Anak Muda Kampung Nak Senang |
PKR komited tetap bertanding DUN Labu PRU 13 Posted: 02 May 2011 05:47 PM PDT Dari Blog PKR DUN Labu Keadilan Dun Labu masih komited untuk bertanding Di Dun Labu Bagi PRU akan datang Labu 2 Mei 2011, Kepada semua pembaca, keadilan Labu masih komited untuk bertanding di Dun Labu. Ini berdasarkan maklumat dari orang ramai yang mahu PKR bertanding. Mengikut analisa kami Dun Labu adalah kawasan pinggir bandar dan pecahan penduduknya adalah kepada melayu 60%,Cina 25% dan India 15%. Kawasan seperti ini sesuai untuk PKR bertanding. Pas dan Dap lebih sesuai dimajoriti kaum melayu dan Cina atau India. Memandangkan pembahagian kerusi tahun 2008 juga telah putuskan PKR bertanding di Dun Labu adalah wajar pada PRU akan datang PKR diberi ruang lagi. Untuk makluman pada PRU lalu PAS bertanding 13 kerusi dan hanya mampu menang 1, DAP bertanding 12 dan menang semua kerusi, PKR bertanding 11 dan menang 4. Sekiranya Dun Labu nak di beri pada PAS maka PAS kenalah buat analisi yang terperinci sama ada sesuai untuk mereka bertanding atau tidak . PAS lebih sesuai di kawasan Melayu. Jika di kawasan Melayu pun PAS mengalami kesukaran untuk menang bagaimana dengan kawasan campuran. Renung-renungkanlah sebelum tuntut Labu. Sumber : http://buletinlabu.blogspot.com/2011/05/keadilan-dun-labu-masih-komited-untuk.html |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan