Rabu, 21 Disember 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Benarkah Ceramah Kami Mencaci dan Memfitnah?

Posted: 20 Dec 2011 07:43 AM PST

Media arus Perdana yang dikuasai oleh UMNO/BN menyatakan bahawa kami dari Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR sentiasa mencaci dan menabur fitnah didalam ceramah-ceramah kami.

Kami berjuang untuk peneroka-peneroka Felda dan Generasi Baru Felda tanpa mengira aliran dan pegangan politik mereka.

Semasa kami memperjuangkan supaya setiap peneroka Felda dikeluarkan geran tanah diatas nama individu dan tidak atas nama kelompok atau koperasi telah memberikan faedah dan menfaat kepada seluruh peneroka Felda tanpa mengira pegangan politik.

Kami memperjuangkan hak peneroka Felda yang dimanipulasi pendapatan mereka berhubung dengan peratusan perahan KPG telah memberikan faedah yang besar kepada setiap peneroka di Malaysia.

Hasil dari perjuangan kami maka pada hari ini peratusan perahan KPG telah dinaikkan dengan serta merta kepada 20%-21% daripada kebiasaannya sebanyak 17%-19%. Walaupun kenaikan itu hanya diantara 2% hingga 3% sahaja, tetapi faedahnya amatlah besar kepada peneroka-peneroka. Setiap 1% berharga RM33.00 (minima) bagi setiap tan sawit maka perbezaan 3% sudah memberikan faedah sebanyak RM99.00 kepada peneroka bagi setiap tan, dan jika si peneroka itu mengeluarkan 10 tan setiap bulan, maka peneroka itu akan memperolehi tambahan pendapatan sebanyak RM99.00 x 10 tan iaitu sebanyak RM990.00 setiap bulan, satu tambahan pendapatan yang agak besar bagi peneroka-peneroka itu.

Makmal membuktikan bahawa peratusan perahan KPG adalah didalam lingkungan 25% hingga 27%, ini bererti ujud baki beza sebanyak 7%. 7% x RM33.00 = 230.00 bagi setiap tan, dan jika peneroka itu mengeluarkan 10 tan sebulan, maka pendapatan mereka yang dimanipulasikan oleh Felda adalah sebanyak RM2,300.00 setiap bulan, bayangkan berapa jumlah pendapatan peneroka yang sudah dimanipulasikan oleh Felda didalam tempoh 15 tahun.

Tuntutan kepada jumlah pendapatan yang dimanipulasikan ini adalah untuk faedah peneroka, tanpa mengira aliran politik yang mereka pegang, dan kami tidak pernah membezakan diantara peneroka Pembangkang dengan Peneroka UMNO.

Ramai daripada mereka yang terlibat menuntut kepada Felda adalah terdiri daripada peneroka-peneroka UMNO dan mereka yang terlibat itu sudah pun mendapat faedah awal dengan kenaikan peratusan perahan KPG dan akan menikmati pendapatan yang besar apabila tuntutan mereka itu nanti akan diputuskan oleh Mahkamah seperti yang telah diputuskan didalam kes Felda Kemahang 3 di Kelantan.

Isu pemansuhan Felda Plantation untuk faedah Generasi Baru Felda juga tidak wujud perbezaan diantara mereka yang berada di pihak pembangkang dan di pihak UMNO. Generasi Baru Felda yang terdiri daripada UMNO dan Pembangkang memperolehi faedahnya apabila Felda Plantation dapat dimansuhkan dan tanah diladang-ladang itu diagih-agihkan kepada mereka tanpa mengira pegangan politik mereka.

Begitu juga isu yang kami utarakan untuk menghapuskan hutang peneroka-peneroka Felda. Tuntutan ini bukan berlandas kepada isu politik atau emosi tetapi diatas fakta bahawa peneroka-peneroka Felda sebenarnya tidak berhutang dengan Felda tetapi sebaliknya Feldalah yang berhutang dengan peneroka-peneroka.

Jika seseorang peneroka itu menguruskan ladangnya sendiri, pada tahun ke-4 selepas ditanam semula, beliau boleh berpendapatan lebih kurang RM2000.00 sebulan dan pendapatan bulanan ditahun ke-5, ke-6, ke-7 dan ke-8 setiap bulan darinya adalah melebihi RM3000.00 sebulan.

Maka pada tahun ke-8 itu Felda biasanya memberitahu bahawa seseorang peneroka itu telah berhutang sejumlah tidak kurang dari RM90,000.00 dengan mengambil kira bahawa semua kos pembangunan, pengurusan, tanam semula dan elaun sara hidup didahulukan oleh Felda.

Felda tidak pernah menyerahkan Penyata Kira-Kira (Kunci Kira-Kira) yang mengandungi tanggungan (hutang) dan pendapatan. Tetapi dengan pengiraan bahawa si peneroka itu boleh berpendapatan tidak kurang dari RM204,000 dalam tempoh itu, tetapi pendapatan itu tidak dikeluarkan kepada peneroka, maka jika dibuat penolakan diantara pendapatan yang boleh diperolehi dengan hutang yang ditentukan oleh Felda itu, maka lebihan pendapatan adalah RM114,000.00. Pendapatan ini dinafikan kepada peneroka-peneroka.

Jika diambil pendapatan sebenar yang diperolehi oleh peneroka-peneroka yang tanam sendiri yang boleh berpendapatan paling minima RM5000.00 sebulan, maka adalah lebih besar lagi hutang Felda kepada peneroka-peneroka.

Maka apabila peneroka-peneroka menuntut supaya hutang mereka dihapuskan ini bermakna tuntutan mereka itu adalah adil dan yang hak.

Disini tidak timbul sebarang cacian, atau fitnah. Tuntutan ini berlandaskan semata-mata kepada fakta dan mendatangkan faedah kepada peneroka-peneroka yang selama ini dinafikan pendapatan kerana wujudnya manipulasi.

Oleh kerana itu, amatlah tidak adil bagi sesiapapun yang mengatakan bahawa penerangan kami berbentuk cacian, maki hamun dan fitnah.

Insya Allah, perjuangan ini akan difahami oleh semua pihak walaupun ada golongan tertentu cuba menyekat penerangan dari kami dengan pelbagai cara.

Kombinasi Mazlan Aliman, Suhaimi Said, Rebin Birham dan Zabidie

Posted: 20 Dec 2011 06:17 AM PST


Pakatan Rakyat Kuala Krau mempertemukan pejuang-pejuang Peneroka Felda dan Generasi Baru Felda didalam satu Majlis Penerangan di Felda Jenderak Utara pada 30hb Disember 2011, satu pertemuan yang sangat dinanti-nantikan oleh seluruh masayarakat Peneroka Felda di Negeri Pahang.

Mazlan adalah Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang terkenal dengan kekentalan perjuangannya menuntut keadilan untuk peneroka-peneroka Felda dengan memberikan tumpuan kepada perjuangan untuk generasi baru Felda yang kini berjumlah lebih dari satu juta manusia.

Rebin Birham pula adalah seorang anak Peneroka Felda Palong 10 yang begitu aktif memperjuangkan hak dan kepentingan Peneroka-Peneroka Felda dan sebagai anak muda beliau memberikan tumpuan kepada generasi muda Felda khususnya di Negeri Sembilan.

Dengan kegiatan yang beliau ceburi di rancangan-rancangan Felda di Negeri Sembilan, Parti Keadilan Rakyat telah berjaya menubuhkan ranting-ranting PKR di seluruh rancangan Felda di DUN Palong, dan menghampiri 1000 orang ahli-ahli UMNO disana menyertai PKR.

Sdr Zabidie Abas adalah pengasas ANAK dan beliau telah menjadi tunggak kepada Persatuan itu dengan memegang jawatan sebagai Setiausaha dari sejak penubuhannya sehinggalah kini beliau menjadi Naib Presiden kepada Persatuan itu.

Beliau kini menjadi Setiausaha Pengelola kepada Parti Keadilan Rakyat Negeri Johor dan terlibat secara aktif dengan Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR serta menjadi salah seorang penggerak kepada Task Force Felda Negeri Selangor.

Saya (Haji Suhaimi Said) adalah seorang veteran didalam perjuangan menegakkan keadilan untuk peneroka-peneroka Felda bermula dengan perjuangan menuntut Hakmilik Individu untuk peneroka Felda keatas tanah ladang mereka dan kerana itu telah 2 kali disumbatkan oleh UMNO/BN kedalam ISA.

Kini saya memimpin Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat serta menjadi konsultan kepada Task Force Felda Negeri Selangor.

Pada 30hb Disember 2011 nanti kami berganding bahu menjayakan program penerangan Pakatan Rakyat di Felda Jenderak Utara, Kuala Krau dan sudah tentu peneroka-peneroka seluruh Pahang khususnya sekitar Parlimen Kuala Krau, Jerantut dan Maran akan menghadiri Ceramah yang bersejarah itu.

Ketua PKR Ranting Paya Mendoi Beransur Pulih

Posted: 20 Dec 2011 05:58 AM PST




Saya dan Kak Hendon mengambil peluang pada siang tadi melawat Sdr Daud Busu, Ketua PKR Ranting Kg Paya Mendoi yang juga AJK PKR Cabang Kuala Krau.

Beliau telah diserang oleh stoke dan tidak berupaya menggunakan anggota badannya sehinggakan percakapannya menjadi sukar dan telo.

Beberapa minggu beliau hanya terbaring di tempat tidur. Tetapi Alhamdulillah sejak beberapa hari yang lepas beliau sudah boleh bangun tetapi percakapannya tidak serancak dulu dan pergerakannya masih lemah.

Beberapa hari lalu beliau cuba menaikki motosikal untuk pergi sekeliling kampong, tetapi beliau telah terjatuh.

Saya dan Kak Hendon sampai di rumahnya jam 4.30 petang tadi. Kami membawa sedikit buah tangan untuknya. Beliau masih belum boleh membuat apa-apa kerja.

Tetapi semangatnya cukup tinggi. Beliau menyatakan bahawa beliau tetap akan bertugas untuk parti semasa PRU akan datang dan akan turut hadir pada 24hb Disember 2011 akan datang ke Kg Penderas bagi mendengar ceramah oleh Sdr Bob Mazlan mengenai Dasar PKR terhadap tanah Orang Asal. Bob Manolan adalah Timbalan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat dan AJK AMK PKR Pusat.

Kami doakan agar Daud sembuh dengan cepat.

Tiada ulasan: