Jumaat, 21 Januari 2011

Zulkifli Noordin

Zulkifli Noordin


DEBAT AL-MUSIBAT

Posted: 21 Jan 2011 01:49 AM PST

(Anwar patut sahut cabaran Saiful untuk bersumpah dahulu saperti yang dinasihatkan oleh Dr. Asri Zainal Abidin sebelum nak mencabar YAB PM berdebat!)

Salam 2 all.

Teman tertarik dengan lalakan debat yang dikompangkan oleh manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan; mencabar YAB Perdana Menteri berdebat mengenai kepalsuan janji manis "100 hari Pakatan Pembangkang" jika memerintah. Semua orang tahu itu semua adalah janji kosong seorang pembohong. Kalau satu dunia dia boleh bohong mengenai 16 Sept, setakat janji "100 Hari PR" pakai main celah gigi ajelah yop. Boleh ke percaya janji seorang pembohong? Itu soalan yang perlu nak ditanya sebelum soal debat nak dibincangkan.

Pada teman, pertama sekali Anwar perlu selesaikan hal liwat dia dengan Saiful dahulu. Kenapa bila Saiful cabar bersumpah bermati-matian Anwar tak mahu? Siap dengan fatwa Al Qorodawi lagi diselindungkan untuk mengelak dari bersumpah. Apa yang susah sangat nak bersumpah? Ikut sahaja nasihat Dr. Asri Zainul Abidin, buat sumpah muhabalah, selesai cerita. Tapi boleh ke kita percaya sumpah seorang pembohong? Teman tidak terkejut kalau dia bersumpah, jika keadaan sudah tidak boleh di elak lagi. Eh, kalau satu dunia dia boleh kelentong pasal 16 Sept, takat kelentong sumpah tu celah gigi aje yop!

Heran ya, kalau pasal sumpah cepat pulak nak berfatwa, ikut Islam konon tak boleh bersumpah. Sedangkan kalau diikut hukum, berdebat-debat ini dilarang Rasulullah saw. Banyak sangat bertanya pun dilarang ALLAH. Cuba tengok dalam surah Al Baqarah sudahlah, terang-terang ALLAH cerita tentang perangai Yahudi yang suka sangat berdebat, banyak songel kata Wak Karto. Akhirnya bukan dia nak buat pun, saja nak perabih air liur je yop! Kalau nak bersumpah mengelak sakan mengguna patwa dan pelbagai lagi, bab berdebat takkan takde patwa kot? Tak caya cuba tanya ustad-ustad yang ramai tu!

Kalau beriya-iya sangat nak berdebat, teman cabar manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan ini supaya berdebat dengan Saiful dulu. Ni kes Mahkamah pun asyik menangguh aje kerjanya, takut pulak nak berdebat. Pootar sana, pooSingh sini nak mengelak dan melengah-lengahkan perbicaraan.

Kedua, kalau beriya sangat nak berdebat, tu YB Gobala dah lama ajak berdebat. Berapa punya banyak senarai salahlaku dan penyelewengan yang diadukan oleh YB Gobala. Hari ni pun YB Gobala cabar melalui twitter supaya jawab soalan dia dahulu sebelum dia nak jawab pertuduhan yang dikenakan kepada dia. Cabaran YB Gobala, Ahli Parlimen sendiri pun tak terjawab, ni kan nak ajak orang lain berdebat. Cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap!

Anwar sepatutnya berdebat dengan peguam dia sendiri Karpal Singh. Cuba debat dengan Karpal Singh pasal apa nak membela juga Anwar sedangkan Karpal Singh yang mendedahkan kegiatan homoseks & liwat Anwar dalam Parlimen pada 22.10.1997. Beliau yang mendedahkan salahlaku homoseks & liwat Anwar di Federal Hotel. Beliau yang membongkar kegiatan homoseks & liwat Anwar kepada kepimpinan PAS pada masa itu. Beliau yang menasihati Umi dan Azizan. Karpal juga yang mendesak Anwar bertaubat dan berundur apabila pembohongan 16 Sept terbongkar. Dan sekarang Karpal Singh sudah jadi lawyer dia pulak! Tidak kah itu macam pootar-pooSingh pooSingh-pootar namanya?! Pada teman, elok Anwar berdebat dengan Karpal Singh dulu sebelum nak berdebat dengan orang lain.

Ataupun kalau beriya sangat nak berdebat, cuba cabar Lee Kuan Yew atau Bahagian Risikan Singapura & Australia yang mendedahkan mereka mempunyai "bukti teknikal" Anwar terlibat dengan kegiatan homoseks & liwat, dan mereka mempercayainya! Kita umat Islam dan rakyat Malaysia pun nak tahu siapa yang benar, dan apa "bukti teknikal" yang mereka ada. Dengan mencabar mereka berdebat, pasti kebenaran akan terbongkar; samada mereka berbohong atau manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan ni yang kelentong? Siakap senohong ikan duri, kuat berbohong berangan nak jadi Perdana Menteri!!

Sebenarnya pada teman YAB PM tidak perlu menjawab pun cabaran debat Anwar. Ngabihkan boreh je! Sebabnya, Anwar sudah beberapa kali cuba mahu berjumpa empat mata dengan YAB PM. Bukan untuk berdebat, apatah lagi membincang masalah rakyat. Tetapi sebenarnya mahu meminta supaya kes pertuduhan dia meliwat Saiful ditarik balik. Teman ingat beberapa kali Anwar minta teman supaya cuba atur berjumpa Dato' Sri Najib (bila YAB mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri ke 6) untuk meminta temujanji bagi dia nak berjumpa PM untuk meminta ditarik balik kes pertuduhan liwat terhadap Saiful. Walhal masa tu teman masih Ahli Parlimen PKR. Dan teman pun tak berminat nak jumpa YAB PM, dan tak pernah pun jumpa YAB PM mengenai isu itu. Tetapi mengapa dan apa sebabnya Anwar takut sangat sehingga mahu berjumpa empat-mata dengan PM?

"Aku dah cemuih dok penjara!!", kata Anwar. Yup, Anwar Ibrahim yang mengaku hero Tamil Sivaji the Boss tu sebenarnya takut kena penjara lagi. Anwar takut masuk penjara balik. Sebab dia tahu dia akan sangkut dalam kes Saiful ini. Dan dia tahu kali ini kalau dipenjara, mungkin umur dia akan habis dalam penjara sahaja (bayangkanlah kalau dihukum 12 tahun penjara!?). Pada umur nak memasuki 64 tahun, teman faham ketakutan Anwar itu. Apatah lagi dengan cucu pun menunggu dirumah. Dan teman tidak salahkan Anwar jika berasa takut masuk penjara. Cuma nasihat teman, bertaubatlah, dan mohonlah keampunan kepada ALLAH, dan pohonlah supaya ALLAH memberi jalan keluar yang ma'ruf dan baik. Hentikanlah segala sandiwara & pembohongan ini. Kembalilah kejalan ALLAH, bertaubatlah Anwar.

Jadi pada Anwar, berhentilah nak mencabar orang lain berdebat. Pergilah berdebat dengan Saiful. Pergilah berdebat dengan YB Gobala. Pergilah berdebat dengan Karpal Singh. Sahutlah cabaran Saiful supaya bersumpah. Selesaikanlah masalah peribadi tu dahulu, kemudian bertaubat dan bertawakkallah kepada ALLAH. Moga ALLAH masih punya rahmat dan belas ihsanNya lagi.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
16 Safar 1432
21 Januari 2011

*Nota: teman sendiri tidak pernah mendapat temujanji berjumpa YAB PM Dato' Sri Najib untuk appointment Anwar itu. Tak tahulah kalau Anwar ada pakai channel lain, sebab teman sendiri tidak berminat. Adakah Anwar dapat jumpa YAB PM Dato' Sri Najib, wallahua'lam, itu kita cerita lain kali yop insyallah!

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Pelancaran KEADILAN Network Oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim

Posted: 21 Jan 2011 12:58 AM PST

Tarikh: 23 Januari 2011 (Ahad)
Masa: 11.00pagi – 1.00 petang
Tempat: Kelab Darul Ehsan, Taman TAR, Ampang

11.00 pagi – Ucapan Alu-Aluan oleh YB Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Ampang

11.10 pagi – Ucapan oleh Dr. Muhammad Nur Manuty, Ketua Penerangan KEADILAN

11.20 pagi – Ucapan oleh YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Pengarah Komunikasi KEADILAN

11.30 pagi – Ucapan oleh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum KEADILAN

12.00 tengahari – Sesi soaljawab

12.30 tengahari – Sidang Media

12.45 tengahari – Makan Tengahari

Dari RAKYAT Kepada RAKYAT

Dari RAKYAT Kepada RAKYAT


Le Tour de Langkawi Kembali ke Langkawi

Posted: 20 Jan 2011 11:48 PM PST

Lembaga disiplin PKR tentukan masa depan MP Gobalakrishnan

Posted: 20 Jan 2011 11:40 PM PST

Dr.Mahathir dah nanyuk

Posted: 20 Jan 2011 08:23 PM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Tenang dan Merlimau kawasan selamat Umno, buang masa je

Posted: 20 Jan 2011 11:29 PM PST


DUN Tenang di Johor dan DUN Merlimau di Melaka adalah merupakan kawasan selamat Umno. Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Umno serta semua sayap parti mengadakan lebih banyak program berbentuk mendampingi rakyat di kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang dan bukannya di kawasan selamat - Utusan Malaysia 17 Okt. 2010

Jadi buang masa sajalah kita hendak menyedarkan pengundi di Johor dan Melaka ni. Laporan Ketua Audit Negara 2009 sikit pun tak membuka mata orang Johor dan Melaka akan masalah sebenar di negeri mereka.

Tak percaya ? Baca sendiri sinopsis Laporan Ketua Audit Negara untuk Johor dan Melaka di bawah ini :

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA UNTUK JOHOR
http://amkns.blogspot.com/2010/11/johor-kritikal-hakim-syariah-pendedahan.html

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA UNTUK MELAKA
http://amkns.blogspot.com/2010/10/bangunan-majlis-agama-islam-melaka.html
http://amkns.blogspot.com/2010/11/pengambilan-pasir-di-melaka-boleh-bawa.html
http://amkns.blogspot.com/2010/11/ketua-menteri-dan-exco-melaka-wajib.html
http://amkns.blogspot.com/2010/11/kerajaan-melaka-senggara-sebuah-kereta.html

Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Umno serta semua sayap parti mengadakan lebih banyak program berbentuk mendampingi rakyat di kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang dan bukannya di kawasan selamat - Utusan Malaysia 17 Okt. 2010
Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1018&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm&arc=hive

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Pra PRU-13: Mengamati Potensi Kemenangan PR di Johol

Posted: 21 Jan 2011 05:05 AM PST

Sesuatu yang harus rakyat Negeri Sembilan dan khususnya kepada para penyokong Pakatan Rakyat bahawa kenyataan negeri ini lubuk kekuatan BN adalah silap sama sekali. Memang benar jika perjalanan pilihanraya diimbas sejak PRU pertama pada tahun 1959, seolah-olah Negeri Sembilan ini tidak mungkin ditawan oleh pembangkang.

Andainya penilaian dan penelitian dibuat kepada data-data atau maklumat sejarah PRU yang lalu, pasti kita semua akan bersetuju tidak semua kawasan DUN di Negeri Sembilan ini mempunyai cengkaman kuat Umno-BN.

Terus kepada penelitian data, sebagai contoh DUN Johol dalam Parlimen Kuala Pilah. Pada PRU 1986, BN hanya menang dengan majoriti 997 undi dengan calonnya, Darus Salim Bulin mendapat 3,076 (59.67%) manakala calon lawannya, Rameli Dahalan (BEBAS) mendapat 2,079 undi (40.33%). Sedia maklum kawasan ini terdiri daripada majoriti 70% pemilih Melayu luar bandar.

Kemudian dalam PRU tahun 1991 dan 1994, BN melalui calonnya Darus Salim Bulin mendapat peningkatan undi majoriti melebihi dua ribu undi kerana pembangkang ketika itu Parti Semangat 46 tidak begitu mendapat sokongan padu rakyat.

Situasi itu kembali berubah pada PRU tahun 1999, sekali lagi BN meletakkan Darus Salim Bulin bertanding di DUN Johol. Kali ini lawannya adalah Parti Keadilan Nasional (KEADILAN) yang meletakkan Rusli Idris sebagai calonnya. Arus REFORMASI begitu kencang melanda rakyat di Kuala Pilah dan kesannya BN hanya menang dengan majoriti kecil hanya 848 undi. Darus Salim mendapat 3,429 undi (56.96%) manakala Rusli Idris mendapat 2,581 undi (42.87%).

Momentum itu tidak berterusan pada PRU seterusnya pada tahun 2004, apabila majoriti BN melalui calonnya Roslan Md Yusof anak jati Kg Johol dengan 2,359 undi. Sekali lagi, Tsunami Politik 2008 telah melanda dan turut memberi kesan kepada majoriti kemenangan BN di Johol. Kali ini YB Roslan Md Yusof hanya mendapat majoriti 1,263 undi, memperlihatkan penurunan ketara.

Mengikut maklumat, undi penyelamat BN di Johol datang dari Daerah Mengundi Kepis yang majoriti terdiri daripada penyokong kuat Umno. Sementara kawasan Inas, Pekan Johol dan Air Mawang memberi undi kepada pembangkang. Malah YB Roslan Md Yusof sendiri mengakui kawasan Inas tidak pernah memberi kemenangan kepada calon BN.

Apakah kali ini dalam PRU-13 pakatan pembangkang akan berjaya memenangi DUN Johol? Potensi kemenangan terbuka kepada PR merebut Johol daripada BN. Namun, strategi bersama dan kerjasama antara jentera PAS dan PKR akan mampu merebut kawasan tersebut. Mungkinkah PAS Kawasan Kuala Pilah akan meletakkan calon baru untuk bertanding di Johol? Jika itu berlaku, peluang kemenangan lebih terbuka luas.

Peneroka cabar permohonan injunksi kontraktor Felda

Posted: 20 Jan 2011 07:35 PM PST

Berita Penuh

Seramai 33 peneroka Felda Palong 9, Jempol memfailkan afidavit balas di Mahkamah Tinggi Seremban semalam, untuk mencabar permohonan injunksi kontraktor lantikan Felda untuk menebang dan membeli pokok getah di tanah mereka.

Mereka memohon mahkamah menolak permohonan plantif - Evergreen Hevea Resources Sdn Bhd - dengan kos kerana mendakwa syarikat tersebut tidak mempunyai hak ke atas tanah mereka.

Afidavit balasan tersebut difailkan oleh salah seorang defenden - Azizan Ahmad - bagi pihaknya dirinya dan kesemua defenden yang lain.

Sebelum ini, kontraktor lantikan Felda itu telah memulakan kerja menebang pokok getah yang membabitkan lebih 200 peneroka di Felda Palong 9 untuk tanaman semula.

Bagaimanapun 33 peneroka berkenaan mahu melantik kontraktor lain yang menawarkan bayaran yang lebih tinggi untuk menebang dan pembelian pokok getah mereka.

Dalam afidavit itu, Azizan mendakwa pihak defenden tidak pernah menerima tawaran dari plaintif untuk kontrak penebangan dan penjualan pkok getah, mahupun menerima sebarang jenis ganjaran untuk pokok-pokok tersebut.

Katanya, defenden juga tidak menerima tawaran Felda untuk skim penebangan dan penjualan kayu pokok getah kerana ingin mendapatkan tawaran yang lebih tinggi dari luar.

Jika perintah larangan itu diberikan, tambahnya, ia akan menjejaskan hak defenden untuk memperolehi keuntungan yang maksima berdasarkan kepada keperluan pasaran dan ianya akan membantut secara tidak langsung proses penanaman semula.

Afidavit juga menyebut bahawa defenden masih boleh menoreh getah secara berterusan dan menyara hidup mereka.

Maka, jika perintah larangan dikenakan, ia akan menyebabkan defenden mengalami kesusahan kerana sekatan terhadap hak mereka mencari keuntungan yang berterusan kerana harga getah yang tinggi ketika ini dan jika plaintif cuba menebang pokok berkenaan, tambahnya.

Menurutnya lagi, defenden juga akan mengalami kerugian besar jika larangan dikenakan kerana harga yang ditawar oleh plaintif adalah rendah dan akan merugikan defenden.

"Defenden akan mengalami kesusahan untuk menjelaskan hutang, menyara hidup keluarga, persekolahan anak-anak akan terjejas dan seterusnya akan meninggikan tekanan hidup," katanya sambil menambah defenden tidak seharusnya menjadi mangsa atau kesilapan pihak lain.

Menurut peguam T Kumar yang mewakili 32 peneroka berkenaan, sebutan kes itu didengar dalam kamar dan akan dibicarakan pada 22 Februari ini.

Mereka turut diwakili peguam P Raja Sundram.

Bercakap kepada media kemudiannya, wakil peneroka, Mohd Salam Yusof mendakwa harga yang ditawarkan oleh kontraktor lantikan Felda bagi kerja menebang dan membeli kayu pokok getah adalah rendah, berbanding tawaran kontraktor yang ingin dilantik peneroka.

Menurut peguam T Kumar yang mewakili 32 peneroka tersebut, sebutan kes itu didengar dalam kamar dan ia akan dibicarakan pada 22 Februari ini.

Mereka turut diwakili peguam P Raja Sundram.

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Bongkarrr...Kali Ini Umno "Kantoi" Habiss...

Posted: 21 Jan 2011 02:23 AM PST

Pakatan Rakyat sekali lagi dapat membongkar perangai "Jahat" Umno dalam cubaan menggunakan kanak-kanak bagi meraih undi untuk parti mereka yang dilihat semakin dibenci oleh rakyat.

Terkini,Umno mengguna muslihat dengan mengedarkan beribu-ribu gula-gula yang dibungkus dengan menggunakan lambang yang berlogokan BN kepada kanak-kanak,Menurut ADUN Teja YB Chang Leh Kang,PR mengecam tindakan jijik Umno dan BN yang dilihat menggunakan kanak-kanak dalam usaha mereka meraih simpati rakyat dalam usaha mengekalkan kuasa meraka yang semakin reput.

Tindakan yang melampau ini lihat sebagai kesinambungan daripada pemberian pecuma beg sekolah yang berlambangkan Umno dan BN tempoh hari."Kami difahamkan bahawa gula-gula ini diberikan kepada kanak-kanak bagi meraih sokongan ibubapa mereka"kata YB Chang lagi.

Turut hadir dalam membuat laporan ini ialah Naib Ketua Cabang PKR Tapah,Tan Kar Hing dan Setiausaha Pusat Khidmat Masyarakat Pas DUN Air Kuning Kamaruddin Abdul Karim.Mereka meminta menteri di Kementrian pembangunan wanita iaitu Shahrizat memberikan perhatian mengenai kempen "Jijik" parti ini terhadap kanak-kanak yang masih mentah dan tidak perlu di jadikan bahan untuk kempen mereka.

Sumber: http://karatijau.blogspot.com/

Speaker Dun Selangor: SPR Sila Buat Pilihanraya Segera!

Posted: 21 Jan 2011 02:15 AM PST

Speaker DUN Selangor sudah maklumkan Kerusi Pelabuhan Kelang kosong,gesa SPR adakan pilihanraya segera

SHAH ALAM, 21Jan – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Teng Chang Khim sudah memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kekosongan kerusi Pelabuhan Klang sambil menegaskan, wakil rakyatnya Badrul Hisham Abdullah bukan lagi Adun kawasan itu.

Justeru, Teng juga menegaskan, Perlembagaan Negeri Selangor menjelaskan bahawa kuasa untuk mengisytiharkan kekosongan biasa terletak pada tangan speaker, bukannya pihak SPR.

Oleh itu kata beliau, SPR perlu memanggil pilihan raya kecil – yang ke-16 – dalam tempoh 60 hari.

"Saya sudah pun menghantar notis bersama deklarasi kekosongan kerusi Pelabuhan Klang dalam DUN Selangor, yang dahulunya disandang oleh Yang Bhg En Badrul Hisham Abdullah kepada pejabat SPR," kata beliau pada sidang media di pejabatnya hari ini.

Kata Teng (gambar), kegagalan SPR untuk mengadakan pilihan raya kecil selepas notis dikeluarkan adalah satu tindakan menghina DUN dan Perlembagaan Negeri Selangor.

Badrul Hisham, tegas Teng, telah gagal menghadiri sidang DUN sejak 15 Julai 2010 dan oleh itu, kerusinya kosong berkuat kuasa 16 Januari lalu.

Teng juga menuduh Badrul Hisham berbohong apabila mengatakan beliau menghadiri sesi pembukaan sidang pada 8 November lalu.

Menurut beliau, tiada majlis seumpama itu diadakan pada tarikh berkenaan.

"Tiada majlis pembukaan pada 8 November. Majlis pembukaan sesi ketiga DUN ke-12 diadakan pada 12 April, yang dirasmikan oleh Sultan Selangor.

"Sidang November adalah sesi bajet, tiada majlis perasmian diadakan," katanya lagi.

Katanya, penyata sidang DUN menunjukkan Badrul Hisham yang menyertai Umno selepas keluar PKR tidak menghadiri keseluruhan sidang 8 hingga 15 November lalu.

Malah katanya, Badrul Hisham juga mengakui tidak hadir sidang DUN November menerusi suratnya bertarikh 10 Disember.

Teng juga membekalkan pemberita dengan salinan senarai kedatangan dan surat wakil rakyat itu untuk membuktikan dakwaan beliau.

Kata Teng, demi melindungi integriti pejabat Speaker DUN Selangor beliau tiada pilihan lain kecuali mendedahkan dokumen-dokumen yang relevan itu.

Teng juga berkata Badrul Hisham turut mengelirukan Perdana Menteri dengan pembohongannya dan kecewa kerana Datuk Seri Najib Razak juga memilih untuk mendengar wakil rakyat berkenaan.

Melihat pada lunas perundangan, Teng yang juga seorang peguam berkata, menjadi tugas SPR untuk mengadakan pilihan raya kecil di kerusi DUN Pelabuhan Klang.

"Bukan urusan SPR untuk membuat keputusan bagi pihak speaker atau mempertikaikan deklarasi Speaker," katanya.

Teng juga mengetepikan pendirian Umno Selangor dan Badrul Hisham bahawa perkara itu akan dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan deklarasi mengenai keputusan speaker.

"Biarkan. Ia terpulang kepada beliau. Saya sudah menjalankan tugas tugas saya. Sama ada boleh dicabar atau tidak, mahkamah akan membuat tafsiran. Saya tidak boleh membuat keputusan bagi pihak mahkamah," katanya.

Teng juga menafikan keputusan itu bermotifkan politik.

DUN akan mengadakan sidang khas Isnin ini untuk membahaskan pindaan Perlembagaan Negeri Selangor.

clara chooi

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党


Sambutan Hari Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar, Kg. Kepayang

Posted: 21 Jan 2011 01:27 AM PST

Ahli Parlimen kawasan Gopeng Dr. Lee Boon Chye, ADUN Teja Chang Lih Kang dan ADUN Simpang Pulai Chan Ming Kai menyambut Hari Thaipusam bersama penganut agama Hindu di Kuil Sri Subramaniar, Kampung Kepayang sempena perayaan tersebut. Seperti tahun yang lalu, Parti Keadilan Rakyat Cabang Gopeng memasang khemah untuk memberi minuman percuma kepada orang ramai yang [...]

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


Gimik Facebook ditutup

Posted: 21 Jan 2011 12:42 AM PST

Mark Zuckerberg, pengasas laman sosial Facebook yang mencetuskan fenomena di kalangan masyarakat dunia.
TANGGAL 15 Mac 2011, satu tarikh yang dibimbangi oleh sebahagian besar daripada lebih 600 juta penduduk di seluruh dunia.
Masakan tidak apabila dunia kini sedang hangat memperkatakan mengenai laman sosial paling popular Facebook kononnya akan menamatkan riwayatnya pada hari tersebut.
Semuanya bermula daripada laporan akhbar Weekly World News kononnya pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, 27, sedang berhadapan dengan tekanan untuk menguruskan laman web itu.
Zuckerberg dilaporkan berkata, laman sosial itu sudah di luar kawalan beliau sehingga memberikan tekanan dalam menguruskan syarikat dan mengganggu kehidupannya.
"Saya perlu menghentikannya bagi mengelakkan tekanan ini," katanya pada sidang media di luar pejabatnya di Palo Alto baru-baru ini.
Dakwaan itu berlarutan apabila Zuckerberg dikatakan dalam satu temuramah menerusi telefon berkata, secara peribadi beliau tidak menganggap bahawa penutupan Facebook itu adalah satu keputusan besar.
"Secara jujur, ia (menutup Facebook) adalah untuk kebaikan. Tanpanya, orang ramai akan keluar dan berjumpa dengan rakan-rakan. Itu adalah lebih baik.
"Saya tidak kisah mengenai wang. Saya hanya mahu kehidupan saya semula," Zuckerberg dipetik sebagai berkata sehingga membimbangkan pengguna Facebook di seluruh dunia.
Naib Presiden Perhubungan Teknikal Facebook, Avrat Humarthi dalam satu laporan lain pula dipetik berkata bahawa pengguna tidak lagi dapat memasuki Facebook pada 15 Mac ini.
"Seluruh laman web ini akan ditutup pada tarikh itu. Jika anda tidak mahu gambar-gambar di Facebook hilang, saya menasihatkan supaya anda menyimpannya sebelum laman itu ditutup," jelas Avrat.
Sehubungan itu, Facebook mencadangkan penggunanya supaya memindahkan semua maklumat peribadi daripada laman web itu sebelum 15 Mac.
Kenyataan Kumpulan Data Facebook dalam profailnya yang memaklumkan bahawa tiada memo setakat ini bahawa laman sosial itu akan ditutup pada 15 Mac.
Selepas tarikh tersebut semua gambar, nota, pautan dan video di laman sosial berkenaan akan dipadamkan selama-lamanya.
Satu lagi fenomena
Jika hendak diikutkan banyak khabar angin memperkatakan tentang Facebook akan ditutup termasuk perdebatan mengenainya, sekurang-kurangnya sejak setahun lalu.
Wujud satu kumpulan dengan beraninya menubuhkan akaun di dalam Facebook sendiri yang dinamakan Shut Down Facebook (tutup Facebook).
Kumpulan itu menyediakan petisyen bagi memboikot Facebook namun akaun tersebut tidak aktif dan hanya mampu menarik perhatian kira-kira 200 orang ahli.
Pun begitu, penutupan Facebook pada 15 Mac ini terus menjadi sebutan yang dilihat sekadar khabar angin kerana masih belum ada kenyataan rasmi mengenainya.
Penafian daripada Kumpulan Data Facebook sedikit sebanyak menjawab persoalan dan kebimbangan sebahagian daripada lebih 600 juta pengguna laman sosial itu.
"Kami tidak mendapat memo untuk menutup (Facebook) maka kami akan terus bekerja seperti selalu. Kami tidak ke mana-mana kerana kami baru hendak bermula," kenyataan mereka yang menarik perhatian lebih 71,550 pengguna dan 13,188 komen.
Kenyataan tersebut barangkali menggembirakan pengikut setia laman sosial itu namun belum diketahui selama mana tempoh perkhabaran itu dan kesahihannya.
Jika anda menaip perkataan 'Facebook will shutdown' (Facebook akan ditutup) di enjin carian Google yang menyaksikan lebih 35 juta butiran berkaitan.
Banyak kontroversi lain membabitkan Facebook sehingga ia dikenakan sekatan akses di beberapa negara seperti Pakistan, Vietnam, Uzbekistan, Syria dan Bangladesh.
Satu lagi laman web sosial menyerupai Facebook diperkenalkan bagi mewujudkan kesejahteraan hidup orang Muslim tanpa sebarang penghinaan ke atas Islam.
Sekumpulan rakyat Pakistan membinanya dengan nama Millatfacebook pada Mei tahun lalu selepas salah seorang pengguna Facebook menganjurkan satu pertandingan 'Hari Melukis Gambar Nabi Muhammad'.
Paling popular
Tidak dinafikan antara pengguna Facebook sudah ketagih, sanggup menghabiskan masa berjam-jam melayani kepuasan dan keseronokan dengan laman sosial itu.
Facebook bukanlah satu-satunya laman sosial kerana terdapat juga yang lain seperti Friendster dan Myspace, masing-masing ditubuhkan pada 2002 dan 2003.
Namun kelahiran Facebook pada 2004 telah mencetuskan nadi baru dalam jaringan sosial maya sehingga berjaya menarik minat pengguna Friendster dan Myspace.
Keputusan Zuckerberg untuk menutup Facebook pada 15 Mac ini masih menjadi tanda tanya di kalangan pengguna laman sosial itu.
Zuckerberg selaku pengasas Facebook sudah pun menyuarakan bahawa beliau tidak kisah tentang wang meskipun laman sosial itu adalah aset paling bernilai.
Facebook kini bernilai 32 bilion pound (RM153.98 bilion) menjadikan kedudukan beliau meningkat daripada tangga 212 ke 40 dalam senarai bilionair Forbes.
Populariti Facebook turut diangkat sebagai kisah di layar perak yang bertajuk Social Network pada tahun lalu arahan David Fincher.
Facebook juga mencetuskan fenomena di Malaysia apabila menjadi laman web paling popular di negara ini pada bulan Disember lalu.
Berdasarkan rekod Persatuan Digital Malaysia (MDA), ia menduduki tangga pertama disusuli laman web antarabangsa lain seperti Yahoo, Google, YouTube dan MSN.
Kedudukan 30 laman web antarabangsa paling popular di Malaysia turut menyenaraikan beberapa laman web sosial lain iaitu Tagged (11), Myspace (18) dan Friendster (20).
Kini terdapat lebih 7.5 juta pemilik akaun Facebook di Malaysia menjadikan kedudukannya negara ke-16 pengguna Facebook paling aktif di dunia.
Namun bagaimana dengan nasib dan reaksi mereka selepas Facebook ditutup?
Nantikan kebenaran gimik paling popular di dunia menjelang 15 Mac ini. Dunia akan menyaksikan taktik paling berjaya Facebook dalam usahanya menaikkan lagi rating popularitinya.
Dipetik Khas Daripada Mstar Online 

Ceramah Timbalan Presiden PKR Azmin Azli Di Johor

Posted: 20 Jan 2011 08:45 PM PST

                                                                        
                                                                         Bahagian 1
                                                                      
                                                                    
                                                                         Bahagian 2

Ceramah Naib Presiden PKR Nurul Izzah Di Johor

Posted: 20 Jan 2011 08:41 PM PST

                                                                          
                                                                         Bahagian 1
                                                                  
                                                                    
                                                                          Bahagian 2

Ceramah Ketua AMK Pusat Berkenaan Isu SUK Selangor

Posted: 20 Jan 2011 08:00 PM PST



Bahagian 1


Bahagian 2


Apa punya Bangang Umno ni?

Posted: 20 Jan 2011 06:44 PM PST

   Aku rasa nk gelak sampai pecah perut ja dgn umno nie bila dia kata Speaker takda kuasa utk menentukan kekosongan kerusi itu hanya SPR ja yg ada kuasa.....hahaha xhabis2 menbodohkan rakyat....dia ingt rakyat nie bodoh mcm dia la tu...sebagai anak muda yg berfikiran cergas sudah tentu pandai menbezakan yg  mana betul dan yg mana salah...ikutti penjelasan umno berkenaan kes kerusi kosong di Dun Pelabuhan Klang ini dalam media umno ini...
 
                                               Media Umno Yang Bodoh


KUALA LUMPUR, 19 Jan – Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Hafarizam Harun menjelaskan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada kerusi sesebuah DUN itu kosong atau sebaliknya.
Beliau berkata demikian mengulas berkaitan Speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang sebagai kosong berkuatkuasa 16 Jan lepas berikutan kegagalan penyandangnya Badrul Hisham Abdullah menghadiri persidangan dewan selama enam bulan tanpa alasan munasabah.
"Berdasarkan kepada kes Jamaluddin Mohd Radzi & dua yang lain lawan Sivakumar a/l Varatharaju, kuasa untuk menentukan kerusi itu kosong atau tidak mengikut kuasa Mahkamah Persekutuan adalah terletak pada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," katanya kepada UMNO-Online.
. 
– MediaUMNO

Hahahaha...Lihatlah betapa bodohnya Umno ini...

ADUN Merlimau Meninggal Dunia

Posted: 20 Jan 2011 06:00 AM PST

Belumpun salih PRK di Pelabuhan Klang, sahpula PRK Merlimau, Melaka.

ADUN Merlimau Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia pada jam 8.10 malam ini di Hospital Pakar Putra, Melaka selepas mengalami serangan jantung semalam.

Kematian Mohamad Hidhir dijangka bakal menyebabkan pilihan raya kecil ke-15 atau 16 diadakan sejak pilihan raya umum 2008.

Mohamad Hidhir dilaporkan dimasukkan ke hospital itu pada minggu lepas bagi menjalani pembedahan membersihkan arteri yang tersumbat pada 13 Jan lalu.
Dilaporkan, Mohamad Hidhir mengalami serangan jantung sebanyak tiga kali dalam tempoh lima hari lalu yang menyebabkan beliau berada dalam keadaan koma.