Khamis, 5 Mei 2011

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


PRU 13 : Kami Sudah Sedia, Kata Anwar

Posted: 05 May 2011 01:45 AM PDT


AMPANG 5 MEI : Pakatan Rakyat telah bersedia dan sentiasa bekerja keras menghadapi Pilihan Raya Umum yang dijangka berlangsung tahun ini.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan keyakinan beliau tentang prestasi Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan berdasarkan pencapaian mereka dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini.

"Saya percaya Pilihan Raya Umum akan berlangsung tahun ini. Kami mesti bersedia dan bekerja keras," kata beliau kepada wartawan di lobi Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya di sini hari ini.

Beliau hadir ke sini untuk memberi ucapan Wacana Ekonomi Negeri Selangor kepada pegawai Pihak Berkuasa Tempatan negei Selangor.

Menurut Anwar lagi, walaupun Pakatan gagal menafikan majoriti dua pertiga BN di Sarawak, namun yakin akan mencatat prestasi lebih baik di masa hadapan.

Jentera parti sentiasa bekerja keras dalam memberi pemahaman terhadap Buku Jingga dan dasar Pakatan Rakyat kepada rakyat di seluruh negara.

Justeru kata Anwar, adalah tidak betul sekiranya ada yang berpendapat Pakatan Rakyat gagal untuk menembusi kawasan luar bandar.

"Anda boleh buat analisis di Kuala Lumpur mengenai kami. Tapi jika pergi turun ke Ba' kelalan contohnya, boleh lihat 'trend' penduduk. Di situ tiada media alternatif hanya ada TV, " kata Anwar lagi.


Sumber: TVSNEWS

Mat Zain Gesa Putrajaya Tubuh Suruhanjaya Di-Raja Siasat AG

Posted: 05 May 2011 01:40 AM PDT


KUALA LUMPUR 5 MEI : Kerajaan perlu menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat peguam negara dan bekas ketua polis negara, yang tindakan mereka didakwa telah menghakis keyakinan rakyat ke atas institusi pendakwaan dan penyiasatan, kata bekas pegawai polis Datuk Mat Zain Ibrahim.

Mat Zain berkata kesalahan-kesalahan yang didakwa melibatkan Tan Sri Abdul Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan terhadap keadilan awam "adalah terlalu besar untuk dimaafkan."

" Kesalahan-kesalahan mereka sama ada dilakukan berasingan atau dengan niat bersama telah memberi kesan parah yang mendalam dan jangka panjang terhadap sistem keadilan jenayah negara.

" Malah tindakan mereka berdua telah memusnahkan keyakinan rakyat, bukan sahaja terhadap Polis Diraja Malaysia, malahan terhadap Jabatan Peguam Negara sendiri," kata beliau dalam surat terbuka terbaru dihantar kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, yang diedarkan kepada media hari ini.

Bekas ketua polis Kuala Lumpur itu yang pernah menulis beberapa surat terbuka kepada Ismail berhubung siasatan dan proses pendakwaan berkaitan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim 12 tahun lalu termasuk insiden mata lebam berkata, beliau berpendapat demi keadilan awam sendiri, Ismail selaku Ketua Polis Negara yang baru perlu membawa syor diadakan suruhanjaya siasatan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"... supaya suruhanjaya diraja siasatan atau satu tribunal dibentuk menyiasat dakwaan ini secara telus dan menyeluruh serta 'once and for all'.

"Jika fakta-faktanya dibentangkan kepada beliau secara jujur dan teratur, saya yakin YAB Perdana Menteri tidak akan menghampakan rakyat," katanya lagi.

Musa merupakan pegawai penyiasat ketika kes Anwar muncul pada 1998 manakala Gani pula anggota pasukan pendakwaan.

Kedua-dua mereka kemudian mengetuai polis dan Jabatan Peguam Negara.

Dalam hubungan ini, Mat Zain berkata, apapun tanggungjawab dan pendirian polis menyiasat sesuatu kes jenayah itu walau berapa lama pun telah berlaku, wajar dikekalkan.

" Walaupun kesalahan-kesalahan jenayah Gani dan Musa didakwa berlaku 12 tahun lalu, tidak bermakna yang ia boleh dilupakan begitu sahaja atau 'swept under the carpet'," katanya sambil merujuk kepada peruntukan tiada sekatan masa untuk sesuatu kes jenayah itu disiasat secara terperinci.

Contoh terbaik boleh dijadikan sandaran kata beliau, ialah kes bunuh beramai-ramai di Batang Kali pada 1948 dan kerajaan telah menyatakan persetujuan untuk menyiasatnya pada 1993.

" Sekiranya dalam kejadian pembunuhan beramai-ramai Batang Kali1948 telah memusnahkan nyawa 24 orang tempatan, insiden keruntuhan Highland Towers 1993 pula mengorbankan 48 orang, perbuatan Gani dan Musa sejak 1998 telah memusnahkan keseluruhan sistem keadilan jenayah negara.

" Sekiranya tidak ditangani dengan telus dan menyeluruh, rakyat akan mengungkitnya selama mana rakyat mengungkit tragedi Batang," katanya.

Dalam suratnya Mat Zain berkata, sejak dua minggu ini orang ramai nampaknya bertambah lantang mengecam dan mengutuk tentang cara polis menangani isu video lucah yang dikatakan melibatkan Anwar.

" Malahan terdapat mereka dengan secara terbuka dan berani mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah terhadap pucuk pimpinan polis.

" Melihat tindak tanduk dan kenyataan umum yang dibuat oleh polis sendiri, dan diperbesarkan oleh media, kita tidak dapat menyalahkan rakyat jika berpendirian sedemikian," katanya lagi.

Secara peribadi kata Mat Zain, beliau merasakan polis terlalu menurut karenah Peguam Negara seolah tidak bebas bertindak sendiri.

Katanya, "sebagai seorang pesara yang mengetahui sedikit sebanyak asal usul isu dalam persoalan, saya berasa sedih dan khuatir sejarah lama akan berulang dan pisang akan berbuah dua kali."-TheMalaysianInsider

Mahathir Perlu Kaji Sejarah MCA

Posted: 05 May 2011 01:35 AM PDT


SHAH ALAM 5 MEI : Dakwaan kononnya Malaysia akan menemui kehancuran apabila sokongan kaum Cina terbahagia dua adalah satu momokan yang cuba dimainkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam cubaan menakut-nakutkan rakyat di negara ini.

Hakikatnya kata ahli parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong, kestabilan negara tidak akan terjejas sama sekali walaupun rakyat tidak lagi menyokong MCA dan pemimpin parti itu bakal menolak jawatan dalam kerajaan, kerana sejarah membuktikan 'kekalahan' MCA tidak memberikan kesan kepada barisan kabinet Umno-Barisan Nasional.

Mengulas lanjut, Chin Tong sebaliknya menasihati bekas pemimpin nombor satu negara itu mengimbau kembali sejarah ketika MCA tewas teruk pada Pilihan Raya umum 1986 dan 1990 yang langsung tidak memberikan kesan kepada negara.

"Sebenarnya rakyat terutamanya di kalangan orang Cina tidak sokong MCA pada pilihanraya 1986 dan 1990.

"Dalam dua pilihan raya itu MCA kalah teruk dan juga dalam pilihan raya 1969. Tetapi pada 1986 dan 1990, tiada isu kestabilan langsung. Tiada isu kestabilan dan MCA masih dalam kerajaan, Umno masih kekal berkuasa, tiada isu kestabilan langsung," katanya kepada TV Selangor hari ini.

Chin Tong mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir semalam yang memberi gambaran kestabilan negara akan terjejas tanpa sokongan masyarakat Cina kepada MCA.

Mahathir berkata kaum Cina perlu mengekalkan MCA dalam kerajaan bagi memastikan kestabilan dan kerjasama pelbagai kaum negara ini berterusan.

Ironinya beliau sendiri terpaksa akur pada Pilihan Raya umum 2008, MCA terus menerima nasib malang, namun soal kestabilan negara tidak pernah disebut.

Justeru tegas Chin Tong, apa yang rakyat mahukan ketika ini tanpa mengira kaum sama ada Melayu, Cina, India dan yang sebagainya adalah menuntut kerajaan bersikap adil, bersih dan bebas rasuah.

Jelasnya, begitu juga dengan isu wakil Cina dalam kerajaan yang dianggap bukanlah satu keutamaan kerana rakyat ketika ini bersikap terbuka dalam isu itu.

"Sekarang ini bukan tentang ada wakil Cina dalam kerajaan atau tidak tetapi dasar kerajaan haruslah adil dan dasar kerajaan haruslah menekankan isu kesaksamaan, isu keadilan dan juga tanpa rasuah. Itu tuntutan rakyat Malaysia," katanya.


Sumber: TVSNEWS

Suhakam Gesa putrajaya Kaji Balik Akta Kawal Media

Posted: 05 May 2011 01:30 AM PDT


KUALA LUMPUR 5 MEI : Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengulangi gesaan agar Putrajaya mengkaji semula undang-undang yang mengawal ketat media berikutan laporan terbaru Malaysia masih kekal sebagai negara dalam kategori tidak bebas.

Dalam laporan dikeluarkan kelmarin, Malaysia berada di tangga ke-143 daripada 196 negara yang diselidik dalam kajian tahunan mengenai kebebasan media, yang menunjukkan ia sebagai tidak bebas.

Malaysia diletakkan bersama dengan Angola dan Madagascar, yang memperoleh 64 mata. Negara yang memperoleh mata rendah dalam Indeks Kebebasan Akhbar dilihat sebagai negara paling bebas.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam berkata, pihaknya tetap berpendirian bahawa undang-undang yang memberi kesan ke atas tanggungjawab dan peranan media harus dikaji balik dan hak akses yang saksama kepada maklumat harus dipertahankan.

"Dalam hubungan ini, suruhanjaya ingin melihat penubuhan segera Majlis Perundingan Media Kebangsaan, sebagai sebuah badan kawal sedia kendiri, yang akan diuruskan oleh pengamal-pengamal media, yang boleh menjadi galakan besar kepada kebebasan media sambil memastikan kewartawanan yang beretika dan bertanggungjawab," kata beliau.

Sehubungan itu beliau berkata undang-undang yang ketat seperti Akta Mesia Cetak dan Penerbitan 1984 dikaji balik dan diambil pendekatan yang lebih liberal untuk meluluskan dan memperbaharui permit dan lesen penerbitan dan percetakaan, dengan dibolehkan proses memperbaharui lesen dan permit secara automatik.

"Dalam mempertahankan ketelusan dan akauntabiliti dan memastikan aspek semakan dan imbangan, suruhanjaya menekankan pendirian bahawa undang-undang yang memberi kesan ke atas tugasan media perlu dikaji balik," katanya.-TheMalaysianInsider

Kes Jambatan Bengkok Bukti Amalan Korup Umno-BN

Posted: 05 May 2011 01:25 AM PDT


SHAH ALAM 5 MEI : Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Johor, Datuk Chua Jui Meng menyifatkan pemberian komisyen jutaan ringgit kepada kroni dalam sesebuah projek adalah amalan biasa pentadbiran Umno-Barisan Nasional.

Malah ujar Jui Meng amalan rakus meratah duit rakyat bukan hanya berlaku di Semenanjung malah sudah lama melarat ke Malaysia Timur, Sabah dan Sarawak.

Justeru katanya, kerajaan Pakatan Rakyat dalam dasar Buku Jingganya menekankan aspek pembasmian rasuah kerana ia memberi kesan yang begitu besar kepada negara.

"Oleh kerana itu, bila kita (Pakatan Rakyat) menjadi kerajaan, kita akan pastikan urus kelola yang telus dengan amalan tender terbuka dan tidak ada lagi amalan pemberian komiysen yang tinggi seperti RM20 juta serta tidak ada lagi harga yag dinaikan dengan begitu besar dan ketara,"katanya kepada Tv Selangor.

Pakatan Rakyat melalui Buku Jingga mahu institusi seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diletakkan di bawah pertanggungjawaban Parlimen termasuk dalam urusan pelantikan jawatan-jawatan tertingginya.

Ia adalah kesinambungan dari perang habis-habisan Pakatan Rakyat kepada pentadbiran bercorak rasuah yang diamalkan kerajaan sedia ada sejak sekian lama.

Tambah Jui Meng, walaupun SPRM sebelum ini menjadikan Hong Kong sebagai penanda aras untuk menangani rasuah di negara ini namun nampaknya Malaysia semakin jauh ketinggalan apabila indeks persepsi rasuah (CPI) negara meningkat dari tangga 47 pada 2009 kepada 56 pada tahun lalu.

"Tetapi nampaknya, SPRM tidak mengikut dan menjadikan Hong Kong sebagai contoh malah tertinggal jauh di belakang Hong Kong dan banyak yang harus diubah dalam kepimpinan SPRM sebelum kita mampu menjadi Hong Kong yang kedua," tambah Jui Meng.

Jui Meng berkata demikian ketika diminta mengulas tuntutan komisyen RM20 juta ahli pernigaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah untuk membina jambatan Laluan Antarabangsa Malaysia-Singapura, yang turut dikenali sebagai 'jambatan bengkok' 13 tahun lalu yang pada hematnya melambangkan betapa dahsyat amalan rasuah di negara ini.

Hari ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenepikan saman yang dikemukakan oleh Eskay berhubung projek tersebut.

Datuk VT Singham dalam penghikamannya berkata, penganugerahan projek berkenaan tidak lagi wujud, maka tuntutan berkenaan juga perlu ditolak.

Eskay memfailkan kesnya pada Januari 2002 dengan mendakwa terdapat pelanggaran kontrak oleh defendan Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan Datuk Yahya A. Jalil kerana gagal membayarnya RM20 juta selepas mendapatkan projek itu bagi mereka.

Idea pembinaan jambatan bengkok digerakkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi tidak menjadi kenyataan selepas dibatalkan semasa pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri.

Menurut Jui Meng lagi, walaupun pentadbiran dahulu dibayangi dengan amalan rasuah dan penyelewengan kuasa yang begitu dahsyat,namun Pakatan Rakyat katanya akan membuang sejarah silam itu dan menukarnya dengan sebuah kerajaan yang adil, telus dan mengutamakan kebajikan rakyat.

Malah katanya, kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat sudahpun membuktikannya di beberapa negeri yang ditadbirnya seperti di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

"Dengan hasil penjimatan ini kerajaan boleh menyalurkannya untuk pembangunan projek dan bantuan terus kepada rakyat seperti apa yang diamalkan di Selangor dan Pulau Pinang dan negeri-negeri Pakatan Rakyat memerintah,"katanya lagi.


Sumber: TVSNEWS

Polis Ugut Peguam "Jangan Sampai Jadi Macam SPRM"

Posted: 05 May 2011 01:20 AM PDT


PETALING JAYA 5 MEI: Peguam Lawyers For Liberty (LFL), Fadiah Nadwa Fikri yang membantah keras penguatkuasaan undang-undang Ordinan Darurat menerima ugutan dari seorang anggota polis ketika menjalankan tugasnya di Ibu Pejabat Polis Derah Gombak semalam.

Ugutan berbunyi "jangan sampai jadi macam SPRM" itu diterima Fadiah ketika mengambil keterangan anak guamnya, Mohamad Arif Abu Samah.

Peguam kepada Fadiah, N. Surendran berkata tindakan anggota polis berkenaan adalah perbuatan melampau yang salah di sisi undang-undang dan boleh didakwa di
bawah Seksyen 503 dan Seksyen 506 Kanun keseksaan Imiditasi Jenayah dengan niat menakutkan individu dengan kematian.

"Kita memberikan tempoh 24 jam untuk menahan pegawai polis yang terlibat, ugutan ini bukan sahaja kepada individu tetapi terhadap sistem keadilan negara,
jika peguam diugut, rakyat akan menderita," katanya.

Pada sidang media yang diadakan di pejabat LFL hari ini, Surendran menjelaskan anak guamnya ada mencabar anggota polis berkenaan membuang beliau dari tingkap dan ia tidak dinafikan oleh pegawai berkenaan.

Tindakan agresif anggota polis itu kata Surendran jelas melangkaui batas undang-undang yang sepatutnya menjadi amalan mereka.

Ugutan untuk mencampak Fadiah keluar dari tingkap mirip kejadian yang berlaku terhadap mendiang Teoh Beng Hock yang ditemui mati di bangunan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dua tahun lalu.

"Sekali lagi masalah daripada pihak kerajaan, Menteri Dalam Negeri kerana kerajaan terus-menerus melindungi pihak berkuasa setiap kali mereka melakukan
kesalahan. Jika berlaku seperti kes Teoh beng Hock, semalam anggota terbabit tanpa rasa takut mengugut peguam untuk menghumbannya keluar daripada tingkap,"
katanya yang juga Naib Presiden PKR.

Jelas Surendran, ketika insiden itu, Fadiah menemui anak guamnya yang merupakan satu prosedur biasa terhadap mana-mana individu yang ditahan dan kehadiran
anggota polis dilihat bertujuan untuk mengganggu tugas pihak peguam.

Beliau memaklumkan kejadian ugutan ini tertakluk di bawah Seksyen 503 dan Seksyen 506 Kanun keseksaan Imiditasi Jenayah dengan niat menakutkan individu
dengan kematian, jika sabit kesalahan hukuman penjara selama 7 tahun boleh dikenakan.

Fadiah sebelum ini membantah keras penguatkuasaan undang-undang Ordinan Darurat ke atas remaja berusia 19 tahun yang membenarkan penahanan tanpa bicara
selama 60 hari.

Menurut Fadiah penggunaan undang-undang berkenaan untuk menahan remaja yang kini adalah anak guamnya begitu kejam memandangkan remaja berkenaan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah untuk disabitkan kesalahan.


Sumber: TVSNEWS

Dr Juanda Jangan Gopoh

Posted: 05 May 2011 01:15 AM PDT


SHAH ALAM 5 MEI: PAS menasihatkan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya jangan terlalu gopoh mengeluarkan kenyataan yang mampu memberi implikasi besar terhadap persepsi masyarakat.

Parti itu turut berpendapat bahawa seorang mufti harus berpegang kepada prinsip tasawwur (gambaran sebenar) sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan lebih-lebih lagi dalam soal pentadbiran negara dan politik.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam kenyataan medianya hari ini melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan mufti itu semalam dengan menyatakan penghalang penyatuan PAS dan Umno adalah penghianat.

Idris turut melahirkan kebimbangannya berhubung kenyataan berbaur politik Juanda yang akan dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab terutama Umno-Barisan Barisan Nasional (BN) yang dilihat semakin bersungguh-sungguh untuk menarik PAS keluar daripada gabungan Pakatan Rakyat.

Menurutnya, perkara itu terbukti apabila Umno-BN sekali lagi membuat tawaran kepada PAS untuk menyertai parti itu bagi membantu dalam pentadbiran berlandaskan Islam.

Namun dalam masa yang sama Umno-BN cuba untuk mempermainkan sentimen perkauman dan agama apabila menuduh DAP mengambil kesempatan keatas gabungan pakatan pembangkang.

"PAS bimbang kenyataan ini akan diperalatkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, terutama Umno yang akan menjaja pandangan ini bahawa Umno hendak kepada perpaduan, yang tidak mahu kepada perpaduan ialah PAS, sehingga rakyat nampak PAS jahat, manakala Umno baik,"kata Idris dalam kenyataan medianya.

Menurut Idris lagi, PAS berpendirian bahawa prinsip penyatuan yang tidak berlandaskan Islam lebih-lebih lagi dengan parti yang telah mengkhianati amanah rakyat tidak akan tercapai.

Idris seterusnya menyarankan agar Juanda menggunakan platform mufti unttuk menasihati kepimpinan Umno-BN agar kembali melaksanakan amanah dalam pentadbiran.

Dalam pada itu Juanda yang memberi respon kepada portal berita Malaysiakini berkata PAS terlalu angkuh untuk menerima pelawaan Umno duduk semeja walaupun disuarakan sendiri presiden parti itu, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Katanya, PAS tidak seharusnya tenggelam dengan nostalgia dan emosi lama.

"PAS menasihat kepada Sahibussamahah supaya menggunakan platform Mufti untuk menasihat pemimpin Umno BN supaya kembali kepada penghayatan agama dan laksanakan amanah dengan baik.

"Tegur mereka supaya tidak zalim kepada rakyat yang berlainan ideologi," ujarnya.


Sumber: TVSNEWs

Jambatan Bengkok : Mahkamah Tolak Saman Eskay

Posted: 05 May 2011 01:10 AM PDT

KUALA LUMPUR 5 MEI: Mahkamah Tinggi hari ini menggugurkan saman RM20 juta ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah terhadap Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan pengarah eksekutif Datuk Yahya A. Jalil berhubung peranannya dalam perjanjian projek jambatan bengkok di Johor.

Shazryl sebelum ini mengambil tindakan guaman pada Januari 2002 mendakwa syarikat Merong Mahawangsa dan Yahya melanggar kontrak perjanjian apabila gagal membayar RM20 juta kepada beliau selepas memperolehi hak projek jambatan bengkok Malaysia-Singapore International Gateway (SIG).

Dalam keterangannya kepada mahkamah beliau mendakwa meminta pertolongan dengan mendiang Tan Sri Megat Junid Megat Ayub selain membantu Yahya mendapatkan akses untuk bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Yahya kemudian mengakui mengadakan satu pertemuan bersama Anwar di rumah menteri itu yang turut dihadiri Shazryl pada 1998 tetapi menyatakan tidak berbincang mengenai projek jambatan bengkok berkenaan.


Sumber: TVSNEWS

Pulau Pinang Naikkan Elaun Kaki Tangan Masjid

Posted: 05 May 2011 01:05 AM PDT

GEORGETOWN 5 MEI : Kerajaan Pulau Pinang menyangkal dakwaan bahawa pihaknya mengabaikan pembangunan Islam dengan menaikkan elaun untuk pegawai agama di 200 masjid negeri sebanyak 80 peratus.

Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mansor Othman berkata, peningkatan itu akan memberi faedah kepada 800 bilal dan siak di negeri itu.

Peningkatan elain itu dibuat seepas mengambilkira peningkatan tanggungjawab pihak berkenaan, katanya.

Kali terakhir elaun itu dinaikkan pada tahun 2005 daripada RM100 kepada RM180 untuk bilal dan daripada RM120 kepada RM200 untuk siak.

Kali ini, kerajaan negeri pimpinan DAP itu menaikkan elaun bilal kepada RM324 manakala siak pula kini mendapat RM360 sebulan.

Menurut Mansor, kenaikan itu akan berkuatkuasa pada 1 Jun yang menjadikan perbelanjaan sebulan untuk pembayaran itu sebanyak RM273,600.

Kerajaan Pulau Pinang akan menanggung 70 peratus (RM2,298,240) kosnya manakala majlis agama akan membiayai sebanyak 30 peratus (RM984,960), tambahnya.


Sumber: TVSNEWS

Selangor Adakan P'raya Tempatan Akhir Bulan Ini

Posted: 05 May 2011 01:00 AM PDT

SHAH ALAM 5 MEI : Kerajaan Selangor akan memulakan projek perintis pilihan raya majlis tempatan di negeri itu pada akhir bulan ini.

Ia dijangkakan berlangsung selama dua bulan dan akan menyaksikan pertandingan merebut jawatan ketua kampung di Kampung Baru Sungai Jarom, Kampung Baru Pandamaran dan Kampung Bagan di Pulau Ketam.

Mengulas lanjut mengapa hanya tiga kawasan yang terlibat dalam pilihan raya tersebut Exco Pembangunan Kampung Baru Dan Penyelesaian Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah berkata tiada alasan spesifik.

Bagaimanapun katanya, ketiga-tiga kampung baru itu secara rawak 'ditawarkan' oleh ADUN masing-masing.

Menurut Hian Wah lagi, projek perintis itu sebahagian daripada manifesto Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum 2008.

"Jika ini berjaya, kita akan pertimbangkan mengembangkannya untuk memilih semua ahli majlis," kata Ean Yong.

Katanya, terdapat 78 kampung baru dan "lebih 360" kampung Melayu di Selangor.

Pilihan raya itu dianggarkan bakal menelan belanja antara RM100,000 hingg RM200,000 untuk setiap kampung, kata ADUN Seri Kembangan itu.


Sumber: TVSNEWS

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Al-Fatihah Untuk "Pak Mat"

Posted: 05 May 2011 06:00 PM PDT

Siapakah Pak Mat ini? Ia mewakili seseorang Peneroka Felda. Semasa ia menyertai Rancangan Felda, umurnya masih muda, dan mempunyai tenaga. Dan beliau adalah seorang peneroka Felda yang rajin dan kebunnya berjaya.

Setelah 20 tahun beliau menjadi seorang Peneroka, beliau telah berjaya menjelaskan semua hutangnya dengan Felda, dan beliau impikan satu masa depan yang cerah dan cemerlang, kerana setelah berjaya menghabiskan hutangnya, maka beliau mempunyai hajat untuk mennunaikan Haji ke Mekah bersama isterinya.

Setelah 20 tahun, Pak Mat bersetuju supaya kebunnya ditanam semula oleh Felda. Pak Mat diberikan gambaran bahawa apabila beliau menanam semula melalui Felda beliau tidak perlu buat apa-apa. Semuanya dibereskan oleh Felda. Pak Mat hanya mengambil elaun sara hidup sahaja daripada Fdelda.

Peringkat awalnya elaun sara hidup itu kecil sahaja iaitu RM250.00 sebulan, kemudian dinaikkan kepada RM550.00, kemudian dinaikkan lagi kepada RM900.00 sehinggalah pokok sawitnya mengeluarkan hasil dan Pak Mat diberikan Rm1500.00 elaun sara hidup.

Pak Mat tak perlu buat apa-apa. Setiap bulan dia terima elaun sara hidup sebanyak Rm1500.00 dan beliau berasa bertuah kerana tanpa buat apa-apa kerja dan menghabiskan masa di kedai-kedai kopi di rancangannya dia boleh berpendapatan RM1500.00 sebulan. Alangkah bertuahnya hidup ini yang tak perlu buat apa-apa tetapi dibayar elaun sara hidup.

Pak Mat, sebagai seorang yang bertimbang-rasa, sentiasa melahirkan rasa simpatinya kepada rakan-rakannya yang menjalankan tanam sendiri bersendirian. Alangkah letihnya mereka itu, terpaksa menjalankan kerja-kerja dikebun, dan mengeluarkan buah sawit bersendiri, sedangkan Pak Mat dengan rakan-rakannya yang tanam melalui Felda boleh relax sepanjang masa.

Pak Mat mula terasa terhimpit apabila wujud beberapa keperluan didalam hidupnya dan elaunnya yang RM1500 itu dibuat pula beberapa potongan dan apa yang dia terima setiap bulan bukanlah RM1500 tetapi hanya sekadar RM850.

Dia berasa sangat pelik kenapa disaat harga sawit meninggi elaunnya masih juga ditakok yang sama.

Pak Mat mulalah bertanya-tanya dengan rakan-rakan tanam semula bersendirian. Alangkah terkejutnya beliau bahawa ada diantara rakan-rakan itu boleh berpendapatan hingga RM15,000 sebulan ketika harga sawit meninggi dan pendapatan mereka tidak pernah jatuh dibawah RM4000 sebulan walaupun harga sawit menurun dan buah sawit melawas.

Pak Mat mula resah. Dia pergi bertemu dengan Pengurus Rancangan dan menyatakan hasratnya untuk keluar dari bersama Felda dan menjalankan kerjanya bersendirian seperti rakan-rakannya yang tidak menanam melalui Felda.

Pengurus Felda itu dengan wajah yang bersahaja menyatakan kepada Pak Mat bahawa Felda tidak ada halangan untuk Pak Mat buat sendiri dan tidak melalui Felda. Tetapi untuk berbuat demikian, Pak Mat kenalah membayar hutangnya dahulu kepada Felda.

Tak ada masalah bagi Pak Mat untuk bayar hutangnya dengan Felda, dan dia menjangkakan bahawa hutangnnya hanyalah sedikit kerana dia tahu pengeluaran dari kebunnya adalah banyak dan pendapatan dari kebunnnya itu boleh mencapai tidak kurang dari RM6000 sebulan tapi beliau hanya dibayar elaun sara hidup sebanyak RM1500 sebulan.

Amatlah memeranjatkan Pak Mat apabila dia diberikan Penyata Hutangnya sudah sudah melebihi RM85,441.68. Hampir pengsan Pak Mat melihat penyata itu.

Dia cuba memberitahu Pengurus itu bahawa Felda tentu sudah tersilap, dan Pengurus itu dengan wajah tenang menyatakan tidak ada kesilapan dan diturunkan seperti berikut:

RUMUSAN PENYATA HUTANG

Jumlah Hutang RM55,360.75
Baki Kos Bersih (jumlah pinjaman peneroka) RM55,360.75
Jumlah faedah (6.25%/15 tahun) RM30,080.88
Jumlah Hutang keseluruhan RM85,441.63
Anggaran bayar kembali (BK) sebulann RM 474.68

PERKIRAAN BK

Loan amount RM55,360.75
Loan Period 15 tahun
Interest Rate 6.25%
Jumlah faedah RM30,080.88
Jumlah Pinjaman RM85,441.63
Monthly instalment RM 474.68

Ini belum masuk lagi insuran ladang, bayaran jalan pertanian, bayaan keceriaan kampong, khairat kematian, dll yang ditetapkan oleh Rancangan.

Tiba-tiba meleleh peluh keluar dari dahi Pak Mat. Beliau betul-betul merana. Sakit jantungnya dan darah tinggi serta kencing manisnya mula mengikis usianya.

Dan pada Hari Jumaat itu sementara peneroka-peneroka lain pergi ke Masjid untuk Solat Jumaat Pak Mat menghembuskan nafasnya yang terakhir sewaktu isterinya yang sudah tua itu berada didapur menyiapkan makanan tengah hari.

Al-Fatehah buat Pak Mat. Moga-moga hasratnya untuk menunaikan Haji ke Mekah itu diterima oleh Allah swt.

Harimau mati meninggalkan belang, Pak Mat mati meninggalkan hutang.

Menyingkap Perjuangan Yusof Sukarno dari Felda Jengka 10

Posted: 05 May 2011 05:30 PM PDT

Nama Yusof Sukarno adalah tidak asing kepada pejuang-pejuang tanam semula bersendirian tanpa melalui Felda.

Saya berpeluang bekerja bersama-sama Yusof sebaik sahaja 6 orang Peneroka Felda di Ulu Jempol Maran di awal 1980-an diambil tindakan oleh Felda apabila mereka enggan menanam semula melalui Felda. Mereka enggan menanam semula melalui Felda kerana mereka tidak mahu dibebankan dengan hutang baru.

Felda telah memecat mereka dari Rancangan, dan melalui suatu tindakan Mahkamah, mereka dapat dikembalikan menjadi Peneroka Felda.

6 orang peneroka ini cuba menanam sendiri, tetapi oleh kerana tidak ada panduan maka tanaman mereka kurang berjaya.

Yusof Sukarno telah mengkaji dari kegagalan ini, dan beliau telah mengemukakan suatu sistem tanam semula dimana peneroka-peneroka tidak dibebankan dengan hutang disamping itu mereka juga akan memperolehi pendapatan sehinggalah sawit yang mereka tanam mengeluarkan hasil.

Kami telah bincangkan bersama sistem baru ini sebagai usaha kami untuk memberi bantuan kepada peneroka-peneroka yang mahu tanam semula secara bersendirian dengan kos yang rendah dan tidak menanggung hutang disamping masih mempunyai pendapatan dari kebun-kebun mereka.

Saya namakan sistem ini Sistem Penanaman Sawit Yusof Sukarno.

Yusof adalah seorang Peneroka di Felda Jengka 10. Manusianya sangat simple. Jarang sekali beliau pakai seluar tetapi memadai dengan berpakaian kain sahaja. Pandangannya luas dan mempunyai visi yang jauh untuk peneroka-peneroka.

Kami berganding bahu bagi mempromosikan sistem Penanaman Sawit Yusof Sukarno ini sehinggalah pada tahun 1985 saya ditahan dibawah ISA dan Yusof dan selepas dibebaskan dari tahanan ISA saya dikenakan pula Tahanan Terhad didalam rumah di Melaka selama 2 tahun lagi dan Yusof meneruskan promosi ini.

Sistem yang kami kemukakan ini adalah seperti berikut:

(a) 10% dari pokok kelapa sawit tua hendaklah dibunuh (diracunkan) sementara anak-anak sawit ditanam dicelah-celah pokok yang tua. Tujuannya supaya memberi secukup cahaya untuk anak-anak sawit itu memmbesar.

(b) didalam tempoh satu tahun berikutnya, antara 20% ke 30% lagi pokok sawit tua dibunuh untuk memmberi ruang kepada anak-anak sawit membesar.

(c) kerja-kerja mencuci dan membaja hendaklah dijalankan untuk membesarkan anak-anak sawit itu.

(d) apabila anak-anak sawit itu sudah berumur 2 tahun maka 20% lagi pokok tua dimusnahkan.

(e) anak-anak sawit mula berbuah apabila cukup 3 tahun dan pada waktu itu pokok-pokok tua boleh dihapuskan kesemuanya atau hanya ditinggalkan sedikit lagi.

Apakah kebaikan sistem ini?

(a) Sementara anak-anak sawit membesar peneroka-peneroka masih boleh mengambil hasil dari sawit yang tua dan oleh kerana itu mereka masih mempunyai pendapatan untuk keluarga masing-masing.

(b) pembajaan yang dibuat juga memberikan menfaat kepada pokok yang tua dan pokok yang baru ditanam.

(c) Kos tanaman semula adalah kecil.

(d) Peneroka-peneroka tidak dibebankan dengan sebarang hutang.

(e) Pendapatan yang diperolehi daripada kebun masing-masing jauh lebih tinggi dari mereka yang tanam melalui Felda (boleh melebihi 2 kali atau 3 kali ganda).

Yusof Sukarno sudah pun meninggalkan kita semua, tetapi jasa Allahyarham Yusof Sukarno adalah besar dan sukar dibalas.

Marilah kita sama-sama mendoakan agar Roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama mereka yang soleh.

TANAM SEMULA: Bagaimana Peneroka FELDA DITINDAS!!

Posted: 05 May 2011 04:52 PM PDT

* Felda enggan serah Wang Tanam Semula kepada Peneroka yang urus kebun mereka secara bersendirian sedangkan setiap peneroka telah mencarum dalam Tabung Tanam Semula.

* Felda sewenangnya memotong separuh Wang Caruman Tanam Semula (RM17,000) tanpa persetujuan peneroka atas alasan peruntukan imput pertanian.

* Felda tidak membayar Wang Tanam Semula sebagaimana pakej berjadual yang dipersetujui.

* Felda sembunyikan maklumat mengenai insentif tanam semula yang diberi oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

* Felda tidak salurkan Bantuan Tanam Semula kepada Peneroka yang diperuntukkan oleh Risda.

* Felda tidak sediakan Penyata Lengkap kos pembangunan tanam semula hingga hutang peneroka begitu tinggi dan tidak munasabah.

* Hasil jualan kayu getah tua tidak disalur terus kepada peneroka, sebaliknya masuk ke akaun Felda serta dibuat pemotongan sesuka hati.

* Kos tanam semula dengan Felda jauh lebih tinggi/mahal berbanding kos tanam semula oleh Sime Darby, IOI, dan sebagainya.

* Felda mengambil masa yang begitu lama, sekitar 2 tahun hingga 4 tahun selepas sawit dan getah mengeluarkan hasil untuk membuat pembayaran penuh. Ia juga tiada disertakan Penyata lengkap.

MAHKAMAH TINGGI KUANTAN MEMUTUSKAN PENEROKA BERHAK DAPAT BAYARAN TANAM SEMULA RM1,700 SETIAP EKAR DARI FELDA WALAUPUN MEREKA TIDAK MENANAM SEMULA LADANG MEREKA MELALUI FELDA. IA BERIKUTAN SAMAN 10 PENEROKA FELDA SUNGAI KOYAN 2 DAN 3 TERHADAP FELDA KERANA ENGGAN MEMBUAT BAYARAN ITU KEPADA MEREKA. HAKIM JUGA MENOLAK HUJAH PEGUAMBELA FELDA YANG MENYATAKANPENEROKA TIDAK BERHAK MENDAPATKAN JUMLAH ITU KERANA CARUMAN MEREKA TIDAK MENCUKUPI.

(dipetik dari Risalah Felda Perihatin - Harapan Baru untuk Peneroka - yang dikeluarkan oleh Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Parti Keadilan Rakyat)

AMK KEDAH

AMK KEDAH


KERAJAAN KEDAH BERI GERAN TANAH

Posted: 04 May 2011 11:57 PM PDT

ALOR SETAR: Seramai 1,249 peserta di empat buah Lembaga Kemajuan Tanah Pesekutuan (Felda) di Kedah boleh tersenyum gembira apabila Kerajaan Negeri akan memberi geran kepada individu yang mengusahakan tanah dengan keluasan keseluruhan 3,026 hektar.

Menteri Besar Kedah YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah setuju untuk memberikan geran tanah berkenaan kepada peserta Felda Teloi Timur (2482 hektar), Felda Bukit Tangga (1496.5 hektar), Felda Laka Selatan (378.2 hektar) dan Felda Gunung Bungsu (490.9 hektar).

"Kerajaan Negeri dalam mesyuarat telah putuskan untuk beri geran tanah kepada peserta Felda seluas 3026 hektar bagi peneroka felda. Geran sendiri," katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini.

Katanya, Kerajaan Negeri akan keluarkan geran milik sendiri bagi setiap peserta Felda berkenaan berkuatkuasa sekarang.

Beliau memberitahu jumlah peserta yang akan menerima geran tanah berkenaan ialah seramai 610 orang (Felda Teloi Timur), 374 (Felda Bukit Tangga), 85 (Felda Laka Selatan dan seramai 180 dari Felda Gunung Bungsu dengan jumlah keseluruhan 1,249 orang.

Beliau mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang terlibat dan Kerajaan Negeri menghargai usaha mereka yang membantu kerajaan dalam meningkatkan bidang pertanian. -wartakedah.net

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Mat Zain Wants RCI on Attorney-General

Posted: 05 May 2011 04:59 AM PDT

From The Malaysian Insider

Retired cop Datuk Mat Zain Ibrahim wants a royal panel to probe the government's top lawyer whom he blamed for prolonging a police investigation into a controversial sex video linked to Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mat Zain has repeatedly accused Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail of having deceived the federal government and former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad in several high-profile cases.

The ex-cop said the series of deception had caused the destruction of public confidence in the police.

"In my opinion, in the interest of public justice, I suggest Tan Sri raise this issue to the prime minister and suggest an RCI or a tribunal be formed to investigate this claim in a transparent and comprehensive manner for once and for all," he said in the latest of a series of open letters addressed to Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar today.

"Whatever the circumstances, the police must not let Gani Patail (picture) 'hold' the prime minister or anyone else as his 'hostage'," he added.

In today's letter, Mat Zain also accused Ismail's predecessor Tan Sri Musa Hassan of having conspired with the A-G in several cases, saying that this cemented the impression the police were not independent and could not be trusted to protect the public's interests.

"Personally, I find the PDRM (police) following the Attorney-General's evidence as if it is not independent. As a retiree who is familiar with the origins of the issue, I am sad and fear that history will repeat itself and the banana will fruit twice," he said in the letter.

"Their offences, whether separate or together, have created a grave and long-term impact on the national justice system. In fact, their actions have destroyed the public's trust, not only towards the police but towards the office of the Attorney-General's Chambers itself," he added, referring to Gani and Musa.

Mat Zain had headed the 1998 police probe into Anwar's black-eye case.

The former senior investigator named the black-eye case, the lack of prosecution action against former Malacca Chief Minister Datuk Seri Abdul Rahim Thamby Chik, and the ongoing trial into the multi-billion ringgit Port Klang Free Zone (PKFZ) scandal as examples.

Rahim is one of the "Datuk T" trio who have admitted to screening the sex video but who have yet to be charged.

The 21-minute video shows a man resembling Anwar having sex with a woman with Oriental features and was first aired to reporters at the prestigious Carcosa Seri Negara hotel here last month by a man who called himself "Datuk T".

A few days after the viewing, "Datuk T" was unmasked to be a group moniker used by Rahim and his two partners, businessman Datuk Shazryl Eskay Abdullah and pro-Malay rights supporter Datuk Shuib Lazim.

During a March 24 press conference, Rahim said the video was exposed to show "a man who wants to be prime minister is not qualified."

Mat Zain, a former Kuala Lumpur CID chief, had previously linked the sex video to another, said to also feature Anwar, which had surfaced 12 years ago in 1999.

Mat Zain had asked the police to investigate any possible links between the two tapes and whether Gani could be trusted to discharge his duties professionally because of his past involvements in various anti-Anwar episodes.

The police are investigating the trio under section 292 of the Penal Code for screening pornographic material.

Deputy Inspector-General of Police Datuk Khalid Abu Bakar said yesterday that the probe was still ongoing but was confident the police would resubmit investigation papers to the A-G for further action.

Anwar Tuntut Panel Bebas Semak Projek MRT

Posted: 05 May 2011 03:38 AM PDT

Dari Malaysiakini

Penasihat ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata satu panel bebas perlu diwujudkan bagi menyemak kos dan keberkesanan projek pengangkutan Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) yang dijangka menelan belanja RM55 bilion.

Katanya, panel bebas itu perlu dibentuk memandangkan pelantikan konsortium Gamuda-MMC sebagai rakan penyampaian projek (PDP) itu menimbulkan banyak persoalan.

Anwar berkata, isu berhubung tata kelola penganugerahan projek dan penentuan kos projek berkenaan perlu dijelaskan.

“Skop tanggungjawab yang terlalu besar dan menyeluruh yang diserahkan kepada PDP membolehkan Gamuda-MMC membuat keputusan bagi pihak (kerajaan) mengenai spesifikasi projek, kos projek dan menganugerahkan pakej projek kepada subkontraktor.

“Ini tidak ubah seperti amalan lama melalui rundingan terus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, Gamuda-MMC mempunyai motif bagi menentukan spesifikasi projek demi memaksimumkan keuntungan yang bakal diperoleh.

“Spesifikasi teknikal yang dicadangkan mungkin lebih mahal dan tidak diperlukan, tetapi dimasukkan untuk melonjakkan kos sesuatu pakej tender,” katanya.

Tambahnya, Gamuda-MMC juga terlibat dalam konflik pertembungan memandangkan firma itu juga menjadi pembida utama bagi pakej kerja-kerja pembinaan bawah tanah.

“Pakej ini adalah pakej yang terbesar dan termahal kerana melibatkan kerja-kerja mengorek terowong,” katanya lagi.

Anwar turut melahirkan kebimbangannya berhubung hutang yang mungkin ditanggung negara berhubung pelaksanaan projek tersebut.

“Anggaran saya, jumlah ini akan melonjakkan kadar keberhutangan negara melebih paras 60 peratus daripada jumlah KDNK apabila projek tersebut siap dalam tahun 2016.

“Sebelum ini rakyat terpakasa menanggung beban apabila (kerajaan) BN terpaksa mengambil alih keseluruhan projek LRT dari Renong dan syarikat milik Tan Sri Vincent Tan pada kos RM7 bilion dalam tahun 2001.

Katanya lagi, rakyat masih lagi menanggung hutang kos pengambilalihan LRT tersebut walaupun sudah 10 tahun berlalu.

“(Kini kerajaan) BN mahu menambah lagi RM55 bilion hutang awam yang akan ditanggung generasi akan datang,” kata Anwar.

Pembohongan Eskay Tentang Video Fitnah Semakin Terserlah

Posted: 04 May 2011 10:20 PM PDT

Dari Keadilan Daily

Pembohongan Ahli Perniagaan,Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengenai rakaman video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin terserlah, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Beliau diminta mengulas kenyataan Eskay semalam yang menafikan menuduh Anwar melakukan zina, ketika ditanya wartawan selepas memberi keterangan di Balai Polis Kepong berhubung sumpah laknat yang dibuatnya minggu lalu.

"Orang seperti Eskay, lama kelamaan kredibiliti akan terserlah dengan kebohongan. Ceritanya tidak konsisten. Kita boleh senaraikan daripada awal. Mula-mula kata tempat (kejadian seks) berlaku di hotel, kemudian di spa dan apartment di Ampang.

"Selain itu, perkara asas dia berbohong pasal jam (Omega) yang dikata dicuri tetapi dalam video jelas ia tidak dicuri dan tidak wujud pula. Pada awal dia kata jam itu adalah bukti yang kuat tetapi kemudian kata tidak ada kena mengena pula.
"Ini salah satu dari rentetan penipuan, kita boleh masukkan senarai-senarai baru. Malah sumpah laknat yang dibuatnya juga satu penipuan. Seperti pepatah Inggeris, orang yang berbohong dengan satu pembohongan akan terus berbohong untuk menutup pembohongan lain yang dilakukannya," ujar Rafizi kepada Keadilandaily.com.

Rafizi dalam pada itu turut ditanya mengenai ugutan Eskay, kononnya akan mendedahkan 'perkara baru' mengenai Anwar.

Menurut Rafizi, sejak dari awal tuduhan yang dibuat Eskay terhadap Ketua Umum KEADILAN itu tidak memberi sebarang kesan kepada KEADILAN, kerana rakyat tidak mempercayai fitnah yang dilemparkan.

"Ia tidak memberi kesan kepada kita, fokus kita jadi kerajaan dan memenuhi kehendak rakyat yang bersabit tentang menjaga kebajikan rakyat.

"Di pihak KEADILAN, ini perkara biasa apabila kita dilontar fitnah demi fitnah. Tetapi kita tumpu hal ehwal pentadbiran negara dan membanteras rasuah.

"Mereka cipta fitnah baru, kita dah lali. Rakyat sudah muak dan tidak teruja lagi dengan cerita mereka, akhirnya ia makan diri," ujar beliau yang juga Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, kenyataan terbaru Eskay itu juga menunjukkannya semakin gelabah dan mula mencari jalan keluar untuk menyelamatkan diri dari tuduhan yang dibuatnya sebelum ini.

"Mungkin dia takut dikenakan tuduhan qazaf. Tetapi kita akan teruskan dan pastikan dia dikenakan tuduhan qazaf di mahkamah syariah.

" Dia mula cari jalan untuk keluar dari tuduhan menuduh Datuk Seri Anwar berzina," katanya.

Semalam, Eskay menafikan menuduh Anwar melakukan zina, sebaliknya menyerahkan beban dakwaan itu kepada wartawan yang menonton video itu di Hotel Seri Carcosa Negara pada 21 Mac lalu.

"Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya,"

"Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia," katanya kepada pemberita yang kelihatan tercegang dengan kenyataan itu, lapor Malaysiakini.

Ketika ditanya mengenai jam tangan jenama Omega yang diserahkan kepada pihak polis, Eskay enggan menjawab mengapa jam Omega itu relevan dengan kesnya berikutan rakaman video itu langsung tidak menunjukkan jam tangan berkenaan.

Sebelum ini, terdapat percanggahan keterangan yang diberikannya dan kenyataan yang dibuat polis. Eskay mendakwa kejadian seks itu berlaku di sebuah hotel melibatkan seorang pelacur warganegara China.

Manakala polis pula berkata video itu dirakam di sebuah kondominium dan pelaku wanita dalam video itu adalah seorang pelajar di sebuah kolej di ibu negara.

Mufti Perlis Naif Serta Jahil Sejarah Politik

Posted: 04 May 2011 10:09 PM PDT

Dari Malaysiakini

Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Dr Abdul Aziz Bari hari ini membidas Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berhubung kenyataannya yang menyifatkan pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam.

Abdul Aziz beranggapan kenyataan tokoh agama itu sebagai “naif dan menandakan kejahilannya dalam sejarah politik Malaysia” khususnya berhubung kerjasama kedua-dua parti itu pada awal 1970-an sehingga melahirkan BN pada 1974.

“PAS ditendang oleh Umno pada 1977 dan Kelantan dirampas melalui darurat. Kerjasama atau gabungan Umno-PAS merugikan umat Islam.

“Ia melemahkan mekanisme semak dan imbang serta persaingan sihat demi kepentingan orang Melayu dan Islam.

“Melemahkan mekanisme itu, baik dalam parti-parti yang ada yakni Umno, PAS atau PKR akan merugikan umat Islam,” katanya.

Abdul Aziz yang juga seorang pengamat politik berkata ketiadaan semak dan imbang menyebabkan pelaksanaan Islam dan kebajikan Melayu terbantut.

“Ia menyebabkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa merebak,” kata Abdul Aziz dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Dr Juanda yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia semalam yang menyifatkan pihak yang menentang penyatuan kedua-dua parti itu sebagai pengkhianat Islam dan boleh dianggap pendukung fikrah Khawarij yang amat bencikan kesatuan.

Menurut mufti Perlis itu, penyatuan kedua-dua parti berkenaan sebenarnya wajib, khususnya untuk kekuatan Islam. Malah al-Quran sendiri melalui ayat 13 surah Asy-Syura memerintahkan supaya umat Islam bersatu padu dan Islam perlu ditegakkan.

Bagaimanapun tokoh agama muda itu menjelaskan gesaan penyatuan Umno dan PAS yang diutarakannya semalam bukanlah bermaksud kedua-duanya perlu bergabung sebagai satu parti.

Sebaliknya penyatuan tersebut dalam erti kata bekerjasama dalam urusan kepentingan Islam dan negara.

“Duduk semeja, kurang maki (sesama lain), kurang politiking, tumpu pada kepentingan rakyat dan negara. Penyatuan tak semestinya (melalui) satu parti,” katanya.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz turut menyifatkan “satu jenayah” bagi menggagalkan pembentukan sistem dua parti yang kini sedang berjalan.

Dakwanya, Umno dan beberapa tokoh tertentu dalam PAS, tidak selesa dengan pembentukan sistem dua parti yang akan menyemarakkan wacana politik yang berasaskan dasar dan program, bukan agenda ras, politik skandal yang didakwanya cuba dibawa oleh Umno sekarang.

Sehubungan itu beliau meminta Juanda mempelajari sistem politik yang ada sebelum membuat sebarang kenyataan.

anjung setiawangsa

anjung setiawangsa


ESKAY KATA DIA TAK TUDUH ANWAR, WARTAWAN YANG TUDUH!

Posted: 04 May 2011 09:53 PM PDT


"Saya bukannya menuduh Anwar tetapi wartawan yang telah menonton video yang membuat penilaian," kata Eskay (Datuk T - Temberang)

Eskay juga menafikan beliau menuduh Anwar 'berzina'.

Beliau kemudian bertanya kepada wartawan, pernah atau tidak beliau membuat tuduhan seumpama itu.

"Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya," kata Eskay.

Dalam membuat penafian itu, Eskay cuba meletakkan beban kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu di atas bahu wartawan.

"Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia," kata Eskay kepada pemberita yang kelihatan tercegang dengan kenyataan beliau.

Pita video seks itu pertama kalinya dipertontonkan pada 21 Mac lalu oleh trio 'Datuk T' yang turut dianggotai oleh Eskay bersama bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim.

PENYALAHGUNAAN INSTITUSI POLIS DAN PENDIDIKAN UNTUK KEPENTINGAN POLITIK UMNO - KENYATAAN MEDIA TIMBALAN PRESIDEN PKR

Posted: 04 May 2011 09:49 PM PDT




Minggu lepas YB Nurul Izzah Anwar dan YB Nik Nazmi Nik Ahmad mendedahkan tentang peranan seorang pegawai polis kanan yang mendalangi agenda fitnah UMNO terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan cuba menghasut warga pendidik atas nama seminar keselamatan negara.

Pegawai yang dimaksudkan ialah Senior Asisten Komisioner (SAC) 1 Datuk Dr. Haji Abdul Rahman Ismail, Ketua Penolong Pengarah Penyelidikan dan Keurusetiaan Cawangan Khas dari Bukit Aman. Saya lampirkan gambar yang diambil daripada sebuah program di Sabah.

Salinan aturcara program yang dimaksudkan dan dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Bachok, Kelantan ini di atas tajuk 'Seminar Isu-Isu Keselamatan Negara Masa Kini' dan dilancarkan oleh YB Dato' Dr. Awang Adek Hussin, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia turut dilampirkan.

Jawatankuasa Induk Pengelola melibatkan pihak Polis DiRaja Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan Pejabat Pelajaran Daerah Bachok.

Saya dimaklumkan 4 siri seminar ini dijalankan dengan membabitkan lebih 2000 pengetua dan guru-guru dari seluruh Kelantan. Setiap sekolah diwajibkan menghantar pengetua dan 8 orang guru.

Pembentangan Abdul Rahman Ismail bukan tertumpu kepada isu keselamatan negara sebaliknya menjadi ejen agenda fitnah UMNO dengan mengupas isu-isu seks dan lucah yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga tragedi berdarah Memali.

Abdul Rahman Ismail telah menghukum Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah sebagai peliwat dan juga pelanggan pelacur.

Mengapa seorang pegawai kanan polis terlibat menyampaikan ceramah politik yang mengulangi propaganda murahan UMNO Barisan Nasional?

Bagaimanakah pihak polis dapat menjalankan siasatan yang telus dan professional dalam isu fitnah 2, video seks dan kes Altantuya jika pegawai tertinggi PDRM terlibat dalam agenda fitnah yang keji ini?

Mengapakah institusi polis disalahgunakan, bukannya untuk memerangi jenayah yang menghantui rakyat Malaysia?

Mengapakah pengetua dan guru-guru sekolah dari seluruh Kelantan diminta hadir di seminar ini? Apakah kaitan program politik ini dengan mengangkat martabat pendidikan negara?

Adakah langkah terdesak BN ini berpunca daripada ketakutan BN menghadapi pengaruh Buku Jingga Pakatan Rakyat khususnya di kalangan guru-guru dan keinginan merampas kuasa Kerajaan Negeri Kelantan?

Saya menuntut Ketua Polis Negara untuk menjawab persoalan-persoalan ini dengan jujur agar kita dapat menghentikan penyalahgunaan jentera kerajaan khususnya polis dan Pejabat Pendidikan untuk tujuan agenda fitnah UMNO.

Apakah jaminan Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara yang baru dilantik untuk memastikan institusi polis menjadi institusi yang berwibawa untuk memelihara keselamatan negara.

MOHAMED AZMIN ALI
TIMBALAN PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT
3 MEI 2011