Jumaat, 30 Disember 2011

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


AMK Bukit Gantang Yakin Menang Di C Jering Dan K Sepetang

Posted: 30 Dec 2011 12:36 AM PST

En Khairul Azman Bin Ahmad (Ketua AMK Bkt Gantang)

Bkt Gantang -  Angkatan Muda Keadilan(AMK) Cabang Bukit Gantang yakin dapat menpertahankan kemenangan di DUN Changkat Jering dan Kuala Sepetang pada Pilihan Raya Umum(PRU) ke 13 nanti kerana yakin rakyat akan memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Ketua AMK Bukit Gantang Khairul Azman Bin Ahmad berkata, keyakinan itu muncul setelah kajian yang dijalankan terhadap pengundi di sekitar DUN K Sepetang dan DUN C Jering menunjukkan mereka tetap mahu menyokong Calon Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti.

Ini berdasarkan kepercayaan mereka bahawa hanya Pakatan Rakyat sahaja mampu mengubah dan membela nasib mereka dan  membawa lebih banyak pembangunan demi rakyat pelbagai kaum tanpa ada rasuah dalam melaksankan projek pembangunan.

Beliau berkata, Walaupun wakil rakyat DUN C Jering Kap(B) Osman Jailu yang bertandin atas tiket Parti Keadilan Pada PRU 12 dulu kini sudah tidak bersama parti keadilan rakyat lagi, namun itu tidak mematahkan semangat kami AMK Bkt Gantang untuk berkerja keras mempertahankan kerusi DUN Ckt Jering dan DUN Kuala Sepetang. Malah, AMK Bukit Gantang juga yakin Pakatan Rakyat akan kekalkan kemenangan di Parlimen Bkt Gantang yang ditandingi calon dari PAS.

Beliau juga berkata, kami tetap akan memperjuangan isu harga barang dan harga minyak yang semakin meningkat selain isu nelayan, petani, pembangunan setempat demi masa depan rakyat. Selain itu, AMK Bukit Gantang telah menyusun pelbagai program anak muda menjelang PRU 13 yang kami jangkakan akan diadakan pada Mac depan bagi memenangi hati rakyat pelbagai kaum.

Beliau  berpendapatan, bahawa pengundi muda yang berumur bawah 40 tahun akan menjadi penentu keputusan pada PRU 13 nanti. Pengundi muda ini jugalah yang akan menetukan masa depan UMNO-BN.

Tiada ulasan: