Isnin, 5 Disember 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Bertemu Buku Dengan Ruas

Posted: 05 Dec 2011 08:20 AM PST

Dari SharpShooter

Sebaran Media

Satu laporan polis akan dibuat pada, 6hb Disember 2011, pada pukul
2 petang di Balai Polis Jalan Travers  ke atas laman sesawang

www.papagomo.com yang dimiliki oleh Wan Muhammad Azri bin Wan Deris, pemegang kad pengenalan bernombor 830121-03-5019.

Wan Muhammad Azri bin Wan Deris dalam laman web beliau www.papagomo.com telah melakukan fitnah terhadap diri saya pada artikel beliau berjudul “AMIN ISKANDAR PENULIS THE MALAYSIAN INSIDER AKUI DICABUL ANWAR IBRAHIM” pada capaian :
http://www.papagomo.com/2011/11/amin-iskandar-penulis-malaysian-insider.html Tulisan ini dilakukan pada tarikh tertera di laman web tersebut : 26hb November 2011.

Fitnah tulisan Wan Muhamamad Azri atau Papagomo ini dipercayai dilakukan atas niat beliau mempertahankan Datuk Razali Ibrahim daripada penulisan dan kritikan saya terhadap Datuk Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan pada tulisan saya bertarikh 25hb November 2011 di capaian:
http://www.themalaysianinsider.com/opinion/article/razali-ibrahim-janganlah-bersikap-seperti-anak-kecil/

Tindakan membela Datuk Razali Ibrahim dengan cara membuat fitnah terhadap diri saya adalah satu tindakan yang tidak wajar dan seharusnya dilakukan dengan berhujah secara matang.

Sebagai seorang penulis dan blogger yang menyokong kebebasan bersuara dan menyatakan pandangan, laporan polis ini dilakukan bukan bertujuan untuk menyekat kebebasan penulis blog untuk menulis, akan tetapi untuk mengekang budaya fitnah daripada terus menjadi amalan sesetengah pihak.

Semua media, penulis blog dan rakyat Malaysia dijemput hadir.

Sekian dimaklumkan,

Amin Iskandar

Blog:
www.aminiskandar.net

Rakaman Dato Seri Anwar Ibrahim Dalam Rapat Rakyat Di Shah Alam

Posted: 04 Dec 2011 10:53 PM PST


Rakaman Ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim DiProgram Mesra Rakyat Hulu Yam Baru

Posted: 04 Dec 2011 10:46 PM PST


Ceritera Parti U

Posted: 04 Dec 2011 07:58 PM PST

Merdeka Review

Cerpen/Satira

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Pembuka kata

Kita sebagai Parti U berbeza dengan pihak lawan.  Contoh pertama, jawatan Ketua Umum dalam Parti A tidak dipilih secara demokratik, malah lebih berkuasa pulak dari Presiden parti.

Lihat bagaimana Presiden kita dipilih oleh perwakilan secara demokratik.  Cumanya ada seorang mantan Presiden kita yang amat berkuasa sehingga boleh menyuruh Presiden kita buat itu dan ini.  Kalau tak ikut cakap dia, alamat jadi seperti seorang lagi mantan Presiden yang tidak lagi cemerlang, gemilang dan terbilang, hanya sudah terbuang.

Contoh kedua, Parti B yang ada nama demokratik tetapi tidak ada ertinya kerana dalam pemilihan mereka, perwakilan memilih 20 ahli jawatankuasa pusat dan kemudian ahli jawatankuasa pusat tersebut pula, memilih kepimpinan tertinggi parti.

Parti kita pula dipilih secara demokratik oleh perwakilan.  Kuasa demokrasi dipegang oleh pucuk pimpinan.  Mana-mana calon yang boleh menewaskan calon pilihan pucuk pimpinan, kita akan serahkan kepada jawatankuasa disiplin untuk melucutkan pencalonannya.  Malah, demokrasi kita membenarkan calon yang mencabar calon kesukaan pemimpin kita digantung keahlian.

Demi menjaga nasib orang kita, Parti tidak boleh terlalu demokratik.  Sebab itu kita tidak benarkan jawatan-jawatan Setiausaha Agung, Ketua Penerangan dan Bendahari dipertandingkan.  Walaupun kita tak sama dengan pihak lawan, kita juga kena ikut mereka sedikit-sebanyak.  Sebab itu kita lantik beberapa calon yang kalah pertandingan untuk duduk dalam jawatankuasa tertinggi pusat.

Contoh ketiga, adalah Parti C yang kini memperjuangkan negara berkebajikan.  Masyaallah… jawatan Mursyidul Am pun tidak diundi secara demokratik tapi nampaknya lebih berkuasa dari Presiden.  Sama juga dengan Parti A yang mana suami jadi Ketua Umum, isteri jadi Presiden dan anak sulung jadi Naib Presiden.

Demokrasi dan keadilan

Parti U yang kita sayangi ini jauh lebih baik.  Bukan sahaja mantan Presiden U yang lebih berkuasa, sama seperti residen British zaman penjajahan dahulu, kita juga ada isteri Presiden yang tidak ada apa-apa jawatan dalam parti tetapi amat berkuasa.  Jadi kita ada dua ketua umum untuk menentukan arah tuju parti.

Lihatlah betapa demokratiknya kita.  Daripada 3.3 juta ahli, kita benarkan 2,700 perwakilan menentukan nasib Parti U.  Ini berbeza dengan Parti A yang pada tahun lalu mengadakan pemilihan di mana peringkat akar umbi yang memilih kepimpinan parti.  Mana boleh begitu.  Itu terlampau demokratik.  Tak sesuai untuk negara kita yang belum cukup matang demokrasi.  Sebab itu kita ada mantan Presiden untuk mengajar kita bagaimana mahu berpolitik.  Pihak lawan tidak ada semua itu.

Jauh sekali Parti kita dengan masalah gabungan lawan yang tidak bersatu hati.  Misalnya, dalam perihal negara Islam, Parti A kata dia setuju secara peribadi, Parti B kata dia menentang habis-habisan dan Parti C pula kata dia mahu jadi negara berkebajikan.

Kita pula amat konsisten.  Kita sentiasa bersatu hati.  Kita sudah umumkan kita ini negara Islam walaupun kita tidak buat apa-apa.  Kita cabar Parti C supaya buat undang-undang hudud tapi kita sendiri tak ada niat untuk melaksanakannya.  Malah, kita mengaku kita pun ada negara berkebajikan, cuma kebajikan untuk kroni dan keluarga menteri sahaja.  Untuk rakyat kita sediakan kedai 1Negara yang menjual barang-barang bermutu rendah.

Memanglah kita tak boleh beritahu orang lain bahawa kita banyak meniru dari Parti B.  Apa tidaknya, bila mereka perkenalkan “Malaysian Malaysia”, kita hentam Parti B habis-habisan.  Bila mantan Presiden kita dulu buat Wawasan 2020, kita senyap-senyap tiru falsafah Parti B.  Lepas itu Presiden kita sekarang buat 1Negara, sekali lagi kita tiru “Malaysian Malaysia”, malah kita tambah lagi idea Parti B yang memperjuangkan “Malaysian First” atau “Utamakan Rakyat Malaysia”.

Shhh…jangan beritahu orang lain.  Malu kita nanti kalau orang tahu kita tiru idea-idea Parti B yang kita tuduh semua penyokong mereka sebagai bangsat.  Mana nak sorok muka kalau rakyat tahu kita ceduk prinsip Parti B yang kita kata parti paling rasis, sedangkan kita tidak benarkan kaum-kaum lain masuk parti kita.

Apa pun, kita memang tidak sama dengan pihak lawan.  Kita hanya gunakan slogan, mereka pula benar-benar mahu melaksanakannya.  Itulah kebodohan mereka.  Dalam politik, mana boleh laksanakan apa yang kita janjikan.  Nanti teruk kita dituntut oleh rakyat untuk melakukan apa sahaja demi kepentingan dan kebaikan mereka.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Nepotisme dan hak

Pihak lawan penuh dengan nepotisme, penuh dengan politik anak beranak.  Parti kita pun ada juga.  Tapi kita tidak gelarnya nepotisme, itu namanya hak.  Malah zaman pemerintahan Islam Hadhari pun ada politik anak-beranak.  Tapi itu dulu.  Lagi pun nepotisme kita untuk kaum kita juga.  Melalui nepotisme kita mengkayakan sanak-saudara kita.  Apa salahnya kita membantu kaum kita.

Berbeza dengan nepotisme pihak lawan.  Apa mereka dapat?  Dalam Parti A, Ketua Umum sudah masuk keluar penjara.  Isteri dan anak-anaknya merana.  Siapa suruh masuk pembangkang?  Dalam Parti B, anak dan bapa serta kawan-kawan sudah kita tahan di bawah ISA tanpa bicara.  Mengapa mereka sibuk sangat hendak mendedahkan salah guna kuasa, tasuah dan penyelewengan?  Tentulah kita terpaksa tangkap untuk tutup mulut mereka.

Dalam Parti C pun sudah ramai kita tahan tanpa bicara.  Mereka benar-benar mahu laksanakan apa yang mereka perjuangkan.  Tidak cerdik langsung mereka ini.  Agama itu hanya untuk slogan politik, bukan untuk dilaksanakan.

Sungguh hebat dan dalam sekali makna kata-kata Presiden kita walaupun belum pernah bertanding jawatan Presiden.  Malah, belum pernah beliau melalui pilihan raya umum.  Inilah kehebatan pemimpin kita, boleh jadi Presiden Parti U tanpa perlu bertanding apa-apa.

Malah, kita bangga dengan Presiden kita yang masuk politik kerana bapanya adalah tokoh besar negara.  Itu bukan nepotisme.  Itu adalah hak.  Itu suratan takdir.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Berkorban untuk kami

Jelaslah betapa demokratik dan adilnya Parti U yang selama ini menjadi tempat naungan untuk anda semua.  Tanpa Parti U, negara akan hancur.  Kita dalam Parti U tidak tamak.  Kita berkongsi kuasa dengan parti-parti komponen yang lain.

Keadilan dan demokrasi kita sudah tersohor.  Apa tidaknya, kalau kita kita mahu buat apa-apa, parti M1 dan M2 akan menyokong sepenuh-penuhnya usaha kita.  Walau pun kadang-kadang Parti G buat bising, sekali kita jerkah, dia membisu seribu bahasa. Itulah konsensus dalam barisan kita.

Oleh itu, jika kita mahu Presiden Parti G digantikan dengan orang lain yang lebih rela mengikut kehendak kita, ia akan mengikut sahaja.  Begitu juga Parti M1 dan M2 yang bukan sahaja menurut kata-kata kita, malah belum kita buka mulut, dia sudah setuju.

Maklumlah kesemua parti-parti komponen kita ini, pemimpin mereka semuanya kalah atau tak bertanding dalam PRU yang lalu.  Jadi mereka tahu di mana kedudukan mereka.  Kita tetap sayang mereka.  Walaupun kalah pilihan raya, kita lantik mereka jadi Senator supaya boleh jadi Menteri.  Tentulah mereka bersyukur dan terhutang budi kepada kita.

Di seberang laut Timur negara kita, parti-parti komponen hanya menurut sahaja.  Kita bagi jawatan kepada pemimpin mereka.  Itu pengorbanan kita.  Apa kita dapat?  Tentulah hasil sumber minyak dan hutan untuk kita agihkan kepada para pemimpin kita.  Sebagai parti yang dominan tentu mereka rela Parti U perlu mendapat lebih dari orang lain.

Inilah erti pengorbanan yang sebenar.  Jika parti-parti komponen sanggip berkorban, mengapa tidak anda sebagai tanda taat setia kepada kepimpinan kami yang sentiasa memikirkan tentang nasib anda, walaupun biasanya nasib kami perlu diutamakan kerana kami adalah pemimpin anda.

Penutup kata

Pihak lawan selalu menuduh kita meminggirkan rakyat khususnya Bumiputera.  Itu tidak benar.  Kalau kita pinggirkan rakyat, masakan kita berikan di kalangan mereka projek-projek besar seperti menternak lembu.  Malah, kerana kita tidak mahu melihat mereka gagal, kita benarkan mereka membeli kondominium dengan duit yang diberi untuk menternak lembu.  Malah, kalau benar pun khabar angin kononnya mereka membeli kereta-kereta mewah, apa salahnya?  Kan kita mahu tunjukkan kepada rakyat tentang kejayaan kaum kita?

Jika Parti U hilang kuasa, siapa yang akan membela agama untuk memastikan hanya rakyat bawahan yang dikenakan tindakann undang-undang?  Siapa yang mampu menyekat hak umat dan kaum kita daripada mempersoalkan dari mana kita dan anak-beranak mendapat kekayaan?

Bagi tuan-tuan dan puan-puan, tepuklah dada, tanya siapa yang menjadi sumber rezeki anda.  Bagi kami pula, tepuklah dada, tanya Presiden adakah kami akan dicalonkan.  Sama-sama kita berjuang untuk kepentingan pucuk pimpinan.

Jika Parti U terus berkuasa, maka tuan-tuan dan puan-puan juga yang akan menumpang gembira.  Cukuplah setakat itu.  Kami tahu apa yang kami buat.

Tiada ulasan: