Anak Muda Kampung Nak Senang |
- Gelombang kemarahan rakyat terhadap KTMB, SPAD
- Jeti di Pahang semakin uzur, malu kat pelancong asing
- Berita yang amat memalukan warga PDRM, bukti hilang
Gelombang kemarahan rakyat terhadap KTMB, SPAD Posted: 16 Nov 2011 06:30 PM PST Gelombang kemarahan rakyat (bukan gelombang lautan biru) terdapat kedaifan sistem pengangkutan awam di Malaysia ini sudah sampai ke kemuncaknya apabila Utusan Malaysia 17 November 2011 menyiarkan surat keluhan rakyat yang berjela-jela panjangnya. Jangan sudah terhantuk baru nak terngadah seperti apa yang berlaku kepada Menteri Besar Negeri Sembilan di http://mohdtaufek.blogspot.com/2011/11/sudah-terhantuk-baru-nak-terngadah.html Juga masalah Pengangkutan Awam makin teruk zaman Kerajaan BN di http://amkns.blogspot.com/2011/11/pengangkutan-awam-makin-teruk-zaman.html UTUSAN MALAYSIA 17 November 2011 Surat terbuka kepada KTMB, SPAD "TOLONG! Tolong! Jangan tolak! Ada budak kecil!" "Jangan tolak! Ada orang tua la! Bahaya la!" "Kalau ada yang mati terpijak atau terhimpit baru mahu buat sesuatu!" "Aku tak peduli! Dah dua kali aku miss naik sebab penuh sangat! Kali ini aku akan rempuh, tidak kira apa nak jadi, jadi la." "Pasal apa la, sekarang ini dah tidak ada hentian terhad (limited stop)?" "Pengumuman pun tidak ada? Batal ke apa ni?" "Mana nak berbaris ini? Hijau ke? Merah atau biru? Tidak ada pengumuman pun?" (seketika kemudian...) "La! Komuter sampai pun tidak ada pengumuman! "Batal lagi! Tergendala lagi ! Apa cerita ini?" "Woi! Panasnya! Air-con tidak ada pula! Hisss…" Dialog-dialog di atas adalah biasa kita dengar khususnya pengguna perkhidmatan komuter dan saya adalah salah seorangnya. Saya mula menggunakan perkhidmatan KTM Komuter sejak tahun 2008 lagi dari Padang Jawa ke stesen KL Sentral setiap hari. Pada pendapat saya, ada tiga fasa yang berbeza sepanjang saya menggunakan perkhidmatan ini. FASA 1: PERKHIDMATAN setiap 20 minit (kalau tidak silap saya). Apa yang saya ingat, perkhidmatannya sentiasa lambat, tidak mengikut masa yang ditetapkan, juga selalu batal sebab yang saya tidak pasti. Saya yang baru berpindah pejabat dari Bandar Sunway ke Plaza Sentral terpaksa menghadapi pengalaman ini dengan sabar. Ramai rakan kembali menggunakan kereta sendiri. Sebabnya seperti yang saya nyatakan seperti di atas tadi. Bila waktu pulang (dari laluan KL ke Pelabuhan Klang), pengguna berebut hanya sebab ingin tempat duduk, waktu itu pengguna tidak terlalu ramai. FASA 2: PERKHIDMATAN setiap 30 minit, dengan alasan untuk memastikan tiada perkhidmatan/trip yang lambat dan batal. Ia satu tindakan untuk menaikkan mutu perkhidmatan. Seingat saya mutu perkhidmatan agak meningkat sedikit dan agak jarang komuter datang lambat cumanya, pengguna mulai ramai, mungkin pekerja dari pejabat-pejabat baru di sekitar KL Sentral. Maka pada waktu balik, pengguna berebut-rebut untuk memastikan dapat masuk dan bukan lagi untuk mendapat tempat duduk. FASA 3: PERKHIDMATAN laluan terhad (limited stop) telah diperkenalkan pada waktu puncak yang menjadikan masa selama 15 minit. Agak membantu pada mulanya tetapi kemudiannya tidak konsisten terutamanya laluan Pelabuhan Klang ke Batu Cave. Ini menyebabkan kesesakan yang luar biasa pada waktu puncak. 'Diburukkan' lagi dengan pertambahan pengguna selepas SSM, UEM, NSN (Nokia Siemen), Axiata, 1 Sentral (pejabat) dan lain-lain. Sepatutnya apabila ramai pengguna, maka perkhidmatan hendaklah dipertingkatkan. Ini tidak, ia semakin merosot. Pada hari surat ini ditulis (10/11/2011), tiada lagi perkhidmatan laluan terhad (setiap 15 minit). Pada waktu puncak, kadang kala pengguna hanya dapat masuk pada trip yang ke-2 atau ke-3, dan bayangkan setiap trip adalah selama setengah jam (masa menunggu). Pun begitu saya dapati perkhidmatan dari Rawang ke Seremban agak memuaskan. Selain perkhidmatan laluan terhad yang agak konsisten, ia juga mempunyai perkhidmatan baru enam koc yang menyebabkan tiada kesesakan yang luar biasa berlaku. Saya berpendapat perkhidmatan enam koc diperkenalkan kepada laluan ini adalah disebabkan jumlah pengguna yang lebih ramai dari laluan Pelabuhan Klang ke Batu Cave, tidak syak ia merupakan sesuatu pilihan yang tepat. Saya mendapati komposisi kaum untuk laluan ini Melayu 35%, Cina 35%, India 10% dan lain-lain 20%. Sekiranya kita lihat perkhidmatan LRT, kita akan dapati komposisi kaum ialah Melayu 20% India 20% Cina 50% dan lain-lain 10%. Perkidmatan LRT memang cemerlang, dengan perkhidmatan setiap 3 minit atau 8 minit dan terlalu jarang tergendala, menyebabkan perkhidmatannya merupakan satu mimpi bagi pengguna perkhidmatan komuter. Sayangnya ia hanya berakhir di Kelana Jaya (tiada bagi penduduk Klang dan Shah Alam) dan juga rancangan LRT extension tidak membantu kerana tidak melalui tempat kami tetapi terus ke Subang Jaya dan Puchong. Bagaimanapun, ia juga kelak dapat offload pengguna majoriti kaum Cina terutama di Subang Jaya dan sedia maklum kaum Cina juga merupakan penduduk nmajoriti di Puchong. Saya akui dari segi pasaran dan kuasa membeli menyebabkan dua tempat ini dipilih untuk LRT extension. Maka saya ingin cadangkan supaya: * Untuk jangkamasa terdekat ini, sila pastikan perkhidmatan hentian terhad dijalankan semula seberapa segera di laluan Pelabuhan Klang ke Batu Cave. * Sila buat pengumuman dengan konsisten terutama waktu puncak, seperti perkhidmatan dibatalkan. * Laluan Pelabuhan Klang ke Batu Cave diutamakan (priority) untuk permulaan pengurusan koc yang baru tiba (Kereta Api Unit Gandaan Elektrik EMU) iaitu bulan depan dan bulan selanjutnya kerana kami menanggung derita yang paling berat setakat ini. * Pihak KTM dengan seberapa segera memberi tahu perkembangan mengenai koc baru ini. * Saya juga ingin menjemput menteri dan pegawai yang berkaitan melawat kami tetapi bukan waktu tengah hari (waktu bukan puncak) tetapi waktu puncak di KL Sentral (pukul 5 petang hingga pukul 7). Boleh melihat sendiri betapa berbahayanya keadaan tersebut. * Buat rancangan masa panjang, dan gunakan aset KTM yang berharga untuk mengubah perkhidmatan sedia ada kepada perkhidmatan lebih baik seakan-akan LRT dan MRT. Saya juga berharap agar Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) turut melihat perkara ini. PENGGUNA TETAP KOMUTER Jalan Paladium, Shah Alam http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1117&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm Thursday November 17, 2011 More stage bus services nationwide may be dropped PETALING JAYA: More stage bus services nationwide will be terminated by month-end, like what has taken place in Seremban, if the government does not bail them out, the Pan Malaysian Bus Operators Association warned. Its president Datuk Ashfar Ali said stage bus operators have, since December last year, pleaded to the Government to buy over its businesses as it could not cope with "bleeding losses". "Last month, we wrote to the heads of six state governments that about 80 bus routes, involving 400 buses, belonging to 17 bus companies will have to cease operation by the end of this month if the Government does not buy over their operations," said Ashfar, when contacted. The six states are Negri Sembilan, Kelantan, Kedah, Perak, Penang and Pahang. "There has not been any response from any of them. "Today, several stage buses in Seremban had to terminate their services because they cannot cope with the losses," Ashfar said. "We apologise to the commuters but the bus operators could no longer handle the situation." Ashfar said that a Negri Sembilan bus company serving two routes in Tampin had to close shop. "They could not even pay their employees compensation," he said. Ashfar said the Malacca government, however, had agreed to buy over stage bus companies and will begin operating in 2012. He added that employees of the bus companies were even given compensation by the state government. "I hope the other heads of (state) government will follow what the Malacca chief minister (Datuk Seri Mohd Ali Rustam) has done. "Not only were the bus operators able to sell their buses and pay off their creditors, but commuters were also assured of continued bus services," Ashfar said. Ashfar said the association had written to the Prime Minister, the Transport Minister and the Land Public Transport Commission, but received no "encouraging response". In May, The Star reported that hundreds of locations nationwide will be without transport as companies which are members of the association had stopped operating. Stage bus operators have been hit hard by spiralling operations and maintenance costs and the competition from rail transport. http://thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=/2011/11/17/nation/9923157#13214912780801&if_height=536 |
Jeti di Pahang semakin uzur, malu kat pelancong asing Posted: 16 Nov 2011 06:29 PM PST Kedudukan jeti Kampung Bangau Parit bukanlah jauh sangat dengan bandar Temerloh, Jadi apa salahnya kerajaan bantu baik pulih jeti ini? Saya sendiri pernah lihat dua warga emas tergelincir semasa menaiki tebing yang tidak bertangga, mereka terpaksa meredah lumpur dan selut untuk naik ke tebing. Mohd. Sofi berkata, kadang-kadang dia sendiri malu dan tidak tahu untuk memberikan jawapan apabila ditanya oleh pelancong asing. Beberapa penderitaan rakyat di Pahang yang dilaporkan sebelum ini di http://amkns.blogspot.com/2011/10/alahai-kesian-rakyat-pahang-tak-de.html TEMERLOH 16 Nov. 2011 - Kecanggihan teknologi masa kini banyak mengubah bentuk pengangkutan masyarakat yang sebelum ini turut bergantung kepada pengangkutan air. Namun begitu, bagi lebih 300 penduduk di 25 perkampungan tradisional dekat sini, pengangkutan air masih digunakan secara meluas dalam urusan seharian mereka. Oleh itu, jeti yang semakin dilupakan oleh masyarakat negara ini masih menjadi infrastruktur utama bagi penduduk di kampung-kampung di sekitar Sungai Pahang. Justeru, mereka berharap kerajaan dapat membaik pulih jeti Kampung Bangau Parit di sini yang digunakan sejak berpuluh-puluh tahun dahulu berikutan keadaannya yang semakin uzur dan boleh mengundang nahas. Jeti yang digunakan oleh penduduk sebagai laluan utama menyeberangi Sungai Pahang dengan bot penambang itu kali terakhir dinaik taraf kira-kira 15 tahun dahulu. Keadaan jeti yang semakin uzur dan tidak bertangga sangat berbahaya terutama kepada warga emas dan pelajar sekolah yang masih menggunakannya untuk ke seberang sungai. Jeti terbabit adalah tapak asal yang mana penduduk dari seberang Sungai Pahang menggunakannya hampir seabad lalu ketika belum wujud jambatan menghubungkan dua kawasan berkenaan. Seorang penduduk, Mohamad Othman berkata, jeti itu masih digunakan kerana pengangkutan air di kawasan itu menyingkatkan masa perjalanan terutama dari Jengka ke Temerloh. Menurutnya, selain itu, di jeti itulah juga penduduk, peniaga dan mereka yang ada urusan di seberang sungai berkumpul kerana ia laluan utama untuk ke seberang. "Kini walaupun sudah ada jambatan, namun masih ramai yang menggunakannya, terutama para peniaga kecil di Pekan Sehari yang jaraknya hanya 300 meter dipisahkan oleh sungai ini. "Kampung ini yang paling hujung dan paling hampir dengan pekan atau bandar Temerloh dari seberang sini. Penduduk dari Gunung Senyum masih menggunakan perkhidmatan bot penambang dan jeti ini. "Sebab itu kami merayu kerajaan mempertimbangkan permohonan untuk membaik pulih jeti ini, kerana bukan sahaja digunakan oleh orang kampung malah pelancong luar turut menggunakannya," kata Mohamad. Seorang lagi penduduk, Zakaria Salleh berkata, dia menggunakan jeti itu sejak kecil namun keadaannya yang uzur tetap tidak berubah seperti 15 tahun dahulu. Menurutnya, keadaan jeti di Kampung Bangau Parit jauh berbeza jika dibandingkan dengan Taman Esplanade di Seberang Sungai yang bernilai jutaan ringgit sedangkan kedua-dua jeti ini mempunyai kaitan iaitu mengambil dan menurunkan penumpang. "Apa salahnya kalau kerajaan bantu baik pulih jeti yang sangat uzur ini kerana ia masih menjadi nadi perhubungan penduduk kampung tradisional. "Dahulu saya ada dengar peruntukan baiki jeti diluluskan namun sehingga sekarang belum ada tanda untuk membaikinya. "Kerajaan memberi peruntukan sehingga beratus ribu ringgit untuk bina jeti peniaga ikan di tempat lain. Jadi apalah salahnya jika sedikit peruntukan itu diberi kepada kampung ini untuk memperbaiki jeti yang juga digunakan oleh orang ramai," katanya. Sementara itu, pengusaha bot penambang, Mohd. Sofi Alias, 19, berkata, beberapa pelancong yang berkunjung ke sini beberapa bulan lalu juga pernah mengeluarkan kata-kata sinis melihatkan keadaan jeti bot penambang yang sangat uzur tetapi masih digunakan penduduk. Menurutnya, beberapa pelancong dari Singapura yang pada mulanya ingin singgah di Kampung Bangau Parit membatalkan hasrat mereka kerana bimbangkan keselamatan keluarga. Menurutnya, ada pelancong luar yang tidak percaya apabila mendapati jeti di Kampung Bangau Parit sangat daif dan sangat berbeza dengan jeti di Taman Espalanade. "Sudah banyak kali pelancong tempatan dan luar tegur dengan kedaifan jeti Kampung Bangau Parit, ada yang tergelak melihat kegagalan kerajaan membaik pulih jeti ketika mereka sibuk mempromosikan keindahan sungai dan ikan patin. "Kedudukan jeti Kampung Bangau Parit bukanlah jauh sangat dengan bandar Temerloh, Jadi apa salahnya kerajaan bantu baik pulih jeti ini? "Saya sendiri pernah lihat dua warga emas tergelincir semasa menaiki tebing yang tidak bertangga, mereka terpaksa meredah lumpur dan selut untuk naik ke tebing," katanya. Mohd. Sofi berkata, kadang-kadang dia sendiri malu dan tidak tahu untuk memberikan jawapan apabila ditanya oleh pelancong asing. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1117&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_01.htm |
Berita yang amat memalukan warga PDRM, bukti hilang Posted: 16 Nov 2011 05:38 PM PST Pada bulan September 2011, 3 orang pegawai SPRM telah ditahan berkaitan kes rompakan hampir RM1 juta di Lapangan Terbang KLIA. Kini bukti penting, sebahagian dari wang rompakan tersebut yang disimpan di Ibu Pejabat Polis Selangor pula didapati hilang, walaupun bilik simpanan bahan bukti ini dikawal ketat. Nampaknya Ketua Polis Negara, Menteri Dalam Negeri sudah hilang kawalan terhadap anggota mereka sendiri. Kes yang amat memalukan bukan sahaja PDRM, tetapi rakyat Malaysia. Cerita berkaitan rompakan hampir RM1 juta yang dikaitkan dengan pegawai SPRM di http://amkns.blogspot.com/2011/09/sprm-penyamun-polis-pengedar-dadah.html Part of robbery loot goes missing 17 November 2011 Evidence of KLIA heist stolen from state police headquarters Part of the loot in the RM930,000 robbery at the Kuala Lumpur International Airport on Sept 15 has gone missing from police custody. The crucial evidence, said to be RM11,000, was kept in the investigating officer's room at the Selangor police headquarters in Shah Alam. The money was discovered missing last week and investigators believed it was an inside job as all visitors to the police headquarters are strictly vetted. It is learnt that although there are closed-circuit television cameras (CCTV) installed at various points in the building, there are no CCTVs at the investigating officers' rooms. The missing money was part of the loot which comprised foreign currencies which was robbed from a group of moneychangers at KLIA. The three MACC officers -- S. Vijayarao, Wan Elfie Shafizy Wan Ahmad and Aziz Jaafar -- were slapped with nine charges on Oct 7 at the Sepang Sessions Court. It was reported that five men, including the three MACC officers, allegedly robbed the moneychangers of the cash at the airport's satellite building. http://www.nst.com.my/local/general/part-of-robbery-loot-goes-missing-1.6983 |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan