Khamis, 17 November 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Statement of the ASEAN Parliamentary Group on the trial of the Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim

Posted: 17 Nov 2011 09:03 AM PST

11. November 2011

Stellungnahme der Parlamentariergruppe ASEAN zum Prozess gegen den malaysischen Oppositionsführer Anwar Ibrahim

Der Vorsitzende der Parlamentariergruppe ASEAN, Dr. Thomas Gambke, der im Rahmen des Programms “Parlamentarier schützen Parlamentarier” die Patenschaft für den malaysischen Oppositionsführer Anwar Ibrahim übernommen hat, erklärt im Namen des Vorstands der Parlamentariergruppe:

“Wir beobachten aufmerksam und kritisch den Verlauf des Prozesses gegen Oppositionsführer Anwar Ibrahim, der nach einem abschließenden Verhandlungstag am 23. November voraussichtlich im Dezember zum Abschluss kommen wird. Bereits während eines Delegationsbesuches in Malaysia Anfang 2011 fanden wir den Verdacht bestätigt, es könne sich um einen Prozess handeln, mit dem ein politisch unliebsamer Gegner ausgeschaltet werden soll.

Die Verteidigung von Anwar Ibrahim wurde in dem sich über mehr als zwei Jahre hinziehenden Verfahren immer wieder in ihrer Arbeit behindert. Die Tatsache, dass nun Ende dieses Jahres mit einer Verurteilung von Anwar Ibrahim wegen des Vorwurfs des homosexuellen Verkehrs zu rechnen ist, scheint uns nicht zufällig in zeitlicher Nähe zu Parlamentswahlen im Frühjahr 2012 zu stehen. Mit einer Verurteilung würde der Oppositionsführer sein Abgeordnetenmandat verlieren und wäre die gesamte Oppositionsbewegung geschwächt.

Wir appellieren an die malaysische Regierung, die Bewegung für eine demokratische Reform des Wahlsystems, deren führender Repräsentant Anwar Ibrahim ist, zu respektieren, und deren Ziele ernst zu nehmen. Maßnahmen zur Verhinderung von Wahlbetrug und mehr Möglichkeiten für Oppositionsparteien, die heute in bereits fünf der insgesamt dreizehn Regionen Malaysias regieren, in öffentlichen Medien für ihre Ziele zu werben, sollten geschaffen werden. Eine politisch motivierte Verurteilung von Anwar Ibrahim würde dem internationalen Ansehen Malaysias schaden.”

Dem Vorstand der Parlamentariergruppe ASEAN (Brunei, Indonesien, Kambodscha, Laos, Malaysia, Myanmar, Philippinen, Singapur, Thailand, Vietnam) gehören als Vorsitzender Dr. Thomas Gambke (BÜNDNIS 90/DIE GRÜNEN) sowie als  stellvertretende Vorsitzende Dr. Michael Fuchs (CDU/CSU), Holger Ortel (SPD), Dr. h.c. Jürgen Koppelin (FDP) und Caren Lay (DIE LINKE.) an.

—————————

November 11, 2011

Statement of the ASEAN Parliamentary Group on the trial of the Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim

Chair of the ASEAN Parliamentary Group Dr. Thomas Gambke, within the framework of the "MPs protect MPs" program in sponsorship of Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim, says on behalf of the Board:

“We are carefully observing the trial of opposition leader Anwar Ibrahim which is set to resume on November 23 and due for completion in December. During a visit to Malaysia at the start of 2011, our suspicions were confirmed that the trial may well be a process of eliminating political opponents.

The team of lawyers defending Anwar Ibrahim were gravely disadvantaged during the entire two years of the drawn-out trial. We believe that the timing of the impending conviction of Anwar Ibrahim on sodomy charges has been planned to coincide with the Parliamentary elections due in spring 2012. If convicted, the opposition leader would lose his parliamentary seat thus weakening the entire opposition movement.

We appeal to the Malaysian government to respect and regard seriously the goals of the movement for democratic reform of the electoral system, whose leading figure is Anwar Ibrahim. Measures to prevent electoral fraud should be introduced together with greater access to the public media for the opposition parties which to date are in control of five of the thirteen States of Malaysia. A politically motivated trial of Anwar Ibrahim would only damage the international image of Malaysia."

The Board of the ASEAN Parliamentary Group (Brunei, Indonesia, Cambodia, Laos, Malaysia, Myanmar, Philippines, Singapore, Thailand, Vietnam) includes its chairman, Dr. Thomas Gambke (Alliance 90/The Greens), and deputy chairman Dr Michael Fuchs (CDU / CSU), Holger Ortel (SPD), Dr. hc Jürgen Koppelin (FDP) and Caren Lay (THE LEFT.)

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

PM Perlu Malu ISA Diguna Lagi

Posted: 17 Nov 2011 03:30 AM PST

Malaysiakini

Penahanan terbaru sekumpulan lelaki bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) disifatkan “mengesahkan kesangsian” rakyat terhadap pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan akta itu sebelum ini.

“Kini ia amat pasti bahawa pengumuman itu hanyalah untuk kepentingan politik Najib dan tidak serius dan jujur dalam memansuhkan akta zalim ini,” kata Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh dan Penyelaras NGO hak asasi Suaram E Nalini.

Malaysiakini

Perdana menteri pada malam hari Malaysia mengumumkan akan memansuhkan ISA dan Akta Buang Negeri 1959 serta akan mengkaji semula undang-undang lain bagi memastikannya memenuhi kehendak semasa.

Dalam kenyataan bersama Syed Ibrahim dan Nalini hari ini, mereka mempersoalkan sama ada Najib cuba memperdayakan rakyat Malaysia berhubung penangkapan pertama selepas pengumuman pemansuhan ISA pada 15 September lalu.

“PM perlu berasa malu atas penangkapan ini,” kata mereka sambil menyifatkan tuduhan ke atas kumpulan lelaki itu masih tidak pasti.

Polis dilaporkan menggunakan ISA di Sabah kerana didakwa terbabit dengan kegiatan militan yang menggunakan Tawau sebagai tempat transit senjata dan dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan Abu Omar yang beroperasi dari Kalimantan.

Senaraikan nama, status

Bagaimanapun, memetik sumber, laporan Berita Harian dan The New Straits Times itu tidak sepakat sama ada 10 atau 11 orang ditahan bawah akta kontroversi itu.

GMI dan Suaram pula menyifatkan jumlah dilaporkan hanyalah angka “tidak rasmi” kerana sumber mereka memaklumkan kemungkinan 14 orang ditahan.

Kedua-dua NGO itu turut menyenaraikan nama invidividu yang didakwa ditahan, termasuk status pekerjaan mereka.

Menurut GMI dan Suaram, identiti mereka: Mohd Nazri Dollah (guru agama), Yusof Saripuddin (peniaga ayam) Muhd Adnan Umar dan Darto Bandu (guru tuisyen), Muhd Abduh Umar (pemandu lori), Faizal Hamma dan Joni @ Muadz (pengedar akhbar harian) dan Bakar Baba (guru).

Tiga lagi individu lain – dikenali Adwan, Azmi dan Suriadi – tidak dinyatakan nama penuh dan status pekerjaan mereka.

Pesuruhjaya polis Sabah Datuk Hamza Taib ketika dihubungi dilaporkan enggan mengulas penahanan tersebut kerana kes itu dikendalikan Bukit Aman.

‘Amaran sebelum ditahan’

Sementara itu, jabatan undang-undang dan hal ehwal Sabah dan Sarawak Pemuda PAS berkata pihaknya terkejut dengan penahanan itu setelah dimaklumkan keluarga mangsa – sepuluh daripada tahanan didakwa pendakwah.

Pengerusi kedua-dua jabatan itu Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi dan Abang Ahmad Kardee Abang Masagus mendakwa, mereka percaya tangkapan itu rentetan laporan PAS Sabah bahawa ahli-ahlinya diberikan amaran oleh polis supaya tidak terlibat dengan program politik dan dakwah sekiranya tidak mahu ditangkap.

“Justeru, kami percaya bahawa tangkapan ini hakikatnya adalah bermotifkan politik semata-mata dan langsung tidak mempunyai kaitan dengan Seksyen 73(1) ISA,” kata mereka dalam kenyataan bersama.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Memoir Syed Husin: Apabila Idealisme Bergabung Dengan Kuasa

Posted: 17 Nov 2011 02:19 AM PST

Merdeka Review

“Biasanya kita sebut tentang politik dia bersangkut paut dengan kuasa.  Tetapi dengan Dr.Syed Husin Ali, politik ini dalam pandangan saya, politik Syed Husin Ali ini tidak bersangkut paut dengan kuasa.  Dia hanya sangkut paut dengan idealisme dan prinsip perjuangan.”

Demikianlah kata-kata Tian Chua, Naib Presiden PKR dalam Majlis Pelancaran Memoir Perjuangan Politik Syed Husin Ali, di Pusat Konvensyen Shah Alam, semalam.  Tian Chua mengakui bahawa Syed Husin Ali adalah idola politik pertamanya ketika dirinya balik dari luar negeri.  “Kita menyokong Syed Husin Ali (pada ketika itu) bukan dengan tujuan untuk tukar kerajaan.  Bukan tujuan untuk melaksanakan prinsip-prinsip atau dasar-dasar baru.  Hanya (kerana) pada waktu itu kita rasa kita perlu satu suara untuk golongan yang dipinggirkan, golongan yang ditindas.  Kita perlukan a voice of conscience in the parliament.”

Bagaimanapun, Tian Chua yang secara rasminya terlibat dalam politik selepas Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri, menganggap sejarah perjuangan politik Syed Husin Ali tidak boleh dipisahkan daripada Anwar Ibrahim, tokoh yang mewakili politik “kuasa”.  Gabungan politik antara Syed Husin Ali dengan Anwar Ibrahim telah memberi imaginasi bahawa kedua-dua kuasa dan idealisme boleh digabungkan, dakwa Tian Chua.

Syed Husin Ali adalah pensyarah di Universiti Malaya ketika Anwar Ibrahim memimpin gerakan mahasiswa pada tahun 1970-an.  Anwar menyertai UMNO-BN pada tahun 1982, berada dalam sistem kerajaan untuk 16 tahun sebelum dipecat pada 2 September 1998.  Sementara Syed Husin Ali kekal sebagai pembangkang yang tidak pernah menang dalam PRU, memimpin Parti Rakyat Malaysia (PRM).  Syed Husin Ali dan Anwar bertemu semula, dengan pencantuman PRM dan Parti Keadilan Nasional (ADIL), dan berada dalam perjalanan yang sama sehingga ke hari ini.

Untuk Tian Chua, Syed Husin Ali umpama jambatan antara dua generasi, iaitu generasi sebelum merdeka (yang memikirkan bentuk dan corak negara selepas merdeka), dengan generasi selepas merdeka yang diwakili Anwar (yang cuba merealisasikan impian negara yang ingin dibentuk).  Kedua-dua tokoh ini telah mengumpul pengalaman yang berbeza sepanjang perjuangan mereka, malah secara berseloroh Tian Chua menggesa Anwar untuk menulis memoir beliau selepas penerbitan memoir Syed Husin Ali.

Kira-kira 1,000 orang hadir dalam Majlis Pelancaran Memoir Perjuangan Politik Syed Husin Ali, kebanyakannya terdiri daripada pimpinan PKR.  Sebelum majlis dirasmikan Menteri Besar Selagor Khalid Ibrahim, Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim, Sasterawan Negara A.Samad Said, Tian Chua dan bekas pimpinan PRM Sanusi Osman diundang untuk memberi ucapan.  Turut hadir termasuklah Professor Emeritus Khoo Kay Khim, bekas ahli parlimen Kok Lanas, Abdullah Ahmad dan lain-lain lagi.

Syarat jadi calon…

Anwar tidak lupa untuk mengungkit kisah pencantuman PRM dan KeADILan, yang berlaku ketika dirinya berada dalam penjara.  “Parti KeADILan mendapat dokongan massa pada ketika itu, Parti Rakyat punyai rekod pejuang-pejuang yang pertahankan idealisme, yang tidak mudah digugat keyakinan mereka, dibeli, ataupun diugut.”

Ketua Umum PKR ini mengakui bahawa dirinya mencadangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR, agar majlis pelancaran memoir ini dijadikan acara yang penting untuk parti dan kerajaan negeri Selangor.

“Dalam politik ini bukan sekadar mainan kata-kata, dia mesti melalui keyakinan.  Dan buku ini membantu kita memahami peristiwa, latar belakang…”  Malah, berkali-kali Anwar (gambar kanan) menekankan, “Jadikan parti kita dan susuk perjuangan ini tidak sekadar retorika politik biasa, tapi satu tradisi dan budaya ilmu yang kuat, yang tabah, yang boleh membantu kita pertahankan idealisme ini, sama ada kita berkuasa di negeri, atau sekarang sebagai pembangkang, apatah lagi cabaran lebih besar, bila…Insyaallah, kita tawan Putrajaya.”

Malah, secara berjenaka beliau memberi amaran, “Kalau saya dapati mana-mana tokoh yang tidak selesai menelaah buku (ini), dia tidak akan dipertimbangkan menjadi calon nanti…”, disambut dengan gelak ketawa dan tepukan di bawah pentas.

Tiada kemenangan tanpa pengorbanan

Dalam ucapannya yang ringkas, bekas Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali berkata, “Saya tahu tujuannya bukan untuk memuji dan memuja, tetapi apa yang hendak dilakukan oleh saudara Anwar ialah meneruskan dan menggalakkan tradisi keintelektualan dalam parti.”

“Kita harus bergerak bukan dari segi politik saja, sebab perubahan dalam politik itu satu aspek.  Kita harus buat perubahan dalam kebudayaan, dalam ilmu, selain daripada bidang-bidang seperti politik, ekonomi dan sebagainya.”

Menyambung kisah A.Samad Said yang menceritakan bagaimana Ahmad Boestamam memulangkan dua beg wang yang diserahkan kepadanya, hanya kerana tidak pasti punca dari mana sebahagian wang itu datang, Syed Husin Ali mengambil kesempatan untuk menempelak pemimpin zaman sekarang yang bukan sahaja keluar parti apabila didatangi wang dalam beg, malah terus menghentam parti dan pemimpin selepas keluar parti.

Sebelum mengakhiri ucapannya, Syed Husin Ali tidak lupa menegur sesetengah wakil rakyat yang bercita-cita menawan Putrajaya, tetapi tidak menjejak langkahnya ke kawasannya selepas menang disokong pengundi.  Beliau menyeru agar pimpinan muda meneladani semangat pengorbanan pemimpin dahulu, sambil mengingatkan, “Dalam perjuangan mesti ada pengorbanan.  Tanpa pengorbanan, tidak akan ada kemenangan.”

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Tiada ulasan: