Anwar Ibrahim |
- Mat Zain Wants RCI on Attorney-General
- Anwar Tuntut Panel Bebas Semak Projek MRT
- Pembohongan Eskay Tentang Video Fitnah Semakin Terserlah
- Mufti Perlis Naif Serta Jahil Sejarah Politik
Mat Zain Wants RCI on Attorney-General Posted: 05 May 2011 04:59 AM PDT Retired cop Datuk Mat Zain Ibrahim wants a royal panel to probe the government's top lawyer whom he blamed for prolonging a police investigation into a controversial sex video linked to Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mat Zain has repeatedly accused Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail of having deceived the federal government and former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad in several high-profile cases. The ex-cop said the series of deception had caused the destruction of public confidence in the police. "In my opinion, in the interest of public justice, I suggest Tan Sri raise this issue to the prime minister and suggest an RCI or a tribunal be formed to investigate this claim in a transparent and comprehensive manner for once and for all," he said in the latest of a series of open letters addressed to Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar today. "Whatever the circumstances, the police must not let Gani Patail (picture) 'hold' the prime minister or anyone else as his 'hostage'," he added. In today's letter, Mat Zain also accused Ismail's predecessor Tan Sri Musa Hassan of having conspired with the A-G in several cases, saying that this cemented the impression the police were not independent and could not be trusted to protect the public's interests. "Personally, I find the PDRM (police) following the Attorney-General's evidence as if it is not independent. As a retiree who is familiar with the origins of the issue, I am sad and fear that history will repeat itself and the banana will fruit twice," he said in the letter. "Their offences, whether separate or together, have created a grave and long-term impact on the national justice system. In fact, their actions have destroyed the public's trust, not only towards the police but towards the office of the Attorney-General's Chambers itself," he added, referring to Gani and Musa. Mat Zain had headed the 1998 police probe into Anwar's black-eye case. The former senior investigator named the black-eye case, the lack of prosecution action against former Malacca Chief Minister Datuk Seri Abdul Rahim Thamby Chik, and the ongoing trial into the multi-billion ringgit Port Klang Free Zone (PKFZ) scandal as examples. Rahim is one of the "Datuk T" trio who have admitted to screening the sex video but who have yet to be charged. The 21-minute video shows a man resembling Anwar having sex with a woman with Oriental features and was first aired to reporters at the prestigious Carcosa Seri Negara hotel here last month by a man who called himself "Datuk T". A few days after the viewing, "Datuk T" was unmasked to be a group moniker used by Rahim and his two partners, businessman Datuk Shazryl Eskay Abdullah and pro-Malay rights supporter Datuk Shuib Lazim. During a March 24 press conference, Rahim said the video was exposed to show "a man who wants to be prime minister is not qualified." Mat Zain, a former Kuala Lumpur CID chief, had previously linked the sex video to another, said to also feature Anwar, which had surfaced 12 years ago in 1999. Mat Zain had asked the police to investigate any possible links between the two tapes and whether Gani could be trusted to discharge his duties professionally because of his past involvements in various anti-Anwar episodes. The police are investigating the trio under section 292 of the Penal Code for screening pornographic material. Deputy Inspector-General of Police Datuk Khalid Abu Bakar said yesterday that the probe was still ongoing but was confident the police would resubmit investigation papers to the A-G for further action. |
Anwar Tuntut Panel Bebas Semak Projek MRT Posted: 05 May 2011 03:38 AM PDT Dari Malaysiakini Penasihat ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata satu panel bebas perlu diwujudkan bagi menyemak kos dan keberkesanan projek pengangkutan Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) yang dijangka menelan belanja RM55 bilion. Katanya, panel bebas itu perlu dibentuk memandangkan pelantikan konsortium Gamuda-MMC sebagai rakan penyampaian projek (PDP) itu menimbulkan banyak persoalan. Anwar berkata, isu berhubung tata kelola penganugerahan projek dan penentuan kos projek berkenaan perlu dijelaskan. “Skop tanggungjawab yang terlalu besar dan menyeluruh yang diserahkan kepada PDP membolehkan Gamuda-MMC membuat keputusan bagi pihak (kerajaan) mengenai spesifikasi projek, kos projek dan menganugerahkan pakej projek kepada subkontraktor. “Ini tidak ubah seperti amalan lama melalui rundingan terus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Jelasnya, Gamuda-MMC mempunyai motif bagi menentukan spesifikasi projek demi memaksimumkan keuntungan yang bakal diperoleh. “Spesifikasi teknikal yang dicadangkan mungkin lebih mahal dan tidak diperlukan, tetapi dimasukkan untuk melonjakkan kos sesuatu pakej tender,” katanya. Tambahnya, Gamuda-MMC juga terlibat dalam konflik pertembungan memandangkan firma itu juga menjadi pembida utama bagi pakej kerja-kerja pembinaan bawah tanah. “Pakej ini adalah pakej yang terbesar dan termahal kerana melibatkan kerja-kerja mengorek terowong,” katanya lagi. Anwar turut melahirkan kebimbangannya berhubung hutang yang mungkin ditanggung negara berhubung pelaksanaan projek tersebut. “Anggaran saya, jumlah ini akan melonjakkan kadar keberhutangan negara melebih paras 60 peratus daripada jumlah KDNK apabila projek tersebut siap dalam tahun 2016. “Sebelum ini rakyat terpakasa menanggung beban apabila (kerajaan) BN terpaksa mengambil alih keseluruhan projek LRT dari Renong dan syarikat milik Tan Sri Vincent Tan pada kos RM7 bilion dalam tahun 2001. Katanya lagi, rakyat masih lagi menanggung hutang kos pengambilalihan LRT tersebut walaupun sudah 10 tahun berlalu. “(Kini kerajaan) BN mahu menambah lagi RM55 bilion hutang awam yang akan ditanggung generasi akan datang,” kata Anwar. |
Pembohongan Eskay Tentang Video Fitnah Semakin Terserlah Posted: 04 May 2011 10:20 PM PDT Dari Keadilan Daily Pembohongan Ahli Perniagaan,Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengenai rakaman video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin terserlah, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli. Beliau diminta mengulas kenyataan Eskay semalam yang menafikan menuduh Anwar melakukan zina, ketika ditanya wartawan selepas memberi keterangan di Balai Polis Kepong berhubung sumpah laknat yang dibuatnya minggu lalu. "Orang seperti Eskay, lama kelamaan kredibiliti akan terserlah dengan kebohongan. Ceritanya tidak konsisten. Kita boleh senaraikan daripada awal. Mula-mula kata tempat (kejadian seks) berlaku di hotel, kemudian di spa dan apartment di Ampang. "Selain itu, perkara asas dia berbohong pasal jam (Omega) yang dikata dicuri tetapi dalam video jelas ia tidak dicuri dan tidak wujud pula. Pada awal dia kata jam itu adalah bukti yang kuat tetapi kemudian kata tidak ada kena mengena pula. Rafizi dalam pada itu turut ditanya mengenai ugutan Eskay, kononnya akan mendedahkan 'perkara baru' mengenai Anwar. Menurut Rafizi, sejak dari awal tuduhan yang dibuat Eskay terhadap Ketua Umum KEADILAN itu tidak memberi sebarang kesan kepada KEADILAN, kerana rakyat tidak mempercayai fitnah yang dilemparkan. "Ia tidak memberi kesan kepada kita, fokus kita jadi kerajaan dan memenuhi kehendak rakyat yang bersabit tentang menjaga kebajikan rakyat. "Di pihak KEADILAN, ini perkara biasa apabila kita dilontar fitnah demi fitnah. Tetapi kita tumpu hal ehwal pentadbiran negara dan membanteras rasuah. "Mereka cipta fitnah baru, kita dah lali. Rakyat sudah muak dan tidak teruja lagi dengan cerita mereka, akhirnya ia makan diri," ujar beliau yang juga Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Mengulas lanjut, Rafizi berkata, kenyataan terbaru Eskay itu juga menunjukkannya semakin gelabah dan mula mencari jalan keluar untuk menyelamatkan diri dari tuduhan yang dibuatnya sebelum ini. "Mungkin dia takut dikenakan tuduhan qazaf. Tetapi kita akan teruskan dan pastikan dia dikenakan tuduhan qazaf di mahkamah syariah. " Dia mula cari jalan untuk keluar dari tuduhan menuduh Datuk Seri Anwar berzina," katanya. Semalam, Eskay menafikan menuduh Anwar melakukan zina, sebaliknya menyerahkan beban dakwaan itu kepada wartawan yang menonton video itu di Hotel Seri Carcosa Negara pada 21 Mac lalu. "Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya," "Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia," katanya kepada pemberita yang kelihatan tercegang dengan kenyataan itu, lapor Malaysiakini. Ketika ditanya mengenai jam tangan jenama Omega yang diserahkan kepada pihak polis, Eskay enggan menjawab mengapa jam Omega itu relevan dengan kesnya berikutan rakaman video itu langsung tidak menunjukkan jam tangan berkenaan. Sebelum ini, terdapat percanggahan keterangan yang diberikannya dan kenyataan yang dibuat polis. Eskay mendakwa kejadian seks itu berlaku di sebuah hotel melibatkan seorang pelacur warganegara China. Manakala polis pula berkata video itu dirakam di sebuah kondominium dan pelaku wanita dalam video itu adalah seorang pelajar di sebuah kolej di ibu negara. |
Mufti Perlis Naif Serta Jahil Sejarah Politik Posted: 04 May 2011 10:09 PM PDT Dari Malaysiakini Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Dr Abdul Aziz Bari hari ini membidas Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berhubung kenyataannya yang menyifatkan pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam. Abdul Aziz beranggapan kenyataan tokoh agama itu sebagai “naif dan menandakan kejahilannya dalam sejarah politik Malaysia” khususnya berhubung kerjasama kedua-dua parti itu pada awal 1970-an sehingga melahirkan BN pada 1974. “PAS ditendang oleh Umno pada 1977 dan Kelantan dirampas melalui darurat. Kerjasama atau gabungan Umno-PAS merugikan umat Islam. “Ia melemahkan mekanisme semak dan imbang serta persaingan sihat demi kepentingan orang Melayu dan Islam. “Melemahkan mekanisme itu, baik dalam parti-parti yang ada yakni Umno, PAS atau PKR akan merugikan umat Islam,” katanya. Abdul Aziz yang juga seorang pengamat politik berkata ketiadaan semak dan imbang menyebabkan pelaksanaan Islam dan kebajikan Melayu terbantut. “Ia menyebabkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa merebak,” kata Abdul Aziz dalam satu kenyataan akhbar hari ini. Beliau mengulas kenyataan Dr Juanda yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia semalam yang menyifatkan pihak yang menentang penyatuan kedua-dua parti itu sebagai pengkhianat Islam dan boleh dianggap pendukung fikrah Khawarij yang amat bencikan kesatuan. Menurut mufti Perlis itu, penyatuan kedua-dua parti berkenaan sebenarnya wajib, khususnya untuk kekuatan Islam. Malah al-Quran sendiri melalui ayat 13 surah Asy-Syura memerintahkan supaya umat Islam bersatu padu dan Islam perlu ditegakkan. Bagaimanapun tokoh agama muda itu menjelaskan gesaan penyatuan Umno dan PAS yang diutarakannya semalam bukanlah bermaksud kedua-duanya perlu bergabung sebagai satu parti. Sebaliknya penyatuan tersebut dalam erti kata bekerjasama dalam urusan kepentingan Islam dan negara. “Duduk semeja, kurang maki (sesama lain), kurang politiking, tumpu pada kepentingan rakyat dan negara. Penyatuan tak semestinya (melalui) satu parti,” katanya. Mengulas lanjut, Abdul Aziz turut menyifatkan “satu jenayah” bagi menggagalkan pembentukan sistem dua parti yang kini sedang berjalan. Dakwanya, Umno dan beberapa tokoh tertentu dalam PAS, tidak selesa dengan pembentukan sistem dua parti yang akan menyemarakkan wacana politik yang berasaskan dasar dan program, bukan agenda ras, politik skandal yang didakwanya cuba dibawa oleh Umno sekarang. Sehubungan itu beliau meminta Juanda mempelajari sistem politik yang ada sebelum membuat sebarang kenyataan. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan