MOH...KITE LAWAN YEOP!!! |
- ... bukti UMNO BN PEMBOHONG - Orang Merlimau, Kerdau tak percaya mai tengok ni ...
- 100 kotak 'bantuan' BN tiba ke Kerdau
- Prk Kerdau : Umno takut kalah di Kerdau?
- KENYATAAN YANG IKHLAS
- SAYA BUKAN DIUPAH UNTUK SERTAI PARTI PAS
- Punya la takut sampai bakar pentas DAP!
- Gambar Lucah, Kempen UMNO BN Bakal Makan Diri
- Mari tengok gambar peminat kondom di Merlimau, PAS atau Umno@BN ?
- Kes Terbalik : 255 ahli Umno, MIC sertai KEADILAN Tambun
... bukti UMNO BN PEMBOHONG - Orang Merlimau, Kerdau tak percaya mai tengok ni ... Posted: 28 Feb 2011 07:55 AM PST Jadi janji-janji dari umNO samada dari PM dia atau Timbalan nya atau calonnya atau siapa saja dari penceramah kaki 'kencing' mereka tu aku nak pesan, dengar boleh (tapi kalau boleh tak payah dengar pun tak pa), tapi percaya jangan. Sekarang ni semua depa janji, semua depa nak bagi, bila lepas PRK nanti semua pakat balik KL duk diam saja. Bila tanya mana dia janji-janji prk dulu, depa akan kata tunggu peruntukan dulu ..... itu standet bagi umNO BN ni ... bukti dah ada kat bawah ni ... tengok lah kalau tak percaya ... Bukan main hebat upacara pecah tanah oleh MB N9 ... tapi apa dah jadi sekarang ....? Sumber: http://mimpi-senja.blogspot.com/ |
100 kotak 'bantuan' BN tiba ke Kerdau Posted: 28 Feb 2011 07:26 AM PST BN hari ini secara senyap mengedarkan berkotak-kotak barang makanan kepada penduduk satu-satunya kampung Cina di Kerdau atas nama bantuan. Kotak yang diangkut dengan trak petang ini diedarkan oleh beberapa orang yang memakai baju merah yang pergi ke beberapa rumah bagi mengenalpasti identiti penduduk. Semua penduduk yang agak tua yang enggan dikenali berkata mereka didatangai beberapa orang yang mahu memberikan "bantuan makanan" secara percuma dengan syarat pelekat BN ditampal di pintu rumah mereka. "Kami diminta mengundi BN dan kami diberahu bahawa sesiapa yang menyokong pembangkan tidak akan mendapat bantuan," dakwanya. Malaysiakini difahamkan kira-kira 100 kotak diedarkan petang tadi. Kotak itu, dengan pelekar gambar wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menterinya Datuk Seri Shahrizat Jalil mengandungi nasi, Milo, biskut, susu tepung dan sardin dalam tin. Ia juga dilekatkan dengan tulisan "Akhirkan Zaman Miskin". Seorang lelaki yang memakai kemeja-t BN, dipercayai membantu mengedarkan kotak itu, berkata hanyalah "satu bentuk bantuan". Tetapi apabila ditanya lanjut, beliau hanya menjawab "tak ada apa-apa". Sementara itu Timbalan Pengerusi PAS Pahang Hamzah Jaafar yang ditemui di tempat itu mendakwa perkara itu merupakan satu bentuk rasuah. Manakala ADUN Tras daripada DAP Chong Siew Onn pula berkata perkara itu bertentangan dengan undang-undang pilihan raya dan akan melaporkannya kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya. Sumber: http://www.malaysiakini.com/ |
Prk Kerdau : Umno takut kalah di Kerdau? Posted: 28 Feb 2011 06:24 AM PST Berbanding PRK Merlimau, Umno sebenarnya lebih risau dengan PRK Kerdau, d Merlimau depa tak risau sangat. Walaupun, katanya Umno yakin boleh menang di kedua-dua PRK tapi depa agak gerun di Kerdau. Depa risau kerusi Kerdau terlepas ketangan PAS. Kalau tengok atas kertas, langsung tak munasabah Umno nak risau di Kerdau. Pasainya, macam yang Muhyiddin pernah kata sebelum ni, lebih 50% pengundi di Kerdau adalah ahli Umno. Bharian melaporkan: Nak risau apanya kalau dah ada dalam tangan lebih 50% undi. Dalam pilihanraya Malaysia, dapat undi 50.000000000000001% dari yang keluar mengundi pun dah dikira menang. Atau lebih tepat lagi, lebih 1 undi pun dikira menang. |
Posted: 28 Feb 2011 06:17 AM PST Memang kebiasaannya pimpinan UMNO minta rakyat berterima kasih atas bantuan kerajaan terhadap rakyat, pada hal semua sumber yang diedarkan oleh pimpinan UMNO itu adalah hasil keringat rakyat, kerajaan hanyalah menjalankan tugasnya sebagai memenuhi tugasnya sebagai wakil kepada rakyat yang diwakilinya, tidak timbul istilah "kamu tolong aku dan aku tolong kamu" istilah ini sebenarnya adalah istilah penyamun, sebab itu menteri besar Kedah berkata tidak timbul berterima kasih dengan kerajaan Sumber: http://abnnasution.blogspot.com/ |
SAYA BUKAN DIUPAH UNTUK SERTAI PARTI PAS Posted: 28 Feb 2011 05:55 AM PST DESA MURNI-Bob Lukman petang tadi sempat merayu para pengundi DUN Kerdau agar menerima perjuangan PAS kerana menurut beliau yang pernah bergiat cergas dalam kempen pilihanraya kecil dan pilihanraya Umum sebelum ini menjelaskan bahawa beliau pernah berkempen di Baling bagi memenangkan calon Barisan Nasional yang sudah tentunya mendapat habuan kewangan dan tidak sebagaimana ketika beliau berada di pentas PAS. Menurut Lukman lagi, beliau kini bermatlamat bahawa semua yang beliau lalui dahulunya dan kini setelah menerima hidayah beliau tahu erti sebenar perjuangan.Menurut beliau"Saya yang dahulunya melihat bahawa semuanya itu adalah semata-mata untuk keseronokan duniawi, kini saya kembali bagi membantu perjuangan bagi memartabatkan islam itu sendiri.Bila kita melakukan kesalahan , maka lebih mudah memohon kepada Tuhan dari memohon kepada manusia,maka saya memohon maaf kerana saya dipertemukan dengan Ir Nizar Jamaluddin dan juga anak Taib Azamuddin" katanya Saya kagum dengan anak-anak muda yang tahu bahawa perjuangan bermatalamatkan menuju kepada sebuah negara Islamic ini menyedarkan saya"Saya lihat anak-anak muda ini macam budak rock, namun sembahyang tidak tinggal dan sempat pula mendakwah kita.Inilah yang tidak ada pada Umno dan apa yang saya lihat ialah pendokong dan penyokong PAS ini iklas hadir sebagai pejuang tulin" jelas beliau lagi. Apa yang saya lalui dahulunya dalam keadaan "Laqo" atau lalai dalam banyak hal , namun semua ustaz yang saya jumpa semuanya adalah pendokong kepada PAS . Maka saya terfikir bahawa adakah saya sendiri yang mendapat ilmu ini tidak mahu menyokong perjuangan PAS ini. Beliau sempat menjelaskan bahawa jika calon Bn yang mahu membuktikan bahawa beliau adalah seorang lulusan alazhar, maka luas lagilah seorang yang berkelulusan sebagai seorang jurukur tanah untuk menyedari bahawa ilmu Islam itu lebih luas dari yang punya sijil akademik dan tahu tentang hal islam. "Kalau kita ada seribu orang disini, maka tugas itu dianggap selesai.Setiap seorang mencari seorang pengundi yang lainnnya , maka kerana itu usaha ini harus dilakukan". Menurut Lukman lagi, perlunya penjelasan bahawa bukan semua yang kita ada ini kita mahukan yang baru, akan tetapi ialah perjuangan dan kemenangan bagi menidakkan kemenangan calon Umno dan seterusnya menegakkan sebuah negara yang lebih baik untuk semua rakyatnya. Sumber: http://wrlr.blogspot.com/ |
Punya la takut sampai bakar pentas DAP! Posted: 28 Feb 2011 03:28 AM PST Sebuah pentas berdekatan bilik operasi DAP di Merlimau yang didirikan oleh parti itu untuk satu majlis anjurannya yang dijadualkan pada 4 Mac ini dibakar pagi ini. Menurut pengerusi DAP Merlimau, Shelley Fook, pemilik tanah lapang itu di mana pentas berkenaan didirikan mendapati kepulan asap pada sekitar jam 6 pagi. "Dia pergi periksa dan mendapati pentas itu dibakar. Dia juga menjumpai sebuah botol kosong dengan kesan petrol," katanya kepada Federation Bloggers. Namun, hanya permaidani di pentas itu yang musnah kerana bahagian lain diperbuat daripada keluli. Fook berkata partinya tidak akan membuat laporan polis kerana percaya pihak polis tidak akan bertindak ke atas dalang tersebut. Pentas itu didirikan bagi majlis ceramah dan juga makan malam bagi merancakkan kempen pilihan raya kecil Merlimau. Antara pemimpin yang dijangka hadir dan berucap adalah setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang Di Laporkan oleh LeeSlimShady Sumber: http://pejuangpro-demokrasi.blogspot.com/ |
Gambar Lucah, Kempen UMNO BN Bakal Makan Diri Posted: 28 Feb 2011 01:40 AM PST Kempen pilihan raya kecil yang lesu di Merlimau dikejutkan dengan 'gambar lucah' palsu pemimpin Pakatan Rakyat yang disebarkan di kawasan itu. Risalah dengan gambar-gambar yang dipalsukan itu membabitkan lima pemimpin Pakatan Rakyat yang ditampal dengan gambar bogel wanita dalam kedudukan yang mengghairahkan dan didakwa mula tersebar sejak hari pertama kempen. Lima pemimpin yang 'diserang' itu adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; anggota exco Selangor, Teresa Kok dan ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching. Bercakap pada sidang akhbar, petang semalam, ahli parlimen Kota Melaka Sim Tong Him berkata dua keping gambar itu dijumpai di Kg Ayer Merbau dan Kg Chinchin, tempat asal calon PAS, Yuhaizad Abdullah. Satu daripada gambar berkenaan menunjukkan gambar separuh bogel Anwar dengan mesra mendakap pengadu kes liwatnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan 'dara kontroversial yang berusia 40 tahun'- Ummi Hafilda. Risalah itu berjudul "Kalau Umno haram, kalau PAS halal". Satu lagi risalah meletakkan kepala Nik Aziz yang terselit di celah kangkang kaki perempuan dengan kata-kata "Ingat PAS, ingat zina, tuihh!". 'Barang bagus baru barang naik' Ia juga memaparkan gambar mursyidul am PAS itu yang tersenyum sambil memberikan isyarat tangan bersetuju dengan kata-kata "Barang bagus baru barang naik". Gambar Elizabeth Wong dalam baju tidur seksi yang diambil dari video kontroversialnya yang disebarkan beberapa tahun lalu juga dimuatkan. Teresa Kok pula digambarkan berpakaian jarang dengan mengayakan kedudukan lucah tetapi gambar palsu Teo Nie Ching dianggap paling keterlaluan. Gambar dengan kakinya yang terkangkang dipaparkan dengan hanya dilitupi logo DAP. Bersebelahan gambar itu diselitkan gambar lain yang membabitkan 'orgy'. Walupun tiada logo BN dikesan pada risalah berkenaan, Sim percaya, ia didalangi oleh gabungan itu. "Setiap pilihan raya, calon mesti bertanding dengan adil dan bukan menggunakan taktik kotor seperti ini. "BN seharusnya menjelaskan perkara ini," katanya. DAP akan membuat laporan polis berhubung perkara itu, hari ini. -mk Sumber: http://muslimeen-united.blogspot.com/ |
Mari tengok gambar peminat kondom di Merlimau, PAS atau Umno@BN ? Posted: 28 Feb 2011 01:21 AM PST Prk Merlimau : Kondom Terbesar Di Merlimau Di Merlimau ada macam-macam alat bantuan promosi yang menarik daripada kedua-dua parti bertanding seperti banting, poster termasuklah paling menarik perhatian menara berkembar 'kondom angin'. Untuk tatapan bersama, di bawah ini beberapa gambar yang sempat dirakamkan ketika melihat kehangatan bahang PRK Merlimau petang semalam.
Ada billboard minta kesian...BN punya. Ada banner goda-goda....ini makcik UMNO punya. Ada banner 'free service'....haa..ini PAS punya. Ada van 'full tinted' dan polis buat dek saja....ini Makkal Sakti+BN punya. Ada banner 'BANGANG'...macam budak tak sekolah...sapa punya? Ada Banner Parti Gerakkan = Tak Gerak Tak Makan...Ida punya (Tokey kedai) Ada tugu 'Kondom Berkembar'....... punya...BN punya
Terbaik dari Merlimau. Bagaimanapun saya masih menyimpan beberapa gambar 'tergempar' yang dipercayai pusat penempatan pengundi yang sudah meninggal dunia atau dengan lain perkataan "Pengundi Hantu". SO. Baik la beribu kondom syarikat Jepun hilang, rupanya ada peminat kondom no wahid!!! Sumber: http://paspb2.blogspot.com/ |
Kes Terbalik : 255 ahli Umno, MIC sertai KEADILAN Tambun Posted: 28 Feb 2011 01:15 AM PST IPOH: Ketika media arus perdana giat menghebohkan, kononnya ahli parti pembangkang menyertai Umno, Cabang KEADILAN Tambun menambah 255 ahli, kebanyakannya dari Umno dan MIC. Mereka dengan menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ulu Kinta di sini, semalam. Pertambahan ahli itu membolehkan menubuhkan tiga ranting baru ditubuh di DUN berkenaan iaitu Taman Berjaya, Bandar Mercham dan Tanjung Rambutan. Bercakap kepada KeadilanDaily.com, Ketua Cabang KEADILAN Tambun, Zulkifly Ibrahim, berkata mereka menyertai KEADILAN sejak 2008 tetapi akibat kekangan daripada Umno, penyertaan mereka hanya rasmi sejak semalam. "Mereka memilih KEADILAN kerana bosan dengan sikap Umno yang tidak mengota janji tetapi hanya pandai berkata-kata sahaja. Bagi mereka, Anwar adalah pemimpin untuk semua kaum," katanya. Beliau berkata, pertambahan ahli baru itu membuktikan sokongan rakyat Perak kian bertambah, sekaligus menafikan laporan media arus perdana kawalan Umno Barisan Nasional (BN), kononnya rakyat tidak lagi menyokong Pakatan Rakyat. "Akhbar melapor ahli KEADILAN Tambun masuk Umno tetapi ia tidak betul kerana itu cerita lama tetapi dibangkitkan semula. "Begitu juga laporan 150 Wanita KEADILAN sertai Umno. Ia satu pembohongan kerana siasatan kami, ia tidak pernah berlaku," katanya. Mengulas lanjut, Zulkifly berkata, cabang Tambun aktif mendekati penyokong di samping mengadakan aktiviti bersama-sama, selain menyelami masalah rakyat. "Kami cukup aktif, kita berjalan dari rumah ke rumah bagi mendekati rakyat dan menyerahkan bantuan kepada mereka. Program itu adalah persiapan awal menghadapi pilihan raya akan datang," katanya. |
You are subscribed to email updates from MOH...KITE LAWAN YEOP!!! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan