The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
Sistem Cula Menghadapi Pemilih Posted: 03 May 2011 03:50 PM PDT Saya telah diperkenalkan dengan sistem cula untuk berhadapan dengan pemilih sejak awal tahun 1980 yang dibawakan oleh Ustaz Halim dan Cikgu Rahim dari Kelantan yang bertanggungjawab membawakan sistem itu ke dalam gerak kerja Parti PAS. Baru-baru ini didalam Pilihanraya DUN Kerdau dan juga semasa saya bertugas di Jepak didalam Pilihanraya Negeri Sarawak, sekali lagi sistem itu diperkenalkan. Namun, sistem yang dibawakan oleh Ustaz Halim dan Cikgu Rahim amatlah berbeza dengan apa yang diperkenalkan di PRK DUN Kerdau dan DUN Jepak. Sistem cula yang dibawakan oleh PAS adalah sistem berterusan, bukan sistem semasa Pilihanraya. Melalui sistem cula yang diperkenalkan kepada PAS Kelantan, setiap pengundi di Negeri itu sudah dikenalpasti secara berterusan. Setiap isi rumah sudah dikenali dengan warna-warna tertentu bertahun-tahun lamanya samada berwarna Hijau, Merah atau kelabu. Yang berwarna hijau itu adalah penyokong/ahli tegar PAS, yang merah adalah ahli tegar BN, dan yang kelabu itu adalah pengundi-pengundi atas pagar. Pengenalan ini dibuat berterusan sepanjang masa, sepanjang tahun, dan jumlah pengundi-pengundi yang menyokong PAS dan yang menyokong UMNO sudah dikenalpasti sejak bertahun dan bukan semasa Pilihanraya berlangsung. Keatas pengundi-pengundi tegar UMNO yang tidak mungkin lagi boleh berubah mereka itu tidak diberikan sebarang prioriti didalam gerakkerja parti, keatas yang tegar menyokong PAS mereka itu terus-menerus diberikan keutamaan gerak-kerja parti dan usaha yang utama adalah untuk mendapatkan sokongan daripada yang berada diatas pagar. Semasa Pilihanraya berlangsung, PAS Kelantan (Parlimen atau DUN) sudah pun mengenal pasti pengundi-pengundinya dan juga mereka sudah mengetahui daripada penculaan yang dibuat bertahun-tahun itu samada PAS menang atau pun kalah didalam pertandingan samada Parlimen atau pun DUN itu. PAS akan menumpukan semasa Pilihanraya itu keatas pengundi-pengundi atas pagar, dan dimana kekuatan PAS dan UMNO dianggap seimbang maka pengundi-pengundi atas pagar inilah yang menjadi utama untuk mencari kemenangan. Berbeza dengan apa yang dilakukan oleh PKR di PRK DUN Kerdau dan Jepak, mereka membuat penculaan semasa Pilihanraya. Sistem yang dibawakan oleh PKR itu adalah tidak praktikal. Kerja-kerja penculaan ini adalah kerja-kerja yang rumit dan memerlukan masa yang panjang, memakan masa bertahun-tahun dengan kerja-kerja berterusan. Cula bererti pengasingan, identifikasi bagi mengenalpasti diantara penyokong dengan penentang dan mereka yang tidak memihak kemana-mana. Setelah dicula maka tindakan susulan akan diperbuat untuk mempastikan yang menyokong tetap menjadi penyokong didalam Pilihanraya dan usaha dibuat untuk mendapatkan sokongan daripada yang atas pagar, dan jika masa mengizinkan berusaha menukarkan mereka yang menentang itu kepada keadaan kelabu jikapun tidak boleh bertukar menjadi hijau. Ini bererti kerja politik dan masyarakat yang berterusan dan identifikasi kepada setiap penghuni rumah. Apa yang dilakukan oleh PAS Kelantan bukan sahaja mengklasifikasikan pengundi-pengundi mengikut warna tetapi mengenal pasti mereka yang belum mendaftar sebagai pengundi, dan sistem penculaan itu juga mengambil kira mendaftarkan pengundi-pengundi baru. Bukan itu sahaja, sistem ini juga dapat mempastikan ahli-ahli keluarga penyokong yang tinggal diluar kawasan bahkan diluar negeri, kenalpasti mereka, nama mereka, nombor kad pengenalan mereka, tempat/alamat mereka dan tempat kerja mereka dan alamat tempat kerja serta nombor handphone atau talipon mereka, bukan sekadar untuk tahu tetapi diusahakan menghubungi mereka dan semasa pilihanraya membawa mereka pulang untuk mengundi. Untuk menjalankan sistem cula ini, sesebuah organisasi politik itu mestilah tersusun kemas dan dikhususkan penubuhan unit yang mengendalikan penculaan ini dari tahun ke tahun, bulan ke bulan, minggu ke minggu bahkan hari ke hari. Tiba-tiba didalam PRK DUN Kerdau datanglah petugas-petugas dari luar untuk menjalankan penculaan didalam tempoh tak sampai 7 hari. Apa yang mereka boleh buat dalam 7 hari? Sistem ini adalah sistem terbaik jika dijalankan daripada day one, setidak-tidaknya dalam tempoh 5 tahun hinggalah kepada sewaktu Pilihanraya. Saya difahamkan bahawa di PRK DUN Kerdau, petugas-petugas luar dari PKR yang jumlahnya hanyalah segelintir, cuba membuat penculaan dengan berjaya menghabiskan antara 10 hingga 30 buah rumah sehari dan penculaan tidak pun tamat sebelum hari pembuangan undi. Maka, itulah kerja sia-sia yang boleh diibaratkan pakar gebar yang tak cukup panjang dan lebarnya, maka ditarik keatas, kakinya sejuk dan ditarik kebawah, kepalanya sejuk. Didalam keadaan yang begitu pendek, sistem cula ini tidak boleh mendatangkan kesan yang positif, dan oleh kerana itu saya tolak sistem cula "mee segera" ini dan saya tetap melakukan tugas mengikut kaedah tradisional didalam memperluaskan pnegaruh untuk menarik pengundi-pengundi. Terbukti sistem tradisional yang saya lakukan berjaya memperbaiki undi PAS di Felda Jengka 22, iaitu satu-satunya UPU yang menyaksikan perubahan pengundian yang mana BN kerugian 191 undi berbanding dengan PRU-13 dulu, manakala di UPU yang cuba dilaksanakan sistem cula itu tidak menambahkan undi kepada Pembangkang. Saya juga tidak mengikut arahan Markas di DUN Jepak untuk melakukan penculaan di Rumah-Rumah Panjang (20 kesemuanya) di UPU Dingun tetapi saya teruskan dengan sistem tradisional yang sesuai dengan keadaan semasa dimana kita dihalang oleh logistik yang sesuai dan masa yang terhad. Alhamdulillah, UPU Dingun mencatatkan kemenangan kepada PKR bilamana PKR memperolehi 199 undi, BN 171 undi dan SNAP 74 undi. Ditempat-tempat dimana sistem cula dijalankan undi-undi PKR bertambah tetapi jauh lagi dari menang! Saya mengajak kepada "Pencinta" Sistem Cula ini, marilah buat kerja dari sekarang, buatlah penculaan dari sekarang, kenalpasti pengundi-pengundi samada menyokong PKR/PR atau BN atau Atas Pagar, dan setelah itu pertahankan penyokong supaya tidak berubah, lakukan kerja keatas mereka diatas pagar dan usahakan untuk menukar mereka yang tegar UMNO/BN itu kepada tahap kelabu (atas pagar) jika tidak boleh ditarik kepada hijau. Lakukan kerja itu dari sekarang, dan terus lakukan kerja itu selepas PRU-13 dan dari PRU ke PRU (kerja berterusan). Saya tidak menentang sistem cula, tetapi sangat tidak bersetuju jika sistem yang baik itu hendaqklah dilakukan dalam tempoh 10 hari kempen. Kepada JPRP PKR Pusat, sila tubuhkan unit-unit diperingkat Negeri dan diperingkat Cabang serta diperingkat Ranting supaya kerja-kerja penculaan yang betul dilakukan dan unit-unit ini menjalankan kerja berterusan dan laporan mereka direkodkan dengan betul dan unit-unit ini hendaklah menjadi unit yang kekal didalam organisasi parti dan bukan dibuat secara ad-hok semasa Pilihanraya berlangsung. |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan