Suara Sri Andalas |
- Perutusan YB Dr Xavier Jayakumar Sempena Tahun Baru 2012
- Rakyat Selangor Dapat Wifi Percuma 2012
- Kerajaan Selangor Sediakan Banyak Tanah Simpanan Untuk Bina Sekolah
- MPK Peruntuk RM194 Juta Untuk Penyelenggaraan
- Membawa Pelajar-pelajar Membeli-belah Dalam Program Prihatin Bantuan Sekolah
Perutusan YB Dr Xavier Jayakumar Sempena Tahun Baru 2012 Posted: 30 Dec 2011 08:00 PM PST Saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2012 kepada semua rakyat di negeri Selangor. Tahun 2011 telah pun melabuhkan tirainya. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat yang telah memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat yang telah diberi mandat untuk menerajui negeri Selangor yang kita cintai ini. Pakatan Rakyat akan terus berusaha meningkatkan taraf hidup rakyat di negeri Selangor dengan program-program pembangunan dan program-program bersifat kebajikan Merakyatkan Ekonomi Selangor. Tidak lupa ucapan terima kasih dan penghargaan kepada kesemua tenaga kerja sukarela dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung demi mengusahakan impian rakyat negeri Selangor menjadi satu kenyataan. Ayuh, mari kita melangkah maju ke tahun baru ini dengan penuh keazaman, perubahan ke satu tahap yang lebih baik serta mencapai kebahagiaan dan kemakmuran yang diidamkan. Sekian, Selamat Menyambut Tahun Baru 2011. YB DR XAVIER JAYAKUMAR ADUN Seri Andalas EXCO Kerajaan Negeri Selangor |
Rakyat Selangor Dapat Wifi Percuma 2012 Posted: 30 Dec 2011 01:00 AM PST KUALA LUMPUR 30 Disember : Bagi mendekatkan lagi agenda kerajaan negeri dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), Selangor bakal memperuntukkan jalur lebar (wifi) percuma kepada rakyatnya bermula 2012. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rawang, Gan Pei Nei, langkah bijak Selangor itu bagi melahirkan rakyat celik internet di samping dapat menyalurkan maklumat dengan tepat kepada rakyat lapor Keadilan Daily. "Dengan adanya wifi percuma, rakyat lebih senang mendapatkan informasi tepat dan benar daripada kerajaan negeri khususnya. "Ini adalah salah satu cara sesebuah negara demokrasi memberi kemudahan kepada rakyatnya," kata Pei Nei. Kata beliau, bagi memperluaskan kemudahan itu, beliau menyarankan Kerajaan Selangor menubuhkan pusat internet terutamanya di kawasan kampung. "Sasaran kemudahan ini akan dinikmati masyarakat bandar dan desa seluruh Selangor. Pelaksanaan yang bakal dimulakan pada tahun depan itu akan diadakan secara berperingkat. "Kita sedar bukan semua mempunyai komputer, dan atas sebab itu saya mencadangkan pembinaan pusat cyber rakyat bagi keluarga yang tidak mempunyai komputer," ujarnya. Tambah Pei Nei, program itu juga mungkin diperluaskan dengan menyalurkan komputer percuma kepada setiap keluarga. "Kerajaan Selangor harus memberikan komputer percuma kepada golongan belia dan keluarga kurang berkemampuan supaya mereka tidak akan ketinggalan maklumat terkini," katanya. Sementara itu, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, pelaksanaan wifi percuma di Selangor bagi memastikan rakyatnya dapat menerima informasi dengan tepat dan bebas, sesuai dengan Enakmen Kebebasan Informasi (FOI) yang diluluskan kerajaan negeri. Sumber: Selangorkini |
Kerajaan Selangor Sediakan Banyak Tanah Simpanan Untuk Bina Sekolah Posted: 29 Dec 2011 01:00 AM PST SHAH ALAM, 29 DIS: Selangor memiliki beberapa rizab tanah simpanan yang boleh dibangunkan untuk pembinaan sekolah baru di negeri ini. Exco Kesihatan, Pekerja Ladang dan Kemiskinan, Dr Xavier Jayakumar berkata, beberapa pemaju besar di negeri ini memiliki kapisiti tanah yang besar yang boleh dibangunkan Jabatan Pendidikan sebagai kawasan sekolah pada bila-bila masa. "Walaupun kita telah menyediakan beberapa tanah untuk pembinaan sekolah di Selangor, malangnya ianya dibiarkan dan pembinaan sekolah kita tidak nampak. Oleh itu kita membuat keputusan di mana tanah-tanah sekolah yang dikemukakan pemaju kepada kerajaan negeri dalam pelan-pelan mereka untuk kelulusan daripada perancang bandar negeri, tanah tanah itu akan disimpan dibawah pejabat tanah dan galian. "Bila Jabatan Pendidikan bersedia untuk membina mana-mana sekolah, kita akan beritahu mereka tanah yang telah disiapkan untuk sekolah," katanya. Jelas beliau, kerajaan negeri juga sedang merancang pembinaan beberapa sekolah tamil baru seperti Sekolah Tamil Coalfields di Ijok memandangkan terdapat pembangunan pesat di kawasan antara Kuala Lumpur dan Kepong. Dijangkakan pembinaan akan dimulakan pada tahun hadapan dan siap dalam tempoh satu tahun setengah. "Sekarang kita perlu lebih sekolah tamil di dalam bandar. Sudah penuh di seluruh Shah Alam. Kita perlu sekolah-sekolah baru. Kerajaan negeri sudah memberikan tanah kepada tiga tempat dan dimaklumkan kepada Jabatan Pendidikan untuk pembinaan. Satu di Sentosa (3 ekar), Desa Mentari (1 ½ Ekar) sementara di PJS 1 yang telah diberikan sejak zaman Barisan Nasional. "Sekarang kita telah buat semakan, dan tiga jenis sekolah akan dibina di kawasan itu iaitu sekolah kebangsaan, sekolah cina yang sudah dibina, dan sekolah tamil. "Malangnya dalam tiga tahun setengah ini walaupun kita telah menghubungi pihak Jabatan Pendidikan namun sampai sekarang kita tidak nampak perancangan oleh kerajaan pusat untuk membina sekolah," katanya. Kesan daripada ini katanya, pihak PIBG sekolah terpaksa mengutip dana untuk membina kelas tambahan dan ini menjadi beban besar kepada mereka. Sementara itu, Xavier berharap agar projek pembinaan SRJK(T) Ladang Midlands, Seksyen 7, Shah Alam dapat disiapkan lebih awal pada Februari 2012 memandangkan jangkaan asal projek ini bakal siap pada Mac 2012. "Saya teruja melihat perkembangngan projek ini memandangkan sebelum ini khususnya sekolah tamil, tidak ada sekolah tamil dibina dengan kelengkapan sepenuhnya. Saya diberitahu tarikh akhir yang telah diberikan kepada MBSA ialah pertengahan bulan Mac. "Tapi saya minta pihak kontraktor untuk mempercepatkan proses penyerahan pada bulan Februari sebab kita ada perancangan untuk mengadakan perasmian pembukaan yang akan dilakukan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim," katanya. Sekolah ini memiliki 24 buah kelas, satu dewan besar yang boleh memuatkan 130 buah meja, makmal sains, bilik guru dan beberapa infrastruktur lain. Beliau menambah, kawasan permainan akan dinaiktaraf di kawasan ini memandangkan pembinanan sekolah ini menggunakan sedikit ruang kawasan yang menempatkan tapak permainan untuk penduduk setempat. Kerajaan negeri memberikan peruntukan pembinaan sekolah sebanyak RM3 juta sementara pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah turut mengadakan kutipan dana untuk menampung perbelanjaan. Ujar beliau lagi, tanah ini juga akan diwartakan kepada nama sekolah setelah ianya siap sepenuhnya. |
MPK Peruntuk RM194 Juta Untuk Penyelenggaraan Posted: 28 Dec 2011 01:00 AM PST KLANG, 28 DIS - Majlis Perbandaran Klang (MPK) meminta kerjasama masyarakat dalam usaha menjaga kebersihan di bandar itu supaya kehidupan masyarakat menjadi lebih baik dan sempurna. Pemangku Yang DiPertua MPK, Ikhsan Mukri berkata, usaha sebegitu membolehkan MPK menjimatkan kos penyelenggaraan yang tinggi kerana pihaknya mendapati antara punca berlakunya masalah itu adalah kerana rakyat sering membuang segala sampah dan bahan buangan ke tempat yang tidak sewajarnya. Katanya, MPK memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM6 juta dari peruntukan keseluruhan RM193.9 juta bagi tujuan kerja penyelenggaraan di seluruh bandar itu bagi tahun 2012. "Perkhidmatan ini kita boleh berkongsi dengan rakyat. Kenapa penyelenggaraan tinggi kerana longkang banyak tersumbat. Kenapa longkang tersumbat kerana rakyat suka buang sampah," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Bulanan MPK di isin hari ini. Bagi mencapai sasaran itu, katanya, MPK sudah merangka program holistik bersama beberapa pihak seperti NGO, persatuan penduduk dan yang lain untuk memberi kesedaran kepada orang ramai. Menurutnya, perancangan juga dibuat bagi mewujudkan jawatankuasa bertindak di kawasan penempatan penduduk bagi tujuan menjalankan kerja pembersihan kawasan serta yang lain yang bersesuaian demi kebaikan bersama. Tegasnya, usaha itu sudah dirintis Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang mewujudkan jawatankuasa bertindak di kawasannya bagi mengatasi masalah seperti banjir dan sebagainya. Bagi menambahkan kecantikan bandar itu dan keselasaan masyarakat, katanya, MPK juga sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan Sungai Klang secara berperingkat serta kawasan terbiar yang bakal dibangunkan sebagai kawasan hijau. "JPS tiada halangan benarkan kami bersihkan Sungai Klang di samping bersihkan tebing. Kita bantu JPS cantikkan Sungai Klang. Dan kita ada pula tanah-tanah kita milik MPK di Meru dan Pandamaran yang terbiar semak. Mengapa tidak kita jadikan nersuri," katanya. Sumber: TVSNEWS |
Membawa Pelajar-pelajar Membeli-belah Dalam Program Prihatin Bantuan Sekolah Posted: 27 Dec 2011 07:50 AM PST Bukit Tinggi, Klang, 27 Disember 2011 - Seramai 50 orang pelajar dari seluruh kawasan Kota Raja telah diberi baucar RM100 setiap seorang untuk dibelanjakan membeli peralatan dan pakaian sekolah. Program Prihatin Bantuan Sekolah yang dianjurkan oleh Angkatan Muda Keadilan Kota Raja dihadiri oleh YB Dr Xavier Jayakumar, ADUN Seri Andalas dan YB Shuhaimi Shafiei, ADUN Sri Muda dan Ketua Kampung Johan Setia Imam Jalil. Menjayakan program tersebut adalah saudara Azmizam Zaman Huri, Ketua Angkatan Muda Keadilan Kota Raja dan saudara PS Rajoo, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Klang. Kesemua 50 orang pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan yang hadir telah ditemani penjaga masing-masing serta dibantu oleh ahli-ahli Angkatan Muda Kota Raja. Program ini juga dimeriahkan dengan kehadiran Bubu The Clown serta saudara kembarnya. Baucar RM100 telah diserahkan kepada para peserta oleh YB Dr Xavier Jayakumar dan YB Shuhaimi Shafiei. Kedua-dua YB telah menghabiskan masa selama hampir 2 jam tersebut bersama-sama peserta-peserta membeli peralatan dan pakaian sekolah. |
You are subscribed to email updates from Suara Sri Andalas To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan