Anwar Ibrahim |
- Penyata Akaun Negara Sahkan Pinjaman Mahathir Dari Bank Dunia
- Surat Terbuka Tokoh Dan Sarjana Islam Berhubung Fitnah Keatas Dato Seri Anwar Ibrahim
- Skandal NFC: Keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil Beli Kondominium Mewah Berharga RM9.9 Juta Di Singapura
- Fitnah II: NGO Islam Ingatkan Hukum Qazaf
- NFC: Sidang Media Tergempar Hari Ini
Penyata Akaun Negara Sahkan Pinjaman Mahathir Dari Bank Dunia Posted: 20 Dec 2011 05:50 PM PST KEADILAN sekali lagi tampil dengan bukti menyanggah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menafikan membuat pinjaman dari Bank Dunia pada 1999. Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, meskipun Mahathir 'meragui' dokumen rasmi Bank Dunia berhubung pinjaman itu, namun beliau tidak boleh menafikan dokumen rasmi kewangan negara yang dikeluarkan kerajaan Malaysia dan diluluskan di parlimen. Dokumen itu ialah penyata Akaun Memorandum hutang Awam Luar Negeri pada 31 Disember 2008, yang terkandung dalam Anggaran perbelanjaan persekutuan 2010 dan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 23 Oktober 2009. "Penyata tersebut mengesahkan bahawa Kerajaan Malaysia telah mengambil pinjaman dari Bank Dunia dalam tahun 1999 dengan rujukan "4452 MA Projek Sokongan Sektor Sosial" dari Bank Dunia,". "Kadar faedahnya adalah 7.47% bagi tahun 2008 dan sehingga 31 Disember 2008, Kerajaan Malaysia masih berhutang sebanyak RM701,040.14 daripada keseluruhan pinjaman berjumlah USD60 juta yang diambil dalam tahun 1999," kata Rafizi dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini. Rafizi yang menulis surat kepada Bank Dunia bagi mengesahkan pinjaman itu, turut membidas kenyataan Tun Mahathir yang mempersoal kenapa isu itu baru dibangkitkan sekarang. "Saya nasihat mudah saja. Sekarang kita hanya bolehsearch internet. Ia tak sama macam tahun 1999. Kini semua dokumen rasmi ada di internet, cuma nak tahu macam mana nak cari sahaja," kata beliau. Tegas Rafizi, KEADILAN menuntut Mahathir memohon maaf secara terbuka kerana kenyataan beliau yang jelas merupakan satu pembohongan. "Sewajarnya Tun Mahathir Mohamad perlu menerima hakikat bahawa beliau telah tersilap dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana berbohong mengenai bantuan Bank Dunia kepada Malaysia dalam tahun 1999," tegasnya |
Surat Terbuka Tokoh Dan Sarjana Islam Berhubung Fitnah Keatas Dato Seri Anwar Ibrahim Posted: 20 Dec 2011 03:05 AM PST Penerangan: Surat Terbuka oleh tokoh dan ilmuwan Islam ini diterbitkan pada Julai 2008 oleh Majalah Islamica. Admin blog berhasrat memaparkan semula surat terbuka ini kerana keprihatinan rakyat terhadap kezaliman ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Surat ini menjadi saksi betapa ramai sarjana dan tokoh umat Islam yang khuatir fitnah berterusan ke atas beliau. Moga kita mendapat manfaat dari surat ini. Letter signed by 45 Islamic scholars concerning Anwar Ibrahim published by the Islamica Magazine. In the Name of Allah, the Compassionate, the Merciful May Peace and Blessings be upon the Prophet Muhammad and his kin
OPEN LETTER CONCERNING DATUK SERI DR. ANWAR IBRAHIM Al-Salaamu 'Alaikum wa Rahmatullah wa Barakatuhu, We, the undersigned, believe the honorable brother Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim to be of the highest ethical and moral integrity, a devout Muslim and a devoted father and husband. He is universally recognized as an advocate for justice and fairness, and he has a long history of promoting Islam and championing Islamic ethical and charitable causes. We are deeply concerned about the physical safety and freedom of our respected brother Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim. We are troubled by the unsubstantiated and clearly scurrilous claims made against him and his character. Allah says in the Holy Qur'an:
Our beloved Malaysia is today one of the leading countries of the Muslim Ummah. It is an example of a successful modern Islamic country, and in many ways a model and example for other Muslim countries. This has been due to the Grace of Allah and then largely to the historical and invaluable efforts and contributions made by Tun Dr. Mahathir Mohammed and Prime Minister Datuk Seri Abdullah Badawi (among others). Every Muslim who knows anything about Malaysia is proud and appreciative of these efforts. Equally, every Muslim who knows Malaysian politics is appreciative of the formidable political courage in leadership exhibited by Tun Dr. Mahathir Mohammed during his time as Prime Minister of Malaysia and of the example of personal piety and forbearance that Prime Minister Datuk Seri Abdullah Badawi has given the Ummahtoday. Indeed, perhaps precisely because of Malaysia's prominence within the Ummah and the world, we would like to point out that the global Muslim community is paying close attention to the way our respected and honorable brother Dr. Anwar Ibrahim is treated. We have no wish to interfere in the internal politics of Malaysia, or in civil and criminal accusations within the country, which we reiterate are ultimately the business only of the Malaysian state and people. However, the spectacle, ten years ago, of our respected brother Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim sitting patiently in court after having been personally and illegally beaten up by then Police Chief of Malaysia is still fresh within our minds as a travesty of justice and impartiality under the law in a leading Muslim country. We are all still ashamed of that image, which will ever be indelibly engraved in our memories. So we remind our bothers in Malaysia that our beloved Prophet Muhammad (may the peace and blessings of Allah be upon him) said that justice is the very goal of government in Islam. And Allah Himself says in the Holy Qur'an:
Thus we feel that we have a right — and indeed, an obligation under Islam — tostrongly urge the Malaysian authorities to facilitate a swift, transparent and just resolution to this issue and resolutely ensure the safety, freedom and physical well-being of our honorable and respected brother Anwar Ibrahim. Allah says in the Holy Qur'an:
Moreover, given the political implications of the timing of this latest incident; given the political undertones of the previous incidents of similar accusations made in 1998 — which led to the wrongful incarceration of Dr. Anwar Ibrahim for six years, and that have since been publicly refuted in the highest Malaysian court of law — and given the proven questionable nature of the authorities involved in the investigation, we feel morally obliged to also state our deep concern about the prospects of true justice for Anwar Ibrahim in the current authorities in the police and prosecution departments (whose leadership was personally involved in Dr. Anwar Ibrahim's previous unjust accusations) without deliberate, careful, impartial and independent political oversight. Allah says in the Holy Qur'an:
Finally, we are morally obliged as Muslims to also point out that our religion and our beloved Prophet Muhammad (may the peace and blessings of Allah be upon him) regard false accusations in these matters to be of extremely grave consequence. In fact, under Islamic Law, accusations of this magnitude that are not substantiated by four eye-witnesses of impeccable character (such as did not occur neither with these accusations nor with the previous ones) incur severe legal punishment only for the accusers themselves. Perhaps what is most insidious and disturbing, however, is the likely malevolent and slanderous intent behind these attacks on the moral character of our brother Dr. Anwar Ibrahim. Allah says in the Holy Qur'an:
However, we have complete trust in Allah and so remain hopeful that the highest political authorities in Malaysia will, in sha Allah, secure an honest and just outcome to this deeply troubling situation. Allah says in the Holy Qur'an:
Wal-Salaamu 'Alaikum wa Rahmatullah wa Barakatuhu. Signed by (in Alphabetical Order of First Names): Dr. Abubaker Al-Shingieti Prof. Dr. Akbar Ahmed Shaykh Al-Habib Ali Zain Al-Abidin Al-Jifri Mr. M. Ali Lakhani Dr. Anas Al-Shaikh-Ali Ms. Amina Rasul Prof. Dr. Aref Ali Nayed Ms. Asma Mirza Asst. Prof. Dr. Caner Dagli H.E. Shaykh Prof. Dr. Mustafa Ceri? Prof. Dr. Din Syamsuddin Mr. Eboo Patel Ms. Farah El-Sharif Shaykh Faraz Rabbani Dr. Faroque Khan Prof. Dr. H.R.H. Prince Ghazi bin Muhammad bin Talal Shaykh Salih bin Sultan Ghalib Al-Quaiti Mr. Hasan (Charles) Le Gai Eaton Dr. Ibrahim Kalin Prof. Dr. Ingrid Mattson Intisar Rabb, Esq. Dr. Jamal Barzinji Dr. Jonathan Brown Dr. Marve Kavakci Dr. Mohammad Fadel Dr. Mohamed Bechari Mohamed H. Marei Hafiz Moez Masoud H.E. Amb. Dr. Murad Hofmann Mr. Musa Saket Prof. Dr. Mustapha Cherif Prof. Dr. Muzammil H. Siddiqui Dr. Nabil El-Sharif Mr. Nihad Awad Shaykh Nuh Ha Mim Keller Dr. Seyyed Reza Shah-Kazemi H.E. Prof. Dr. Rusmir Mahmutcehajic Prof. S. Abdallah Schleifer Dr. Sayyid Syeed Dr. Sherman A. Jackson Mr. Sohail Nakhooda Prof. Dr. Sulayman S. Nyang Dr. Tawfik Awji Dr. Yusuf Islam Dr. Yousuf Zia Kavakci —- Terjemahan Dengan Nama Allah, Yang Maha Penyayang, Yang Maha Pemurah, Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad dan keluarganya. "…Dan apabila dua golongan orang mukmin berperang, maka damaikanlah antara keduanya.Sungguh Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil. /Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kemau mendapat rahmat. (Al Quran al Karim, Al- Hujurat, 49:9-10) SURAT TERBUKA BERHUBUNG DATUK SERI DR. ANWAR IBRAHIM Al-Salaamu 'Alaikum wa Rahmatullah wa Barakatuhu, Kami yang menandatangani surat ini, percaya saudara kami yang terhormat Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim merupakan seorang yang beretika dan tinggi integriti moralnya, Muslim yang patuh serta ayah dan suami yang setia. Beliau dikenali dunia sebagai pemimpin yang memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan, beliau mempunyai sejarah panjang dalam memartabatkan Islam serta mengangkat etika Islam dan usaha amal. Kami sesungguhnya mengambil berat akan keselamatan fizikal dan kebebasan rakan kami yang dihormati Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim. Kami terganggu dengan tuduhan tidak berasas yang dilemparkan ke atas beliau yang jelas cuba menghina keperibadian beliau. Allah berfirman dalam Al Quran al Karim: "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencri-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang menggunjing sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima taubat, Maha Penyayang." ( Al Quran, Al Hujurat, 49: 12) Negara Malaysia yang tercinta hari ini merupakan salah satu negara terkemuka buat umat Islam. Ia merupakan salah satu negara Islam moden, dan dalam banyak hal ia merupakan model dan contoh kepada negara Islam lainnya. Ini oleh kerana Rahmat Allah dan juga usaha serta sumbangan Tun Dr. Mahathir Mohammed dan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi. Setiap Muslim yang mengetahui Malaysia pasti akan berbangga dan menghargai usaha tersebut. Begitu juga setiap Muslim yang mengetahui mengenai politik Malaysia, pastinya menghargai kekuatan kepimpinan politik Tun Dr. Mahathir Mohammed yang ditunjukkan sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia, dan contoh ketakwaan serta kesederhanaan yang tampilkan oleh Perdana Menteri Abdullah Badawi kepada ummah masa kini. "Katakanlah: Tuhanku menyuruhku berlaku adil…." (Al- A'raf, 7:29) ?Oleh itu kami merasa kami mempunyai hak — atau sebenarnya satu tanggungjawab di atas nama Islam — untuk menyeru dengan tegas pihak berkuasa Malaysia agar memastikan satu penyelesaian yang adil, terbuka dan cepat ke atas masalah ini dan mestilah memastikan keselamatan, kebebasan dan kesihatan fizikal saudara kami yang dihormati Anwar Ibrahim. Allah berfirman dalam Al Quran Yang Mulia: "Kebenaran itu dari Tuhanmu, maka janganlah sekali-sekali engkau( Muhammad) termasuk orang yang ragu-ragu." ( Al – Baqarah, 2: 147) Tambahan lagi, waktu berlakunya insiden terbaru ini dan implikasi politiknya, serta menyedari motif politik ke atas insiden lepas dengan tuduhan yang sama yang dilemparkan pada tahun 1998 — mengakibatkan saudara Anwar Ibrahim dipenjarakan secara salah selama enam tahun, yang kemudiannya tuduhan itu ditolak oleh mahkamah undang-undang tertinggi di Malaysia — kami terpanggil atas dasar moral untuk menyatakan kebimbangan kami bila menyedari hakikat penglibatan pihak berkuasa di dalam siasatan, yang mana kedudukannya amat meragukan sekarang serta kemungkinan saudara kami Anwar Ibrahim, dinafikan keadilan yang sebenarnya, terutamanya dibawah kendalian pihak polis dan pihak pendakwaan( pimpinan jabatan itu secara peribadi terlibat dalam pertuduhan yang terbukti tidak adil ke atas Anwar Ibrahim) tanpa seliaan politik yang bebas serta pertimbangan yang berhati-hati, cermat, dan secara tidak memihak. Allah berfirman di dalam Al Quran: "Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi bantuan kepada kerabat, dan Dia melarang (melakukan) perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran." (Al-Nahl, 16:90) Terakhir sekali, kami sesungguhnya bertanggungjawab sebagai saudara Muslim untuk juga mengingatkan bahawa agama Islam dan Nabi Muhammad yang kami kasihi (rahmat Allah ke atasnya) menganggap tuduhan palsu seperti ini amat besar dosanya. Malah, di bawah undang-undang Islam, sekiranya dakwaan-dakwaan sebesar ini tidak disahkan melalui empat orang saksi yang berkeperibadian murni (pembuktian cara ini tidak pernah diberi pertimbangan kepada dakwaan-dakwaan di sini termasuk juga dakwaan yang terdahulu) dapat menyebabkan pihak penuduh dikenakan hukuman undang-undang yang berat. Namun apa yang amat merbahaya dan mengganggu, adanya kebarangkalian serta niat jahat dan unsur fitnah disebalik tohmahan dan tuduhan terhadap karakter moral saudara kami Anwar Ibrahim. Allah berfirman di dalam Al Quran: "(Ingatlah) ketika kamu menerima (berita bohong)itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikitpun, dan kamu menganggapnya remeh, padahal dalam pandangan Allah itu soal besar. / Dan mengapa kamu tidak berkata ketika kamu mendengarnya, "Tidak patas bagi kita membicarakan ini. Mahasuci Engkau, ini adalah kebohongan yang besar."/ Allah memperingatkan kamu agar (jangan)kembali mengulangi seperti itu selama-selamanya, jika kamu orang yang beriman.( Surat Al-Nur, 24:15-17) Sesungguhnya kami meletakkan seluruh kepercayaan kami kepada Allah dan sentiasa berharap, dengan izin Allah, agar kepimpinan tertinggi politik Malaysia memastikan penyelesaian yang telus dan adil kepada situasi yang amat menyulitkan ini. Allah berfirman dalam Al Quran yang Mulia: "Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung." (Ali Imran, 3:104) Wal-Salaamu 'Alaikum wa Rahmatullah wa Barakatuhu. |
Posted: 19 Dec 2011 09:59 PM PST Memandangkan UMNO dan Dato' Seri Shahrizat Jalil belum memberi tanda-tanda akan ada pertanggungjawaban kepada penyelewengan dana rakyat melalui NFC seperti yang dituntut rakyat, KEADILAN akan terus membongkar penyalahgunaan dana awam bagi kepentingan peribadi keluarga menteri berkenaan. KEADILAN boleh mengesahkan kami ada bukti-bukti pembelian sebuah kondominium mewah beralamat 7 Anthony Road, #14-24, Orchard Scotts, Singapore 229955 oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil pada 27 Januari 2010 (rujuk dokumen rasmi Singapore Land Authority yang disertakan bersama). Kondominium ini dibeli pada harga S$4,107,600 dan luasnya adalah 2,282 kaki persegi, iaitu salah satu unit yang terbesar di bangunan kondominium mewah di tengah-tengah kota Singapura itu. Harga itu dianggarkan bersamaan dengan RM9.9 juta pada kadar tukaran wang semasa urusniaga berlaku (rujuk dokumen rasmiSingapore Urban Redevelopment Authority rekod no 44 yang disertakan bersama). Pembelian harta mewah oleh keluarga menteri ini lebih memualkan bila mana ia didaftarkan terus di atas nama mereka, berbanding dengan pembelian dua buah kondominium mewah di One Menerung yang didaftarkan di atas nama syarikat National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd. Carian rasmi menunjukkan ia didaftarkan secara bersama di atas nama Dato' Seri Mohamad Salleh Ismail, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh dan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh. Pendedahan ini melengkapkan dakwaan KEADILAN sebelum ini bahawa dana dari NFC yang sepatutnya digunakan untuk membina industri daging negara telah disalurkan kepada syarikat-syarikat peribadi milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil seperti NMLC dan RFC. Lebih teruk lagi, wang dari syarikat-syarikat seperti NMLC dan RFC kemudiannya disalurkan pula ke syarikat-syarikat milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil di Singapura iaitu Meatworks (Singapore) Pte Ltd dan Global Biofuture Pte Ltd yang menjalankan operasi perniagaan yang tidak ada kena mengena dengan tujuan bantuan dana kerajaan berjumlah RM250 juta kepada NFC. Meatworks (Singapore) Pte Ltd dilaporkan menjalankan perniagaan restoran mewah di Singapura, sementara Global Biofuture Pte Ltd pula menjalankan perniagaan perdagangan minyak dan ternakan. Pada hari ini, KEADILAN boleh mendedahkan satu komunikasi (dalam bentuk email) di antara Saudara Wan Shahinur Izran dengan Saudari Donna Yong yang menguruskan perniagaan restoran di Singapura bagi pihak keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil (sila rujuk dokumen email yang disertakan bersama). Email ini membincangkan pemindahan wang yang diperlukan untuk membiayai perniagaan restoran mewah di Singapura. Bagi tempoh 3 bulan di antara Oktober 2010 dan Disember 2010, keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil dianggarkan memindahkan sejumlah S$530,000; bersamaan RM1.3 juta dari dana milik kerajaan untuk membiayai perniagaan peribadi di Singapura. Jika ini berlaku sepanjang tahun 2010 dan 2011, kemungkinan jumlah wang yang telah dilarikan mencecah RM10 juta hanya untuk satu perniagaan di Singapura. Amalan ini sudah tentu turut berleluasa dengan syarikat-syarikat lain yang dimiliki oleh mereka di Singapura. Oleh kerana syarikat-syarikat ini adalah milik penuh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil, wang dari NFC boleh sahaja dipindahkan terus ke akaun syarikat-syarikat ini, kemudiannya dikeluarkan oleh keluarga menteri untuk membiayai pembelian peribadi seperti kondominium mewah di Orchard Scotts. Dato' Seri Najib Tun Razak tidak boleh berdiam diri lagi kerana pendedahan demi pendedahan membuktikan berlaku penyelewengan berleluasa dalam penggunaan dana rakyat berjumlah RM250 juta itu. Kami mendesak beliau mengambil tindakan segera membekukan kesemua akaun bank dan perbelanjaan NFC serta syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil, sementara siasatan yang lebih telus dan serius dijalankan secepat mungkin.
MOHD RAFIZI RAMLI, PENGARAH STRATEGI KEADILAN YB SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL, SETIAUSAHA AGONG KEADILAN YB ZURAIDA KAMARUDDIN, KETUA WANITA KEADILAN |
Fitnah II: NGO Islam Ingatkan Hukum Qazaf Posted: 19 Dec 2011 08:05 PM PST Sebuah NGO Islam, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) mengulangi semula tuntutan qazaf dalam kes fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kenyataan itu dikeluarkan susulan beberapa kekeliruan yang dilakukan mantan pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), prof Dato Dr Sidek Baba dan Dr Yusri Muhammad, berhubung tuduhan liwat dan Zina terhadap Anwar. Dr Sidek Baba ialah pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan pernah memegang beberapa jawatan dalam Abim termasuk sebagai Naib Presiden. Manakala Dr Yusri Muhammad yang pernah memimpin ABIM sebagai Presiden, baru melepaskan jawatannya sebagai pensyarah di UIAM dan kini selaku Yang Di Pertua Yayasan Sofa, Negeri Sembilan. Sehubungan itu, Setiausaha Agung Wadah, Abdul Halim Ismail menegaskan kembali pendirian yang diambil dalam satu pernyataan bersama yang dibuat dengan Abim dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), dalam isu yang sama pada 27 Mac lalu. Memetik ayat Al Quran yang menyebut tentang hukum qazaf- iaitu menuduh seseorang melakukan zina dan liwat- Wadah mengingatkan sikap dan pendirian berhubung isu itu perlu dibuat berlandaskan syariat. Sambil menegaskan bahawa Wadah menolak pertuduhan liwat dan zina terhadap Anwar dan menganggapnya sebagai 'gejala fasik', NGO itu juga menasihati mereka yang terlibat dalam jenayah qazaf supaya insaf dan merujuk kembali kepada amaran Allah. "Sehubungan dengan ini juga, Wadah ingin menegaskan bahawa sebarang kenyataan, pandangan atau pendapat yang dikeluarkan oleh Prof Dato' Dr Sidek Baba dan Dr Yusri Muhammad, termasuk yang berkaitan dengan isu ini, adalah tidak mewakili pandangan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)," tegas beliau. |
NFC: Sidang Media Tergempar Hari Ini Posted: 19 Dec 2011 07:46 PM PST Satu sidang media tergempar akan dibuat jam 12 tengahari ini (Selasa, 20 Disember 2011) di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana untuk membuat satu lagi pendedahan mengenai skandal NFC. Pendedahan pada hari ini melibatkan penyalahgunaan wang untuk membeli aset, yang belum didedahkan sebelum ini. Sidang media akan dihadiri YB Saifuddin Nasution, YB Zuraida Kamaruddin dan Sdr.Rafizi Ramli |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan