Pengikut

Nuffnang

Isnin, 28 Februari 2011

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

0 ulasan
sumber :-

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Kenapa Zambry takut isytihar harta

Posted: 28 Feb 2011 11:02 PM PST


IPOH, 1 Mac: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) kesal komen yang telah diberikan oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di atas saranan mengisytiharkan harta semua Exco Kerajaan Negeri Perak.

Naib ketuanya, Salman Saleh berkata, ini sepertimana langkah Kerajaan Negeri Selangor bagi memberikan peluang kepada seluruh rakyat untuk menilai sendiri kedudukan sebenar harta setiap Exco Kerajaan Negeri tersebut.

Sepatutnya, kata beliau Zambry sebagai orang nombor satu menunjukkan contoh yang baik dikalangan semua Exco Kerajaan Negeri serta sebagai bukti bersihnya setiap Exco sedia ada.

"Siapakah yang mentadbir kerajaan negeri sekarang?

"Kenapa cuba memburukkan orang lain sedangkan perkara tersebut adalah untuk menunjukkan ketelusan kerajaan negeri," ujarnya dalam satu kenyataan di sini.

Katanya, DPPN Pk kesal sikap berdalih Zambry di dalam perkara itu.

Justeru, DPPN Pk mendesak agar Zambry dan semua exco mengisytiharkan harta mereka dengan segera.

Menurutnya, berdasarkan maklumat terkini dikatakan seorang Exco Kerajaan Negeri sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sepatutnya Zambry berusaha membersihkan imej mereka dengan mengisytiharkan harta.

"Tetapi Datuk Seri Zambry bersikap angkuh dan tidak mengambil ikhtibar langsung," ujarnya lagi.

DPPN Pk, tegasnya memberikan tempoh seminggu kepada Zambry untuk mengisytiharkan harta beliau dan seluruh Exco Kerajaan Negeri.

Tambahnya, jika Zambry dan Exco Kerajaan Negeri gagal mengemukakan atau mengisytihar harta untuk dinilai oleh rakyat, maka memang benarlah persepsi yang berlegar di kalangan rakyat ketika ini bahawa kepimpinan Barisan Nasional (BN) adalah di kalangan mereka yang tidak bersih.


Sumber: Harakah Daily

Projek MRT : Ambil Iktibar Projek Bakun, Sime Darby

Posted: 28 Feb 2011 10:54 PM PST


SHAH ALAM 1 MAC : Kerajaan Malaysia dicadang supaya tidak meningkatkan hutang negara dan hutang awam melalui projek mega yang menelan belanja besar yang tidak dapat dipastikan sumber kewangannya.

Ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kos projek Aliran Transit Massa (MRT) Lembah Klang yang dikatakan menelan belanja RM36 bilion mungkin meningkat sehingga 10 atau 20 peratus lagi.

Dikhuatiri ujarnya, kerajaan akan menggunakan sistem bon yang akan menyebabkan defisit negara semakin melebar.
"Bayangkan kalau berlaku seperti mana Bakun projek-projek seperti Sime Darby, contohnya seperti di Dubai, akan berlaku peningkatan kos dan peningkatan kos ini dengan mudahnya akan melonjakkan 10 peratus atau 20 peratus atau mungkin lebih daripada itu. Apa yang jelasnya akan lebih daripada RM36 bilion," kata Dr Dzul kepada Tv Selangor.

"Tetapi kerajaan daripada sudut hutang akan tetap dibayar oleh kerajaan sendiri, maka dengam kata lain, kerajaan akan berhutang,beban kerajaan pusat dan hutang awam akan meningkat lebih daripada 52.6 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) itu atau pun sekaligus melebarkan defisit belanjawan,"tambah Dr Dzul.

Portal The Malaysian Insider melaporkan, peningkatan kos juga mungkin berlaku jika kerajaan menggunakan bank untuk menampung dana pembinaan projek MRT itu.

Penganalisis menjangkakan Bank Negara akan menaikkan kadar faedah untuk menangani kadar inflasi, dan ini akan menyebabkan kos dana meningkat, selari dengan kenaikan kadar faedah.
Sebelum ini,Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga (Awer) S. Piarapakaran juga berkata, projek MRT dibangunkan menggunakan data pengangkutan lapuk dan boleh menyebabkan peningkatan kos tambahan RM403.5 juta.

Menurut beliau, beban tambahan ke atas pengguna adalah ekoran ketiadaan sistem pengangkutan yang baik untuk mengangkut pengguna dari rumah ke stesen stesen MRT.

Sementara itu, tambah Dr Dzul, kos RM36 bilion yang dinyatakan kerajaan hanya mengambilkira kos landasan, sedangkan kos pengambilalihan tanah dan beberapa kos sampingan lain tidak diambil kira.

" Itu (juga) tidak termasuk ketirisan, kebocoran. Biasalah dalam kerajaan Umno-Barisan Nasional ini. Ketirisan dan kebocoran ini," tambahnya lagi.


Sumber: TVSNEWS

Pelaksanaan FTA Undang Kenaikan Harga Ubat

Posted: 28 Feb 2011 10:51 PM PST


KUALA LUMPUR 1 MAC : Kumpulan penyokong Gabungan Rakyat Membantah FTA menentang Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) bersama Kesatuan Eropah (EU), berkenaan kenaikan harga ubat anti HIV yang dianggap tidak munasabah.

Pengarah Positive Malaysian Treatment Access and Advocacy Group, Edward Low berkata, harga ubat HIV generik tidak dapat dijual dengan harga yang lebih murah, keputusan itu dibuat selepas EU-FTA mengadakan perbincangan.

"FTA akan memperkuatkan paten dan dia akan menggunakan syarat yang baru iaitu, Data Exclusivity yang menghalang syarikat untuk mengimport ubat generik dari India dan buatan Malaysia, dengan itu harga yang tinggi kerajaan tidak akan memberi subsidi atau percuma kepada pesakit." katanya.

Kira-kira 50 orang telah menyertai bantahan aman tersebut yang disertai dari Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan kumpulan terbabit kemudiannya menyerahkan satu memorandum kepada pejabat EU dan berarak di sepanjang Jalan Tun Razak.

Walaupun bantahan tersebut tidak dicampuri pihak polis namun seramai 10 orang pegawai polis telah diletakkan bagi mengawal keadaan di sana.

Menurut risalah JERIT, harga ubat bagi pesakit HIV dijangka meningkat pada masa akan datang, perkara ini berikutan FTA mendapat perlindungan daripada Intellectual Property.

Risalah tersebut menambah, bahawa harga ubat di Guatemala naik berlipat kali ganda selepas pelaksanaan FTA dan Amerika Syarikat campur tangan dalam urusan terbabit.

Low berkata lebih daripada 93,000 daripada 150,000 pesakit HIV hanya bergantung kepada ubat anti-retrovirus yang murah bagi meneruskan hayat mereka.


Sumber: TVSNEWS

PRK DUN Merlimau : PAS Ingatkan Ali Rustam Jangan Angkuh

Posted: 28 Feb 2011 10:49 PM PST


JASIN 1 MAC : PAS mengingatkan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam agar tidak terlalu angkuh dengan kuasa sekiranya tidak mahu tewas dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau yang sedang berlangsung sekarang.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti Islam itu tidak bermimpi untuk merampas Merlimau daripada Barisan Nasional (BN) lapor The Malaysian Insider.

Sebaliknya, tegas beliau PAS benar-benar berhasrat untuk "menawan" Merlimau yang selama ini menjadi kubu kuat BN.

"PAS tidak sekadar bermimpi, tetapi kita memang secara sedar benar-benar hendak menawan bukan sekadar Merlimau, bahkan negeri Melaka dan juga Malaysia.

"Ini telah kita nyatakan berulang kali atas nama Pakatan Rakyat sedia ke Putrajaya bagi memperbetulkan kerosakan negara yang dilakukan oleh BN," katanya.

Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mohd Ali yang menasihatkan PAS agar tidak bermimpi yang ia boleh merampas kerusi DUN Merlimau.

Ini kerana, jelas Mohd Ali, PAS tidak mempunyai jasa besar di Melaka, sebaliknya hanya tahu melemparkan pelbagai tuduhan berunsur fitnah terhadap kerajaan negeri pimpinan beliau.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon BN Roslan Ahmad, ahli jawatankuasa Umno Jasin dan calon PAS Yuhaizat Abdullah, Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin.

Ini pilihan raya kecil ke-15 sejak 8 Mac 2008 dan yang pertama di Melaka.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang juga mengingatkan pemimpin Umno termasuk Mohd Ali agar tidak terlalu angkuh dengan kuasa yang ada.

"Keduanya, kita hendak ingatkan seluruh pemimpin Umno termasuk Ketua Menteri Melaka supaya tidak angkuh dengan kuasa yang ada.

"Parti Hosni Mubarak memenangi pilihan raya lebih 90 peratus, tetapi tumbang dengan kebangkitan rakyat.

"Begitu juga dengan kerajaan Firaun, Rom, Parsi yang pernah menjadi kuasa besar dunia juga runtuh dan Umno juga ada masa hayatnya akan berakhir," katanya.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS Jasme Tompang dengan majoriti undi 2,154.


Sumber: TVSNEWS

Tanah NCR: Orang Asal dibenar cabar k'jaan S'wak

Posted: 28 Feb 2011 10:47 PM PST


Sekumpulan wakil penduduk masyarakat orang Asal Sarawak berhimpun di hadapan Istana Kehakiman selepas Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan mereka untuk mencabar kuasa kerajaan negeri Sarawak yang didakwa merampas tanah mereka.

Kumpulan berkenaan diketuai oleh ketua rumah panjang Uma Laguieh. Mereka turut membawa sepanduk yang antaranya tertera slogan "hak tanah adat = hak ke atas kehidupan."

Turut hadir ke perhimpunan itu ialah wakil daripada Uma Balui Lebue, Uma Ukit, Uma Lesong, Uma Kulit dan Uma Bakah. Kumpulan dari suku masyarakat Kayan itu berhimpun selama beberapa minit di situ sambil bergambar.

Terdahulu, mahkamah menetapkan 28 April untuk mendengar hujah dari peguam mereka berhubung permohonan itu.

Hujah berkenaan adalah berhubung Perkara 5(3) dan Perkara 5(4) Kanun Tanah Negeri Sarawak yang digunakan oleh kerajaan negeri bagi mengambil tanah adat (NCR) masyarakat orang Asal Sarawak itu.

Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi yang mengetuai panel tiga hakim dalam keputusannya membenarkan permohonan yang dibuat oleh dua puak orang Asal – Bato Bagi dan Jalang Paran.

Kumpulan Orang Asal itu diwakili peguam Sulaiman Abdullah dan Baru Bian bagi kes yang didengar secara bersama itu.

Kerajaan negeri Sarawak yang dinamakan sebagai responden dalam kes ini pula diwakili Datuk JC Fong dan Marjana Adenan.

Sulaiman dalam hujahnya membangkitkan bahawa peruntukan dalam kanun tanah itu bersifat ultra vires kepada Perkara 5 dalam Perlembagaan Persekutuan.

Hujah berkenaan merupakan elemen penting dalam kes ini kerana hak ke atas tanah NCR itu dianggap sebahagian kepada hak ke atas kehidupan.

Tanah berkenaan kini telah ditenggelamkan oleh limpahan air akibat pembinaan empangan hidroelektrik Bakun.



Sumber: Malaysiakini

Lagi Perbuatan Khianat, Cermin Kereta dipecah

Posted: 28 Feb 2011 10:44 PM PST

Kempen pilihan raya kecil dewan undangan negeri Merlimau terus dicemari perbuatan khianat.

Jika semalam, sebuah pentas berdekatan bilik operasi DAP yang didirikan oleh parti itu untuk satu majlis anjurannya yang dijadualkan pada 4 Mac ini dibakar, hari ini cermin belakang kereta seorang penduduk pula dipecahkan.

NONE
Kereta itu diletak di hadapan bilik operasi DAP di pekan Merlimau.

ADUN Ayer Keroh dari DAP Khoo Poay Tiong berkata beliau percaya kejadian berlaku sekitar jam 1 pagi hingga 5 pagi ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan penduduk berkenaan yang bukan ahli DAP membuat laporan polis.

Dalam kejadian semalam, permaidani pentas DAP musnah tetapi bahagian lain pentas tetap utuh kerana ia diperbuat daripda keluli. Sebuah botol kosong dengan kesan petrol juga ditemui pada tempat kejadian.


Sumber: Malaysiakini

Demonstrasi di London desak beku aset Taib

Posted: 28 Feb 2011 10:43 PM PST

Kira-kira 20 orang, termasuk rakyat Malaysia dan warga asing, menyertai demonstrasi 'Hentikan Rasuah Balak' di Kota London semalam untuk mendedahkan dakwaan salahguna kuasa terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

london protest against taib mahmud 5
Demonstrasi tersebut dianjurkan oleh NGO Bruno Manser Fund (BMF),
di luar bangunan syarikat yang dikuasai oleh keluarga Taib, Ridgeford Properties Ltd, di tengah Kota London.

Demonstrasi itu diketuai adik ipar bekas perdana menteri Britain, Gordon Brown - Clare Rewcastle Brown - dan rakyat asal Sarawak, Petrus John Jaban.

Clare adalah pengasas lamanweb Sarawak Report yang mendedahkan dakwaan rasuah terhadap Taib dan empayar perniagaannya di peringkat global.

Peter (kiri) adalah DJ Radio Free Sarawak, sebuah radio bebas bergelombang pendek yang dipancarkan dari London.

london protest against taib mahmud papa orang hutan

Ia memfokus kepada aktivis Sarawak dan masyarakat yang
mempertahankan hak ke atas tanah mereka dan menentang dakwaan salahguna kuasa oleh Taib.

Peserta demonstrasi tersebut membawa poster bertulis 'stop timber corruption in Sarawak" dan"freeze Taib assets".

Poster lain pula bertulis "Chief Minister of Sawarak - 30 years is enough!", "stop illegal logging on native lands" dan "respect natives' rights".

Demonstrasi yang serupa yang dianjurkan oleh BMF, turut diadakan di pusat bandar Ottawa, Kanada - di luar satu lagi syarikat hartanah yang dikuasai oleh keluarga Taib - Sakto Corporation.

Minggu lalu, BMF mengeluarkan senarai 49 syarikat empat benua yang didakwanya ada berkaitan dengan Taib dan keluarganya.


Sumber: Malaysiakini

Taib Lawan Malaysiakini: Keputusan 17 Mac

Posted: 28 Feb 2011 10:35 PM PST


Saman fitnah ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud ke atas Malaysiakini akan diputuskan dalam tempoh kurang tiga minggu lagi.

Setelah mendengar hujah kedua-dua pihak, hakim Mahkamah Tinggi, John Louis O'Hara berkata beliau akan memberikan keputusannya berhubung permohonan Malaysiakini untuk mengketepikan saman itu pada 17 Mac ini.

Taib menyaman Malaysiakini pada 2007 kerana mendakwa portal berita bebas itu yang memetik sumber daripada akhbar-akhbar Jepun memfitnahnya.

Artikel berkenaan mendedahkan pihak berkuasa Jepun menahan ahli kumpulan kartel perkapalan yang mengangkut balak dari Sarawak.

Ahli kartel itu didakwa membayar Regent Star, sebuah syarikat kilang kertas yang berpangkalan di Hong Kong yang dilaporkan mempunyai kaitan dengan Taib dan keluarganya sebanyak RM32 juta sebagai habuan.

Isu berkenaan telah dilaporkan secara meluas di beberapa pertubuhan media di Jepun dan juga tempat lain. Berdasarkan sumber itu, Malaysiakini membuat laporan susulan seminggu selepas itu dengan artikel 'RM32 mil kickbacks - tip of the iceberg'.


Sumber: Malaysiakini

Yuhaizad: Buktikan kuarters sekolah milik Umno

Posted: 28 Feb 2011 10:32 PM PST

Calon PAS bagi DUN Merlimau, Yuhaizad Abdullah mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya membuktikan bahawa kuarters sekolah yang didiaminya bersama isterinya yang merupakan seorang guru, adalah milik Umno.

NONE

Yuhaizad membuat cabaran tersebut sebagai menjawab kenyataan Muhyiddin yang menyifatkan calon PAS itu sebagai tidak mengenang budi kerana tinggal di kuarters sekolah bersama isterinya itu, tetapi bertanding sebagai calon PAs.

"Saya mencabar Umno dan beliau (Muhyiddin) untuk buktikan kompleks (kuarters itu) dibina oleh Umno," katanya dalam satu sidang akhbar bersama di pusat operasi pilihan raya DAP, dekat pekan Merlimau.

Katanya, jika Umno dan Muhyiddin dapat membuktikan sedemikian, beliau akan berpindah malam ini.

Jika tidak, kata Yuhaizad berkata, beliau akan terus tinggal di situ bersama isterinya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas kenyataan Muhyiddin bahawa kerajaan akan mengambil tindakan terhadap keluarganya.

Semalam, Muhyiddin menyuarakan rasa kecewanya terhadap Yuhaizad dan keluarganya yang tinggal di kuarters sekolah tetapi bertanding sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil Merlimau.


Sumber: Malaysiakini

Demo Hindraf: Mengapa Dwi Standard?

Posted: 28 Feb 2011 10:29 PM PST

Penangkapan beramai-ramai aktivis Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) yang cuba mengadakan perhimpunan pada hari Ahad lalu menimbulkan persoalan berhubung layanan polis terhadap demonstrasi aman di negara ini.

hindraf arrests klcc
Setiausaha, Gabungan Persatuan-persatuan India di Malaysia, G Gunaraj berkata penangkapan 108 aktivis Hindraf itu membuktikan amalan dwi standard kerana aktivis pro-kerajaan dibenarkan untuk memprotes tanpa halangan.

"Saya masih ingat apabila ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin memimpin sekitar 8.000 orang untuk memprotes serangan Israel ke atas kapal MV Mavi Marimara di hadapan Kedutaan Besar Amerika Syarikat tahun lalu.

NONE
"Daripada ditahan untuk disoal-siasat, Khairy diberi kawalan polis. Namun, dalam kes Hindraf, mereka memohon permit,tetapi ditolak sehari sebelum perhimpunan aman mereka itu," katanya.

Gunaraj mendakwa semua aktivis berkelakuan sopan dan berhimpun secara aman tetapi jumlah polis yang dikerahkan bagi mengekang perarakan mereka adalah keterlaluan.

Pengerusi, Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Liaw Kok Fah pula menyatakan rasa terkejut dengan penangkapan penasihat undang-undang Hindraf P Uthayakumar di rumahnya.

hindraf mass rally against umno and interlok 270211 5
"Bagaimana mungkin polis melakukan itu? Di rumah Uthayakumar? Maksud saya, polis sekurang-kurangnya perlu menunggu sehingga dia menyertai perhimpunan itu ... cekupnya di sana bersama aktivis yang lain," kata Liaw.

Menurutnya, penangkapan beramai-ramai itu membuktikan bahawa kerajaan tidak menghormati hak individu dan sependapat dengan pandangan Gunaraj bahawa polis di negara ini mengamalkan dwi standard dalam melaksanakan tugas mereka.

"Pada tahun 2009, penunjuk perasaan yang membawa kepala lembu melukai perasaan masyarakat Hindu. Mereka meludah dan menendang lembu itu tapi tidak ada seorangpun yang digari dan diheret ke kenderaan polis.

NONE
"Adakah itu apa (pihak kuasa) anggap sebagai perhimpunan aman, berbanding dengan apa yang Hindraf lakukan pada Ahad lalu?" soalnya.

Namun, dua pemimpin BN dari parti komponen MIC yang dihubungi, yakin tindakan polis menangkap mereka yang terbabit dengan perhimpunan tersebut adalah tepat.

"Polis telah memberikan amaran lebih awal bagi mereka untuk tidak meneruskan perhimpunan kerana Hindraf adalah pertubuhan haram. Hindraf tidak menghormati polisi ataupun undang-undang di Malaysia.

rally proceeds to Pudu IPK police cordon
"Polis itu buta, tidak melihat warna kulit, bangsa atau agama," kata penerangan MIC, V Mogan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, T Murugiah juga setuju bahawa tindakan polis pada Ahad lalu adalah tepat dan tidak menganiaya penunjuk perasaan itu.

Katanya, tindakan kumpulan itu telah mencemarkan nama baik Malaysia.


Sumber: Malaysiakini

Anwar Ibrahim

0 ulasan
sumber :-

Anwar Ibrahim


Malaysia Media Laws Raise Concern – Al Jazeera

Posted: 28 Feb 2011 05:48 PM PST

Program Kempen Dato’ Seri Anwar Ibrahim di DUN Merlimau, Melaka 1 Mac 2011 (Selasa)

Posted: 28 Feb 2011 05:43 PM PST

Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia

Program 1 -
8.00 – 9.00 mlm – Jamuan Makan Malam Bersama Masyarakat Cina

Lokasi – Hadapan Bilik Gerakan Utama KeADILan,
Taman Air Selatan, Air Merbau, Jasin

Program 2 -
9.00 – 12.00 mlm – Ceramah 1 – Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia

Lokasi – Markaz PAS, Batu 20 ¾ , Kampong Chinchin, Jasin

Program 3
9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana – Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia

Lokasi – Bilik Gerakan Utama Pakatan Rakyat
Jalan Pahlawan, Permatang Serai, Merlimau

Antara Penceramah-penceramah
1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. YB Tian Chua
3. YBhg Dato’ Seri Chua Jui Meng
4. YB Abdullah Sani
5. YB Zamri Yusof
6. YB Tey Kok Kiew
7. YB Mujahid Yusof
8. YBhg Yuhaizad Abdullah (Calon)
9. Pimpinan Pakatan Rakyat

Perdana Menteri Perlu Mohon Maaf dari Sheikh Yusuf Qaradhawi

Posted: 28 Feb 2011 12:24 AM PST

Kenyataan sembrono Perdana Menteri Najib Razak mengenai Dr Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi dan Ikhwanul Muslimin tidaklah memeranjatkan. Kenyataan menolak penyertaan Ikhwanul Muslimin dalam menentukan haluan politik Mesir dan Timur Tengah hanyalah semata-mata bertaklid dengan pendirian Amerika Syarikat.

Sebagai pemimpin negara yang menganggotai Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC), Najib telah menyinggung ulama tersohor dunia Islam dan seluruh warga Muslim di atas kenyataan tidak bertanggung jawab beliau di Istanbul, Turki yang dipetik oleh National Review Online pada 23 Februari 2011 bertajuk Malaysian PM: Muslim Brotherhood Must Renounce Violence or Be Left Out.

Demokrasi adalah proses politik yang bersifat inklusif. Satu proses politik yang menolak penyertaan sebahagian dari anggota masyarakat adalah bertentangan dengan semangat dan amalan demokrasi.

Sejak penubuhannya dalam tahun 1928 Ikhwanul Muslimin telah terlibat secara langsung dalam perjuangan rakyat Mesir melawan penjajahan. Ikhwanul Muslimin juga pendukung terkuat kepada perjuangan rakyat Palestin.

Sejak diharamkan dalam tahun 1954 Ikhwanul Muslimin menjadi mangsa kepada kezaliman rejim tentera Mesir. Meskipun ditekan selama berdekad-dekad Ikhwan terus kuat dan merupakan organisasi yang paling konsisten melawan kezaliman pemerintahan tentera dan rasuah di negara tersebut.

Mereka yang berpandangan Ikhwan Muslim perlu dikeluarkan dari proses politik Mesir pasca Mubarak dan pasca rejim tentera adalah jahil terhadap sejarah politik Mesir dan aspirasi rakyat negara tersebut. Ikhwan adalah sebahagian dari rakyat Mesir dan merupakan kumpulan yang paling sedar terhadap kezaliman rejim Mubarak dan keperluan demokrasi di Mesir.

Kenyataan Perdana Menteri yang mengaitkan Sheikh Yusuf Qaradhawi dengan keganasan dan terorisma menunjukan Dato’ Sri Najib telah menjadi perkakas kepada propaganda Israel yang mendapat dukungan daripada golongan ekstrim dalam dasar luar Amerika Syarikat.

Sheikh Yusuf adalah ulama’ yang paling tegas memperjuangan hak rakyat Palestin. Oleh itu, propaganda Israel dan penyokong-penyokongnya di Amerika cuba menggambarkan Sheikh Yusuf sebagai penyokong keganasan.

Perdana Menteri harus sedar bahawa Sheikh Yusuf adalah ulama’ dunia Islam yang paling berpengaruh dewasa ini. Selama berdekad-dekad Sheikh Yusuf telah berjuang melalui tulisan dakwah beliau untuk melawan golongan ekstrimis dalam Islam dengan mengemukakan falsafah kesederhanaan (al-Wasatiah) dalam Islam.

Maka mengaitkan Sheikh Yusuf, yang juga Tokoh Maal Hijrah tahun 2009, merupakan satu kejahilan yang tidak boleh dimaafkan. Kerana keceluparan tersebut saya menuntut Perdana Menteri memohon maaf kepada Sheikh Yusuf Qaradhawi.

Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden
26 Februari 2011

N37 Batu Maung

0 ulasan
sumber :-

N37 Batu Maung


YB Malik Kasim cabar kumpulan 97 tunjuk bukti

Posted: 28 Feb 2011 07:33 AM PST

NONE
PKR Pulau Pinang hari ini mencabar kumpulan 97 anggota dari cabang Bayan Baru dan Tanjong di Georgetown supaya membuktikan tindakan mereka keluar dari parti itu.

Naib Pengerusinya Abdul Malik Abul Kassim berkata jurucakap kumpulan itu perlu menunjukkan nama dan surat peletakan keahlian semua 97 anggota yang didakwa telah menyertai Kongres India MuslimMalaysia (Kimma).

"Saya tidak percaya mereka telah melompat ke Kimma kerana saya sendiri tahu bilangan ahli keturunan India Muslim di dua cabang itu," katanya kepada pemberita di Georgetown hari ini.

Abdul Malik, yang juga exco agama, perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna negeri, berkata tindakan ketua kumpulan itu adalah kerana rasa cemburu dan isu kekeluargaan ekoran pelantikan salah seorang saudaranya.

Pada Sabtu lalu, ketua kumpulan itu, Mohamed Ibrahim A Siahoo, memberitahu media bahawa 97 anggotra itu keluar dari parti selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan PKR.

Beliau mendakwa PKR gagal membela nasib dan kebajikan rakyat sebelum menyerahkan borang untuk menganggotai Kimma.

Wee Choo Keong

0 ulasan
sumber :-

Wee Choo Keong


BEWARE OF MATTA FAIR!

Posted: 28 Feb 2011 01:02 AM PST

Another MATTA Travel Fair March 11 – 13 as advertised in the national newspapers.   I am told that there will be many goodies in the MATTA Travel Fair.  However, there are many Malaysians who will also suffer from the "fly by night" tour agents/operators, who will cease operation few months after they have collected full [...]

Anak Muda Kampung Nak Senang

0 ulasan
sumber :-

Anak Muda Kampung Nak Senang


Pegawai Kanan Polis terlibat sindiket wang palsu?

Posted: 27 Feb 2011 07:57 PM PST


Berita menggemparkan dari laman web Freemalaysiatoday 26 Feb 2011. Seorang pegawai kanan polis bahagian Cawangan Khas telah ditahan berkaitan sindiket wang palsu US Dollar dan British Pound. Pegawai kanan polis tersebut dipercayai perancang utama sindiket tersebut. Benarkah berita ini? Aduh Hishamuddin, Saman Ekor tak selesai lagi, datang pula kes ini. Oh Malaysia ku ! Kalau benar, memalukan Satu Dunia, 1Malaysia, 1Ummah, 1Dunia.

Fake notes: Senior policeman nabbed
February 26, 2011

KUALA LUMPUR: Police late last night arrested a senior special branch officer with the rank of superintendent and six others in connection with a syndicate specialising in forged US dollars and British pound sterling.

The officer is believed to be the "mastermind" of the syndicate.

The officer, in his early 50s attached to the police headquarters at Bukit Aman, and other suspects were detained after a raid at a luxury condominium unit at Jalan Genting-Klang.

FMT learnt that a police task force was tracking the officer's movements for more than a month after being alerted by an intelligence report on the presence of fake currencies, especially US dollars, in the market and that several businessmen had fallen victim to the syndicate.

During the raid, police also recovered more than 10 boxes of forged currencies and the probe is now to verify if the notes were printed locally or smuggled into the country.

The authorities have also seized substantial amount of genuine currencies of various denominations.

"You need state-of-the-art technology to make these kind of quality print, where you need special detectors in establishing whether the notes were genuine or otherwise," a police officer who was involved in the operation told FMT.

Besides the officer, it is learnt that an Indian national and three Indonesians were remanded for three days today to facilitate further police probe on the syndicate.

The syndicate is believed to have been active for more than a year and had reaped several millions of ringgit from their illegal activities.

"We are probing the officer's accounts and other syndicate members, as well as to verify what kind of technology they had relied to print the forged notes," added the officer.

Senior police officers were tight-lipped over the arrest but said the case was under investigation.

Sumber :
http://www.freemalaysiatoday.com/2011/02/26/fake-notes-senior-policeman-nabbed/

Siapa Yang Menjanjikan Hospital Kepada Orang Rembau ?

Posted: 27 Feb 2011 06:28 PM PST


7 MAC 2008 - Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan meletakkan Batu Asas untuk pembinaan Hospital Rembau yang berharga RM 100 Juta

11 JAN 2011 – Setelah hampir 3 tahun, Chegubard, Ketua Cabang PKR Rembau melawat Batu Asas Hospital Rembau dimana projek RM 100 Juta Hospital Rembau masih belum berjalan

Kenapa ? Tak Percaya ?

Berita berkaitan :

http://solidaritianakmuda.blogspot.com/2011/01/penganiayaan-rakyat-rembau-oleh.html

http://pasns.blogspot.com/2010/03/dap-dan-hospital-baru-tampin-rembau.html

http://amkns.blogspot.com/2011/01/chegubard-lancar-dana-pembinaan.html

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

0 ulasan
sumber :-

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


... bukti UMNO BN PEMBOHONG - Orang Merlimau, Kerdau tak percaya mai tengok ni ...

Posted: 28 Feb 2011 07:55 AM PST

Jadi janji-janji dari umNO samada dari PM dia atau Timbalan nya atau calonnya atau siapa saja dari penceramah kaki 'kencing' mereka tu aku nak pesan, dengar boleh (tapi kalau boleh tak payah dengar pun tak pa), tapi percaya jangan. Sekarang ni semua depa janji, semua depa nak bagi, bila lepas PRK nanti semua pakat balik KL duk diam saja. Bila tanya mana dia janji-janji prk dulu, depa akan kata tunggu peruntukan dulu ..... itu standet bagi umNO BN ni ... bukti dah ada kat bawah ni ... tengok lah kalau tak percaya ...


Bukan main hebat upacara pecah tanah oleh MB N9 ... tapi apa dah jadi sekarang ....?

Nak tau cerita lanjut baca di sini

Sumber: http://mimpi-senja.blogspot.com/

100 kotak 'bantuan' BN tiba ke Kerdau

Posted: 28 Feb 2011 07:26 AM PST

BN hari ini secara senyap mengedarkan berkotak-kotak barang makanan kepada penduduk satu-satunya kampung Cina di Kerdau atas nama bantuan.

Kotak yang diangkut dengan trak petang ini diedarkan oleh beberapa orang yang memakai baju merah yang pergi ke beberapa rumah bagi mengenalpasti identiti penduduk.

Semua penduduk yang agak tua yang enggan dikenali berkata mereka didatangai beberapa orang yang mahu memberikan "bantuan makanan" secara percuma dengan syarat pelekat BN ditampal di pintu rumah mereka.


"Kami diminta mengundi BN dan kami diberahu bahawa sesiapa yang menyokong pembangkan tidak akan mendapat bantuan," dakwanya.

Malaysiakini difahamkan kira-kira 100 kotak diedarkan petang tadi.

Kotak itu, dengan pelekar gambar wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menterinya Datuk Seri Shahrizat Jalil mengandungi nasi, Milo, biskut, susu tepung dan sardin dalam tin.

Ia juga dilekatkan dengan tulisan "Akhirkan Zaman Miskin".

Seorang lelaki yang memakai kemeja-t BN, dipercayai membantu mengedarkan kotak itu, berkata hanyalah "satu bentuk bantuan".

Tetapi apabila ditanya lanjut, beliau hanya menjawab "tak ada apa-apa".

Sementara itu Timbalan Pengerusi PAS Pahang Hamzah Jaafar yang ditemui di tempat itu mendakwa perkara itu merupakan satu bentuk rasuah.

Manakala ADUN Tras daripada DAP Chong Siew Onn pula berkata perkara itu bertentangan dengan undang-undang pilihan raya dan akan melaporkannya kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya.

Sumber: http://www.malaysiakini.com/

Prk Kerdau : Umno takut kalah di Kerdau?

Posted: 28 Feb 2011 06:24 AM PST

Berbanding PRK Merlimau, Umno sebenarnya lebih risau dengan PRK Kerdau, d Merlimau depa tak risau sangat. Walaupun, katanya Umno yakin boleh menang di kedua-dua PRK tapi depa agak gerun di Kerdau. Depa risau kerusi Kerdau terlepas ketangan PAS.

Kalau tengok atas kertas, langsung tak munasabah Umno nak risau di Kerdau. Pasainya, macam yang Muhyiddin pernah kata sebelum ni, lebih 50% pengundi di Kerdau adalah ahli Umno.

Bharian melaporkan:

TEMERLOH: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta jentera pilihan raya kecil Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kerdau tidak terlalu yakin dan memandang remeh kekuatan parti lawan.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO, berkata seluruh jentera perlu bekerja keras sekalipun DUN berkenaan dilihat sebagai kubu kuat BN dengan lebih 50 peratus pengundi di kawasan itu terdiri daripada kalangan anggota UMNO.

"Kita tidak mahu terlalu yakin dan takbur, walaupun keadaan semuanya baik.

"Kita juga perlu ingat bahawa pengundi adalah raja dan mereka yang tentukan sama ada menyokong atau tidak dan waktu inilah kita mesti menunjukkan kemesraan, keprihatinan, kesediaan untuk menolong mereka dalam menghadapi masalah," katanya. - Bharian

Nak risau apanya kalau dah ada dalam tangan lebih 50% undi. Dalam pilihanraya Malaysia, dapat undi 50.000000000000001% dari yang keluar mengundi pun dah dikira menang. Atau lebih tepat lagi, lebih 1 undi pun dikira menang.

Lagi satu faktor, di Kerdau ada 3 Felda besar, Felda Jengka 22, Jengka 23 dan Jengka 25. Kalau ikut trakrekod di Tenang dan Galas, undi di Felda ni memang milik Umno. Lagi pun kuasa di Felda memang milik Umno. Umno boleh buat hampir apa saja di dalam kawasan Felda termasuk melarang petugas PAS masuk.

Faktor satu lagi, peratus pengundi melayu di Kerdau cukup tinggi, 88.77% dan pengundi cina cuma setakat 5.05% iaitu cuma 454 pengundi saja. Kalau ikut perangkaan PAS sendiri pun, PAS katanya mengunjurkan sokongan dari orang melayu cuma 45% (unjuran di semenanjung) dan pengundi cina 60%. Tu pun Umno masih nak risau. Kaslau ikut kira atas kertas, tentu Umno memang punya. Nak risau apa lagi?

Tapi realitinya, Umno memang risau di Kerdau. Depa tak berapa yakin depa boleh menang mudah. pemimpin Umno katanya lebih ramai diarahkan turun di Kerdau berbanding di Merlimau.

Blogger pencacai Umno pun lebih ramai berkampung di Kerdau waalupun depa lebih suka nak berkampuna di Merlimau. Iya la, apa yang ada di Kerdau. Kalau di Merlimau memang macam-macam ada. Kalau takat nak bersenam arobik tiap-tiap malam pun boleh.

Kalau tengok berita di TV pun. Lebih banyak dipaparkan aktiviti di Kerdau berbanding di Merlimau. Muka calon Umno yang pakai kupah tu lagi kerap muncul. Walaupun jawab tergagap-gagap tapi memanjang ada muka dia ditemuramah wartawan TV.

Apa sebenarnya punca Umno lebih risau di Kerdau?

Sumber image: TMI

Sumber: http://cenangau.blogspot.com/

KENYATAAN YANG IKHLAS

Posted: 28 Feb 2011 06:17 AM PST

Memang kebiasaannya pimpinan UMNO minta rakyat berterima kasih atas bantuan kerajaan terhadap rakyat, pada hal semua sumber yang diedarkan oleh pimpinan UMNO itu adalah hasil keringat rakyat, kerajaan hanyalah menjalankan tugasnya sebagai memenuhi tugasnya sebagai wakil kepada rakyat yang diwakilinya, tidak timbul istilah "kamu tolong aku dan aku tolong kamu" istilah ini sebenarnya adalah istilah penyamun, sebab itu menteri besar Kedah berkata tidak timbul berterima kasih dengan kerajaan



Sumber: http://abnnasution.blogspot.com/

SAYA BUKAN DIUPAH UNTUK SERTAI PARTI PAS

Posted: 28 Feb 2011 05:55 AM PST





DESA MURNI-Bob Lukman petang tadi sempat merayu para pengundi DUN Kerdau agar menerima perjuangan PAS kerana menurut beliau yang pernah bergiat cergas dalam kempen pilihanraya kecil dan pilihanraya Umum sebelum ini menjelaskan bahawa beliau pernah berkempen di Baling bagi memenangkan calon Barisan Nasional yang sudah tentunya mendapat habuan kewangan dan tidak sebagaimana ketika beliau berada di pentas PAS.

Menurut Lukman lagi, beliau kini bermatlamat bahawa semua yang beliau lalui dahulunya dan kini setelah menerima hidayah beliau tahu erti sebenar perjuangan.Menurut beliau"Saya yang dahulunya melihat bahawa semuanya itu adalah semata-mata untuk keseronokan duniawi, kini saya kembali bagi membantu perjuangan bagi memartabatkan islam itu sendiri.Bila kita melakukan kesalahan , maka lebih mudah memohon kepada Tuhan dari memohon kepada manusia,maka saya memohon maaf kerana saya dipertemukan dengan Ir Nizar Jamaluddin dan juga anak Taib Azamuddin" katanya

Saya kagum dengan anak-anak muda yang tahu bahawa perjuangan bermatalamatkan menuju kepada sebuah negara Islamic ini menyedarkan saya"Saya lihat anak-anak muda ini macam budak rock, namun sembahyang tidak tinggal dan sempat pula mendakwah kita.Inilah yang tidak ada pada Umno dan apa yang saya lihat ialah pendokong dan penyokong PAS ini iklas hadir sebagai pejuang tulin" jelas beliau lagi.


Apa yang saya lalui dahulunya dalam keadaan "Laqo" atau lalai dalam banyak hal , namun semua ustaz yang saya jumpa semuanya adalah pendokong kepada PAS . Maka saya terfikir bahawa adakah saya sendiri yang mendapat ilmu ini tidak mahu menyokong perjuangan PAS ini.

Beliau sempat menjelaskan bahawa jika calon Bn yang mahu membuktikan bahawa beliau adalah seorang lulusan alazhar, maka luas lagilah seorang yang berkelulusan sebagai seorang jurukur tanah untuk menyedari bahawa ilmu Islam itu lebih luas dari yang punya sijil akademik dan tahu tentang hal islam.

"Kalau kita ada seribu orang disini, maka tugas itu dianggap selesai.Setiap seorang mencari seorang pengundi yang lainnnya , maka kerana itu usaha ini harus dilakukan".

Menurut Lukman lagi, perlunya penjelasan bahawa bukan semua yang kita ada ini kita mahukan yang baru, akan tetapi ialah perjuangan dan kemenangan bagi menidakkan kemenangan calon Umno dan seterusnya menegakkan sebuah negara yang lebih baik untuk semua rakyatnya.

Sumber: http://wrlr.blogspot.com/

Punya la takut sampai bakar pentas DAP!

Posted: 28 Feb 2011 03:28 AM PST

Sebuah pentas berdekatan bilik operasi DAP di Merlimau yang didirikan oleh parti itu untuk satu majlis anjurannya yang dijadualkan pada 4 Mac ini dibakar pagi ini.

Menurut pengerusi DAP Merlimau, Shelley Fook, pemilik tanah lapang itu di mana pentas berkenaan didirikan mendapati kepulan asap pada sekitar jam 6 pagi.

"Dia pergi periksa dan mendapati pentas itu dibakar. Dia juga menjumpai sebuah botol kosong dengan kesan petrol," katanya kepada Federation Bloggers.

Namun, hanya permaidani di pentas itu yang musnah kerana bahagian lain diperbuat daripada keluli.

Fook berkata partinya tidak akan membuat laporan polis kerana percaya pihak polis tidak akan bertindak ke atas dalang tersebut.

Pentas itu didirikan bagi majlis ceramah dan juga makan malam bagi merancakkan kempen pilihan raya kecil Merlimau. Antara pemimpin yang dijangka hadir dan berucap adalah setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang

Di Laporkan oleh LeeSlimShady

Sumber: http://pejuangpro-demokrasi.blogspot.com/

Gambar Lucah, Kempen UMNO BN Bakal Makan Diri

Posted: 28 Feb 2011 01:40 AM PST

Kempen pilihan raya kecil yang lesu di Merlimau dikejutkan dengan 'gambar lucah' palsu pemimpin Pakatan Rakyat yang disebarkan di kawasan itu.

Risalah dengan gambar-gambar yang dipalsukan itu membabitkan lima pemimpin Pakatan Rakyat yang ditampal dengan gambar bogel wanita dalam kedudukan yang mengghairahkan dan didakwa mula tersebar sejak hari pertama kempen.

Lima pemimpin yang 'diserang' itu adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; anggota exco Selangor, Teresa Kok dan ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching.

Bercakap pada sidang akhbar, petang semalam, ahli parlimen Kota Melaka Sim Tong Him berkata dua keping gambar itu dijumpai di Kg Ayer Merbau dan Kg Chinchin, tempat asal calon PAS, Yuhaizad Abdullah.

Satu daripada gambar berkenaan menunjukkan gambar separuh bogel Anwar dengan mesra mendakap pengadu kes liwatnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan 'dara kontroversial yang berusia 40 tahun'- Ummi Hafilda.

Risalah itu berjudul "Kalau Umno haram, kalau PAS halal".

Satu lagi risalah meletakkan kepala Nik Aziz yang terselit di celah kangkang kaki perempuan dengan kata-kata "Ingat PAS, ingat zina, tuihh!".

'Barang bagus baru barang naik'

Ia juga memaparkan gambar mursyidul am PAS itu yang tersenyum sambil memberikan isyarat tangan bersetuju dengan kata-kata "Barang bagus baru barang naik".

Gambar Elizabeth Wong dalam baju tidur seksi yang diambil dari video kontroversialnya yang disebarkan beberapa tahun lalu juga dimuatkan.

Teresa Kok pula digambarkan berpakaian jarang dengan mengayakan kedudukan lucah tetapi gambar palsu Teo Nie Ching dianggap paling keterlaluan. Gambar dengan kakinya yang terkangkang dipaparkan dengan hanya dilitupi logo DAP. Bersebelahan gambar itu diselitkan gambar lain yang membabitkan 'orgy'.

Walupun tiada logo BN dikesan pada risalah berkenaan, Sim percaya, ia didalangi oleh gabungan itu.

"Setiap pilihan raya, calon mesti bertanding dengan adil dan bukan menggunakan taktik kotor seperti ini.

"BN seharusnya menjelaskan perkara ini," katanya.

DAP akan membuat laporan polis berhubung perkara itu, hari ini. -mk


Sumber: http://muslimeen-united.blogspot.com/

Mari tengok gambar peminat kondom di Merlimau, PAS atau Umno@BN ?

Posted: 28 Feb 2011 01:21 AM PST

Prk Merlimau : Kondom Terbesar Di Merlimau

Di Merlimau ada macam-macam alat bantuan promosi yang menarik daripada kedua-dua parti bertanding seperti banting, poster termasuklah paling menarik perhatian menara berkembar 'kondom angin'.

Untuk tatapan bersama, di bawah ini beberapa gambar yang sempat dirakamkan ketika melihat kehangatan bahang PRK Merlimau petang semalam.




Seperti biasa, ada gambar-gambar calon.


Ada billboard minta kesian...BN punya.


Ada banner goda-goda....ini makcik UMNO punya.


Ada banner 'free service'....haa..ini PAS punya.


Ada van 'full tinted' dan polis buat dek saja....ini Makkal Sakti+BN punya.


Ada banner 'BANGANG'...macam budak tak sekolah...sapa punya?

Ada Banner Parti Gerakkan = Tak Gerak Tak Makan...Ida punya (Tokey kedai)


Ada tugu 'Kondom Berkembar'....... punya...BN punya


ZOOM IN sikit....kan..kan..betul tak?

Terbaik dari Merlimau. Bagaimanapun saya masih menyimpan beberapa gambar 'tergempar' yang dipercayai pusat penempatan pengundi yang sudah meninggal dunia atau dengan lain perkataan "Pengundi Hantu". SO.

Baik la beribu kondom syarikat Jepun hilang, rupanya ada peminat kondom no wahid!!!

Sumber: http://paspb2.blogspot.com/

Kes Terbalik : 255 ahli Umno, MIC sertai KEADILAN Tambun

Posted: 28 Feb 2011 01:15 AM PST

IPOH: Ketika media arus perdana giat menghebohkan, kononnya ahli parti pembangkang menyertai Umno, Cabang KEADILAN Tambun menambah 255 ahli, kebanyakannya dari Umno dan MIC.

Mereka dengan menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ulu Kinta di sini, semalam.
Pertambahan ahli itu membolehkan menubuhkan tiga ranting baru ditubuh di DUN berkenaan iaitu Taman Berjaya, Bandar Mercham dan Tanjung Rambutan.
Bercakap kepada KeadilanDaily.com, Ketua Cabang KEADILAN Tambun, Zulkifly Ibrahim, berkata mereka menyertai KEADILAN sejak 2008 tetapi akibat kekangan daripada Umno, penyertaan mereka hanya rasmi sejak semalam.
"Mereka memilih KEADILAN kerana bosan dengan sikap Umno yang tidak mengota janji tetapi hanya pandai berkata-kata sahaja. Bagi mereka, Anwar adalah pemimpin untuk semua kaum," katanya.

Beliau berkata, pertambahan ahli baru itu membuktikan sokongan rakyat Perak kian bertambah, sekaligus menafikan laporan media arus perdana kawalan Umno Barisan Nasional (BN), kononnya rakyat tidak lagi menyokong Pakatan Rakyat.
"Akhbar melapor ahli KEADILAN Tambun masuk Umno tetapi ia tidak betul kerana itu cerita lama tetapi dibangkitkan semula.

"Begitu juga laporan 150 Wanita KEADILAN sertai Umno. Ia satu pembohongan kerana siasatan kami, ia tidak pernah berlaku," katanya.

Mengulas lanjut, Zulkifly berkata, cabang Tambun aktif mendekati penyokong di samping mengadakan aktiviti bersama-sama, selain menyelami masalah rakyat.
"Kami cukup aktif, kita berjalan dari rumah ke rumah bagi mendekati rakyat dan menyerahkan bantuan kepada mereka. Program itu adalah persiapan awal menghadapi pilihan raya akan datang," katanya.

Pimpinan

Angkatan Muda

Cabang