Anwar Ibrahim |
- 3 Kereta Polis Kelilingi Rumah Azmin Untuk Serah Notis
- Lawan Tetap Lawan
- Anwar Ibrahim And The Struggle for Reform: A Malaysian Epic
- Chua Soi LekTidak Layak Bercakap Soal Moral
3 Kereta Polis Kelilingi Rumah Azmin Untuk Serah Notis Posted: 27 Mar 2011 05:17 PM PDT Dari Merdeka Review Tiga buah kereta polis mengelilingi rumah Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, untuk menyerah satu notis yang meminta agar beliau melaporkan diri di balai polis untuk diambil keterangan pada 28 Mac. Satu kenyataan dikeluarkan Biro Komunikasi PKR pada tengah malam tadi, memaklumkan media bahawa rumah kediaman Azmin Ali (gambar kanan) sedang dikelilingi polis. Bagaimanapun, berita ini dikesahkan kemudian bahawa tindakan polis tadi adalah untuk menyerah satu notis kepada Azmin Ali, agar beliau melaporkan diri di balai polis pada hari keesokan (28 Mac 2011). Peguam yang mewakili Azmin, Latheefa Koya dihubungi isteri Azmin Ali, bahawa tiga buah kereta yang sarat dengan anggota polis IPD Ampang tiba di rumah kediamannya, untuk menyerah notis tersebut. Ketika dihubungi MerdekaReview, Latheefa Koya berkata, polis tidak menyatakan sebab mereka memanggil Azmin untuk diambil keterangan. Bagaimanapun, pihak mereka (PKR) menjangka ia mungkin berkaitan dengan Kempen Tolak kes Fitnah II, anjuran KEADILAN di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak, Taman Melawati pada 25 Mac 2011. Azmin Ali ialah ahli parlimen Gombak. Pada malam 25 Mac, polis dan FRU cuba menghalang Ketua Umum PKR merangkap Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim daripada meneruskan ceramah. Tiga anggota Angkatan Muda Keadilan ditangkap, malah Anwar dikhabarkan juga ditangkap. Bagaimanapun, Anwar dikesahkan telah meninggalkan tempat tersebut dalam kekecohan, tanpa ditangkap polis. Orang ramai yang menghadiri ceramah tersebut berasa marah, lantas membaling kerusi ke arah polis dan FRU. Latheefa Koya (gambar kiri) turut mengecam polis kerana membesar-besarkan perkara yang remeh-temeh, malah mempertikaikan, “Apa perlunya untuk menghantar tiga buah kereta yang sarat dengan anggota polis, hanya untuk menyerah satu notis? Jelas, ini membesarkan perkara yang remeh-temeh. Polis seharusnya dihantar untuk membanteras jenayah!” Selain itu, Latheefa Koya berkata, Azmin Ali selaku ADUN Bukit Antarabangsa perlu menghadiri sidang mesyuarat DUN Selangor pada Isnin (28 Mac), maka beliau tidak dapat meluangkan masanya untuk melapor diri di balai polis pada hari itu. |
Posted: 27 Mar 2011 05:06 PM PDT |
Anwar Ibrahim And The Struggle for Reform: A Malaysian Epic Posted: 27 Mar 2011 09:31 AM PDT PRESS RELEASE When Anwar Ibrahim emerged from six long years in prison, he could have retired from politics and taken to memoir-writing or the lecture circuit or catch up on lost time with his family. But he threw himself into a crusade to save the country from oppressive rule, which again put him on the path of head-on collision with Umno and the government. He would have anticipated the bitterness with which the government would fight him, though perhaps not the depths to which they would sink in trying to destroy him. For the Barisan Nasional (BN), Anwar must be annihilated politically and personally, because Anwar advocates Reform, and real reform spells the end of the political life of the BN. The crumbling structure of the BN is now held up by a wide array of oppressive laws such as the Internal Security Act, Sedition Act, Police Act, Printing Press and Publications Act; and by tainted institutions such as the police, judiciary, attorney-general’s office and the Election Commission. BN leaders know that Anwar’s reforms will sweep away those laws, redeem those institutions and thus bring about the death of their coalition. But it is Anwar’s astonishing resilience and fighting spirit that has captured the imagination and admiration of ordinary Malaysians. Though facing terrible odds, he never once gave up. Since 1998, they have thrown everything they have at him, yet he is still standing and still defiant. The government is baffled, their strategy is in tatters; hence, the desperate and now widely discredited sex-tape smear attempt against Anwar. The involvement of former Melaka Chief Minister Tan Sri Rahim Tamby Chik leaves no doubt of Umno’s constant plotting against Anwar and their complicity in the sex-tape conspiracy. Both Dr.Mahathir and Najib thought they could crush Anwar and his reform movement with massive state power and financial muscle; neither men foresaw Anwar’s titanic and ceaseless struggle. The fact and manner of his struggle itself has brought positive change to the country; the people’s expectations of the government has radically changed and they make their just demands with a boldness unheard of in the pre-reformasi era. Anwar’s epic struggle has put our nation through a process of appreciating, asserting and regaining our rights as citizens and led to a maturing of our democracy. Indeed, there appears to have been a special providence in the fall and rise of Anwar Ibrahim. Like Burma’s Aung San Suu Kyi, Anwar Ibrahim is Malaysia’s indispensable, necessary politician. N SURENDRAN |
Chua Soi LekTidak Layak Bercakap Soal Moral Posted: 27 Mar 2011 09:27 AM PDT Saya merujuk kepada laporan akhbar The Star yang memetik kenyataan Datuk Seri Chua Soi Lek mengenai skandal seks video yang didalangi oleh tokoh-tokoh UMNO. Akhbar milik MCA itu memetik seruan Datuk Seri Chua Soi Lek supaya Dato' Seri Anwar Ibrahim membuktikan bahawa beliau (Dato' Seri Anwar) bukanlah si pelaku di dalam video. Saya pasti rakyat Malaysia turut sama berkongsi rasa mual apabila seorang ahli politik yang mempunyai rekod kurang moral yang diketahui umum cuba membuat komen mengenai moral dan integriti. Seluruh rakyat Malaysia arif tentang skandal seks yang melibatkan Datuk Seri Chua Soi Lek dan dia sendiri mengakui bahawa dia menjalinkan hubungan seks di luar perkahwinan dengan seorang wanita dan dirakam melakukannya. Perancangan UMNO untuk memfitnah Dato' Seri Anwar Ibrahim melalui video seks terbaru semakin ditolak rakyat apabila individu-individu yang telah dibuktikan terbabit dalam skandal seks sebelum ini tampil untuk menjadi juara moral dan integriti. Rabu lalu ramai rakyat Malaysia terketawa apabila Tan Sri Rahim Thamby Chik yang terpaksa meletakkan jawatan politik kerana terbabit dalam kes rogol kanak-kanak bawah umur muncul kononnya untuk memastikan bakal pemimpin negara mempunyai moral. Semalam, seorang lagi ahli politik Barisan Nasional iaitu Datuk Seri Chua Soi Lek mula berani bercakap mengenai moral walaupun rekodnya penuh kotor dengan skandal seks. Hakikatnya, individu-individu ini tidak layak untuk bercakap mengenai moral dan integriti. Mereka juga tidak wajar dibenarkan menukar prinsip keadilan bahawa yang menuduh perlu membawa bukti dan seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan sebaliknya. Kenyataan Datuk Seri Chua Soi Lek semalam secara jelas ingin meletakkan beban bukti kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim, sedangkan kumpulan yang menuduh beliau mempunyai rekod yang buruk di dalam politik. Kalau benar individu-individu ini mahu bersyarah mengenai moral, maka mereka perlu menunjukkan teladan yang baik kepada pimpinan muda dan rakyat Malaysia. Oleh itu, saya mengulangi desakan yang telah dibuat oleh rakan-rakan saya supaya: 1. Datuk Seri Chua Soi Lek meletakkan semua jawatan politik dan bersara terus sebagai tanda dia insaf selepas skandal seksnya tersebar luas; dan Jika Datuk Seri Chua Soi Lek tidak sanggup menunjukkan teladan yang baik, dia tidak wajar campur tangan dalam skandal video seks yang didalangi UMNO ini kerana rekod moralnya sangat memualkan. CHUA TIAN CHANG |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan