Khamis, 1 Disember 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Pegawai Polis saspek kes rompakan kedai emas, pulak dah

Posted: 30 Nov 2011 05:55 PM PST



Seorang pegawai polis adalah antara saspek yang ditahan dalam satu kes rompakan kedai emas di Kuala Terengganu. Berita-berita sebegini menambahkan lagi keraguan orang awam terhadap integriti anggota PDRM. Hanya iman yang teguh nampaknya menjadi benteng seseorang itu dari melakukan jenayah dan rasuah.

Koleksi kes-kes anggota polis, tentera dan SPRM yang terlibat dengan jenayah baru-baru ini di http://amkns.blogspot.com/2011/11/berita-yang-amat-memalukan-warga-pdrm.html

Policeman among suspects nabbed in goldsmith shop robbery
1 December 2011

KUALA TERENGGANU: A police officer was among two suspects detained by police in connection with an armed robbery at a goldsmith shop in Wakaf Tapai, here on Monday.

Terengganu Police Chief Datuk Jamshah Mustapa when contacted by Bernama confirmed that one of the suspects detained was a police officer.

"I cannot reveal further details because we are in the midst of conducting an investigation. I do not want to make any statements that may hinder our investigation," he said.

During the daring robbery at about 11.30am on Monday, two men armed with a pistol and a hammer carted away jewellery worth RM10,000 from a goldsmith shop in Wakaf Tapai.

He added that six shop assistants were busy arranging gold ornaments for display when two suspects wearing full-faced helmets rushed into the shop and pointed a pistol at the workers before breaking a display cabinet that contained gold jewellery.

When rushing out of the shop, the suspects, who chanced upon the owner of the shop, fired randomly but the owner managed to duck behind a car to avoid being hit, he said. – Bernama

http://www.thesundaily.my/news/225836

2 lelaki larikan barang kemas RM10,000

MARANG: Dua lelaki bersenjatakan sepucuk pistol dan tukul besi melarikan satu dulang barang kemas bernilai kira-kira RM10,000 dalam rompakan di sebuah kedai emas di Wakaf Tapai, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Marang Ahmad Mazlan Yahaya berkata kejadian berlaku pada kira-kira jam 11.30 pagi ketika enam orang pekerja kedai emas itu sedang sibuk menyusun barang kemas untuk memulakan perniagaan.


Beliau berkata dua lelaki memakai topi keledar menutup muka meluru masuk kedalam kedai itu dan seorang daripadanya mengacukan pistol ke arah pekerja kedai di kaunter, manakala seorang lagi terus memecahkan cermin pameran.

Menurutnya semasa hendak melarikan diri, suspek terserempak dengan pemilik kedai emas dan bertindak melepaskan tembakan, namun pemilik kedai itu sempat berlindung di tepi sebuah kereta.

"Selepas melepaskan tembakan kedua-dua suspek yang menaiki motorsikal Yamaha LC melarikan diri menghala ke arah Bukit Payong," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Ahmad Mazlan meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibupejabat Polis Daerah Marang 09-6812222 di bagi membantu siasatan.

Sementara itu seorang pekerja kedai itu Raibainor Rashid, 25, ketika ditemui berkata kejadian berlaku semasa dia berada di kaunter hadapan, sedang menyusun barang-barang kemas.

"Saya sendirian berada di depan manakala rakan yang lain ada di bilik. Perompak itu masuk dan terus acu pistol kearah kepala saya, panik dan takut, saya terus melarikan diri kebelakang dan menjerit minta tolong," katanya.

Sementara itu pemilik kedai berkenaan Fong Swee Heng, 48, berkata ketika kejadian dia dalam perjalanan ke kedainya apabila dia terdengar salah seorang pekerja menjerit meminta tolong. - Bernama

http://www.hmetro.com.my/articles/2lelakilarikanbarangkemasRM10_000/Article

Tiada ulasan: