Anwar Ibrahim |
- Politik Pelajar: Jangan Cakap Lain, Buat Lain, Kata KAMI
- Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Batu Pahat, Johor
- Sikap Amanah Bawa Selangor Lonjak Agihan Kebajikan Rakyat
- DSAI Dialogue With More Than 200 Community Leaders From Some 65 Chinese Associations And Guilds in Subang Jaya, Selangor 08/11/2011
Politik Pelajar: Jangan Cakap Lain, Buat Lain, Kata KAMI Posted: 13 Nov 2011 06:41 PM PST Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) menuntut penjelasan daripada Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Sahol Hamid Abu Bakar berhubung pertandingan pidato politik anjuran Pemuda BN di kampus universiti itu, semalam yang dikatakan secara terang- terangan berunsurkan politik. Dalam satu kenyataan media, presiden KAMI, Haziq Abdullah Abdul Aziz berkata jika kerajaan benar-benar ikhlas tidak mahu mahasiswa berpolitik, sepatutnya kebenaran kepada mana-mana parti politik masuk ke kampus tidak seharus dikeluarkan. "Mahasiswa merasakan keterangan naib canselor UiTM bertajuk "Tidak Perlu Pinda AUKU" hanyalah sekadar retorik semata-mata. "Kalau betul tidak mahu mahasiswa berpolitik , jangan bagi kebenaran kepada mana-mana parti politik masuk ke kampus. "Tindakan memberi kebenaran kepada parti politik masuk ke kampus sebenarnya akan menimbulkan keraguan kepada masyarakat khususnya mahasiswa," katanya. Menurut Haziq Abdullah, kenyataan Sahol Hamid (kiri), Jumaat lalu bahawa politik di universiti hanya akan memecahkan perpaduan sesama penuntut sedangkan matlamat utama mereka ialah menimba ilmu dan mendapatkan pekerjaan bagi menjamin masa depan, bercanggah dengan apa yang terjadi di kampus UiTM. Sahol Hamid juga dilaporkan berkata bahawa universiti itu tidak bersetuju dengan cadangan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) kerana kebebasan politik hanya akan mengancam keamanan serta kesepakatan penuntut Melayu dan Bumiputera di universiti. “Anak-anak (penuntut UiTM) saya aman harmoni berjuang bersama-sama dan menuntut ilmu untuk menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. “Apa yang penting kita semua bersatu padu dan tidak berpecah belah,” katanya. Kongkong mahasiswa Bagaimanapun menurut KAMI, mahasiswa perlu diberikan kebebasan untuk meluahkan pendapat walaupun apa yang bakal diperkatakan itu mungkin bertentangan dengan apa yang dihasratkan oleh pihak universiti. "Sejujurnya KAMI tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan naib canselor UiTM yang mengatakan penglibatan mahasiswa dalam politik akan menyebabkan perpecahan. "Kenyataan bahawa pindaan AUKU akan mengancam keamanan serta kesepakatan penuntut bumiputera dan Melayu di universiti itu kami kira sebagai sesuatu yang tidak relevan,” kata Haziq Abdullah. Beliau tegas mempertahankan bahawa mahasiswa mesti diberikan kebebasan yang sewajarnya untuk bersuara. "Tindakan mengongkong mahasiswa sebenarnya tidak membawa apa-apa faedah malah akan melahirkan mahasiswa yang tidak kritikal, konservatif serta jumud dalam berfikir," katanya. "Jangan pula nanti cakap lain tapi buat lain." Pertandingan pidato politik Piala Perdana Menteri peringkat saringan zon tengah di UiTM, Shah Alam, semalam,dirasmikan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin (dua dari kanan). Khairy juga dipetik Bernama berkata program anjuran unit pidato Pemuda Umno itu akan diteruskan di empat zon iaitu zon utara, selatan, pantai timur dan Sabah serta Sarawak. |
Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Batu Pahat, Johor Posted: 13 Nov 2011 06:36 PM PST DEMI RAKYAT 15 November 2011 (Selasa) Program 1) 8.00 – 9.00 mlm – Solat Isya' – Surau Tmn Sri Penggaram, Batu Pahat Program 2) 7.00 – 10.45 mlm – Jamuan Makan Malam KeADILan Lokasi: Grand Sea View Restaurant, Jln Tanjung Laboh, Batu Pahat Program 3) 9.00 – 12.00 malam – Ceramah Perdana – Demi Rakyat Lokasi: Markaz PAS Parit Bilal, Jln Bukit Pasir, Batu Pahat Penceramah: 1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim 2. YBhg Dato' Seri Chua Jui Meng 3. YB Tian Chua 4. YB Dr Dzulkifli Ahmad 5. YB Dr Boo Cheng Hau 6. YBhg Syed Abdul Hamid Ali |
Sikap Amanah Bawa Selangor Lonjak Agihan Kebajikan Rakyat Posted: 13 Nov 2011 04:43 PM PST Pengurusan wang yang beramanah adalah bukti komitmen Pakatan Rakyat terhadap pemerintahan berintegriti di Selangor, kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail. Beliau berkata, ratusan juta ringgit berjaya dijimat dan dipulangkan kembali demi kebajikan rakyat, hasil pembasmian ketirisan dan rasuah. Dalam kenyataan media, Azizah memuji pentadbiran Selangor yang berjaya melonjak hasil negeri dan memastikan pengagihan khazanah secara adil dan prihatin. "Anggaran peningkatan hasil cukai (8.23%) dan hasil bukan cukai (40.12%) untuk 2012 menunjukkan pengurusan ekonomi negeri menjana pembangunan pesat. "Simpanan tunai kerajaan Selangor kini mencecah RM1.2 bilion – jumlah tertinggi dalam 28 tahun," katanya yang mengalu-alu Belanjawan Selangor 2012 bertema 'Selangorku: Hasil Negeri Untuk Rakyat'. Memuji pentadbiran Selangor yang berjaya melonjak hasil negeri dan memastikan pengagihan khazanah secara adil dan prihatin, Aziziah berkata, pimpinan kerajaan negeri meneliti setiap pengurusan wang rakyat dan mengenal pasti serta mengutip semula hutang sektor swasta kepada rakyat. Contohnya, beliau berkata tiada rekod berkaitan hutang RM391 juta Talam Corporation kepada kerajaan Selangor ketika Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa pada Mac 2008. Untuk 2012, Selangor meneruskan program kebajikan Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dengan tambahan RM300 juta atau 15 peratus dari Belanjawan 2011 melalui geran untuk meringankan beban rakyat. Sasaran program ialah menyalur bantuan kepada penduduk berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar, golongan petani dan nelayan serta orang kelainan upaya (OKU). Menegaskan komitmen Pakatan Rakyat memastikan rakyat berpeluang memperoleh pendapatan encukupi setara dengan kos sara hidup, Azizah berkata, ia bukan bersifat 'one-off' seperti amalan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN). |
Posted: 13 Nov 2011 04:23 PM PST
|
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan