Anwar Ibrahim |
- Cry For a River And You’ll Have It
- PKR, DAP Jamin Beri Komitmen Penuh
- Program Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Perak
- Isu Pluralisme Agama Tidak Berbangkit
Cry For a River And You’ll Have It Posted: 24 Feb 2011 07:16 PM PST From Harakah Daily Taking advantage of the reality of by-election campaign as the ‘season for giving’, PAS vice president Tuan Ibrahim Tuan Man has reminded people in Kerdau and Merlimau that the sky is the limit. Tuan Ibrahim: Ask for anything but remember Sanggang Tuan Ibrahim joked that the voters there could even as that a river be built in their areas and it would be fulfilled by the Barisan Nasional government. "Just ask for anything. In this season, if you ask for a river, they will build it. If you want crooked roads to be straightened, they will do it," he said in a meet-the-people event here. The Pahang PAS commissioner however recalled the Sanggang by-election, an area neighbouring Kerdau, in 2000, which saw the BN candidate defeating PAS’s Hishamudin Yahya. "Before you are taken in by their promises, remember the last Sanggang by-election in Temerloh. Hundreds of lorries were brought into the kampung carrying rocks to fix the roads. In the end, after the by-election, the rocks remained rocks,” he said. "This time, the same people will be coming to Kerdau. Don’t be cheated the second time," he added. Tuan Ibrahim said prime minister Najib Razak was worried about support for the BN in Pahang, his homestate, despite winning big in Pekan in 2008. "Although the Prime Minister won big during 2008 general election, the hike in number of voters in Pekan shows that the prime minister himself is worried. “That's why the Prime Minister keeps repeating that Egypt is not the same as Malaysia. In Malaysia, the people will suffer first, not Egypt," he added. ‘Orange Book’ influence He said Pakatan Rakyat's first 100-day reforms spelt out in its ‘Orange Book’ was now most feared by BN. "When we offered Pakatan Rakyat's 100-day programmes, Prime Minister has repeatedly said the country would go bankrupt if these were implemented.” “But, recently, more than 800 headmasters had their salaries raised,” he said, referring to PR’s promise to raise teachers’ allowances, earlier criticised by BN leaders. Tuan Ibrahim said PR had also promised to abolish tolls, and this had been partially emulated by Najib recently when he announced reduction of tolls at the New Pantai Expressway in Jalan Kelang Lama. The Kerdau by-election will be held simultaneously with the Merlimau by-election in Malacca on March 6. Nomination has been set this Saturday. |
PKR, DAP Jamin Beri Komitmen Penuh Posted: 24 Feb 2011 07:00 PM PST Dari Harakah PKR dan DAP menyatakan sokongan penuh kepada calon taruhan PAS pada pilihan raya kecil (PRK) Kerdau, Hassanuddin Salim yang diumum malam tadi. Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang turut berucap pada majlis pengisytiharan calon di Kompleks PAS Kerdau memberi jaminan, jentera dari parti itu akan turun berkampung di sini bagi membantu memenangkan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat. “Saya bagi pihak PKR memberi jaminan dan janji kami kepada PAS. “Insya Allah seluruh jentera parti keadilan rakyat akan berkampung dalam Dun Kerdau ini,” katanya. Selain Azmin, pimpinan PKR lain yang hadir termasuklah Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh dan bekas timbalan presiden, Senator Dr Syed Husin Ali. “Tidak ada sebab Kerdau tidak boleh bertukar tangan dari Umno kepada Pakatan Rakyat. “Saya percaya pengundi Kerdau juga sudah bersedia untuk membawa perubahan,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Gombak. Manakala wakil DAP pula diwakili Timbalan Pengerusi Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw. Bagaimanapun, beliau tidak sempat berucap malam tadi ekoran hujan lebat dan memberikan laluan kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengumumkan calon. Calon PAS, Hassanuddin yang dilahirkan di Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh pernah bertanding di Dun Kerdau pada pilihan raya umum lalu. Beliau adalah Ketua Penerangan PAS Pahang yang berkelulusan Diploma Ukur dari UiTM, Shah Alam mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak. Hassanuddin berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur Hospital Temerloh di samping pernah berkhidmat di Sudan dalam industri minyak dan gas. Beliau yang mempunyai pengalaman dalam industri dan ukur selama 15 tahun juga aktif dengan aktiviti kemasyarakatan. Manakala di satu lagi majlis sama di Melaka, PAS mengumumkan Yuhaizad Abdullah, 38, sebagai calon pada PRK Dun Merlimau yang mewakili Pakatan Rakyat. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari ini sebagai tarikh penamaan calon dan 6 Mac sebagai hari pembuangan undi bagi kedua-dua PRK tersebut. |
Program Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Perak Posted: 24 Feb 2011 05:57 PM PST Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia 27 Februari 2011 (Ahad) Prog 1) 5.00 – 6.30 ptg – Hi-Tea Lokasi : Pejabat KeADILan Cabang Tapah, Taman Bukit Hijau, Tapah Penceramah: Prog 2) 8.00 – 11.00 mlm – Jamuan Makan Malam KeADILan Tambun Lokasi : Dewan Bulan Sabit Merah, Jalan Stadium, Ipoh Penceramah: Prog 3) 9.00 -12.00 mlm – Ceramah – Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia Lokasi : Dewan Tokong Lim Fah Sam, Malim Nawar, Kampar Penceramah: |
Isu Pluralisme Agama Tidak Berbangkit Posted: 23 Feb 2011 07:32 PM PST Dari Harakah Isu pluralisme agama tidak berbangkit di negara ini kerana semua umat Islam sedar dan yakin bahawa satu-satunya agama yang diterima di sisi Allah adalah Islam. “Ini adalah keyakinan umat Islam dan bukan menjadi masalah di negara ini. Yang menjadi masalah adalah penghayatan ke atas agama,” kata anggota Parlimen Machang, Saifudin Nasution Ismail Beliau berkata demikian ketika berucap dalam satu majlis dekat sini. Saifudin yang juga Setiausaha Agung PKR dipercayai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib agar umat Islam tidak terjebak dalam pluralisme agama. Najib dipercayai cuba menjuarai isu ini bersama dengan para penguasa agama dalam Umno yang cuba menyerang Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar dituduh menerima konsep pluralisme agama iaitu menyamakan semua agama yang dinafikan sama sekali oleh Anwar. Bagi Saifudin, antara masalah penghayatan Islam yang utama adalah mematuhi tuntutan asas bagi umat Islam termasuk menutup aurat. Antaranya, kata Saifudin, pihak berkuasa Umno tidak perlu forum Maulidul Rasul kalau tidak berani untuk sebut kepada Perdana Menteri perkara paling asas sekali. “Wahai Perdana Menteri, sudi apa kiranya menerima pandangan kami, bahawa kewajiban suami nombor satu adalah memerintahkan atau mengarahkan isterinya agar menutup aurat, sebagai salah satu tuntutan Islam, agama yang diterima di sisi Allah. “Boleh buat tak perkara ini agak-agaknya…itu isunya bukan kepelbagaian agama,” kata Saifudin kepada pemimpin dan penguasa agama yang berada dalam Umno. Bagi Saifudin, isu di negara ini sekarang bukan Islam dan kepelbagaian agama tetapi rasuah, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, jurang yang besar antara kaya dan miskin, kroni pemerintah kaut harta dan yang miskin tetinggal. Kalah Umno, yang naik Melayu juga Saifudin juga menyelar usaha Umno dan medianya yang cuba melebelkan Pakatan Rakyat dengan pelbagai perkara negatif demi untuk mempertahankan kuasanya. “Umno dan media menggambarkan seolah-olah pemimpin Pakatan Rakyat mengkhianati orang Melayu, derhaka kepada raja, kuda tunggangan kepada orang Cina khususnya DAP supaya Melayu tidak bersama dengan kita,” kata Saifudin. Mereka juga, katanya, menggambarkan, jika Umno atau BN kalah dalam PRU ke 13 nanti, maka negara ini akan di perintah oleh orang asing atau yang bukan Melayu. “Itulah gambaran yang mereka cuba bagi. Padahal, kalau kalahnya Umno yang akan naik adalah pemimpin PKR dan PAS yang Melayu dan beragama Islam,” kata Saifudin. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan