Anwar Ibrahim |
- Dato Seri Anwar Ibrahim: Patu Pahat PKR Dinner 15/11/2011″
- Program Dato Seri Anwar Ibrahim Di Parlimen Subang,20.11.11,Ahad
- Isu NFC: Surat Jemputan Debat Dengan YB Khairy
- Skandal NFC: Soal Pertanggungjawaban Dan Amanah Adalah Isu Pokok
- Amnesty: Tangkapan ISA Lawak Bagi ‘Reformasi’ Najib
- Parlimen Jerman: Fitnah II Cubaan Najib Singkir Lawan Politik
- Dear Malaysian Cabinet, Please be Reminded That Stealing is Illegal!
Dato Seri Anwar Ibrahim: Patu Pahat PKR Dinner 15/11/2011″ Posted: 18 Nov 2011 06:50 PM PST
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
Program Dato Seri Anwar Ibrahim Di Parlimen Subang,20.11.11,Ahad Posted: 18 Nov 2011 11:17 AM PST Ceramah Perdana DEMI RAKYAT Tarikh: 20 November 2011 Lokasi : Dewan Kg.Melayu Subang Tambahan,Kota Damansara,Selangor Jam: 9 Malam Penceramah: 1. YB Dato Seri Anwar Ibrahim | |||||||||||||||||||||||||||||||||
Isu NFC: Surat Jemputan Debat Dengan YB Khairy Posted: 18 Nov 2011 10:57 AM PST | |||||||||||||||||||||||||||||||||
Skandal NFC: Soal Pertanggungjawaban Dan Amanah Adalah Isu Pokok Posted: 18 Nov 2011 10:47 AM PST Saya mengucapkan terima kasih kepada pengurusan NFC yang akhirnya tampil memberi penerangan setelah KEADILAN membuat pendedahan mengenai penyelewengan dan kegagalan Projek Fidlot Kebangsaan. Saya kira akhirnya pengurusan NFC akur dengan saranan yang dibuat oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi dan Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana skandal ini benar-benar menggoncang keyakinan rakyat kepada pimpinan politik kerajaan. Saya juga ingin menegaskan di sini bahawa kesemua kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, Pengerusi Eksekutif NFC dan suami Dato' Seri Shahrizat Jalil di media perdana semalam tidak sekali-kali menafikan pendedahan-pendedahan yang dibuat KEADILAN, seperti berikut:
Kenyataan NFC semalam hanya memberi alasan kenapa penyelewengan-penyelewengan seperti yang didedahkan KEADILAN berlaku. Malah, tiga pengakuan Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail mengesahkan keresahan rakyat bahawa anugerah projek ini kepada sebuah syarikat milik keluarga menteri kanan mempunyai unsur-unsur penyelewengan. Beliau mengakui[1] bahawa NFC tiada kepakaran dan pengalaman untuk mengendalikan projek ini sehingga menyebabkan syarikat menghadapi masalah operasi dan kewangan. Perbandingan rekod operasi NFC seperti di bawah jelas menunjukkan bahawa NFC bukanlah syarikat yang berkelayakan untuk mengendalikan projek berimpak tinggi dan mendapat pembiayaan RM250 juta:
Dalam temuramah dengan Berita Harian[2] pula, beliau mengakui bahawa perjanjian pinjaman RM250 juta "tidak menyatakan jadual pembayaran balik". Ini mengesahkan pendedahan KEADILAN sebelum ini bahawa walaupun dana RM250 juta disebut sebagai pinjaman, ia lebih berupa geran kerana NFC tidak dikenakan sebarang jadual pembayaran atau caj faedah seperti pinjaman biasa. Saya juga kesal dengan kenyataan Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail yang bukan sahaja tidak menyangkal pendedahan KEADILAN mengenai pembelian kondominium mewah menggunakan dana rakyat, malah mengesahkan bahawa dana yang diselewengkan adalah lebih tinggi dari yang didedahkan minggu lepas. Pembelian dua unit kondominium mewah di unit B1-1 dan B1-2 di Tingkat 1, Blok B One Merenung sebenarnya membabitkan perbelanjaan RM13.8 juta. Ketiga-tiga pengakuan NFC ini mengingatkan rakyat bahawa isu pokoknya adalah soal kebertanggungjawaban menteri dan kerajaan menjaga wang rakyat. Ketiga-tiga pengakuan tersebut mendedahkan:
Oleh itu, KEADILAN menggesa supaya Perdana Menteri bertindak segera menjawab sama ada berlaku penyelewengan semasa penganugerahan projek ini kepada NFC dan menerangkan penglibatan Dato' Seri Shahrizat Jalil dalam proses membuat keputusan kerajaan bersabit projek ini. Kesemua keterangan lain yang dibuat NFC semalam akan dihuraikan dalam satu sidang media khas di lobi Parlimen hari Isnin ini jam 1130 pagi melibatkan YB Saifuddin Nasution Ismail, YB Zuraida Kamaruddin dan saya sendiri, untuk membolehkan kami meneliti semua maklumat dan dokumen yang kami ada setakat ini. MOHD RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI | |||||||||||||||||||||||||||||||||
Amnesty: Tangkapan ISA Lawak Bagi ‘Reformasi’ Najib Posted: 17 Nov 2011 11:17 PM PST Amnesty International hari ini berkata penahanan 13 orang di Tawau, Sabah mengikut Seksyen 73(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 menjadikan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sebelum ini, untuk memansuhkan undang-undang zalim itu sebagai satu lawak. “Kerajaan Malaysia menjadikan rancangannya untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai satu lawak apabila terus menggunakannya untuk menahan rakyat sekali lagi,” kata Sam Zarifi, pengarah Amnesty International, Asia. “Janji untuk menghapuskan tahanan ISA tidak mencukupi. Perdana Menteri Datuk Seri Najib mesti membuktikan beliau mahu menamatkan amalan itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. “Jika polis Malaysia mempunyai bukti untuk mengesyaki 13 tahanan itu melakukan kesalahan jenayah, dakwa mereka ataupun lepaskan sahaja mereka. “Menahan seseorang tanpa dakwaan atau dibicarakan, terang-terangan menunjukkan tidak menghormati kedaulatan undang-undang.” Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar (kiri) berkata, tujuh warganegara Malaysia dan enam warganegara asing di Sabah ditahan mengikut ISA kerana didakwa cuba menghidupkan kembali gerakan militan di negeri itu. Najib semasa perutusan Hari Malaysia pada 16 September lalu mengumumkan pentadbirannya akan melakukan “reformasi” ke atas beberapa undang-undang yang berbentuk menindas, termasuk ISA. Bagaimanapun pengkritiknya ragu-ragu dengan keikhlasan pengumuman itu dan berkata ia adalah semata-mata helah untuk mendapatkan sokongan pada pilihan raya umum akan datang. | |||||||||||||||||||||||||||||||||
Parlimen Jerman: Fitnah II Cubaan Najib Singkir Lawan Politik Posted: 17 Nov 2011 11:12 PM PST Sekumpulan Ahli Parlimen Jerman menyifatkan perbicaraan Fitnah II yang sedang berlangsung sebagai satu cubaan BN untuk menyingkirkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menyifatkannya sebagai "proses menyingkirkan seteru politik", kumpulan itu yang datang daripada Asean Parliamentary Group untuk Parlimen Jerman berkata perbicaraan Fitnah II bertujuan merencatkan momentum reformasi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum. "Kami memerhati dengan teliti perbicaraan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang akan selesai dalam bulan Disember. "Sewaktu lawatan kami ke Malaysia pada awal 2011, keraguan kami terbukti benar yang perbicaraan itu mungkin merupakan proses menyingkirkan seteru politik," kata Dr Thomas Gambke, ketua Asean Parliamnetary Group itu dalam kenyataannya. Justeru, mereka menuntut Najib dan pentadbirannya berlaku adil kepada Anwar di samping tidak memanipulasi proses pilihan raya untuk terus berpaut pada tampuk kuasa. "Kami merayu kepada kerajaan Malaysia untuk menghormati matlamat reformasi demokratik sistem pilihan raya, yang diketuai Anwar Ibrahim. "Langkah untuk mencegah penipuan pilihan raya perlu diperkenalkan bersama akses lebih meluas untuk media buat parti pembangkang yang kini mentadbir lima negeri di Malaysia. "Perbicaraan bersifat politik terhadap Anwar akan hanya merosakkan imej antarabangsa Malaysia," kata mereka dalam kenyataan media. Kenyataan itu dilihat sebagai satu tamparan hebat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang baru sahaja selesai menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN di Bali semalam. Asean Parliamentary Group (Brunei, Indonesia, Cambodia, Laos, Malaysia, Myanmar, Philippines, Singapore, Thailand, Vietnam) itu diketuai Dr Thomas Gambke (Alliance 90/The Greens), dan Timbalan Pengerusinya adalah Dr Michael Fuchs (CDU / CSU), Holger Ortel (SPD), Dr. hc Jürgen Koppelin (FDP) dan Caren Lay (the Left.) | |||||||||||||||||||||||||||||||||
Dear Malaysian Cabinet, Please be Reminded That Stealing is Illegal! Posted: 17 Nov 2011 08:07 PM PST Stealing is illegal – except when it is approved by the Cabinet. Ordinary people or those who do not get Cabinet approval will be investigated and quite possibly be prosecuted, unless some sort of "deal" is made to avoid it. But ministers, party strongmen and their business cronies are free to legally steal or trade stock based on non-public information they have obtained through their official positions as elected officials — and they do so on a regular basis. Economic crimes What do you call the PKFZ scandal, the MAS losses year after year, shortage in the FELDA funds, the Gemas NFC debacle, and the overpricing in the government procurement – if not stealing? The share swap between Malaysia Airlines and AirAsia is being probed by Bursa Malaysia and the Securities Commission for insider trading. The strange collaboration between Sime Darby and E&O, was perceived as possible insider trading by the chairman of E&O, who so happens to be the husband to the SC chief, Zarinah Anwar. A survey by PwC indicates that 48% of Malaysian companies were the victims of economic crime; the number of reported cases of economic crime committed by company employees in Malaysia is higher than that reported for the Asia-Pacific region and other countries around the world. Well, some like to call it cheating, fraud, economic crime, breach of trust, but in the end it is still getting ‘it’ illegally, which is stealing. Thieves and hypocrites In that case wouldn't it be appropriate that we call those involved thieves? I know, they won't admit it and they have the courts to prove that they are not thieves. But it is their courts; the police, attorney general, prosecutors and judges are all under their payroll and as such, have to be obedient to their paymaster. We all know how the police can fabricate and dispose of evidence, all for a price. The AG has the power at his will whether to prosecute or not. The Lingam tapes proved that the judges are stooges. We have also had the most bewildering or bizarre but not surprising incident when both the defense lawyers and the prosecutors somehow concertedly objected to finding out who had ordered the two former bodyguards of Prime Minister Najib Razak to kill Altantuya, who was also alleged to be Najib’s former mistress. Down the family tree Where on earth are Haji Mohd Najib and his UMNO-BN government leading us to? The economy is going south. The social fabric, since nothing is being done, is nearly in tatters. The education system is in limbo. Both the morals and morale of the nation are sinking. No, there is no such word as "self-esteem" now amongst the major ruling politicians in Malaysia. The entire Cabinet, with the exception of Idris Jala who has told us twice that Malaysia can go bankrupt, couldn't care less. Yes, it seems that nothing else matters to the entire Cabinet and UMNO-BN as long as the stealing continues; more cows will able to buy condos and some would even be clever enough to buy and sell company shares, such as Najib’s son Mohd Nazifuddin who has already created a name for himself in the latest . |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan