The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
BMFOA tidak membezakan warna politik seseorang peneroka dan OA Posted: 21 Dec 2011 03:59 AM PST Memang benar bahawa perjuangan yang dibawakan oleh Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR adalah berselari dengan dasar yang dibawakan oleh Parti Keadilan Rakyat yang menjadi induk kepada Biro ini. PKR adalah sebuah parti multi-rasial untuk semua kaum di Malaysia dan perjuangannya adalah untuk semua rakyat yang tidak mengambil kira warna politik yang dipegang oleh rakyat. Kepada PKR rakyat mempunyai kedudukan yang sama, samada warna politiknya biru tua, biru muda, hijau atau pun merah. Kenaikan harga barang menimpa dan menyusahkan semua rakyat. Pembaziran, rasuah, salahguna kuasa, pengsonglapan wang Negara untuk kepentingan pemimpin-pemimpin dan isteri/suami pemimpin-pemimpin kesemuanya mendatangkan kesan yang negatif kepada Negara dan rakyat, dan kesan negatif ini dirasai oleh semua rakyat tanpa mengira warna politik pegangan mereka. Pemimpin-pemimpin politik dari warna biru tua telah menyalahgunakan wang Negara (bermakna wang rakyat), mereka terlibat dengan rasuah dan salahguna kuasa semata-mata untuk kepentingan kumpulan mereka dan golongan mereka yang kaya raya menidakkan hak rakyat khususnya rakyat marhaen. Justeru itu PKR menentang golongan pimpinan politik dari warna biru tua ini tanpa mengira warna kulit atau agama pegangan mereka. Demikian pegangan dasar Parti Keadilan Rakyat maka sedemikianlah pegangan Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal. Setiap langkah dan tindakan yang diambil oleh BMFOA adalah selaras dengan dasar parti, dan oleh kerana itu, BMFOA tidak membezakan warna politik peneroka-peneroka Felda atau Orang Asal. Mereka mengahadapi masalah yang didatangkan oleh Felda dan UMNO/BN dan BMFOA membela mereka tanpa mengira dari parti mana mereka itu datang. Perjuangan kami adalah untuk semua peneroka, generasi baru Felda dan Orang Asal. Orang Asal, walaupun golongan mereka itu kecil, tetapi merekalah merupakan golongan yang paling hebat menyokong UMNO/BN didalam setiap kali Pilihanraya. Dato Seri Najib Tun Razak pernah diselamatkan oleh undi Orang Asal di Pekan apabila beliau menang tipis dengan sekadar lebihkurang 200 undi sahaja. Tetapi adakah Dato Najib memberikan pembelaan kepada Orang Asal di Pekan? Orang Asal di Pekan dan Rompin merupakan golongan Orang Asal yang sangat dhaif dilanda kemiskinan melampau. Sudahlah mereka miskin dan dhaif, tanah-tanah komunal dan adat mereka terus menerus diceroboh oleh kumpulan korporat yang sesetengahnya adalah dari anak syarikat kerajaan. Didalam pada itu pegangan politik Orang Asal di Pekan dan Rompin masih secara majoritinya menyokong UMNO/BN walaupun kini sudah mulai wujud perubahan dikalangan mereka untuk menolak UMNO/BN dengan hampir setiap kampong mereka kini sudah pun menubuhkan ranting-ranting Parti Keadilan Rakyat. Tanah komunal dan adat Orang Asal yang diceroboh itu memberi kesan negatif kepada semua Orang Asal tanpa mengira pegangan politik mereka. Justeru itu perjuangan kami dari BMFOA adalah membela nasib dan kepentingan Orang Asal tanpa mengira pegangan politik mereka. Dasar yang kami perjuangkan ini adalah dasar adil dan benar dan oleh kerana itu sedikit demi sedikit difahami oleh Orang Asal yang kini rata-rata sudah mendekati Biro ini dan justeru Parti Keadilan Rakyat. Biro ini mengambil pendekatan yang sama dengan dasar yang dibawakan oleh NGO-NGO Orang Asal seperti JOAS yang mahukan tanah komunal Orang Asal diwartakan, tuntutan itu adalah tuntutan yang kini menjadi dasar yang diperjuangkan bersama diantara NGO-NGO Orang Asal dengan BMFOA/PKR. Demikian juga perjuangan BMFOA terhadap peneroka-peneroka Felda/Generasi Baru Felda. Kami tidak pernah membezakan diantara peneroka-peneroka Felda/Generasi Baru Felda dari UMNO dan dari PKR/PAS/Tidak berparti. Apa juga tindakan yang kami ambil dari sudut tuntutan untuk peratusan perahan KPG yang adil, tuntutan untuk pengembalian wang/dana tanam semula, pemansuhan Felda Plantation untuk pengagihan tanah kepada generasi baru Felda, tuntutan lebihan pendapatan yang tidak dikembalikan oleh Felda, tuntutan penghapusan hutang peneroka Felda setelah mengambil kira bahawa Felda yang sebenarnya bernhutang dengan peneroka, adalah untuk keseluruhan peneroka Felda/Generasi Baru Felda tanpa mengira samada mereka itu datangnya dari UMNO atau lain-lain parti. Itu adalah perjuangan yang adil, saksama, telus dan perjuangan yang benar, justeru kerana itu, peneroka-peneroka dan genarasi baru Felda kini sudah mulai mendampingi BMFOA dan Parti Keadilan Rakyat. Perjuangan yang kami bawa adalah membela golongan rakyat berhadapan dengan golongan pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang memihak kepada golongan korporat dan orang-orang yang kaya raya. Golongan rakyat adalah golongan majoriti dan apabila mereka memahami dasar ini, maka sudah pastilah mereka akan bersama-sama dengan BMFOA dan PKR. |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan