Anwar Ibrahim |
- Mahathir Bohong, Dokumen Bank Dunia Buktikan Pinjaman
- ‘Proof’ That Dr M Accepted World Bank Aid
- Kehebatan Melayu Pada Agama Dan Akhlaknya
Mahathir Bohong, Dokumen Bank Dunia Buktikan Pinjaman Posted: 18 Dec 2011 09:52 PM PST KEADILAN mengemukakan tiga dokumen rasmi Bank Dunia berhubung salah satu dari empat pinjaman berjumlah US$704 juta oleh kerajaan Malaysia. Ketiga-tiga dokumen berhubung pinjaman US$60 juta itu secara jelas membuktikan rundingan pinjaman berlaku selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara dan dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kewangan. Ia susulan kenyataan Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mencabar Ketua Pembangkang itu menunjukkan surat yang ditulis beliau kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999. Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli merujuk Kertas Maklumat Projek bertarikh 23 Oktober 1998, iaitu laporan awal oleh Bank Dunia untuk menilai permohonan pinjaman sesebuah negara. "Ia adalah dokumen pertama yang disediakan sebelum pun rundingan bermula. "Tarikh 23 Oktober 1998 membuktikan bahawa proses rundingan pinjaman tersebut bermula selepas Dato' Seri Anwar Ibrahim dipecat dan dipenjarakan. "Ia mustahil melibatkan Dato' Seri Anwar Ibrahim seperti yang selalu didakwa Tun Mahathir Mohamad dan Umno," ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini. Kedua, katanya, Mahathir mengarahkan kerajaan memohon pinjaman Bank Dunia berdasarkan Laporan Penilaian Permohonan Pinjaman bertarikh 3 Mac 1999, yang secara jelas menunjukkan agensi bertanggungjawab berunding dengan Bank Dunia untuk mendapatkan pinjaman adalah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. "Permohonan pertama dibuat pada 26 Julai 1998. Laporan dan rundingan berikutnya (yang hanya bermula selepas Dato' Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan) ditangani sepenuhnya oleh Unit Perancang Ekonomi, yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir Mohamad," kata Rafizi. Ketiga, katanya, perjanjian ditandatangani pada 31 Mac 1999 di bawah persetujuan Mahathir, berdasarkan Perjanjian Pinjaman antara Kerajaan Malaysia dan Bank Dunia (Loan Agreement) bernombor 4452-MA yang bertarikh 31 Mac 1999. "Perjanjian ini ditandatangani di bawah arahan dan persetujuan Tun Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan. "Jelas sekali bahawa Tun Mahathir Mohamad telah berbohong apabila beliau mengaku tidak mahu menerima bantuan kewangan dari institusi antarabangsa seperti Bank Dunia," kata Rafizi. Malah, katanya, pentadbiran Mahathir di bawah arahan dan seliaan beliau, bertanggungjawab membuat permohonan mendapatkan bantuan kewangan Bank Dunia. Rekod kewangan di bawah Anwar baik Menurut Rafizi, KEADILAN menegaskan bahawa fitnah Mahathir terhadap Anwar dalam hal ini tidak lebih dari usaha beliau memadamkan rekod pentadbiran kewangan yang baik semasa Anwar menjadi menteri kewangan. Malaysia katanya berjaya mencapai lebihan belanjawan ketika Anwar memegang portfolio Menteri Kewangan sehingga berjaya melangsaikan hutang dengan lebih awal dalam tahun-tahun 1993 hingga 1996, berbanding dengan defisit belanjawan yang berpanjangan sejak Tun Mahathir Mohamad mengambil alih jawatan itu dalam tahun 1998. "Beliau juga bertanggungjawab menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Negara dan Kumpulan Wang Amanah Pencen, bertujuan menjaga kepentingan rakyat melalui danaamanah yang dikawal ketat dan bebas dari salahguna kerajaan. "Malangnya, dana ini turut disalahgunakan dan menyimpang dari niat asal penubuhannya," ujar Rafizi |
‘Proof’ That Dr M Accepted World Bank Aid Posted: 18 Dec 2011 09:37 PM PST PKR has obtained documents that a unit under the Prime Minister’s Office, under then premier Dr Mahathir Mohamad, had prepared for a US$60 million loan from the World Bank. According to the publicly available World Bank document dated March 3, 1999, the Economic Planning Unit had prepared for the social-sector loan as early as July 26, 1998. Revealing this at a press conference at PKR headquarters today, party chief of strategy Rafizi Ramli(right) said this is proof that Mahathir had lied when he said he had rejected any financial assistance from the bank. “The agreement was signed by the government, whose prime minister and finance minister at the time was Mahathir, at a time when (PKR de facto leader and former deputy prime minister and finance minister) Anwar Ibrahim was in jail with a bad back and a black eye. His involvement is impossible,” he said. |
Kehebatan Melayu Pada Agama Dan Akhlaknya Posted: 18 Dec 2011 09:32 PM PST Oleh Afix Redzuan Ketua Imam Khalifah Besar Seni Silat Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pengamal ilmu persilatan supaya berada di landasan perjuangan yang betul dalam usaha memartabatkan agama Islam dan bangsa Melayu. Anwar dalam ucapannya berkatanya, budaya fitnah yang menular dalam kalangan masyarakat sejak sekian lama menjadi punca perpecahan sehingga terjatuhnya empayar Melayu yang satu ketika dahulu berdiri megah. Jelas beliau, bukan semua Melayu itu wajib bersatu sebaliknya bersatu mempertahankan prinsip keadilan dan kebenaran dan bukannya bersama dalam melakukan kezaliman dan kerosakkan. Anwar turut menganjurkan kepada anak-anak gayong supaya kembali membaca hikayat sejarah perjuangan melibatkan Hang Tuah dan Hang Jebat yang mempopularkan “Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah”. “Perlawanan mereka itu dalam sejarah tiada tolok bandingnya. Tetapi dalam perlawanan itu mereka ada dialog, bukan pencak sahaja. Jebat hairan 'Tuah aku datang untuk mempertahankan kamu.’ Tuah terima, tapi tuah kata aku tak sanggup kamu ingkar kepada arahan Raja. Jebat kata raja zalim, tidak mahu mencari kebenaran. Terpengaruh dengan orang sekelilingnya. Maka berlakulah pertempuran. “Maka berakhir dengan tragedi, Hang Tuah menang, kalah Melayu. Itu maknanya, sejarah Melayu ertinya permulaan kepada tewasnya Melayu. Panglima sebesar Hang Tuah menjadi korban. Panglima segigih Hang jebat mati dibunuh. “Sebab itu kita mesti hayati ini adalah mulanya jatuh empayar Melayu kerana fitnah, tidak mempertahankan prinsip keadilan, tidak mahu mengangkat martabat bangsa tetapi menjadi alat, korban akibat daripada gerombolan kecil yang membawa fitnah dan kerosakan,” katanya. Beliau turut mengingatkan anak muda masa kini supaya mewarisi semangat kental pejuang terdahulu selain penekanan sesi pentarbiahan supaya pejuang yang dilahirkan tidak mudah tewas dengan sogokan harta benda, wang ringgit dan pangkat sehingga sanggup membelakangkan perjuangan. “Memartabatkan bangsa Melayu dari segi budaya dengan prinsip akidah agamanya. Bukan angkuh bangsanya bukan hina kaum lain. Hebat Melayu itu kerana jiwa dan rupaya. Melayu itu dibentuk melalui agama yang membentuk akhlaknya yang memperjuang dan menegakkan keadilan. “Maka perpaduan itu wajib. Bersatu untuk membawa kebaikan dan ketaqwaan kepada Allah Taala,” katanya di Majlis Khazanah Tamadun Islam dan Koleksi Seni Silat Pusaka Gayong di Dewan Sri Zaleha, NAZA Gurun, Gurun, Kedah. Turut serta dalam majlis tersebut Mahaguru Seni Silat Pusaka Gayong, Datuk Raja Abdul Majid Mat Isa. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan