Khamis, 1 Disember 2011

BULETIN RAKYAT

BULETIN RAKYAT


Ayuh beramai-ramai ke Karnival Jelajah GeMS Bukit Sentosa 4 Dis Ahad bersama Shahir AF !

Posted: 01 Dec 2011 04:35 AM PST

Selangor Sasaran 150 Zon Percuma Wi-fi Tahun Depan

Posted: 01 Dec 2011 04:27 AM PST


Di kawasan bandaraya Shah Alam, sehingga kini beberapa kawasan sudah menyediakan perkhidmatan wi-fi percuma iaitu di Pejabat SUK, Plaza Masalam, Dataran Shah Alam, Seksyen 2, Seksyen 3, Seksyen 6 dan Seksyen 8.
Kerajaan Negeri juga merancang untuk menubuhkan jumlah keseluruhan sebanyak 24 zon wi-fi percuma di seluruh bandaraya Shah Alam, dan jumlah keseluruhan sebanyak 150 lokasi di seluruh Negeri Selangor.
Hingga setakat ini, di luar Shah Alam kemudahan ini sudah disediakan antaranya di Hulu Selangor termasuk bandar Kuala Kubu Bharu, Pekan Baru Batang Kali dan Hulu Bernam.
"Itulah sebabnya perkara ini perlu disegerakan pemasangan Wi-Fi percuma ini di kawasan bandar dan desa, supaya rakyat dapat mencapai akses kepada informasi dan mendapatkan berita daripada media alternatif," katanya.
Berkenaan dengan kos untuk pemasangan Wi-Fi percuma ini untuk diperluaskan di seluruh Selangor, Gan mencadangkan agar kerajaan negeri memberikan peruntukan yang mencukupi untuk memastikan kelancaran projek ini.

" Saya menyeru kepada kerajaan negeri agar dapat memberikan keutamaan daripada geran Selangorku, yang mana pihak Menteri Besar sebelum ini umumkan dalam sidang DUN, supaya sebahagian besar dapat digunakan untuk menyediakan Wi-Fi percuma ini," katanya.
Semasa Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor, jumlah penebusan penggunaan internet ketika itu hanya 23.4 peratus, dan kini telah meningkat dengan cepat.
Pada suku ke 4, 2008, ia meningkat ke 33.3, manakala 2009, 49.1 peratus.
Kerajaan Selangor mensasarkan tanda aras KPI untuk penembusan internet di seluruh negeri diletakan pada kadar 57 peratus.

SHAH ALAM,1 DISEMBER : Kerajaan Selangor akan memastikan 150 zon Wi-fi percuma diseluruh negeri tersebut di capai mulai tahun depan berbanding 24 Zon yang sedia ada dalam membawa anjakan baharu dalam menyampaikan informasi kepada rakyat dengan lebih pantas dan memberikan peluang kepada rakyat mendapat akses maklumat yang lebih luas.
ADUN Rawang Gan Pei Nei berkata dengan adanya pemerkasaan daripada segi informasi , masyarakat akan lebih memahami semangat demokrasi dengan kebebasan maklumat yang membolehkan orang awam mendapat maklumat lebih tepat berbanding hanya mendapat informasi daripada sebelah pihak sahaja.

"Dan kita tahu sekarang ini, media arus perdana jarang memaparkan berita berkenaan dengan khasnya berkaitan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, sebab itu dengan adanya Wi Fi percuma ini lebih ramai orang boleh mendapatkan akses kepada informasi yang lain daripada yang ada sebelum ini," katanya.
Menurut beliau lagi, setakat ini khidmat Wi-Fi secara percuma ini sudah bermula di beberapa kawasan termasuk di Shah Alam dan tempat-tempat tertentu, tetapi belum menyeluruh lagi.

Selangor Mulakan Dialog Pemimpin-Rakyat Setiap Minggu ~ YB Gan Pei Nei

Posted: 01 Dec 2011 04:23 AM PST



Oleh Mohd Ezli Mashut
SHAH ALAM , 1 DISEMBER : Rakyat di Selangor berpeluang menyampaikan idea dan cadangan dalam menambahbaik dasar-dasar kerajaan negeri apabila pertemuan dan dialog antara pemimpin dan rakyat bakal diadakan seminggu sekali.
Semasa Kongres Keadilan Ke-8 , Adun Rawang , Gan Pei Nei dalam perbahasannya mengemukakan cadangan agar semua pihak termasuk pimpinan negeri dan masyarakat perlu membuat satu perbincangan dan dialog terbuka setiap minggu bermula tahun hadapan di seluruh 56 Dun diSelangor.
"Kita mahu menggalakkan penglibatan rakyat ataupun penduduk di negeri Selangor dalam segala aspek pembuat keputusan negeri Selangor, dan perjumpaan ini penting untuk kita tahu maklum balas daripada rakyat aspek-aspek yang perlu diperbaiki.
"Dalam masa yang sama, pimpinan kerajaan negeri juga boleh sampaikan tentang program-program ataupun dasar-dasar kerajaan terkini yang boleh diambil peluang oleh rakyat," kata Gan semasa dihubungi TVSelangor/SelangorKini.
Menurut Gan lagi, pejabat menteri besar dan exco telah menyokong idea seperti ini dan akan bermula bulan ini bagi membolehkan Menteri Besar dan Exco turun ke daerah yang berbeza untuk berjumpa kakitangan kerajaan komuniti tempatan serta penduduk.

Tiada ulasan: