Khamis, 24 Februari 2011

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Selangor Sambut 3 Tahun PR Secara Sederhana

Posted: 24 Feb 2011 05:00 PM PST

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat akan menyambut ulang tahun ketiga pentadbirannya  di Selangor pada 8 Mac 2011. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Selangor akan mengadakan majlis sambutan sederhana bagi memperingati detik bersejarah itu.

Untuk tahun ketiga ini, selain daripada terus mentadbir dengan lebih bertanggungjawab dan telus, fokus Kerajaan Negeri adalah lebih kepada memastikan implementasi dasar-dasar dan program yang telah kita rangka.

Atas sebab ini, majlis dan program sambutan akan diadakan dengan sederhana dan bersifat informasi agar rakyat peka dan tahu tentang dasar-dasar dan program kebajikan yang memberi manfaat kepada semua rakyat Selangor.

Majlis sambutan ini akan dimulakan Majlis Sambutan Tiga Tahun Pentadbiran Negeri Selangor di Stadium Melawati selama dua hari bermula 5 dan 6 Mac.

Pelbagai acara disediakan untuk orang ramai seperti pameran agensi kerajaan dan swasta, program remaja termasuk futsal,  ceramah perdana oleh tokoh-tokoh terkenal termasuk barisan pemimpin Negeri,  solat Maghrib Berjamaah dan pelancaran Buku Jingga yang mengandungi Dasar Bersama dan komitmen Pakatan Rakyat untuk membawa pembaharuan kepada negara dan rakyat.


Pada 26 Mac pula, Kerajaan Negeri akan melancarkan rangka kerja "Selangor Untuk Rakyat" yang membabitkan pameran PBT dan anak syarikat, pelancaran buku "Liku-Liku Reformasi" serta program seni seperti membaca sajak dan puisi. 

Kita juga akan menganjurkan Siri Jelajah seluruh Selangor yang melibatkan Menteri Besar, barisan Exco dan pegawai kanan kerajaan turun turun padang ke pejabat daerah untuk mendekati permasalahan rakyat.


TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
MENTERI BESAR SELANGOR

AMK KEDAH

AMK KEDAH


PROGRAM MAKAN MALAM AMK KEDAH DI PARLIMEN PADANG SERAI

Posted: 23 Feb 2011 11:00 PM PST





Pada 19 HB FEB 2011 yang lalu AMK KEDAH telah menganjurkan program makan malam,program tersebut di adakan di DEWAN PUTRA KULIM.Program tersebut di hadiri oleh DATUK SERI ANWAR IBRAHIM,SETIAUSAHA AGUNG PERTI KEADILAN RAKYAT YB SAIFUDIN NASUTION ISMAIL,PENGURUSI PKR KEDAH DATO HJ WAN SALLEH dan seluruh AJK MPN PKR KEDAH.

Kehadiran sekitar 500 orang tetamu memeriahkan lagi program tersebut yang sudah lama di rancang.Akhirnya program MAKAN MALAM tersebut dapat di realisasikan dengan penuh jayanya.Jutaan terima kasih kepada seluruh jentera dan ajk program makan malam kerana bertungkus lumus menjalankan tugas dengan baik.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Cry For a River And You’ll Have It

Posted: 24 Feb 2011 07:16 PM PST

From Harakah Daily

Taking advantage of the reality of by-election campaign as the ‘season for giving’, PAS vice president Tuan Ibrahim Tuan Man has reminded people in Kerdau and Merlimau that the sky is the limit.

Tuan Ibrahim: Ask for anything but remember Sanggang

Tuan Ibrahim joked that the voters there could even as that a river be built in their areas and it would be fulfilled by the Barisan Nasional government.

"Just ask for anything. In this season, if you ask for a river, they will build it. If you want crooked roads to be straightened, they will do it," he said in a meet-the-people event here.

The Pahang PAS commissioner however recalled the Sanggang by-election, an area neighbouring Kerdau, in 2000, which saw the BN candidate defeating PAS’s Hishamudin Yahya.

"Before you are taken in by their promises, remember the last Sanggang by-election in Temerloh. Hundreds of lorries were brought into the kampung carrying rocks to fix the roads. In the end, after the by-election, the rocks remained rocks,” he said.

"This time, the same people will be coming to Kerdau. Don’t be cheated the second time," he added.

Tuan Ibrahim said prime minister Najib Razak was worried about support for the BN in Pahang, his homestate, despite winning big in Pekan in 2008.

"Although the Prime Minister won big during 2008 general election, the hike in number of voters in Pekan shows that the prime minister himself is worried.

“That's why the Prime Minister keeps repeating that Egypt is not the same as Malaysia. In Malaysia, the people will suffer first, not Egypt," he added.

‘Orange Book’ influence

He said Pakatan Rakyat's first 100-day reforms spelt out in its ‘Orange Book’ was now most feared by BN.

"When we offered Pakatan Rakyat's 100-day programmes, Prime Minister has repeatedly said the country would go bankrupt if these were implemented.”

“But, recently, more than 800 headmasters had their salaries raised,” he said, referring to PR’s promise to raise teachers’ allowances, earlier criticised by BN leaders.

Tuan Ibrahim said PR had also promised to abolish tolls, and this had been partially emulated by Najib recently when he announced reduction of tolls at the New Pantai Expressway in Jalan Kelang Lama.

The Kerdau by-election will be held simultaneously with the Merlimau by-election in Malacca on March 6. Nomination has been set this Saturday.

PKR, DAP Jamin Beri Komitmen Penuh

Posted: 24 Feb 2011 07:00 PM PST

Dari Harakah

PKR dan DAP menyatakan sokongan penuh kepada calon taruhan PAS pada pilihan raya kecil (PRK) Kerdau, Hassanuddin Salim yang diumum malam tadi.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang turut berucap pada majlis pengisytiharan calon di Kompleks PAS Kerdau memberi jaminan, jentera dari parti itu akan turun berkampung di sini bagi membantu memenangkan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat.

“Saya bagi pihak PKR memberi jaminan dan janji kami kepada PAS.

“Insya Allah seluruh jentera parti keadilan rakyat akan berkampung dalam Dun Kerdau ini,” katanya.

Selain Azmin, pimpinan PKR lain yang hadir termasuklah Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh dan bekas timbalan presiden, Senator Dr Syed Husin Ali.

“Tidak ada sebab Kerdau tidak boleh bertukar tangan dari Umno kepada Pakatan Rakyat.

“Saya percaya pengundi Kerdau juga sudah bersedia untuk membawa perubahan,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Manakala wakil DAP pula diwakili Timbalan Pengerusi Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw.

Bagaimanapun, beliau tidak sempat berucap malam tadi ekoran hujan lebat dan memberikan laluan kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengumumkan calon.

Calon PAS, Hassanuddin yang dilahirkan di Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh pernah bertanding di Dun Kerdau pada pilihan raya umum lalu.

Beliau adalah Ketua Penerangan PAS Pahang yang berkelulusan Diploma Ukur dari UiTM, Shah Alam mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak.

Hassanuddin berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur Hospital Temerloh di samping pernah berkhidmat di Sudan dalam industri minyak dan gas.

Beliau yang mempunyai pengalaman dalam industri dan ukur selama 15 tahun juga aktif dengan aktiviti kemasyarakatan.

Manakala di satu lagi majlis sama di Melaka, PAS mengumumkan Yuhaizad Abdullah, 38, sebagai calon pada PRK Dun Merlimau yang mewakili Pakatan Rakyat.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari ini sebagai tarikh penamaan calon dan 6 Mac sebagai hari pembuangan undi bagi kedua-dua PRK tersebut.

Program Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Perak

Posted: 24 Feb 2011 05:57 PM PST

Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia

27 Februari 2011 (Ahad)

Prog 1) 5.00 – 6.30 ptg – Hi-Tea

Lokasi : Pejabat KeADILan Cabang Tapah, Taman Bukit Hijau, Tapah

Penceramah:
1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. YBhg Dr Mohd Nur Manuty
3. YBhg Mustafa Kamil Ayub

Prog 2) 8.00 – 11.00 mlm – Jamuan Makan Malam KeADILan Tambun

Lokasi : Dewan Bulan Sabit Merah, Jalan Stadium, Ipoh

Penceramah:
1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. YB Dato' Seri Nizar Jamaluddin
3. YB Sivakumar
4. YB Nurul Izzah Anwar
5. YB Tian Chua
6. YBhg Dr Mohd Nur Manuty

Prog 3) 9.00 -12.00 mlm – Ceramah – Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia

Lokasi : Dewan Tokong Lim Fah Sam, Malim Nawar, Kampar

Penceramah:
1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. YB Dato' Seri Nizar Jamaluddin
3. YB Sivakumar
4. YB Chang Lih Kang
5. YB Chen Fook Chai
6. YBhg Mustafa Kamil Ayub
6. YBhg Dr Mohd Nur Manuty

Isu Pluralisme Agama Tidak Berbangkit

Posted: 23 Feb 2011 07:32 PM PST

Dari Harakah

Isu pluralisme agama tidak berbangkit di negara ini kerana semua umat Islam sedar dan yakin bahawa satu-satunya agama yang diterima di sisi Allah adalah Islam.

“Ini adalah keyakinan umat Islam dan bukan menjadi masalah di negara ini. Yang menjadi masalah adalah penghayatan ke atas agama,” kata anggota Parlimen Machang, Saifudin Nasution Ismail

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam satu majlis dekat sini.

Saifudin yang juga Setiausaha Agung PKR dipercayai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib agar umat Islam tidak terjebak dalam pluralisme agama.

Najib dipercayai cuba menjuarai isu ini bersama dengan para penguasa agama dalam Umno yang cuba menyerang Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar dituduh menerima konsep pluralisme agama iaitu menyamakan semua agama yang dinafikan sama sekali oleh Anwar.

Bagi Saifudin, antara masalah penghayatan Islam yang utama adalah mematuhi tuntutan asas bagi umat Islam termasuk menutup aurat.

Antaranya, kata Saifudin, pihak berkuasa Umno tidak perlu forum Maulidul Rasul kalau tidak berani untuk sebut kepada Perdana Menteri perkara paling asas sekali.

“Wahai Perdana Menteri, sudi apa kiranya menerima pandangan kami, bahawa kewajiban suami nombor satu adalah memerintahkan atau mengarahkan isterinya agar menutup aurat, sebagai salah satu tuntutan Islam, agama yang diterima di sisi Allah.

“Boleh buat tak perkara ini agak-agaknya…itu isunya bukan kepelbagaian agama,” kata Saifudin kepada pemimpin dan penguasa agama yang berada dalam Umno.

Bagi Saifudin, isu di negara ini sekarang bukan Islam dan kepelbagaian agama tetapi rasuah, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, jurang yang besar antara kaya dan miskin, kroni pemerintah kaut harta dan yang miskin tetinggal.

Kalah Umno, yang naik Melayu juga

Saifudin juga menyelar usaha Umno dan medianya yang cuba melebelkan Pakatan Rakyat dengan pelbagai perkara negatif demi untuk mempertahankan kuasanya.

“Umno dan media menggambarkan seolah-olah pemimpin Pakatan Rakyat mengkhianati orang Melayu, derhaka kepada raja, kuda tunggangan kepada orang Cina khususnya DAP supaya Melayu tidak bersama dengan kita,” kata Saifudin.

Mereka juga, katanya, menggambarkan, jika Umno atau BN kalah dalam PRU ke 13 nanti, maka negara ini akan di perintah oleh orang asing atau yang bukan Melayu.

“Itulah gambaran yang mereka cuba bagi. Padahal, kalau kalahnya Umno yang akan naik adalah pemimpin PKR dan PAS yang Melayu dan beragama Islam,” kata Saifudin.

Angkatan Muda Keadilan Melaka

Angkatan Muda Keadilan Melaka


Sdr. Yuhaizat Calon PAS dan Pakatan Rakyat di DUN Merlimau!

Posted: 24 Feb 2011 08:00 AM PST


Tahniah kepada Sdr. Yuhaizat Abdullah kerana telah terpilih mewakili PAS dan Pakatan Rakyat untuk Pilhanraya Kecil N27 DUN Merlimau. Beliau adalah Timb. Yang DiPertua PAS Kawasan Jasin, juga Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka.

Beliau adalah anak jati Kg Chincin yang terletak di dalam DUN Merlimau. Beliau berkelulusan Diploma Tasawur Islam. Ayuh Ubah, Tekadkan Pilihan Anda, Pilih pilihan terbaik! Sudah tentu Sdr. Yuhaizat! Undilah PAS dan PR!

anjung setiawangsa

anjung setiawangsa


Kenyataan Akhbar Pimpinan Pakatan Rakyat

Posted: 23 Feb 2011 06:36 PM PST


Kenyataan Akhbar
Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat bersama
Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat
23 Februari 2011
Kami, para Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat yang bermesyuarat bersama para Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat pada hari ini 23 Februari 2011 di Kuala Lumpur, telah memberi perhatian dan mengambil persetujuan berikut:
1. Pimpinan negeri Pakatan Rakyat terus komited untuk memimpin dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat sebagaimana dipersetujui dalam Resolusi Shah Alam sempena Persidangan Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat November lepas;
2. Sehubungan dengan itu, kita akan meneruskan Sekretariat Bersama negeri-negeri Pakatan Rakyat yang telah ditubuhkan demi memperkukuhkan kerjasama di antara negeri Pakatan Rakyat dan menggembeling sumber dan kepakaran. Sekretariat ini akan memberikan penumpuan kepada 5 aspek utama iaitu Pelaburan, Kerajaan tempatan, Pengurusan, Pengurusan Sumber Air, Pertanian dan Pelancongan.
3. Mengiktiraf usaha cemerlang yang dibuat oleh semua negeri-negeri Pakatan Rakyat selama ini sehingga mencatat kadar tertinggi pelabur asing di negara ini. Kami bersepakat menyusun kerangka strategi bersama bagi menarik pelaburan luar dalam projek-projek ekonomi. Negeri-negeri Pakatan Rakyat juga akan memanfaatkan dana benih 10 juta yang telah sumbangkan oleh Negeri Selangor bagi meningkatkan pelaburan di Negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain;
4. Menyedari kepentingan menghadapi serangan laporan negatif media terhadap negeri-negeri Pakatan Rakyat, suatu mekanisme bersama telah disepakati untuk menyalurkan berita di antara negeri Pakatan Rakyat di samping memberikan penerangan kepada massa mengenai dasar positif yang telah diamalkan di negeri-negeri Pakatan Rakyat.
5. Bagi menghadapi Pilihanraya Umum yang semakin hampir, negeri-negeri Pakatan Rakyat bersetuju meningkatkan kerjasama dan perkongsian dari segi maklumat, jentera dan sumber bagi menjamin kemenangan calon-calon Pakatan Rakyat di seluruh negara.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Sembang Petang Muslimat Rembau 12 Mac 2011

Posted: 24 Feb 2011 12:55 AM PST

MAJLIS MINUM PETANG
Hi Tea & Ramah Mesra bersama Cikgu Mala bekas calon PRK Tenang
Tarikh : 12 Mac 2011 (SABTU)
Masa : 3 ptg
Tempat : Pasti Al-Hikmah, Taman Tunku Jaafar, Senawang

Agenda:
- Citra pengerusi
- Dialog bersama Cikgu Mala & Ketua DMPNS
- Pelancaran dana PRU 13 bagi Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau
- Jualan Amal Muslimat Rembau

Terbuka untuk semua golongan wanita

Sumber : http://nurmutiara.blogspot.com/2011/02/hi-tea-dialog-ramah-mesra-bersama-bekas.html

Seminggu dah 3 pelatih PLKN meninggal dunia

Posted: 23 Feb 2011 05:27 PM PST


Dalam tempoh 1 minggu pada bulan Februari 2011 dilaporkan 3 orang pelatih PLKN telah meninggal dunia dan seoang lagi koma. Ini sesuatu yang amat-amat menggusarkan dan merisaukan semua pihak terutama ibu bapa serta penjaga yang ada anak-anak mereka di kem PLKN ketika ini dan yang akan menyertai PLKN pada masa akan datang.

Kisah Dua pelatih PLKN meninggal dunia, seorang koma sebelum ini di http://amkns.blogspot.com/2011/02/dua-pelatih-plkn-meninggal-dunia.html


Pelatih PLKN meninggal ketika solat
Utusan Malaysia 24 Feb 2011


Jenazah Syed Rahman Wan Ahmad selepas disembahyangkan di Masjid Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Abdul Hadi Awang Kechil (belakang dua dari kiri).
---------------

KUALA LUMPUR 23 Feb. - Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) meninggal dunia ketika mengerjakan solat di kem PLKN di Rimba Templer dekat sini, semalam.

Syed Rahman Wan Ahmad, 18, berasal dari Kota Kinabalu, Sabah, meninggal dunia kira-kira pukul 1.45 petang.

Allahyarham sebelum ini dikatakan tidak menghidap sebarang penyakit dan berada dalam keadaan sihat.

Bapanya, Wan Ahmad Wan Yassin, 50, ketika ditemui di Kem Sungai Besi di sini berkata, dia sekeluarga terkejut sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kematian anaknya.

Katanya, arwah tidak menunjukkan tanda-tanda aneh selain melahirkan rasa seronok dan selesa berada di kem berkenaan.

"Kali terakhir arwah menghubungi kami sekeluarga pada Ahad lalu dan menyatakan dia berada dalam keadaan baik serta seronok tinggal di kem terbabit.

"Saya tidak sangka dia akan meninggalkan kami dengan begitu cepat," katanya yang akan membawa pulang jenazah anaknya ke Sabah, hari ini.

Wan Ahmad turut berpuas hati dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dan berterima kasih terhadap pihak pengurusan yang sanggup menanggung perjalanan pergi dan balik keluarganya.

Selain itu, rakan Allahyarham, Aminuddin Basir, 17, ketika ditemui berkata, arwah merupakan seorang yang sangat ramah dan baik hati.

"Walaupun baru beberapa minggu menyertai latihan di PLKN, arwah sudah dikenali ramai kerana keramahannya dengan semua pelatih di kem," katanya ketika ditemui di Masjid Kem Sungai Besi di sini.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah JLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berharap tiada sesiapa yang akan menimbulkan spekulasi.

Beliau berkata, berdasarkan rekod kesihatan dan perubatan arwah, dia berada dalam keadaan sihat serta tidak mempunyai sebarang penyakit.

"Setiap peserta PLKN dilindungi insurans yang bernilai RM55,000, bagi melibatkan kematian biasa," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan punca kematian dipercayai akibat sawan.

"Kita mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut dan tiada unsur-unsur jenayah dilaporkan berlaku," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0224&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党


UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA !

Posted: 23 Feb 2011 08:32 PM PST

UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA ! Setelah 53 tahun merdeka negara kini berada dalam krisis. Cita-cita untukmembina sebuah bangsa yang bersatu padu dan negara yang makmur telah gagal. Demokrasi dan hak asasi rakyat terus dinodai oleh pemerintah UMNO/BN.Rasuah dan penyalahgunaan kuasa membarah. Kekayaan negara telahdibolot oleh segelintir elit berkuasa. UMNO/BN tidak mempedulikan rakyatterbanyak yang dihimpit oleh [...]

挽救大马,改朝换代!

Posted: 23 Feb 2011 06:33 PM PST

挽救大马,改朝换代! 独立53 年后,马来西亚正处在危难中。要建立团结和繁荣国家的愿景与理想已经失败。这些年来,以巫统为首的的国阵政府持续践踏民主与人权,贪污与滥权更是无所不在。 如今,一小撮当权精英对丰富的公共资源进行掠夺搜刮,却对大多数人民生活的困顿充耳不闻、视而不见。国民收入因政府政策的制约而停滞不前。以民为本政策的匮乏、执行力不足、管理无能,导致国家和国人的竞争力每况愈下。 如此非常的危机呼唤非凡政治意愿和承当。马来西亚需要有一个新的政治纲领来革新与引领,才能化危机为转机。 作为一个真诚的政治联盟,人民联盟(民联)曾推介全面的共同纲领,誓言为马来西亚全体人民创造福祉。 共同纲领基于四个基本框架而拟定: 1. 通过透明与完整的民主理念 ,巩固人民主权; 2. 促进高效益及可持续的经济发展,并公平地让所有人共享繁荣与福利; 3. 社会正义,以确保全面性的人文建设; 4. 对等公正的联邦 –州属关系与外交政策。 详细内容请按: Konvensyen Pakatan_Buku Jingga_BC

撤中选学代资格重创校园民主 郑立慷抨击博大徇私打击异议

Posted: 22 Feb 2011 08:56 PM PST

博特拉大学校方昨晚突然撤销11名学阵当选候选人的做法,除引爆学生聚集抗议外,在野党也给予更强烈的批评。人民公正党最高理事郑立慷谴责博大校方的做法,严重打压校园民主和学生自治的自由。 郑立慷今日发表文告表示,校方竟然以荒谬理由否决中选学生代表的资格,凸显校方处事偏袒,选择性打压校内反对的声音。 他表示,校方应该鼓励大专生积极参与公共事务,可是博大校方以"代表学阵"的竞选理由,撤销该中选学生的资格,令他非常失望。 校方默许恶势力在校园蔓延 也是霹雳州迪遮区州议员的他指出,从较早前候选人接获恐吓短讯、汽车遭泼漆、理大候选人布条被烧、到最近马大学阵候选人失踪一事,反映出校方的态度是默许恶势力在校园蔓延的帮凶。 "针对校园发生一连串学阵人士被打压的事件,校方都采取不闻不问的态度,反而选择对付以学阵名义竞选的中选学生来否决他们的资格,是不专业和不公正的做法。" 促校方开放将接受反对声音 曾经是学生领袖的他表示,如果校方认真要栽培一群有素质的大专生,就应该保持着开放的态度接受所有的意见包括反对的声音,并立即废除大专法令。 他补充,大专生在大专法令的钳制下,校园内散播的白色恐怖直接抹杀了学生的创意与倡导议题的机会。 因此,他敦促博大校方把校园民主和学生自治权归还予大专生,并立即恢复博大中选的学阵人士资格。 学生聚集示威迫使校方转态 博大校方昨晚以结盟竞选为由,宣布撤销11名学阵中选候选人的资格。此一决定引发学生强烈不满,聚集在大学办公室前举行示威,他们更在今早与校园保安人员爆发肢体冲突,学阵前主席痛诉遭动粗。 在强大压力下,博大学生事务校长费兹蓝兰(Fauzi Ramlan)於今午1点,正式签发信件撤回吊销11名学阵胜选候选人资格的决定。

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Mari tengok bukti GAPS adalah Umno, Umno adalah GAPS!!!

Posted: 23 Feb 2011 11:44 PM PST

Kenal siapa ini ? inilah Hamidzun Khairudin . Pernah jadi Ketua Pemuda KeAdilan Selangor, SU Perhubungan KeAdilan Selangor dan calon KeAdilan DUN Sementa pada PRU 1999. Dua kali masuk Umno pada tahun 2001, kemudian sekali lagi masuk Umno pada tahun 2004 .

Boleh baca mengenai sejarah mamat ni dalam kisah Apabila Orang Umno Keluar keADILan ( buat Rahman Palil dan Hamidzun)

Gambar kepimpinan tertinggi Umno Bahagian Kapar. Hamidzun telah dilantik menjadi Setiausaha Bahagian Umno Kapar. Beliau mendapat kepercayaan kerana kesetiaan yang tak berbelah bahagi kepada Umno.


Umno mempunyai agenda merampas Selangor. Salah Satu caranya adalah dengan mempergunakan GAPS yang dipengerusikan Hamidzun. GAPS mendapat liputan besar-besaran dari media massa kawalan Umno. Rakyat digambarkan bahawa GAPS adalah suara rakyat Selangor kerana merupakan NGO tapi hakikatnya GAPS adalah suara Umno


Kemampuan GAPS menggangu pentadbiran Kerajaan PR Selangor menyebabkan Umno memberi peranan yang lebih besar kepada Hamidzun. Beliau yang dilantik sebagai Setiausaha UMNO Bahagian Kapar sejak 2008 yang lalu telah meletak jawatan dan menyerahkan semula jawatan tersebut kepada Ketua UMNO Bahagian Kapar, Dato' Haji Abdul Rahman Palil. Perletakan jawatan Hamidzun berkuat kuasa serta-merta selepas beliau mengumumkan dalam Mesyuarat Penuh AJK UMNO Bahagian Kapar pada 18 Januari 2011.

Perletakan jawatan tersebut dibuat bagi membolehkan beliau menumpukan perhatian terhadap tugas barunya secara sepenuh masa di Badan Perhubungan UMNO Selangor dan sebagai Pengerusi GAPS.

Jadi tugas Hamidzun melalui GAPS sudah terang lagi bersuluh, bukan nak membongkar penyelewengan tapi nak menyeleweng pemikiran rakyat Selangor. GAPS memang NGO tapi NGO but Umno


Inilah Hamidzun bersama lambang GAPS yang sebenar

sebelum tu kita baca apa kata Jamil Kucing mengenai Hamidzun

Dari jamilkucing buat Hamidzun Khairuddin cukuplah , aku kenal kau semenjak reformasi lagi. cukuplah menipu rakyat, berapa banyak duit keahlian keadilan yg ko orang dan kebas , mungkin ko lupa atau pelupa , tapi aku maish ingat apa ko kata depan pondok pengawal rumah DSAI lama waktu kita berborak . hariraya. aku duduk atas skuter aku ko berdiri. aku hisap rokok. waktu itu. ko kata ( mil kalau ada peluang jalan, selagi ada peluang apa yg kita boleh kebas kita kebas, ) aku tahu wkatu tu ko kata kepada umno tapi maknanya ko jenis songlap jugalah. cukuplah jadi balaci dan barua, fithnah orang , kutuk orang , hina orang , aku tahu ko melayu tapi buanglah sikit perangai buruk melayu yg ada dalam diri kau itu. sampai ke tua orang akan ingat kau penghianat mcm ezam, ko mungkin tak malu, tapi tak kesian ke anak-anak ko. anak siapa? anak Hamidzun Khairuddin . cam pernah dengar nama tu siapa ya/ oooo penghianat tu. tak kesian ke depa.

Sumber: http://paspb2.blogspot.com/

KEDAH online

KEDAH online


TUN DAIM KATA, BN BELUM BERSEDIA BUBAR PARLIMEN!

Posted: 23 Feb 2011 05:12 AM PST

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG


SELANGOR JADI TUAN RUMAH SAMBUT ULANGTAHUN KE 3 PAKATAN RAKYAT

Posted: 23 Feb 2011 03:30 AM PST





SHAH ALAM: Kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah akan menyambut ulangtahun ketiga pentadbirannya sejak memenangi Pilihan Raya Pada 8 Mac 2008.

Justeru itu, Selangor dipilih sebagai tuan rumah bagi mengadakan acara sambutan bagi memperingati detik bersejarah itu.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, bagi tahun ketiga ini selain mentadbir dengan lebih bertanggungjawab dan telus, kerajaan negeri akan memfokuskan dasar-dasar dan program yang telah dirangka.

"Atas sebab ini, majlis dan program sambutan akan diadakan dengan sederhana dan bersifat informasi agar rakyat peka dan tahu tentang dasar-dasar dan program kebajikan yang memberi manfaat kepada semua rakyat Selangor," ujar Khalid dalam satu kenyataan media.

Program itu katanya akan dimulakan dengan Majlis Sambutan tiga Tahun pentadbiran negeri Selangor di Stadium Melawati, Shah Alam bermula pada 5 hingga 6 Mac ini.

Pelbagai acara disediakan seperti pameran agensi kerajaan dan swasta, program remaja termasuk futsal, ceramah perdana oleh tokoh-tokoh terkenal termasuk barisan pemimpin Negeri, solat Maghrib Berjamaah dan pelancaran Buku Jingga yang mengandungi Dasar Bersama dan komitmen Pakatan Rakyat.

Pada 26 Mac pula, Kerajaan Selangor akan melancarkan rangka kerja "Selangor Untuk Rakyat" membabitkan pameran Pihak Berkuasa Tempatan dan anak syarikat, pelancaran buku "Liku-Liku Reformasi" serta program seni seperti membaca sajak dan puisi.

"Kita juga akan menganjurkan Siri Jelajah seluruh Selangor yang melibatkan Menteri Besar, barisan Exco dan pegawai kanan kerajaan turun padang ke pejabat daerah untuk mendekati permasalahan rakyat," katanya.