Jumaat, 23 Disember 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Mahasiswa Perlu Tegas Perjuang Hak Rakyat

Posted: 23 Dec 2011 12:32 AM PST

Keadilan Daily

Mahasiswa perlu tegas, bebas dan lantang memperjuangkan hak rakyat, menegur pemimpin yang rasuah serta salahguna kuasa, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Bercakap di depan kira-kira 100 hadirin pada sesi 'Dialog Anak Muda Bersama Anwar Ibrahim' di kediamannya malam tadi, Anwar memulakan bicaranya dengan membacakan sajak terkenal Taufik Ismail, bertajuk 'Takut 66, Takut 98?.

"Saya mula aktif dalam gerakan mahasiswa, dan biasa dengan demonstrasi. Justeru, gunakan sebaiknya era mahasiswa itu untuk menyatakan yang benar.

"Kamu boleh tidak bersetuju dengan (perdana menteri) Najib. Kamu juga boleh tidak bersetuju dengan Anwar. Tidak salah berhujah dan melawan dengan fakta,"  kata Anwar, pemimpin mahasiswa yang ditahan selama dua tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menyokong mogok petani miskin di Baling, Kedah pada 1974.

Menurut Anwar, berbanding Datuk Seri Najib Razak, bapanya lebih bersikap terbuka dengan tuntutan mahasiswa ketika menjadi Perdana Menteri.

Tun  Abdul Razak  kerap mengadakan pertemuan bersama mahasiswa, menjamu mereka dan berbincang di kediaman rasmi Perdana Menteri, sedangkan pada siangnya mahasiswa berdemonstrasi di tengah ibu kota.

"Manakala mahasiswa berani dan bersedia untuk bertanya (kepada pimpinan negara)," kata Anwar mengimbau zaman sebagai pemimpin pelajar.

Merujuk tuntutan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan kes pelajar Adam Adli- Anwar berkata kerajaan hari ini gagal mendengar pandangan mahasiswa, apabila ugutan pihak tertentu terhadap gerakan itu dan isu yang dibangkitkan mereka dipandang sepi.

"Mereka memperbodohkan kritikan (mahasiswa). Sedangkan mahasiswa ialah pemangkin untuk memecahkan permasalahan. Ketika saya menjadi Menteri Pendidikan, tanpa gagal setiap tahun saya pusing setiap kampus di seluruh negara," katanya.

Beliau memberikan contoh,  'Great Economic Debate' yang dianjurkan mahasiswa di Universiti Malaya selama tiga malam sebagai acara debat tahunan pada zamannya, kini tidak lagi diteruskan.

"Ribuan hadir. Ada wakil (mahasiswa penyokong) kerajaan, ada wakil pembangkang dan ada wakil akademik. Kenapa sekarang tidak boleh? Itu  (budaya) yang mesti kita kembalikan," katanya.

Foto Program #Meetanwar Anjuran Anwar Ibrahim Club,22 Disember 2011

Posted: 23 Dec 2011 12:20 AM PST

Anwar Ibrahim Club telah menganjurkan program anak muda bersama Dato Seri Anwar Ibrahim #meetanwar semalam bertempat dikediaman beliau semalam, Khamis 22 Disember 2011, jam 8.30 malam.

Turut bersama dalam menjayakan program tersebut ialah  Dato Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail,YB Nurul Izzah,Ihsan,Ilham dan Suami.

Tiada ulasan: