ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG   |  
|   UPSI AMBIL TINDAKAN TERHADAP ADAM ADLI Posted: 23 Dec 2011 05:53 AM PST ![]() KUALA  LUMPUR 23 Dis: KEADILAN menyelar tindakan dan tekanan yang dilakukan  pentadbiran Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) terhadap  mahasiswanya, Adam Adli yang mencetuskan kontroversi kerana menurunkan  bendera Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini. Ia  berikutan surat dikeluarkan pihak universiti itu yang mendakwa Adam di  bawah dua pertuduhan iaitu merosakkan nama universiti dan memberi  ancaman kepada ketenteraman awam. "Kedua-dua  pertuduhan adalah tidak berasas, tidak berperlembagaan, tidak sah dan  jelas tidak masuk akal. Dalam tindakan Adam menurunkan bendera Perdana  Menteri, beliau hanya menjalankan haknya dalam kebebasan bersuara  dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan," kata Naib  Presiden KEADILAN, N Surendran. Menurutnya,  Adam tidak melakukan kesalahan undang-undang malah harus dipuji kerana  mempunyai pendirian yang berani untuk memperjuangkan autonomi di  institusi pengajian tinggi. "UPSI  tidak mempunyai hak untuk menghalang Adam daripada menjalankan hak-hak  sivil beliau sebagai warganegara," "Tindakan Adam merupakan bantahan  yang sah dan demokratik terhadap kegagalan Najib bagi memastikan pelajar  mendapat kebebasan akademik dengan memansuhkan AUKU," katanya dalam  satu kenyataan hari ini. "Justeru,  kami menyeru kepada UPSI dengan serta-merta menggugurkan semua tindakan  disiplin yang dikenakan terhadap Adam serta menuntut Najib melakukan  pembaharuan besar agar mahasiswa dapat mepertahankan kebebasan akademik  di dalam negara," katanya. Adam menerima surat panggilan ke jawatan kuasa disiplin dari UPSI hari ini, gara-gara menurunkan bendera Najib di Ibu Pejabat Umno pada 17 Disember lalu. Beliau dipanggil untuk hadir ke pendengaran jawatankuasa universiti tersebut 19 Januari depan.  |  
| You are subscribed to email updates from ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG  To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.  |  Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan