Jumaat, 30 Disember 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


NAUTICA: Arifin Jaka meninggal dunia

Posted: 29 Dec 2011 03:17 PM PST

NAUTICA: Zakat: PKR harap Jamil Khir tidak menyorok

Posted: 29 Dec 2011 03:14 PM PST

NAUTICA: January 9, 2012: The start of the Najib riots

Posted: 29 Dec 2011 03:13 PM PST

NAUTICA: MCA implodes: 30% of members to abandon party by GE-13

Posted: 29 Dec 2011 03:09 PM PST

400 orang Peneroka Felda Mempaga 1 tubuh Jawatankuasa Bertindak untuk saman Felda

Posted: 29 Dec 2011 05:26 AM PST

Peneroka-peneroka Felda Mempaga 1, 2 dan 3 di Bentong berikrar untuk memfailkan saman terhadap Felda berhubung dengan lebihan pendapatan mereka yang tidak dikembalikan oleh Felda.

Pengiraan yang terperinci telah dibuat bahawa setiap peneroka Felda disana telah kehilangan pendapatan didalam tempoh 5 tahun adalah sebanyak RM150,000.00.

Beberapa orang peneroka yang menghadiri Majlis Taklimat mengenai lebihan pendapatan yang tidak dikembalikan oleh Felda menyangkal pengakuan Felda bahawa pengurusan Felda melalui ketua-ketua blok ada memberitahu peneroka-peneroka akan Penyata Kira-Kira pendapatan dan tanggungan mereka.

Sehingga kini Felda ada memberitahu mengenai hutang mereka dengan Felda tetapi tidak pernah diberitahu mengenai pendapatan mereka.

Jika dibandingkan dengan peneroka-peneroka yang tanam sendiri, elaun sara hidup yang diterima oleh peneroka-peneroka amatlah kecil, iaitu RM1500.00 sebulan berbanding dengan mereka yang tanam sendiri yang boleh berpendapatan bulanan melebihi RM5000.00 setiap bulan. Peneroka-peneroka yang tanam sendiri juga tidak dibebankan dengan sebarang hutang, manakala peneroka-peneroka yang menyerahkan ladang mereka untuk diuruskan oleh Felda memperolehi pendapatan hanya sekadar RM1500.00 sebagai elaun sara hidup yang dianggap sebagai hutang dan hutang mereka meningkat dari bulan ke bulan dan sehingga 8 tahun hutang mereka sudah pun meningkat melebihi RM90,000.00.

Jawatankuasa Bertindak yang ditubuhkan siang tadi bagi mewakili peneroka-peneroka Felda Mempaga 1, 2 dan 3 akan mengumpulkan semua peneroka-peneroka yang bakal memfailkan saman terhadap Felda dan mereka berikrar bahawa mereka akan menyelesaikan tugas itu didalam tempoh 2 minggu dan selepas itu pihak peguam akan sekali lagi turun ke Felda Mempaga dan setelah itu dokumen akan diproses untuk pemfailan saman terhadap Felda.

Tiada ulasan: