sumber: malaysiakini |
Khairy: Masa Pak Lah sokong sekarang bantah Posted: 23 May 2011 01:40 AM PDT KUALA LUMPUR, 23 Mei: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin disifatkan bersandiwara ketika meminta Pemuda Umno membantah kenaikan harga barang. Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail berkata, semasa berada di bawah pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dahulu, Khairy menyifatkan kenaikan harga barangan satu keperluan. Beliau yang juga anggota Parlimen Machang mengulas ucapan Khairy yang antara lain menggesa Pemuda Umno seluruh negara membuat usul menentang kenaikan harga minyak kerana membebankan rakyat. Beliau mencadangkan kerajaan menyemak semula perbelanjaan untuk program PLKN yang berjumlah RM600 juta dan mencadangkan kerajaan melakukan penjimatan perbelanjaan. "Ucapan ini nampak seolah-olah lunak, tetapi sebenarnya tidak lebih dari sebuah sandiwara untuk berlagak jaguh rakyat terutama ketika pilihanraya umum semakin dekat. "Ini kerana pada tiga tahun lepas, Khairy membuat kenyataan yang jauh sama sekali bertentangan dengan kenyataan beliau hari ini," kata Saifudin. Beliau merujuk ucapan Khairy di Dewan Rakyat pada 23 Jun 2008 ketika membahas usul kenaikan harga petrol dan barangan yang dikemuka Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Dalam ucapan tersebut, Khairy direkod hansard sebagai berkata, "walaupun pahit dan mengundang pelbagai reaksi negatif rakyat jelata, (namun) keputusan kerajaan menstrukturkan (menarik balik) subsidi merupakan satu keperluan ekonomi yang tidak dapat dielakkan". Beliau juga berkata dengan menaikkan harga minyak dan harga barangan keperluan, kerajaan membuat keputusan yang bertanggungjawab, beramanah dan jauh memandang ke hadapan. Beliau menambah, walaupun rakyat terpaksa memikul beban hari ini, penstrukturan semula subsidi ini membawa system yang lebih adi ldengan subsidi yang progresif. "Harus diingat, petikan ucapan di atas adalah ketika bapa mertua beliau, Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri," kata Saifudin. "Soalan saya, kenapa Khairy sebagai seorang pemimpin utama parti Umno mengubah pendirian prinsipnya hanya dalam masa tiga tahun, "Kenapa ketika bapa mertuanya menjadi Perdana Menteri, Khairy menyokong penarikan subsidi dan kenaikan harga barang, sedangkan ketika Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, Khairy terpaksa meminjam hujah Pakatan Rakyat yang konsisten menentang kenaikan harga barang dan penarikan subsidi kepada rakyat?" tanya beliau lagi. Sehubungan itu, Saifudin percaya, sikap sebenar Khairy adalah ketika bapa mertuanya menjadi Perdana Menteri dan sikapnya tidak pernah berubah, kecuali untuk mengabui mata rakyat dan berlagak hero menjelang pilihanraya ke 13. Sumber: Harakah Daily |
Utusan sahkan Umno sedang usaha tarik DAP Posted: 23 May 2011 01:35 AM PDT KUALA LUMPUR, 23 Mei: Selepas sebulan Harakahdaily dan Harakah menyiarkan cerita kononnya Umno sedang berusaha menarik DAP bersamanya, media Umno Utusan menyiarkan hujah-hujah kenapa ia wajar dilakukan. Hujah-hujah itu dipaparkan Utusan melalui tulisan salah seorang pemikir (think tank) Umno, Tan Sri Dr Nordin Kardi, bekas Ketua Pengarah Biro Tata Negara dan juga Naib Canselor Universiti Utara Malaysia. (Gambar: Rencana Nordin Kardi dalam Utusan 20 Mei) Melalui tulisan yang disiarkan Jumaat 20 Mei itu, Nordin Kardi memberikan hujah-hujahnya kenapa Umno perlu menerima DAP sebagai rakannya selepas MCA dan Gerakan membuat pelbagai perangai. Sebelum ini, Harakahdaily menyiarkan laporan Umno sedang berusaha untuk mendekati DAP selepas berjaya memecahkan PAS melalui isu kerajaan perpaduan. Menurut sumber Harakahdaily, usaha itu dibuat melalui beberapa pemimpin DAP yang ada hubungan dengan pimpinan utama parti itu. Namun begitu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menolak laporan itu dengan berkata, dia sendiri tidak tahu menahu mengenainya dan mustahil DAP meninggalkan Pakatan Rakyat buat masa sekarang. Ekoran laporan Harakahdaily itu, Utusan melaporkan, pemimpin Umno menolak laporan itu dan menafikannya. Namun tulisan Nordin Kardi ini membayangkan sesetengah pihak dalam Umno sedang melobi agar Umno menarik DAP menyertai BN. Dalam tulisannya di Utusan, Nordin Kardi berhujah, ideologi DAP lebih dekat dengan Umno berbanding dengan MCA dan Gerakan yang ada sekarang. Tambahan pula dengan karenah kedua-dua parti itu sehingga Umno perlu menyebut kepadanya, "take it or leave it". (Gambar: Laporan Harakah yang berdasarkan laporan Harakahdaily 29 April lalu) "Pemimpin MCA muncul atas kepentingan peluang perniagaan kontrak di Malaysia yang selama ini dimonopoli oleh syarikat-syarikat Inggeris berbanding PAP (Lee Kuan Yew) muncul atas kebimbangan kaum Cina akan diketuai oleh penganut-penganut komunis. "Ini bermaksud DAP yang berkongsi ideologi dengan PAP itu secocok dengan ideologi Umno yang telah menyingkirkan pemimpin yang cenderung kepada faham kiri. "Kuan Yew pernah memenjarakan Lim Chin Siong, yang pernah berjuang bersamanya, kerana dikatakan komunis, mirip tindakan Umno menolak beberapa pejuang kemerdekaan yang dikatakan berhaluan kiri. "Jika hal begini diambil kira, secara ideologi nampaknya Umno dan DAP boleh duduk bersama dengan selesa," tulis Nordin dalam Utusan. Bagi beliau juga, tuntutan "Malaysian Malaysia" DAP sebelum ini adalah selaras dengan apa yang telah dibuat oleh Datuk Seri Najib sekarang iaitu 1 Malaysia. "Pada asasnya banyak tuntutan DAP sudah tidak bersesuaian lagi kerana semuanya telah ditunaikan oleh BN - tuntutan kriteria merit ke universiti, tuntutan "Malaysian Malaysia" sudah terangkum dalam "Satu Malaysia", dasar semuanya inklusif — mewajarkan DAP untuk tidak perlu silu atau meminta maaf kepada pengikutnya untuk menyertai BN. Semua peluang yang diminta telah ada di dalam BN," tulis Nordin. Sehubungan itu, beliau meminta pemimpin Umno jangan terlalu bernostalgia tetapi depani realiti. "Kesampingkan nostalgia dan sentimen tradisi, saya lihat DAP dan PAS akan amat selesa menyertai BN. Jika BN memang benar berhasrat menjadi satu parti tanpa komponen seperti sekarang, ia akan berlaku setelah hal yang saya utarakan ini didahulukan. Mengapa tidak? " tulis Nordin. Sumber: Harakah daily |
Undi PR Untuk Iklim Perniagaan Yang Adil, Kata Anwar Posted: 23 May 2011 01:30 AM PDT SANDAKAN 23 MEI: Pakatan Rakyat menjanjikan iklim perniagaan yang adil dan bebas daripada syarikat kroni yang menafikan peluang untuk syarikat-syarikat yang lebih berwibawa mendapat kontrak-kontrak awam, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim Sumber: TVSNEWS |
'Siapa Bertanggungjawab Terhadap Lynas-JAS, LPTA' Posted: 23 May 2011 01:25 AM PDT GEORGETOWN 23 MEI : Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa ada sesuatu yang tidak kena dengan seluruh proses kajian semula terhadap loji nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang. |
Penduduk Buat Laporan Minta Perlindungan Polis Posted: 23 May 2011 01:20 AM PDT KLANG 23 MEI : Wakil penduduk Jalan Bukit Kerayong hari ini membuat laporan polis di Balai Polis Pandamaran ekoran ancaman pengusiran mereka dari kediaman oleh syarikat pemaju kawasan terbabit, Melati Ehsan Development Sdn Bhd. Sehingga kini, masalah Jalan Bukit Kerayong masih belum selesai. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peneroka Bandar Jalan Bukit Kerayong, Dominic See Chee Yong, pihaknya telah beberapa kali mengadakan perbincangan Sumber: TVSNEWS |
Malaysia Tempat Ke 10 Pengguna Arak Terbesar Dunia Posted: 23 May 2011 01:15 AM PDT KUALA LUMPUR 23 MEI : Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan 'tahniah' dan 'syabas' kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana 'berjaya' membawa Malaysia ke ranking ke-10 negara konsumer arak terbesar dunia, kata Ketua Penerangannya, Herman Samsudeen. Menurut Herman, kedudukan itu disahkan Pertubuhan kesihatan Dunia (WHO) yang menyatakan rakyat Malaysia menghabiskan lebih RM1.5 bilion setahun untuk membeli arak. "Setiap tahun, 30% kemalangan jalan raya dilaporkan berlaku kerana pengaruh alkohol. Malah lebih teruk dari itu, arak juga sering dikaitkan dengan jenayah penganiayaan, dera, rogol dan bunuh. Gejala pengambilan arak juga kini sudah menular kalangan pelajar sekolah," ujarnya dalam satu kenyataan. Justeru itu, DPPWP menggesa Pihak berkuasa Kerajaan Tempatan, Kerajaan Negeri dan Persekutuan supaya serius menangani perkembangan industri arak di negara ini. "Pengeluaran arak di kilang-kilang dalam negara hendaklah dikurangkan, dan permohonan lesen-lesen pengilangan dan penjualan arak baru hendaklah dibatalkan. "DPPWP juga mahu pihak berwajib memantau aktiviti penjualan arak dikedai-kedai, restoran dan Kelab Malam. Arak tidak sepatutnya dibiarkan dijual secara terbukaseperti dikedai-kedai ubat dan 7-Eleven yang beroperasi 24 jam. Akses pembelian arak yang begitu terbuka menyebabkan rakyat negara ini begitu mudah terlibat kepada gejala penagihan arak ini," ujarnya. Dalam pada itu Herman berkata, Pemuda Pas kesal kerana kerajaan gagal menghalang umat Islam dari terjebak dalam urusniaga arak dan meminumnya. "Oleh itu, Kerajaan wajib memberikan kuasa penuh kepada JAKIM dan Majlis Agama Negeri memantau umat Islam dari terjebak kepada arak. Islam mengharamkan umatnya meminum arak. Bukan hanya kepada rakyat biasa tetapi kepada golongan kaya dan pemimpin sekalipun, hukumnya tetap haram di sisi Islam. Bagi yang bukan Islam, pula katanya, DPPWP menasihatkan supaya mereka menjauhi arak kerana ia lebih banyak memberikan keburukan berbanding kebaikan. "Akhir sekali DPPWP berharap agar Kerajaan tidak terus menerus menutup mata, memekakkan telinga hanya kerana cukai arak yang tinggi dapat memberikan pulangan kepada dana kewangan negara. "Ahli-ahli parlimen wajar membincangkan isu ini dan mencari langkah-langkah penyelesaikan terbaik bagi menyelamatkan rakyat. DPPWP berharap agar pemimpin Islam dan bukan Islam dinegara ini dapat mengambil perhatian serius fakta WHO ini dan berusaha menjadikan negara ini bebas dari pengaruh arak," katanya. Sumber: TVSNEWS |
PKR gesa S'gor siasat binaan di cerun Posted: 23 May 2011 01:10 AM PDT Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa kerajaan Selangor supaya menyiasat kejadian tanah runtuh melibatkan sebuah rumah anak yatim di Batu 14, Hulu Langat yang mengorbankan 16 nyawa pada Sabtu lalu. Wan Azizah dalam satu kenyataan hari ini berkata, kerajaan negeri juga perlu menjalankan siasatan ke atas semua pembinaan bangunan di lereng bukit dan juga premis persendirian. "PKR memandang tragedi ini sebagai satu peringatan kepada manusia terhadap kepentingan menjaga keselamatan di tempat tinggal, sekolah, hospital dan terutamanya tempat anak-anak yatim dan orang-orang tua. "Sikap tanggungjawab terhadap ciri-ciri keselamatan mesti dititikberatkan agar kejadian sama tidak berulang... Sudah cukup negara ini berhadapan dengan kejadian seumpama ini," katanya lagi. Isu melibatkan pembinaan di kawasan cerun sebelum ini menjadi tumpuan susulan siri kejadian tanah runtuh di sekitar Lembah Kelang, termasuk kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada Disember 2008 yang menjejaskan sehingga 5,000 keluarga. Mengulas lanjut, Wan Azizah yang turut berpeluang menziarahi jenazah serta mangsa yang terselamat dalam kejadian itu turut menyampaikan rasa simpatinya kepada keluarga mangsa yang terlibat. "Suasana sebak dan pilu menyelubungi hadirin yang hadir, apatah lagi bagi anak-anak yatim yang terselamat bila mengenangkan teman-teman yang terkorban. "Pastinya trauma yang mereka alami memerlukan sedikit masa untuk sembuh dan bakal memberi impak dalam kehidupan mendatang. "Kepada anak-anak yang gugur syahid kita doakan agar mereka ditempatkan bersama para muslimin beriman," katanya lagi. Kesemua 25 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa itu berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat hari ini. Sumber: malaysiakini |
Mat Sabu: K'jaan yang samakan demo dengan huru-hura Posted: 23 May 2011 01:05 AM PDT Seorang penyokong 'Berjalan untuk Demokrasi' 9 Julai depan, membidas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein kerana mencadangkan demonstrasi hanya dihadkan dalam stadium, atas alasan keselamatan awam dalam kepentingan keselamatan dan kesejahteraan awam. Sebaliknya, pemimpin popular PAS, Mohamad Sabu berkata kerajaan yang mengganggu protes yang diadakan secara aman, sambil menyangkal dakwaan Hishammuddin bahawa pihak penganjur tidak menghormati undang-undang dan ketenteraman awam. "Inilah minda kerajaan yang menyamakan perhimpunan dengan huru-hara," katanya ketika dihubungi hari ini. Hishammuddin dilaporkan dalam beberapa akhbar harian sebagai berkata beliau akan mencadangkan kepada kabinet supaya menyediakan satu mekanisme untuk membenarkan demonstrasi diadakan dalam stadium tanpa memerlukan permit polis. Utusan Malaysia memetiknya sebagai berkata, demonstrasi jalanan sudah lapuk dan hanya menjadi tempat untuk melemparkan tuduhan yang tidak memberi faedah kepada orang awam. Hishammuddin juga menuduh penganjur 'Berjalan untuk Demokrasi' hanya mahu mencetuskan huru-hara dan untuk memberi gambaran bahawa Malaysia tidak stabil. Bagaimanapun , Mohamad Sabu berkata sudah banyak perhimpunan yang dianjurkan oleh parti pembangkang dan NGO sejak bertahun-tahun lamanya yang berjalan secara aman. Sebaliknya, kata beliau, kerajaanlah yang memberi gambaran negatif terhadap peserta perhimpunan tersebut. Sumber: malaysiakini |
DAP: Kenaikan harga gula untuk tambah untung Felda Posted: 23 May 2011 01:00 AM PDT DAP menuduh kerajaan pusat menaikkan harga gula untuk meningkatkan keuntungan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda). Dalam satu kenyataan hari ini, setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng berkata kenaikan harga gula secara langsung akan meningkatkan pendapatan Felda melalui pemilikannya dalam MSM Malaysia Holdings Bhd, iaitu cabang pengeluaran gula bagi Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd. Lim berkata, memandangkan MSM telahpun mencatatkan keuntungan sebanyak RM232 juta pada 2010, maka Felda mampu menyerap sebarang potongan subsidi oleh kerajaan. Ini ekoran pengumuman Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bahawa kenaikan RM0.20 harga gula sekilogram, akan menjimatkan kerajaan perbelanjaan RM116.6 juta setiap tahun. "Apakah RM116.6 juta berbanding dengan RM232 juta keuntungan yang diperolehi MSM tahun lepas? "Daripada melaksanakan tanggungjawab sosial korporatnya membantu rakyat Malaysia, terutama orang miskin, Felda akan memberi faedah daripada RM116.6 juta tambahan yang akan dibayar rakyat Malaysia," kata Lim. Lim berkata, kerajaan pusat, jika ia perlu, boleh memindahkan dengan mudah RM116.6 juta kepada Felda, yang dimilikinya. Sebaliknya, tegas beliau, selaras dengan dasar sentrik korporat BN membantu syarikat kaya atas penderitaan rakyat miskin, maka BN memilih untuk membebankan 27 juta rakyat Malaysia, sedangkan syarikat korporat raksasa seperti Felda atau MSM, memperolehi keuntungan besar. Sumber: Malaysiakini |
You are subscribed to email updates from Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan