Selasa, 3 Mei 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Sistem Cula Menghadapi Pemilih

Posted: 03 May 2011 03:50 PM PDT

Saya telah diperkenalkan dengan sistem cula untuk berhadapan dengan pemilih sejak awal tahun 1980 yang dibawakan oleh Ustaz Halim dan Cikgu Rahim dari Kelantan yang bertanggungjawab membawakan sistem itu ke dalam gerak kerja Parti PAS.

Baru-baru ini didalam Pilihanraya DUN Kerdau dan juga semasa saya bertugas di Jepak didalam Pilihanraya Negeri Sarawak, sekali lagi sistem itu diperkenalkan.

Namun, sistem yang dibawakan oleh Ustaz Halim dan Cikgu Rahim amatlah berbeza dengan apa yang diperkenalkan di PRK DUN Kerdau dan DUN Jepak.

Sistem cula yang dibawakan oleh PAS adalah sistem berterusan, bukan sistem semasa Pilihanraya.

Melalui sistem cula yang diperkenalkan kepada PAS Kelantan, setiap pengundi di Negeri itu sudah dikenalpasti secara berterusan.

Setiap isi rumah sudah dikenali dengan warna-warna tertentu bertahun-tahun lamanya samada berwarna Hijau, Merah atau kelabu.

Yang berwarna hijau itu adalah penyokong/ahli tegar PAS, yang merah adalah ahli tegar BN, dan yang kelabu itu adalah pengundi-pengundi atas pagar.

Pengenalan ini dibuat berterusan sepanjang masa, sepanjang tahun, dan jumlah pengundi-pengundi yang menyokong PAS dan yang menyokong UMNO sudah dikenalpasti sejak bertahun dan bukan semasa Pilihanraya berlangsung.

Keatas pengundi-pengundi tegar UMNO yang tidak mungkin lagi boleh berubah mereka itu tidak diberikan sebarang prioriti didalam gerakkerja parti, keatas yang tegar menyokong PAS mereka itu terus-menerus diberikan keutamaan gerak-kerja parti dan usaha yang utama adalah untuk mendapatkan sokongan daripada yang berada diatas pagar.

Semasa Pilihanraya berlangsung, PAS Kelantan (Parlimen atau DUN) sudah pun mengenal pasti pengundi-pengundinya dan juga mereka sudah mengetahui daripada penculaan yang dibuat bertahun-tahun itu samada PAS menang atau pun kalah didalam pertandingan samada Parlimen atau pun DUN itu.

PAS akan menumpukan semasa Pilihanraya itu keatas pengundi-pengundi atas pagar, dan dimana kekuatan PAS dan UMNO dianggap seimbang maka pengundi-pengundi atas pagar inilah yang menjadi utama untuk mencari kemenangan.

Berbeza dengan apa yang dilakukan oleh PKR di PRK DUN Kerdau dan Jepak, mereka membuat penculaan semasa Pilihanraya.

Sistem yang dibawakan oleh PKR itu adalah tidak praktikal. Kerja-kerja penculaan ini adalah kerja-kerja yang rumit dan memerlukan masa yang panjang, memakan masa bertahun-tahun dengan kerja-kerja berterusan.

Cula bererti pengasingan, identifikasi bagi mengenalpasti diantara penyokong dengan penentang dan mereka yang tidak memihak kemana-mana.

Setelah dicula maka tindakan susulan akan diperbuat untuk mempastikan yang menyokong tetap menjadi penyokong didalam Pilihanraya dan usaha dibuat untuk mendapatkan sokongan daripada yang atas pagar, dan jika masa mengizinkan berusaha menukarkan mereka yang menentang itu kepada keadaan kelabu jikapun tidak boleh bertukar menjadi hijau.

Ini bererti kerja politik dan masyarakat yang berterusan dan identifikasi kepada setiap penghuni rumah.

Apa yang dilakukan oleh PAS Kelantan bukan sahaja mengklasifikasikan pengundi-pengundi mengikut warna tetapi mengenal pasti mereka yang belum mendaftar sebagai pengundi, dan sistem penculaan itu juga mengambil kira mendaftarkan pengundi-pengundi baru.

Bukan itu sahaja, sistem ini juga dapat mempastikan ahli-ahli keluarga penyokong yang tinggal diluar kawasan bahkan diluar negeri, kenalpasti mereka, nama mereka, nombor kad pengenalan mereka, tempat/alamat mereka dan tempat kerja mereka dan alamat tempat kerja serta nombor handphone atau talipon mereka, bukan sekadar untuk tahu tetapi diusahakan menghubungi mereka dan semasa pilihanraya membawa mereka pulang untuk mengundi.

Untuk menjalankan sistem cula ini, sesebuah organisasi politik itu mestilah tersusun kemas dan dikhususkan penubuhan unit yang mengendalikan penculaan ini dari tahun ke tahun, bulan ke bulan, minggu ke minggu bahkan hari ke hari.

Tiba-tiba didalam PRK DUN Kerdau datanglah petugas-petugas dari luar untuk menjalankan penculaan didalam tempoh tak sampai 7 hari.

Apa yang mereka boleh buat dalam 7 hari? Sistem ini adalah sistem terbaik jika dijalankan daripada day one, setidak-tidaknya dalam tempoh 5 tahun hinggalah kepada sewaktu Pilihanraya.

Saya difahamkan bahawa di PRK DUN Kerdau, petugas-petugas luar dari PKR yang jumlahnya hanyalah segelintir, cuba membuat penculaan dengan berjaya menghabiskan antara 10 hingga 30 buah rumah sehari dan penculaan tidak pun tamat sebelum hari pembuangan undi.

Maka, itulah kerja sia-sia yang boleh diibaratkan pakar gebar yang tak cukup panjang dan lebarnya, maka ditarik keatas, kakinya sejuk dan ditarik kebawah, kepalanya sejuk.

Didalam keadaan yang begitu pendek, sistem cula ini tidak boleh mendatangkan kesan yang positif, dan oleh kerana itu saya tolak sistem cula "mee segera" ini dan saya tetap melakukan tugas mengikut kaedah tradisional didalam memperluaskan pnegaruh untuk menarik pengundi-pengundi.

Terbukti sistem tradisional yang saya lakukan berjaya memperbaiki undi PAS di Felda Jengka 22, iaitu satu-satunya UPU yang menyaksikan perubahan pengundian yang mana BN kerugian 191 undi berbanding dengan PRU-13 dulu, manakala di UPU yang cuba dilaksanakan sistem cula itu tidak menambahkan undi kepada Pembangkang.

Saya juga tidak mengikut arahan Markas di DUN Jepak untuk melakukan penculaan di Rumah-Rumah Panjang (20 kesemuanya) di UPU Dingun tetapi saya teruskan dengan sistem tradisional yang sesuai dengan keadaan semasa dimana kita dihalang oleh logistik yang sesuai dan masa yang terhad.

Alhamdulillah, UPU Dingun mencatatkan kemenangan kepada PKR bilamana PKR memperolehi 199 undi, BN 171 undi dan SNAP 74 undi.

Ditempat-tempat dimana sistem cula dijalankan undi-undi PKR bertambah tetapi jauh lagi dari menang!

Saya mengajak kepada "Pencinta" Sistem Cula ini, marilah buat kerja dari sekarang, buatlah penculaan dari sekarang, kenalpasti pengundi-pengundi samada menyokong PKR/PR atau BN atau Atas Pagar, dan setelah itu pertahankan penyokong supaya tidak berubah, lakukan kerja keatas mereka diatas pagar dan usahakan untuk menukar mereka yang tegar UMNO/BN itu kepada tahap kelabu (atas pagar) jika tidak boleh ditarik kepada hijau.

Lakukan kerja itu dari sekarang, dan terus lakukan kerja itu selepas PRU-13 dan dari PRU ke PRU (kerja berterusan).

Saya tidak menentang sistem cula, tetapi sangat tidak bersetuju jika sistem yang baik itu hendaqklah dilakukan dalam tempoh 10 hari kempen.

Kepada JPRP PKR Pusat, sila tubuhkan unit-unit diperingkat Negeri dan diperingkat Cabang serta diperingkat Ranting supaya kerja-kerja penculaan yang betul dilakukan dan unit-unit ini menjalankan kerja berterusan dan laporan mereka direkodkan dengan betul dan unit-unit ini hendaklah menjadi unit yang kekal didalam organisasi parti dan bukan dibuat secara ad-hok semasa Pilihanraya berlangsung.

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Terengganu

Posted: 03 May 2011 02:05 AM PDT

Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia

6 Mei 2011 (Jumaat)

Program 1) 5.00 – 6.30 ptg

– Rapatsetia Pimpinan KeADILan Terengganu Bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim

Lokasi: Gem Beach Resort, Batu Rakit

Program 2) 7.00 – 8.30 Mlm

- Solat Magrib Dan Hajat Rakyat Terengganu Untuk Dato' Seri Anwar Ibrahim
(Imam – Ustaz Zainal Abidin Ahmad – Mantan Timb Mufti Negeri Terengganu)

- Tazkirah Dato' Seri Anwar Ibrahim Untuk Rakyat Terengganu

Lokasi: Surau Kampong Tanjung, Batu Rakit (Tapak Ijtima' PAS 2010)

Program 3) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana 1

Lokasi : Perkarangan Madrasah Darul Iman, Kedai Buloh, Bukit Payung

Penceramah:
1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. YB Azmin Ali
3. YB Azan Ismail
4. YBhg Abu Bakar Chik
5. YBhg Abd Rahman Yusof
Program 4) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana 2

Lokasi : Tanjung , Bandar Kuala Terengganu (Belakang Astaka)

Penceramah:
1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. YB Azmin Ali
3. YB Azan Ismail
4. YB Wahid Endut
5. YBhg Fariz Musa

Pendedahan Penglibatan Cawangan Khas Dalam Skandal Video Lucah

Posted: 02 May 2011 09:17 PM PDT

From Malaysiakini

PKR zeroed in on federal police headquarters Bukit Aman today that it said is involved in a series of talks to spread ‘lies’ and ‘slander’ against Opposition leader Anwar Ibrahim in PAS-led Kelantan.

In a press conference at the party headquarters in Tropicana, Petaling Jaya, PKR deputy president Mohd Azmin Ali reiterated PKR’s accusation that a senior police officer at the national level was playing "political agent" for Umno.

According to Azmin, the talks – entitled ‘Seminar Isu-Isu Keselamatan Negara Masa Kini’ – were organised in Bachok and other areas in the state and were directed at school principals and teachers.

As many as 2,000 principals and teachers are said to have attended the talks.

Azmin said one of the main speakers is a senior police officer with the rank of SAC, Abdul Rahman Ismail, and is the chief assistant director in the research and secretariat unit in Bukit Aman.
Azmin, who is also member of parliament for Gombak, said the party has evidence to back up its claims.

By engaging with the public in such a manner, Azmin said Abdul Rahman had become one of the BN-government’s “slander agents to talk about sex and sodomy issues”.

“He claimed Anwar is guily in the case of sodomy and sex video issue,” claimed Azmin, who described the alleged police involvement in the talks as an abuse of the police force by Umno.

Last Friday, vice-president Nurul Izzah Anwar had said she received complaints that a senior police official – erroneously named as ‘Isa Abdul Rahman’ from Bukit Aman – had given talks to teachers in several schools in Kelantan for the past month to discredit
Anwar.

“This officer from Bukit Aman” has been telling teachers that Anwar is a threat to national security and that he is actually the one in the sex video screened to journalists at a hotel in Kuala Lumpur on March 21, Nurul Izzah said she was told.

Fellow vice-president Tian Chua also accused the police of “dancing to the tune of the ruling parties”, saying he personally has received complaints that Malay party workers have been pulled aside for “friendly advice” from the police.

“My election workers have been pulled aside and given a lecture by the police, saying that ‘it’s true that Anwar is the man in the video’ and that they have ‘inside information’.

“It’s not isolated but widespread. Many of our Malay party members have been targeted to be given this sort of ‘advice’ that Anwar truly is the actor. Such talk has been experienced by many PKR members,” he said.

Hari Memperingati Tahap Kebebasan Akhbar Malaysia Yang Merosot

Posted: 02 May 2011 08:37 PM PDT

Dari Merdeka Review
Oleh Mustafa K Anuar

3 Mei, iaitu hari esok, diraikan oleh hampir seluruh dunia setiap tahun, terutamanya komuniti wartawan dan pencinta kebebasan akhbar dan bersuara, kerana ia merupakan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia.

Tapi di Malaysia, hari berkenaan seharusnya menjadi waktu semata-mata untuk memperingatkan diri kita bahawa tahap kebebasan akhbar di tanah air ini adalah memalu dan semakin mengaibkan. Tahun lepas Malaysia memperoleh tangga 141 seantero dunia, 10 takuk ke bawah dari tahun 2009.

Seolah-olah keaiban ini tidak mencukupi, Malaysia didapati berada di tingkat bawah daripada Singapura yang lazimnya dikaitkan dengan kebebasan akhbar yang tersekat.

Sesungguhnya, tahap kebebasan akhbar adalah penting kerana ia adalah salah satu petanda utama terhadap darjah demokrasi yang wujud dalam sesebuah negara yang menyifatkan dirinya demokratik.

Malaysia tidak ada sebab kukuh untuk merai dan merayakan hari tersebut lebih-lebih lagi pada masa-masa kebelakangan ini. Banyak benda yang berlaku yang sebenarnya mencabul kebebasan yang sepatutnya ada pada media, khususnya akhbar arus perdana. Malah ada benda yang berlaku dalam dunia persuratkhabaran Malaysia yang merendahkan martabat dan kredibiliti media arus perdana.

Satu contoh yang ketara dan terkini ialah isu yang berkaitan dengan skandal video seks yang kononnya melibatkan Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim. Akhbar arus perdana khususnya bukan sahaja melaporkan hal ini, malah “memperagakan” klip video lucah di dada akhbar tanpa segan silu walaupun menyedari bahawa pembacanya juga termasuk kanak-kanak atau makhluk yang berusia amat muda.

Ketibaan pemimpin luar negara, seperti Perdana Menteri China, di Malaysia nampaknya tidak berupaya “bersaing” dengan kisah video seks itu dari segi keutamaan politik dan “nilai berita”.

“Kebebasan” menyiarkan foto dan berita begitu menonjol sekali dalam akhbar bukanlah menandakan satu pencapaian atau kemajuan dalam pemberitaan yang patut kita banggakan. Ini satu langkah ke belakang.

Kita mungkin boleh cuba “memaafkan” jika penonjolan kes video seks ini dilakukan oleh akhbar “panas” dan sensasi seperti News of the World di Britain. Tapi yang mengaibkan ialah ini melibatkan akhbar arus perdana Malaysia yang kononnya serius dalam usahanya untuk meluaskan pemikiran rakyat serta menggalakkan keintelektualan warga.

Akhbar yang leka dengan sensasi dan unsur fitnah sudah tentunya mencerminkan ketidaktanggungjawapannya di mata umum, selain daripada melanggar etika kewartawanan. Ini menjadi begitu ketara apabila pihak yang dicemarkan imej dan kedudukan sosialnya tidak diberi peluang untuk membela dirinya dalam akhbar berkenaan.

Kalaupun diberikan ruang, selalunya ruang ini amat sempit, ataupun pandangan pihak yang tercemar diperoleh melalui pihak ketiga, bukan secara langsung daripada individu yang tercemar itu.

Tindak-tanduk akhbar arus perdana yang tidak beretika menyerlah apabila negara mengalami pilihanraya (seperti di Sarawak baru-baru ini). Waktu inilah akhbar bersikap kurang adil dalam pemberitaannya dengan memberi layanan yang baik lagi lumayan kepada parti yang memerintah, iaitu Barisan Nasional; malah ada juga akhbar yang bersekongkol dengan pihak berkuasa dengan menjana bohongan dan herotan realiti.

Akhbar, seperti ramai sedia maklum, bukan hanya sekadar melaporkan tentang peristiwa yang berlaku atau isu yang timbul pada hari berkenaan, tetapi ia juga berperanan – pada tahap tertentu – menyogok agenda bagi masyarakat. Dengan kata lain, akhbar mempunyai peranan atau matlamat yang murni dalam mencari kebenaran dan keadilan bagi pihak ahli masyarakat; mendidik rakyat; menggalakkan perbincangan secara aman; dan juga menjana maklum balas umum terhadap dasar pemerintah.

Tetapi peranan murni ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin jika akhbar berkenaan berkelakuan tidak lebih daripada penerbitan gossip, mekanisme mencetus sentimen perkauman atau ekstremis, dan alat propaganda pihak yang berkuasa.

Dan akhbar akan masih mengalami kekurangan kudrat untuk memikul tanggungjawab murni ini selagi ada undang-undang yang mengekang pekerjaan wartawan seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA), Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Hasutan, dan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Wartawan tidak akan berupaya menjalankan kewartawanan penyiasatan selagi ada undang-undang di atas, khususnya PPPA dan OSA.

Dalam masyarakat yang pelbagai golongan etnik seperti Malaysia, akhbar mempunyai peranan yang penting dalam konteks luas di mana rakyat menginginkan keharmonian nasional dan etnik. Sesungguhnya, akhbar boleh memainkan peranan sebagai jambatan yang mengeratkan hubungan antara golongan etnik dalam masyarakat.

Salah satu langkah yang boleh dianggap sebagai satu kemajuan dalam kewartawanan ialah jika ada usaha akhbar vernakular, seperti Sin Chiew Daily dan Tamil Nesan, misalnya, meluaskan skop pemberitaan serta perspektif politiknya yang menjangkau kepentingan komuniti bahasa berkenaan.

Ini juga bermakna bahawa rakyat yang bukan berbahasa ibunda berkenaan mempunyai akses secara langsung atau tidak langsung kepada akhbar berkenaan.

Tanggungjawab akhbar berbahasa Melayu menjadi lebih berat dan mustahak lagi kerana ianya menggunakan bahasa Melayu yang juga bertaraf bahasa nasional.

Dalam kes Utusan Malaysia, misalnya, ia bukan saja harus melayani kehendak “komuniti Melayu” tetapi juga kepentingan “komuniti Malaysia” yang membabitkan pelbagai golongan etnik seperti Cina, India, Kadazandusun, Iban, dll. Melalui penggunaan bahasa Melayu dan juga ruang lingkup yang lebih luas ini, akhbar berkenaan boleh menjana perasaan “keahlian” (atau stakeholder) bagi setiap warga negara ini. Keperluan kepelbagaian ini sebenarnya telahpun dirasai sebelum “era 1Malaysia” lagi.

Dengan kata lain, akhbar berbahasa Melayu khususnya, perlu bersikap lebih terbuka dan sanggup melayani kepentingan dan keperluan pelbagai kelompok yang wujud dalam masyarakat kita. Dengan cara ini, bahasa Melayu benar-benar dirasai “kebangsaan”nya oleh pelbagai rakyat negara ini, dan lantas ianya menyuburkan lagi bahasa nasional ini.

Seperkara lagi, dakwaan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin baru-baru ini bahawa Utusan Malaysia mencerminkan pandangan “komuniti Melayu” tidaklah tepat. Ini kerana tidak ada “satu pandangan” dari satu “komuniti Melayu”. Apa yang wujud ialah pelbagai pandangan dari pelbagai kelompok, ideologi dan kelas sosial dalam masyarakat Melayu itu sendiri. Pemberitaan dan penulisan Utusan Malaysia harus mencerminkan kepelbagaian ini.

Seperti umum sedia maklum, akhbar online menjadi popular dalam kalangan rakyat Malaysia akibat daripada melesetnya kredibiliti akhbar arus perdana kerana, antara lain, kawalan pihak berkuasa. Keupayaan akhbar online untuk menjalankan tugasnya sebaik mungkin juga menjadi kayu ukur kepada darjah demokrasi negara ini.

Itulah sebabnya ancaman siber yang dihadapi oleh akhbar online, seperti yang berlaku pada Malaysiakini baru-baru ini, menjadi kebimbangan kepada wartawan dan juga pencinta kebebasan akhbar.

Melesetnya kedudukan kebebasan akhbar di negara ini juga mempunyai kaitan rapat dengan kuasa yang diberikan kepada pemerintah oleh undang-undang yang berkaitan dengan akhbar, seperti PPPA, OSA dsb. yang membolehkan kawalan ketat pemerintah terhadap media pada keseluruhannya.

Negara yang ingin mencapai cita-cita tinggi, iaitu taraf negara industri, maju dan saintifik, memerlukan pada keseluruhannya warga yang berhemah tinggi, waras, cerdek, berdaya saing tinggi, saintifik dan adil serta kritis.

Hanya akhbar dan media lain yang mempunyai daya intelek yang tinggi, fikiran terbuka, komitmen terhadap kebenaran dan keadilan, dan kredibiliti tinggi yang boleh melayani kehendak dan keperluan warga negara sedemikian rupa.

Fitnah Direka Kerana Gagal Berhujah Menyangkal Buku Jingga

Posted: 02 May 2011 08:12 PM PDT


Dari RAKYAT Kepada RAKYAT

Dari RAKYAT Kepada RAKYAT


Semuanya sudah terbalik - Yang betul nampak salah, yang salah nampak betul.

Posted: 03 May 2011 07:24 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


PKR komited tetap bertanding DUN Labu PRU 13

Posted: 02 May 2011 05:47 PM PDT



Dari Blog PKR DUN Labu

Keadilan Dun Labu masih komited untuk bertanding Di Dun Labu Bagi PRU akan datang

Labu 2 Mei 2011, Kepada semua pembaca, keadilan Labu masih komited untuk bertanding di Dun Labu.

Ini berdasarkan maklumat dari orang ramai yang mahu PKR bertanding.

Mengikut analisa kami Dun Labu adalah kawasan pinggir bandar dan pecahan penduduknya adalah kepada melayu 60%,Cina 25% dan India 15%.

Kawasan seperti ini sesuai untuk PKR bertanding.

Pas dan Dap lebih sesuai dimajoriti kaum melayu dan Cina atau India.

Memandangkan pembahagian kerusi tahun 2008 juga telah putuskan PKR bertanding di Dun Labu adalah wajar pada PRU akan datang PKR diberi ruang lagi.

Untuk makluman pada PRU lalu PAS bertanding 13 kerusi dan hanya mampu menang 1, DAP bertanding 12 dan menang semua kerusi, PKR bertanding 11 dan menang 4.

Sekiranya Dun Labu nak di beri pada PAS maka PAS kenalah buat analisi yang terperinci sama ada sesuai untuk mereka bertanding atau tidak .

PAS lebih sesuai di kawasan Melayu.

Jika di kawasan Melayu pun PAS mengalami kesukaran untuk menang bagaimana dengan kawasan campuran.

Renung-renungkanlah sebelum tuntut Labu.

Sumber : http://buletinlabu.blogspot.com/2011/05/keadilan-dun-labu-masih-komited-untuk.html

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党


Fitnah Direka Kerana Gagal Berhujah Menyangkal Buku Jingga

Posted: 02 May 2011 08:44 PM PDT

Desak Sumpah Balas: Jelas Langgar Prinsip Maqasid Syariah

Posted: 02 May 2011 08:33 PM PDT

Oleh Al-Bakistani Eskay telah bersumpah laknat dalam mendakwa Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video seks yang telah tersebar. Ramai tokoh- tokoh agama di Malaysia yang terlupa ingin menyebut hukum qazaf, tetapi lebih seronok menyebut "sumpah balas" dari Anwar Ibrahim. Sepatutnya, mereka perlu mengeluarkan kenyataan mendesak agar pihak mahkamah syariah mengambil tindakan terhadap Eskay atas kesalahan [...]

万合花园路牌倒塌,吴芎山吁市议会立解决

Posted: 01 May 2011 08:47 PM PDT

(怡保28日讯)位于孟加兰万合花园和上环十八商店交通灯处的大型路牌和告示牌倒塌,其中大型路牌更压在街灯上,无时无刻威胁路过的车辆。 人民公正党务边区部副主席吴芎山表示该路牌在周日倒塌后已经四天,至今依然未见任何单位采取抢救行动,故此公正党已经向怡保市议会陆路部门作出投诉,希望当局可以尽快解决该问题。 他表示,在视察该地点后,相信事发原因是路牌载入的地基太浅,而造成其承载力不足,在周日的一场暴风雨中遭连根拔起。 他是在昨日联通孟加兰支部委员巡视该处后发表文告表示。其他出席者包括务边区部委员吴苍佑、支部青年团团长方福兴、委员黄友德和符标隆。 "地基浅的问题相信与该处之前进行的沟渠提升工程有关,部门在进行工程后没有将路牌地基扎稳。" 吴氏也是孟加兰西区支部主席,他最担心被"泰山压顶"的路灯随时砸下殃及其他人士,该地点路段属于通往怡保和拿乞的主干道路,特别在繁忙时刻和周末出入购物广场的车辆更是繁多。

李文材:马华面对土权展懦夫所为,李文材质问如何抗巫统种族政策

Posted: 01 May 2011 08:46 PM PDT

(怡保27日讯)针对日前土权组织率队踩上马华总部以"不要玩火"来警告马华领袖,人民公正党霹雳州署理主席李文材医生质问为何马华倡议"高调问政"路线,在这次面对土权组织的公开训示和挑瓣,却毅然选择成为懦夫? 他也质问马华是否因为意识到,土权组织受到首相纳吉、副首相慕尤丁和前首相敦马哈迪的撑腰,而在这起事件中哑语? "首相纳吉和前首相敦马哈迪就曾为土权组织第一届大会主持开闭幕仪式;另外副首相慕尤丁也不时力撑土权组织的种族极端立场,而这次力撑前锋报的"一个马来人,一个土著"的立场,就狠狠刮了马华响巴掌。" 无力抗衡巫统 李文材医生也是务边区国会议员,他指出,土权组织因巫统而生,两者相辅相成渲染种族极端歪风,马华在面对这个『巫统打手』的外围组织展示软弱,这要如何让人民信服马华在国阵大家庭中,有能力与巫统的种族极端政策抗衡和据理力争。 "巫统已经三番四次对马华释放"逐客令"的清楚讯息,如今土权组织更不把马华身为国阵老二的地位放在眼里。" 他表示,马华领袖必须痛定思痛,不要在面对问题时继续自我催眠,选择以避重就轻和妥协的伎俩蒙骗过关,倘若继续为虎作伥后果必定受到人民的遗弃。

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Video Ceramah Mat Sabu Di Markas PAS Kampung Bandariang Gerik...Semalam

Posted: 03 May 2011 06:22 AM PDT