The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
Kisah Bergambar Ceramah PKR di Kuala Krau Posted: 19 Dec 2011 05:48 PM PST PKR Cabang Kuala Krau telah mengadakan Ceramah pada 18hb Disember 2011 bermula jam 8.45 malam. Penceramah-penceramahnya terdiri daripada YB Elizabeth Wong, YB Hee Loy Sian, Ginie Lim, Rebin Birham, Ustaz Shamsul Firdaus, Pak Jabit dan Haji Suhaimi Said. Ginie Lim datang dari Melaka dan jam 7.00 malam Kak Hendon ambil dia di stesyen bas (terminal bas) Temerloh. YB Eli berceramah di Taman Saga Temerloh sebelum ke Kuala Krau. YB Hee sampai jam lebih kurang 8.30 malam dan sebelumnya Rebin Birham dan Ustaz Shamsul telah tiba. Ada jamuan ikan patin masak tempoyak, semua mereka yang sampai sebelum jam 9.00 malam kesemuanya telah menjamu selera, masakan yang disediakan memang mengambil kira kepada mereka yang datang kerana di Pekan Kuala Krau ini sukar juga mendapatkan makanan setelah waktu senja kecuali mereka pergi ke Tanjung Kubu lebih kurang 2 km dari Pekan Kuala Krau, disana ada banyak gerai makanan. Hujan turun dari pagi hingga ke waktu ceramah. Menggusarkan hati saya bimbang-bimbang tidak ada orang yang datang kerana keadaan cuaca itu. Kak Hendon telah talipon kepada Azmi Zainun, Naib Ketua 2 PKR Cabang untuk mendapatkan kanopi, harapan untuk mendapatkannya amat tipis, kerana 18hb Disember itu adalah hari Ahad, dimana nak dicarikan kanopi itu. Azmi telah menemui rakan-rakan dari DAP. Mereka telah usahakan dan dapat kanopi dan kerusi-kerusi. Bayaran? Percuma. Alhamdulillah, inilah kerjasama yang rapat di kalangan parti-parti didalam Pakatan Rakyat. Maka didalam hujan yang gerimis itu berlangsunglah ceramah PKR di Pekan Kuala Krau, dengan kedua-dua kanopi itu dipenuhi dan yang lain-lain duduk di kaki-kaki lima kedai dan kehadiran yang memberangsangkan itu membawa makna besar. Petugas-petugas parti terdiri daripada anggota wanita Kuala Krau telah mengedarkan Risalah "Kak Wan" untuk kutipan derma. Alhamdulillah, lebih dari RM300.00 telah dikutip hasil daripada edaran itu. Ceramah selesai jam menghampiri 12.00 tengah malam. Satu ceramah di pekan kecil ini yang berjaya! |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan