The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
- Demi perjuangan, Demi Rakyat...!
- Team bola tampar, team bolasepak dan team futsal PKR Penderas
- Geram dengan sikap sesetengah rakan ...
Demi perjuangan, Demi Rakyat...! Posted: 05 Dec 2011 02:19 PM PST Hari ini saya meneruskan panggilan perjuangan dan jam 10.00 pagi nanti akan berada di Felda Palong 10, Jempol, Negeri Sembilan. Tugas utama disini adalah untuk mempastikan Surat Perjanjian yang bakal ditandatangani oleh Peneroka dengan Kontraktor adil dan seimbang dan tidak merugikan peneroka. Peneroka menyerahkan ladang mereka untuk ditebang oleh Kontraktor, dan ladang yang mereka serahkan ini pada setahun yang lalu menjadi bahan kontrak antara Felda dan Kontraktor untuk ditebang dan dijualkan kayu getah diatasnya; tetapi kedua-dua Felda dan Kontraktor berkenaan telah gagal menjalankan tugas yang mereka persetujui yang melibatkan harta Peneroka tetapi tidak melibatkan Peneroka sebagai pihak didalam Perjanjian itu. Anih! Pengurus Felda Palong 10 telah memberikan berbagai amaran kepada Peneroka yang akan menyerahkan ladang mereka untuk ditebang kayu getah diatasnya dan konco-konco pengurusan ada yang mengatakan bahawa peneroka-peneroka ini akan dibuang dari rancangan Felda jika engkar. Insya Allah, Peguam-Peguam bagi peneroka-peneroka ini akan mempertahankan kedudukan Peneroka Felda itu. Kesemua Peneroka-Peneroka yang terlibat di Palong 10 itu adalah ahli-ahli UMNO. Selepas menjalankan tugas di Palong 10, saya akan ke Palong 9 untuk bertemu dengan Jentera Pilihanraya Palong 9. Persediaan KEADILAN Dun Palong kini jauh berbeza dengan 2008, dan Insya Allah, dengan kekuatan baru di kawasan ini, PKR akan berjaya menawan DUN Palong. Pada malam ini pula saya akan ke Felda Palong 8 untuk bertemu dengan Jawatankuasa Penaja PKR Ranting Felda Palong 8 untuk menerangkan peruntukan Perlembagaan PKR kepada mereka supaya mereka dapat dipandu didalam pengurusan Ranting yang betul. Malam ini saya akan menginap di rumah Sdr Latif, Ketua PKR Ranting Palong 10; dan jam 8.00 pagi esuk akan bertolak ke Segamat ke kawasan Parlimen Sekijang. Jam 10.00 pagi akan bertemu dengan Jentera Pilihanraya kawasan Parlimen Sekijang. Majlis-Majlis Dialog telah diaturkan oleh PKR Cabang Sekijang untuk rancangan-rancangan Felda Pemanis dan Kemelah jam 3.00 petang dan pada jam 8.30 malam ceramah di Felda Redong. Saya akan menginap di rumah Pn Natrah Ismail, Timbalan Ketua PKR Cabang Sekijang di Segamat pada malam itu. Pada hari Rabu saya akan bertolak ke rancangan-rancangan Felda di Melaka, dan jadual lawatan kerja saya disana masih belum diberitahu kepada saya. Sdri Ginie Lim akan menghubungi saya kemudian. |
Team bola tampar, team bolasepak dan team futsal PKR Penderas Posted: 05 Dec 2011 04:25 AM PST Pasukan Bolatampar Wanita PKR Ranting Kg Penderas ditubuhkan dengan diraikan oleh ahli-ahli PKR kampong tersebut - 5.12.11 (Laungan Reformasi turut bergema) Sdr Hafez Harun, Naib Ketua PKR Cabang Kuala Krau menyampaikan jaring untuk bolatampar kepada Rosman (Ketua Pasukan) dan Yantie. Sdr Abd Razak Hussain, Timbalan Ketua PKR Cabang Kuala Krau menyampaikan sebiji bola Bolatampar kepada Ketua Pasukan, Rosmah Chim Sdr Mohd Saludin Omar, Pengerusi Tetap P{KR Cabang Kuala Krau menyampai sebiji bola kepada Rosmah Chim, Ketua Pasukan. Hari ini tertubuhlah pasukan Bola Tampar wanita bagi KEADILAN Ranting Kg Paya Luas dan dengan latihan yang akan diteruskan mereka bersedia mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan-pasukan sekitar Kuala Krau. Sementara itu Pasukan Bolasepak PKR Ranting Penderas dan Pasukan Futsal akan dirasmikan pada 28hb Disember 2011 apabila 2 team futsal dan sebuah team Bolasepak akan ditubuhkan. |
Geram dengan sikap sesetengah rakan ... Posted: 04 Dec 2011 11:30 PM PST Semalam saya berada di Pekan, Pahang. Saya berjumpa dengan rakan-rakan dari parti sahabat, yang mengambil sikap yang betul-betul menghinakan. Dia berkata bahawa mereka itu susah nak diharapkan, hari ini mereka berkata begini, tapi esuk mereka sudah berpendirian lain. Mereka itu tidak boleh diharap, ada sedikit imbuhan yang kecil, mereka sudah boleh berpaling tadah. Bila saya bertanya berapa lama mereka sudah bergaul dengan kaum itu. Lama, jawab mereka, bertahun-tahun. Berapa kali sebulan mereka menemui kaum itu? Tak adalah begitu, adalah sekali dua dalam masa setahun. Dalam pertemuan sekali dua dalam tempoh setahun itu, apakah bentuk perhubungan yang dijalinkan dengan kaum itu. Kami bertukar fikiran dan memberi pengaruh supaya mereka berubah dari menyokong UMNO kepada parti kita. Nampaknya, mereka bersetuju, tapi esuknya bila kami jumpa lagi, mereka sudah ada pendirian lain. Cis, inikah bentuk hubungan yang dijalin? Ini semacam sakit jantung yang diobat dengan panadol. Jangan diharap sesiapa juga yang boleh menyokong kita kalau dalam setahun dapat berjumpa hanya sekali dua kali, dan didalam perjumpaan itu terus nak tanam pengaruh. Orang Melayu, orang Cina, orang India, dan semua orang akan tolak perhubungan seumpama ini. Inikah yang dikatakan kerja-kerja massa? Inikah yang dikatakan kerja politik? Janganlah diharapkan duit 5 sen nak beli segantang beras, sekilo gula, jauh sekali nak beli sebuah kereta. Bila saya mendengar percakapan dari kawan-kawan yang kononnya sangat pandai berpolitik itu, usahkan kaum itu akan rasa terhina, saya juga terasa terhina, dan saya meninggalkan orang-orang ini dengan perasaan yang jijik terhadap mereka. Siapakah yang mereka tujukan percakapan mereka? Kepada Orang Asal. Bagi saya Orang Asal hidupnya simple, mudah berkawan, dan sangat bersetia didalam berkawan, tetapi berkawan biar dengan penuh ikhlas; kalau berjuang untuk mereka, berjuang dengan penuh komitment dan berjuang dengan penuh ikhlas, bukan untuk mencari pengaruh dari mereka, tetapi memberikan perkhidmatan yang baik kepada mereka. Pengaruh bukan boleh dibeli, dan pengaruh tidak boleh dipaksakan. Maka saya harap kawan-kawan di Pekan ini tolonglah berlajar lagi jika mereka mahu berpolitik dikalangan kaum Orang Asal, terima kasih. |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan