Ahad, 27 Mac 2011

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Program Menyampaikan Sumbangan di Sungai Jati

Posted: 27 Mar 2011 02:00 AM PDT

Sungai Jati, Klang, 27 Mac 2011 - YB Dr Xavier Jayakumar telah menghadiri satu program yang dianjurkan untuk menyampaikan bantuan sumbangan kepada anak-anak yatim, golongan OKU dan ibu tunggal.

Dalam program tersebut, seramai 17 orang anak yatim, 12 orang OKU serta ibu-ibu tunggal telah menerima bantuan sumbangan.

Turut disampaikan adalah kunci rumah PPRT (Program Perumahan Rakyat Termiskin) kepada para penerima. Menurut YB Dr Xavier, rumah PPRT yang dibina kini adalah lebih berkualiti kerana dibina dari batu-bata keseluruhannya berbanding sebahagiannya kayu sebelum ini. Rumah tersebut juga dilengkapi dengan lampu dan kipas serta bumbung yang dicat dengan warna biru menunjukkan rumah yang baru dibina.







Kumpulan Kelima Dari DUN Sri Andalas Jalani Pemeriksaan Mammogram

Posted: 26 Mar 2011 02:00 AM PDT

Klang, 26 Mac 2011 - Seramai 46 orang wanita, kebanyakannya adalah guru dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Batu Ampat telah dihantar untuk menjalani pemeriksaan mammogram secara percuma.

Kumpulan kelima dari DUN Sri Andalas ini telah dihantar seawal pukul 7.30 pagi. Program yang mendapat perhatian YB Dr Xavier Jayakumar ini adalah merupakan Skim Kesihatan Wanita iaitu Mammogram Selangor, ataupun singkatannya MammoSEL.

Pemeriksaan mammogram secara percuma untuk wanita berusia 35 tahun keatas telah dimulakan di DUN Sri Andalas sejak 27 Disember 2010. Wanita yang berusia 35 tahun disarankan untuk mendaftar di pejabat DUN masing-masing untuk dapatkan pemeriksaan mammogram secara percuma yang dibiayai Kerajaan Negeri Selangor.  




Menyampaikan Sumbangan Kepada Surau-surau di Sekitar DUN Sri Andalas

Posted: 25 Mar 2011 02:00 AM PDT

Taman Sri Andalas, Klang, 21 Mac 2011 - YB Dr Xavier Jayakumar telah menghadiri satu majlis menyampaikan sumbangan kepada surau-surau di sekitar DUN Sri Andalas.

Bertempat di perkarangan Surau An Najihin, majlis tersebut telah diadakan selepas sembahyang Isya'. Sebanyak lima buah surau dan dua persatuan telah menerima sumbangan. 

Hadir dalam majlis tersebut adalah ahli-ahli majlis dalam kawasan DUN Sri Andalas iaitu Encik Abdul Manap Yusoff, Encik Azmi Jusoh dan Encik PS Rajoo serta Ketua Kampung Kg. Jawa, Tuan Haji Ismail Abdullah. 

Turut diberi kepada wakil-wakil surau yang hadir adalah akhbar Selangor Kini untuk diedarkan kepada orang ramai sekitar surau masing-masing.






Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


3 Kereta Polis Kelilingi Rumah Azmin Untuk Serah Notis

Posted: 27 Mar 2011 05:17 PM PDT

Dari Merdeka Review

Tiga buah kereta polis mengelilingi rumah Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, untuk menyerah satu notis yang meminta agar beliau melaporkan diri di balai polis untuk diambil keterangan pada 28 Mac.

Satu kenyataan dikeluarkan Biro Komunikasi PKR pada tengah malam tadi, memaklumkan media bahawa rumah kediaman Azmin Ali (gambar kanan) sedang dikelilingi polis. Bagaimanapun, berita ini dikesahkan kemudian bahawa tindakan polis tadi adalah untuk menyerah satu notis kepada Azmin Ali, agar beliau melaporkan diri di balai polis pada hari keesokan (28 Mac 2011).

Peguam yang mewakili Azmin, Latheefa Koya dihubungi isteri Azmin Ali, bahawa tiga buah kereta yang sarat dengan anggota polis IPD Ampang tiba di rumah kediamannya, untuk menyerah notis tersebut.

Ketika dihubungi MerdekaReview, Latheefa Koya berkata, polis tidak menyatakan sebab mereka memanggil Azmin untuk diambil keterangan. Bagaimanapun, pihak mereka (PKR) menjangka ia mungkin berkaitan dengan Kempen Tolak kes Fitnah II, anjuran KEADILAN di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak, Taman Melawati pada 25 Mac 2011. Azmin Ali ialah ahli parlimen Gombak.

Pada malam 25 Mac, polis dan FRU cuba menghalang Ketua Umum PKR merangkap Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim daripada meneruskan ceramah. Tiga anggota Angkatan Muda Keadilan ditangkap, malah Anwar dikhabarkan juga ditangkap. Bagaimanapun, Anwar dikesahkan telah meninggalkan tempat tersebut dalam kekecohan, tanpa ditangkap polis. Orang ramai yang menghadiri ceramah tersebut berasa marah, lantas membaling kerusi ke arah polis dan FRU.

Latheefa Koya (gambar kiri) turut mengecam polis kerana membesar-besarkan perkara yang remeh-temeh, malah mempertikaikan, “Apa perlunya untuk menghantar tiga buah kereta yang sarat dengan anggota polis, hanya untuk menyerah satu notis? Jelas, ini membesarkan perkara yang remeh-temeh. Polis seharusnya dihantar untuk membanteras jenayah!”

Selain itu, Latheefa Koya berkata, Azmin Ali selaku ADUN Bukit Antarabangsa perlu menghadiri sidang mesyuarat DUN Selangor pada Isnin (28 Mac), maka beliau tidak dapat meluangkan masanya untuk melapor diri di balai polis pada hari itu.

Lawan Tetap Lawan

Posted: 27 Mar 2011 05:06 PM PDT

Anwar Ibrahim And The Struggle for Reform: A Malaysian Epic

Posted: 27 Mar 2011 09:31 AM PDT

PRESS RELEASE

When Anwar Ibrahim emerged from six long years in prison, he could have retired from politics and taken to memoir-writing or the lecture circuit or catch up on lost time with his family. But he threw himself into a crusade to save the country from oppressive rule, which again put him on the path of head-on collision with Umno and the government.

He would have anticipated the bitterness with which the government would fight him, though perhaps not the depths to which they would sink in trying to destroy him. For the Barisan Nasional (BN), Anwar must be annihilated politically and personally, because Anwar advocates Reform, and real reform spells the end of the political life of the BN. The crumbling structure of the BN is now held up by a wide array of oppressive laws such as the Internal Security Act, Sedition Act, Police Act, Printing Press and Publications Act; and by tainted institutions such as the police, judiciary, attorney-general’s office and the Election Commission. BN leaders know that Anwar’s reforms will sweep away those laws, redeem those institutions and thus bring about the death of their coalition.

But it is Anwar’s astonishing resilience and fighting spirit that has captured the imagination and admiration of ordinary Malaysians. Though facing terrible odds, he never once gave up. Since 1998, they have thrown everything they have at him, yet he is still standing and still defiant. The government is baffled, their strategy is in tatters; hence, the desperate and now widely discredited sex-tape smear attempt against Anwar. The involvement of former Melaka Chief Minister Tan Sri Rahim Tamby Chik leaves no doubt of Umno’s constant plotting against Anwar and their complicity in the sex-tape conspiracy.

Both Dr.Mahathir and Najib thought they could crush Anwar and his reform movement with massive state power and financial muscle; neither men foresaw Anwar’s titanic and ceaseless struggle. The fact and manner of his struggle itself has brought positive change to the country; the people’s expectations of the government has radically changed and they make their just demands with a boldness unheard of in the pre-reformasi era. Anwar’s epic struggle has put our nation through a process of appreciating, asserting and regaining our rights as citizens and led to a maturing of our democracy. Indeed, there appears to have been a special providence in the fall and rise of Anwar Ibrahim. Like Burma’s Aung San Suu Kyi, Anwar Ibrahim is Malaysia’s indispensable, necessary politician.

N SURENDRAN
VICE-PRESIDENT
KEADILAN

Chua Soi LekTidak Layak Bercakap Soal Moral

Posted: 27 Mar 2011 09:27 AM PDT

Saya merujuk kepada laporan akhbar The Star yang memetik kenyataan Datuk Seri Chua Soi Lek mengenai skandal seks video yang didalangi oleh tokoh-tokoh UMNO. Akhbar milik MCA itu memetik seruan Datuk Seri Chua Soi Lek supaya Dato' Seri Anwar Ibrahim membuktikan bahawa beliau (Dato' Seri Anwar) bukanlah si pelaku di dalam video.

Saya pasti rakyat Malaysia turut sama berkongsi rasa mual apabila seorang ahli politik yang mempunyai rekod kurang moral yang diketahui umum cuba membuat komen mengenai moral dan integriti. Seluruh rakyat Malaysia arif tentang skandal seks yang melibatkan Datuk Seri Chua Soi Lek dan dia sendiri mengakui bahawa dia menjalinkan hubungan seks di luar perkahwinan dengan seorang wanita dan dirakam melakukannya.

Perancangan UMNO untuk memfitnah Dato' Seri Anwar Ibrahim melalui video seks terbaru semakin ditolak rakyat apabila individu-individu yang telah dibuktikan terbabit dalam skandal seks sebelum ini tampil untuk menjadi juara moral dan integriti.

Rabu lalu ramai rakyat Malaysia terketawa apabila Tan Sri Rahim Thamby Chik yang terpaksa meletakkan jawatan politik kerana terbabit dalam kes rogol kanak-kanak bawah umur muncul kononnya untuk memastikan bakal pemimpin negara mempunyai moral. Semalam, seorang lagi ahli politik Barisan Nasional iaitu Datuk Seri Chua Soi Lek mula berani bercakap mengenai moral walaupun rekodnya penuh kotor dengan skandal seks.

Hakikatnya, individu-individu ini tidak layak untuk bercakap mengenai moral dan integriti. Mereka juga tidak wajar dibenarkan menukar prinsip keadilan bahawa yang menuduh perlu membawa bukti dan seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan sebaliknya. Kenyataan Datuk Seri Chua Soi Lek semalam secara jelas ingin meletakkan beban bukti kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim, sedangkan kumpulan yang menuduh beliau mempunyai rekod yang buruk di dalam politik.

Kalau benar individu-individu ini mahu bersyarah mengenai moral, maka mereka perlu menunjukkan teladan yang baik kepada pimpinan muda dan rakyat Malaysia.

Oleh itu, saya mengulangi desakan yang telah dibuat oleh rakan-rakan saya supaya:

1. Datuk Seri Chua Soi Lek meletakkan semua jawatan politik dan bersara terus sebagai tanda dia insaf selepas skandal seksnya tersebar luas; dan
2. Tan Sri Rahim Thamby Chik meletakkan semua jawatan dalam kerajaan terutamanya sebagai Pengerusi Risda kerana penglibatannya dengan kes rogol kanak-kanak bawah umur masih kekal dalam ingatan rakyat sehingga kini.

Jika Datuk Seri Chua Soi Lek tidak sanggup menunjukkan teladan yang baik, dia tidak wajar campur tangan dalam skandal video seks yang didalangi UMNO ini kerana rekod moralnya sangat memualkan.

CHUA TIAN CHANG
NAIB PRESIDEN KEADILAN
AHLI PARLIMEN BATU
26 MAC 2011

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Semalam di Permatang Pauh : Biar Hujan.. Lawan tetap Lawan !! (Gambar)

Posted: 27 Mar 2011 05:11 AM PDT

Oleh secjdm3p044 "Hujan yang menyirami Pulau Pinang bermula dari pagi hingga ketengah malam semalam dan hanya berhenti seketika sebelum ceramah bermula dan hujan renyai-renyai kembali setelah setengah jam ceramah bermula seolah-olah menyejukkan hati para penyokong DS Anwar Ibrahim dibumi Permatang Pauh ini yang mula panas setelah DS Anwar Ibrahim difitnah lagi .. Biarpun hujan mencurah dan padang yang kering bertukar lecah.. namun ceramah terpaksa dijalankan juga bak kata seorang sahabat dari anggota beruniform tetapi tidak memakai uniform ketika bertugas.. "Bro!! Biar hujan .. Lawan tetap lawan!!" Semalam 2 Mac 2011, sebagaimana yang telah dirancangkan dan diwar-warkan Satu Solat Hajat dan Ceramah Perdana Fitnah III telah berlangsung dikawasan Parlimen Permatang Pauh,. Solat hajat telah diadakan di Masjid Bandar Perda dengan Ustaz Mutallib dari An- Nahdoh menjadi imam, Manakala ceramah Perdana pula telah berlangsung di Padang Awam Taman Pauh Indah, Bukit Mertajam. Menurut sms yang diterima pada sekitar jam 8.00 malam mengatakan empat jalan utama dua lorong yang menghala ke tapak ceramah telah ditutup satu lorong menjadikannya satu lorong oleh pihak Polis menyebabkan aliran trafik menjadi sangat perlahan.. Aliran yang telah perlahan itu diperlahankan lagi dengan pemeriksaan terhadap setiap kenderaan oleh Anggota Polis yang terpaksa menurut arahan Pegawai mereka.. Laporan juga mengatakan sebanyak lapan truck FRU dan dua Water Cannon telah digerakkan ke padang tempat ceramah diadakan, laporang yang menyebabkan seluruh petugas keselamatan dari UKP diletakkan dalam keadaan bersedia dengan segala kemungkinan. Sedikit sebanyak laporan yang mengatakan lapan truck FRU bersama dua water cannon itu memang menyakitkan hati dan ramai yang bertanya adakah Polis Pulau Pinang juga mahu menurut jejak langkah Polis di Selangor yang telah menggangu dan menghentikan ucapan Anwar di Selangor kelmarin? Tetapi semalam terbukti Pihak Polis terutamanya Ketua Polis Pulau Pinang jauh lebih professional jika dibandingkan dengan pihak Polis dan Ketua Polis Selangor. Sekatan jalanraya dilakukan bagi memastikan keselamatan para pemimpin iaitu DS Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, TKM1 Pulau Pinang Datuk Mansor Othman, YB Johari Abdul, Khalid Jaafar dan Chegubard terjamin..

Semua mereka memberikan ulasan tentang isu Video Lucah.. YB Johari Abdul dengan pendedahannya mengenai konspirasi UMNO melalui lelaki yang pernah dikaitkan dengan kejadian merogol kanak-kanak bawah umur.

Khalid Jaafar menceritakan siapa itu Rahim Tambi Chick..

Guan Eng sambil memuji pihak Polis Pulau Pinang yang telah Berjaya menurunkan indeks jenayah di Pulau Pinang sebanyak 22.7% mempertikaikan siapa Rahim Thambi Chik, seorang yang kononnya mempunyai moral sesuci embun pagi dengan menjadi dalang Video Lucah tetapi pernah dikaitkan dengan isu rogol kanak-kanak bawah umur.. itulah contoh ayam jantan yang berkokok berdegar-degar tapi ekor penuh najis!

DS Anwar Ibrahim pidatonya hampir sama dengan pidatonya yang boleh dilihat di SINI cuma loghat bahasa berbeza, memendekkan ucapan untuk memberikan laluan kepada Chegubard.

Sedang menurunkan autogeraf diatas buku tulisannya "Disebalik Misteri Pembunuhan Altantuya"


Chegubard yang dijemput memberikan ucapan oleh DSAI sendiri menceritakan kisah bagaimana semuanya kisah mengenai Video lucah itu bermula, dengan sikit tambahan yang aku kira menyakitkan hati sekelompok pemimpin yang berlindung dibawah ketiak Anwar.


Yang tak pernah dengar pendedahan itu, bacalah di SINI.


Katanya beliau sedar beliau bukanlah seorang yang baik untuk menjadi ahli politik, kerana beliau kurang satu lagi criteria yang diperlukan iaitu BODEK atau mengampu pemimpin untuk naik… Aku setuju 110%..


FRU yang dihantar juga bagi mengelakkan sebarang rusuhan atau kekacauan tercetus, mereka digerakkan tetapi tidak terus ketapak ceramah sekadar berkhemah di perhentian bas yang setengah kilometer letaknya dari tapak ceramah..


Tiada sebarang provokasi dicetuskan mereka cuma satu sms yang diterima meminta kalau boleh berhentilah tepat jam 12.00 malam jangan ulang seperti di Cheruk Tok Kun hari itu yang berakhir jam 12.30 malam..


Bagi menghormati permintaan wakil mereka itu ceramah yang dihadiri oleh hampir 3000 orang ini telah dihentikan tepat jam 11:58 malam, dua minit lebih awal..


Biar hujan.. mereka masih setia berdiri mendengar


Bukan wartawan menjadi sasaran.. lelaki ini muncul lagi..


Siapa lelaki yang menutup kepalanya dengan surat khabar itu?? jawapannya ada di SINI


Masih setia.. ketika hujan renyai-renyai.. lagi gambar sila lihat di sini..


Sumber: http://darisungaiderhaka.blogspot.com/


Sumber: http://www.detikdaily.net/v5/


KEDAH online

KEDAH online


PR Sarawak: PKR nafi tidak sehaluan dengan DAP

Posted: 26 Mar 2011 05:26 PM PDT

PKR baru miliki 19 calon, dikatakan hanya bertanding 35 kerusi bukan 52

Posted: 26 Mar 2011 05:21 PM PDT

Ketika rakan-rakan anda adalah musuh -RPK

Posted: 26 Mar 2011 07:07 AM PDT

KEDUNGUAN TAIB SEMASA DIA MELANCARKAN PERANG-CYBER!

Posted: 26 Mar 2011 04:50 AM PDT