MOH...KITE LAWAN YEOP!!! |
Posted: 23 Dec 2011 04:35 AM PST Kisah Khir Toyo, Anwar, Sharizat & Awang Adek Hussein KHIR Toyo Erodikromo telah pun mengetahui nasibnya hari ini bila mana Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan kerana didapati bersalah melakukan rasuah ke atas pembelian satu lot tanah atas namanya dan isterinya Zaharah Kechik. Saya tidak pasti apakah keputusan mahkamah hari ini telah dapat difirasatkan oleh isterinya lebih awal. Saya masih teringat dalam satu interviu dengan sebuah akhbar dengan Zaharah Kechik selepas suaminya mengangkat sumpah menjadi MB Selangor dulu, Zaharah berkata dia tidak merasa terkejut dengan perlantikan suaminya sebagai MB kerana sebelum itu dia pernah 'bermimpi' yang Khir Toyo akan jadi MB. Jadi saya tidak tahu apakah Zaharah mempunyai warida' yang suaminya akan masuk ke penjara suatu hari nanti. Hari ini kalau mahkamah tidak membenarkan rayuan, Khir Toyo sudah pun akan tidur berlapikan toto dalam penjara. Sehubung dengan hukuman yang diterima hari ini Khir akan membuat keputusan mengenai masa depan politiknya pada 9 Januari nanti, tarikh sama Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan menentukan apakan Anwar Ibrahim akan going back ke penjara atau pun tidak. Saya berfirasat Khir akan mengambil keputusan akan berihat dari politik sekiranya Anwar akan ke penjara. Sebaliknya kalau Anwar didapati bebas dan dibenarkan jamin, Khir akan terus berpolitik. Iya, bagi Khir beliau tidak perlu gentar dengan apa yang berlaku. Kalau Anwar yang dijatuhi penjara sembilan tahun masih aktif dalam penjara kenapa tidak dengan Khir? Khir hanya 12 bulan sahaja kalau rayuanya ditolak. Jangan pula gara-gara rayuan itu hukuman di tambah enam bulan lagi menjadi 18 bulan sudahlah. Dalam soal ini Khir kena belajar dan mengambil air bekas dalam botol Anwar untuk minum bagi menguatkan semangat dan menghilangkan rasa menggeletar. Anwar walaupun di penjara tetapi semangatnya kuat dan tidak patah. Dia melawan dari dalam tembok. Khir harus sama melawan dari dalam untuk membalas dendam dan memberi pengajaran kepada bekas menteri yang Khir dakwa cuba hendak menjatuhkan kerjaya politiknya. Khir jangan mudah mengaku kalah, kita anak jantan keturunan Jawa lagi.(Saya bukan Jawa walaupun nama macam Jawa). Elok juga kalau Khir Toyo masuk penjara. Dia boleh kenal siapa lawan dan siapa kawan. Boleh tahu siapa yang setia dan siapa yang berpaling tadah saat beliau ditimpa musibah. Dengan apa yang berlaku akan mematangkan proses politik dan hidup Khir sendiri. Khir perlu mengingati siapa yang mengujunginya malam dan siang semasa menjadi MB dulu, yang datang membawa berbagai-bagai proposal dan hari ini ke mana mereka menghilang. Apa yang dialami Khir hari ini sudah dilalui oleh Anwar. Kawan yang dulu 'mendolor' (bukan liwat) punggungnya, memujinya dan menjadi pembela terhadap kritikan kepadanya lari lintang pukang selepas Anwar dipecat dari Umno, hilang kuasa dan diringkukkan dalam penjara. Kawan-kawan yang mengelilingi Anwar kini sebahagian besar rakyat yang dulu tidak pernah mendapat perhatian Anwar. Sementara sebahagian yang hampir setiap Subuh bersembahyang bersama Anwar kini bertindak mufarakah dari saf Anwar. Khir juga perlu ingat dan intai-intai apakah Dr Hasan Ali ada bertanya mengenai masalahnnya. Bukankah ketika saat kritikal hendak tubuh kerajaan Selangor sebaik pilihan raya ke-12 selesai dulu Hasan ada jumpa dengan Khir dan Khir berjanji akan menyokong Hasan sebagai MB Selangor. Jadi adakan hari ini saat Khir telah divoniskan Hasan ada jumpa Khir? Ataupun nombor telefon Khir Toyo pun Hasan sudah delete dari handsetnya. Penantian untuk Khir sudah pun berakhir. Kini orang sedang menanti bila pula nasib bakal diterima oleh Sharizat Abdul Jalil. Khabarnya SPRM sudah pun mula masuk dan menggelidah pejabat projek lembu gemuk (NFC). Rakyat sedang menunggu apa yang ada di pejabat itu. Apakah Sharizat yang kini sedang mengigil dan tidak dapat tidur malam sampai mata pun sudah dalam terlibat atau tidak. Saya rasanya Sharizat tidak terlibat hanya menjadi mangsa saja. Mangsa suaminya, arkh. Najib kata dia tidak menerima surat perletakan jawatan Sharizat. Saya yakin tiada surat itu tetapi saya mempercayai Najib sudah mencari calon baru untuk diletakkan berdepan dengan Nurul Izzah di Lembah Pantai. Tidak ada guna Najib pecat sedangkan pilihan raya sudah hampir, jangan calon Sharizat samalah dengan pecat. Kalau pun pecat Sharizat kononnya nak tunjukkan Umno bersih, orang sudah tahu Umno sudah lama berkeladak dengan pelbagai najis. Dalam perhatian saya Raja Nong Chik adalah pengganti Sharizat dan pahlawan Umno akan berdepan dengan Nurul Izzah. Sesudah pejabat lembu gemuk digelidah dan Sharizat sudah berada di hujung senja, orang sedang menunggu bila pula Awang Adek Hussein akan dipanggil memberi kenyataan dan menyerahkan segala dokumen berhubung transaksi wang ke dalam akaun peribadinya. Orang ramai juga sedang tunggu siapakah dari tiga orang pegawai Awang Adek itu yang menjadi tukang urus akaun peribadinya. Adakah yang bernama Rahim, atau Ramli atau Nik Yahaya? Atau orang lain suku sakat, saya hanya tahu dari H hingga L sahaja. Masa terus berjalan dan kisah-kisah mereka di atas itu belum selesai sepenuhnya. Khir Toyo masih diluar, antara beliau dengan Anwar siapa yang akan bertepa di Sungai Buloh. Sharizat dan Awang Adek juga sedang menggeletar dan membuat perhitungan. Siapa antara mereka yang akan terlepas atau pun terjerat dengan rasuah. Kepada Zaharah Kechik kalau suami tersayang terpaksa transit hidup di penjara pergilah jumpa dengan Dr Wan Azizah belajar darinya bagaimana untuk hidup tanpa suami. Bagaimana untuk menghadapi cemuhan dan pandangan serong orang ramai bila suami menjadi narapiadana. Wan Azizah adalah sebaik-baik guru bagi mana-mana isteri yang suami mereka meringkuk ke dalam penjara. Sama-sama kita tunggu saat dan waktu pasti akan tiba juga. Tidak lari gunung dikejar hilang kabus nampaklah ia. Sesiapa yang benar akan dibenarkan Allah dan sebaliknya begitulah juga. Kepada Khir Toyo selamat belajar berukun untuk hidup dalam penjara berlapikkan toto dari Golok. [wm.kl.5:54 pm 23/12/11] Sumber: http://msomelayu.blogspot.com/ |
You are subscribed to email updates from MOH...KITE LAWAN YEOP!!! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan