Jumaat, 21 Januari 2011

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Bongkarrr...Kali Ini Umno "Kantoi" Habiss...

Posted: 21 Jan 2011 02:23 AM PST

Pakatan Rakyat sekali lagi dapat membongkar perangai "Jahat" Umno dalam cubaan menggunakan kanak-kanak bagi meraih undi untuk parti mereka yang dilihat semakin dibenci oleh rakyat.

Terkini,Umno mengguna muslihat dengan mengedarkan beribu-ribu gula-gula yang dibungkus dengan menggunakan lambang yang berlogokan BN kepada kanak-kanak,Menurut ADUN Teja YB Chang Leh Kang,PR mengecam tindakan jijik Umno dan BN yang dilihat menggunakan kanak-kanak dalam usaha mereka meraih simpati rakyat dalam usaha mengekalkan kuasa meraka yang semakin reput.

Tindakan yang melampau ini lihat sebagai kesinambungan daripada pemberian pecuma beg sekolah yang berlambangkan Umno dan BN tempoh hari."Kami difahamkan bahawa gula-gula ini diberikan kepada kanak-kanak bagi meraih sokongan ibubapa mereka"kata YB Chang lagi.

Turut hadir dalam membuat laporan ini ialah Naib Ketua Cabang PKR Tapah,Tan Kar Hing dan Setiausaha Pusat Khidmat Masyarakat Pas DUN Air Kuning Kamaruddin Abdul Karim.Mereka meminta menteri di Kementrian pembangunan wanita iaitu Shahrizat memberikan perhatian mengenai kempen "Jijik" parti ini terhadap kanak-kanak yang masih mentah dan tidak perlu di jadikan bahan untuk kempen mereka.

Sumber: http://karatijau.blogspot.com/

Speaker Dun Selangor: SPR Sila Buat Pilihanraya Segera!

Posted: 21 Jan 2011 02:15 AM PST

Speaker DUN Selangor sudah maklumkan Kerusi Pelabuhan Kelang kosong,gesa SPR adakan pilihanraya segera

SHAH ALAM, 21Jan – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Teng Chang Khim sudah memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kekosongan kerusi Pelabuhan Klang sambil menegaskan, wakil rakyatnya Badrul Hisham Abdullah bukan lagi Adun kawasan itu.

Justeru, Teng juga menegaskan, Perlembagaan Negeri Selangor menjelaskan bahawa kuasa untuk mengisytiharkan kekosongan biasa terletak pada tangan speaker, bukannya pihak SPR.

Oleh itu kata beliau, SPR perlu memanggil pilihan raya kecil – yang ke-16 – dalam tempoh 60 hari.

"Saya sudah pun menghantar notis bersama deklarasi kekosongan kerusi Pelabuhan Klang dalam DUN Selangor, yang dahulunya disandang oleh Yang Bhg En Badrul Hisham Abdullah kepada pejabat SPR," kata beliau pada sidang media di pejabatnya hari ini.

Kata Teng (gambar), kegagalan SPR untuk mengadakan pilihan raya kecil selepas notis dikeluarkan adalah satu tindakan menghina DUN dan Perlembagaan Negeri Selangor.

Badrul Hisham, tegas Teng, telah gagal menghadiri sidang DUN sejak 15 Julai 2010 dan oleh itu, kerusinya kosong berkuat kuasa 16 Januari lalu.

Teng juga menuduh Badrul Hisham berbohong apabila mengatakan beliau menghadiri sesi pembukaan sidang pada 8 November lalu.

Menurut beliau, tiada majlis seumpama itu diadakan pada tarikh berkenaan.

"Tiada majlis pembukaan pada 8 November. Majlis pembukaan sesi ketiga DUN ke-12 diadakan pada 12 April, yang dirasmikan oleh Sultan Selangor.

"Sidang November adalah sesi bajet, tiada majlis perasmian diadakan," katanya lagi.

Katanya, penyata sidang DUN menunjukkan Badrul Hisham yang menyertai Umno selepas keluar PKR tidak menghadiri keseluruhan sidang 8 hingga 15 November lalu.

Malah katanya, Badrul Hisham juga mengakui tidak hadir sidang DUN November menerusi suratnya bertarikh 10 Disember.

Teng juga membekalkan pemberita dengan salinan senarai kedatangan dan surat wakil rakyat itu untuk membuktikan dakwaan beliau.

Kata Teng, demi melindungi integriti pejabat Speaker DUN Selangor beliau tiada pilihan lain kecuali mendedahkan dokumen-dokumen yang relevan itu.

Teng juga berkata Badrul Hisham turut mengelirukan Perdana Menteri dengan pembohongannya dan kecewa kerana Datuk Seri Najib Razak juga memilih untuk mendengar wakil rakyat berkenaan.

Melihat pada lunas perundangan, Teng yang juga seorang peguam berkata, menjadi tugas SPR untuk mengadakan pilihan raya kecil di kerusi DUN Pelabuhan Klang.

"Bukan urusan SPR untuk membuat keputusan bagi pihak speaker atau mempertikaikan deklarasi Speaker," katanya.

Teng juga mengetepikan pendirian Umno Selangor dan Badrul Hisham bahawa perkara itu akan dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan deklarasi mengenai keputusan speaker.

"Biarkan. Ia terpulang kepada beliau. Saya sudah menjalankan tugas tugas saya. Sama ada boleh dicabar atau tidak, mahkamah akan membuat tafsiran. Saya tidak boleh membuat keputusan bagi pihak mahkamah," katanya.

Teng juga menafikan keputusan itu bermotifkan politik.

DUN akan mengadakan sidang khas Isnin ini untuk membahaskan pindaan Perlembagaan Negeri Selangor.

clara chooi

Tiada ulasan: