Jumaat, 18 November 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Tuntutan lebihan pendapatan untuk peneroka-peneroka

Posted: 18 Nov 2011 05:31 PM PST

Pemfailan Writ Saman oleh 49 Orang Peneroka Felda 4, 5, 6 terhadap Felda di Mahkamah Tinggi Seremban

Hari demi hari, satu demi satu, writ saman difailkan di merata-rata Mahkamah Tinggi Malaya melibatkan tuntutan peneroka-peneroka Felda terhadap Felda. Dari isu tuntutan supaya suratan hakmilik peneroka-peneroka, kepada tuntutan pengembalian wang tanam semula, peratusan perahan KPG, minyak keladak, kernel, sabut,buah reject dan manipulasi harga kini dituntut oleh peneroka-peneroka.

Selama ini sudah berpuluh tahun peneroka-peneroka dinafikan hak keatas pendapatan yang sewajarnya mereka perolehi.

Setiap bulan peneroka-peneroka telah kerugian hingga beribu ringgit kerana manipulasi oleh Felda dan Kilang Felda.

Begitu juga Felda telah memanipulasikan pendapatan peneroka-peneroka sehinggakan setiap peneroka terhutang dengan Felda dengan jumlah yang sangat besar hingga RM100,000.00 sedangkan Felda engkar/enggan mengeluarkan Penyata Kira-Kira/Kunci Kira-Kira mengenai pendapatan dan tanggungan mereka.

Felda hanya tahu mengeluarkan Penyata Hutang Peneroka-Peneroka tetapi enggan mengeluarkan Penyata Pendapatan Peneroka-Peneroka.

Peneroka-Peneroka yang memiliki ladang seluas 10 ekar diberikan elaun sara hidup sebanyak RM1500.00 dan elaun ini dimasukkan kedalam Penyata Hutang. Ini bererti bahawa kebun Peneroka seluas 10 ekar itu langsung tidak mengeluarkan sebarang pendapatan.

Manipulasi seperti ini sudah dapat dibaca oleh Peneroka-Peneroka. Felda tidak boleh menipu Peneroka-Peneroka lagi.

Peneroka-Peneroka telah mengkaji pendapatan yang diperolehi Peneroka-Peneroka yang menguruskan kebun sendiri. Mereka itu boleh berpendapatan hingga RM10,000.00 satu bulan dan paling jatuh pendapatan bulanan mereka tidak kurang dari RM7,000.00.

Jadi, kenapa mereka langsung tidak mempunyai apa-apa pendapatan dari Kebun mereka sehinggakan elaun sara hidup sebanyak RM1500.00 itu dikirakan sebagai hutang.

Peneroka-peneroka telah membuat kajian pendapatan mereka. Dengan pengiraan mudah, Felda terhutang dengan setiap peneroka tidak kurang dari RM200,000.00, dan jika diperincikan, hutang Felda dengan peneroka itu boleh naik sehingga RM500,000.00.

Peguam-peguam peneroka bersama-sama dengan para profesional yang lain seperti akauntan sedang membuat pengiraan terperinci dan tidak lama lagi Peneroka-Peneroka akan memfailkan writ saman terhadap Felda mengenai pendapatan yang sepatutnya mereka terima tetapi telah dimanipulasi oleh Felda.

Didalam Mahkamah Tinggi di Seremban pada 16hb November 2011 yang lalu, tuntutan lebihan pendapatan yang dimanipulasi oleh Felda didalam jangka 5 tahun yang dikira sebanyak RM150,000.00 bagi setiap peneroka difailkan oleh Peneroka-Peneroka Felda Palong 4, 5 dan 6, telah difailkan.

Ini adalah kes yang bersejarah. Setiap peneroka yang menyerahkan ladang masing-masing kepada Felda berjumlah hampir 200,000 orang, setiap daripada mereka telah dimanipulasi pendapatan diantara RM150,000.000.00 hingga RM300,000.00.

Permulaannya di Palong, dan ini akan merebak keseluruh pelusuk rancangan Felda di seluruh Negara.

Sementara pemfailan dijalankan di Mahkamah Tinggi Seremban, peneroka-peneroka dari Negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Terengganu, Selangor, Perak, Melaka dan Alor Setar sedang menunggu giliran mereka untuk memfailkan saman terhadap Felda di Mahkamah-Mahkamah Tinggi Johor Bharu, Melaka, Shah Alam, Kuantan, Temerloh, Ipoh dan Kuala Terengganu.

Dan saman dalam jumlah yang sama melibatkan semua Mahkamah Tinggi akan difailkan melibatkan pendapatan peneroka-peneroka Felda yang dimanipulasi sehingga setiap peneroka terhutang dengan Felda, dan jumlah yang terlibat adalah besar, tidak kurang dari RM200,000.00 bagi setiap peneroka.

Dari awal lagi peneroka-peneroka telah mengajak Felda untuk berunding. Melalui rundingan, banyak perkara boleh diselesaikan. Tetapi malangnya Felda menjadi begitu angkuh dan mereka hanya tahu mencemuh peneroka-peneroka sebagai golongan yang tak tahu bersyukur dan dengan kata-kata seumpama itu memudahkan mereka memanipulasi pendapatan untuk peneroka-peneroka.

Peneroka-peneroka sudah faham. Mereka hanya menuntut hak mereka, dan mereka bukan mahu menuntut hak Felda. Yang mereka tuntut adalah pendapatan mereka yang dimanipulasi oleh Felda, dan untuk itu, melainkan Felda mahu membuat bayaran secara rundingan, Peneroka-Peneroka tidak mempunyai jalan lain melainkan terpaksa menyaman Felda.


JANJI PALONG!

Posted: 18 Nov 2011 02:06 AM PST


Perbincangan serius. Agenda: Manifesto Peneroka Felda, Generasi Baru Felda & Orang Asal. Bermula dari perbincangan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal di Muzium Alam Shah, Shah Alam pada 12hb November 2011 diikuti dengan pengumpulan semua maklumat dan pada hari ini perbincangan diteruskan dengan Sdr Rafizi Ramli, Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat.

Menzahirkan sebuah Manifesto yang komprehensif untuk PKR berhadapan dengan PRU-13 didalam perjuangan memertabatkan kepentingan Peneroka Felda, Generasi Baru Felda dan Orang Asal.

Janji Palong - demikianlah Manifesto PKR yang akan dikeluarkan, dan Janji Palong akan dilancarakan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim di Felda Palong 6 pada 21hb November 2011. Wakil-wakil pimpinan Peneroka, Generasi Baru Felda dan Orang Asal dijemput berhimpun di Palong 6 pada 21hb November 2011 jam 9.00 malam.

Pelancaran oleh Dato Seri Anwar Ibrahim - JANJI PALONG!

80 orang Peneroka Felda Palong 10 keciwa dengan sikap Felda dan Koperasi Palong 10 yang gagal menebang kayu getah diatas tanah mereka

Posted: 18 Nov 2011 01:47 AM PST



Jawatankuasa Bertindak Peneroka-Peneroka Felda Palong 10 dan 11 mengadakan Majlis Taklimat dengan Peguam Suhaimi Said yang juga Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR mengenai kedudukan peneroka yang menjadi mangsa kepada kegagalan Felda dan Koprasi Felda Palong 10 melaksanakan terma dan syarat untuk menebang kayu getahdan menanam semula kebun mereka.

Pihak Jawatankuasa Bertindak telah memberikan cadangan agar pokok getah mereka dapat ditebang tetapi langsung tidak mendapat apa-apa respon dari Felda.

Mereka telah melantik peguam dan pihak peguam telah pun menghantar Notis kepada Felda dan Koperasi Peneroka Felda Palong 10 dan memberikan tempoh 14 hari untuk kedua-dua pihak itu menghulurkan sebarang rfespon.

Jika Felda dan Koperasi masih gagal untuk respon, maka peneroka-peneroka itu tidak ada jalan lain tetapi melantik Kontraktor baru bagi menjalankan penebangan kayu getah di kebun mereka dan meneruskan usaha tanam semula secara bersendirian dan tidak lagi melalui Felda.

Sehingga kini sudah lebih satu tahun tanah mereka diabaikan dan didalam tempoh itu mereka diberikan elaun sara hidup sebanyak RM1000.00 setiap bulan dikira sebagai hutang.

Peneroka-peneroka merasakan bahawa hutang mereka akan menjadi bertambah besar kerana kelewatan pihak Felda menanam semula tanah mereka dan ini akan menyebabkan tanah mereka akan lewat pula mengeluarkan hasil dan kerana itu hutang mereka akan bertambah besar.

Suatu perjumpaan baru akan diadakan di Felda Palong 10 selepas 14 hari Notis guaman kepada Felda dan Koperasi berakhir.

160 Anggota kebanyakan dari UMNO sertai PKR Palong 2

Posted: 18 Nov 2011 01:34 AM PST

Dari Kanan: Sdr Karip, Ketua PKR Cabang Jempol, Sdr Rafizi Ramli, Pengarah Strategik PKR Pusat dan Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR
Ceramah sempena penubuhan PKR Ranting Felda Palong 2, 17.11.11

Diantara Rancangan Felda yang paling sukar ditembusi di dalam kawasan Parlimen Jempol, Negeri Sembilan adalah Felda Palong 2. Disinilah berkampongnya kekuatan UMNO bagi DUN Jeram Padang.

Alhamdulillah, pada 15.11.11 sebuah Ranting Parti Keadilan Rakyat telah ditubuhkan di rancangan Felda ini dan sehingga 17.11.11 seramai 120 orang peneroka dan generasi ke-2 dan ke-3 telah menyerahkan Borang Permohonan Menjadi Anggota PKR dan jumlah ini akan ditambah lagi dengan 40 permohonan baru yang akan diserahkan menjelang 21hb November 2011.

Pada 17.11.11 suatu Ceramah telah diadakan di Palong 2 dengan para penceramahnya terdiri daripada Sdr Rafizi Ramli, Haji Suhaimi Said, Peguam T. Kumar, Ser Rebin Birham, Sdr Abdul Rahman dan Sdr Karip.

Kehadiran peneroka-peneroka Palong 2 ke Majlis Ceramah itu adalah satu detik sejarah yang tidak pernah berlaku sebelum ini di Palong 2.

Tiada ulasan: