Ahad, 13 November 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Bajet 2012, berita baik untuk perompak dan penyamun

Posted: 13 Nov 2011 12:01 AM PST



Nampaknya guru sekolah yang bawa duit tunai untuk diagihkan kepada pelajar RM100 setiap seorang kena pastikan ada insuran atau takaful nyawa, ada jaket kalis peluru, ada pengawal keselamatan bersenjata. Sedangkan duit beberapa puluh ringgit pun ada yang mati dek peragut, inikan pula tunai RM 200,000.00. 1Malaysia, Rakyat Didahulukan untuk ….

GURU BESAR BOLEH MINTA POLIS IRINGI WANG BANTUAN

Utusan Malaysia, ALOR SETAR 12 Nov. 2011 - Guru besar dan pengetua sekolah boleh meminta bantuan anggota polis bagi mengiringi mereka membawa wang bantuan khas awal persekolahan yang dikeluarkan dari bank ke sekolah untuk diagihkan kepada pelajar.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, langkah itu boleh diambil jika jumlah wang bantuan khas itu dibawa dalam kuantiti yang besar memandangkan jumlah pelajar yang ramai di sesebuah sekolah.

"Jika sebuah sekolah ada 2,000 pelajar, maknanya sekolah itu akan membawa pulang wang tunai RM200,000 ke sekolah jadi kementerian telah berbincang dengan pihak polis agar mengiringi mereka ketika wang itu dibawa," katanya.

Ka Siong mengulas langkah kerajaan mengagih wang bantuan khas awal persekolahan sebanyak RM100 seorang kepada 5.5 juta pelajar di seluruh negara seperti diumumkan dalam Bajet 2012 melalui akaun sekolah masing-masing.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_12.htm


Pengawal baru 3 hari bekerja ditembak mati
Berita Harian 1 Nov 2011

PETALING JAYA: Seorang pengawal keselamatan yang baru tiga hari bekerja ditembak mati dalam rompakan nekad sebuah kenderaan pacuan empat roda, berhampiran Unit Kecemasan & Trauma, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini pagi semalam.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, Mohd Burhanuddin Jamaluddin, 23, bersama dua rakan setugas dalam perjalanan ke sebuah bank di Universiti Malaya (UM) selepas mengutip wang tunai RM173,000 dan puluhan cek dari Unit Kewangan pusat perubatan berkenaan.
http://www.bharian.com.my/articles/Pengawalbaru3haribekerjaditembakmati/Article/

Samun duit RM20,000

SEREMBAN: Seorang wanita hanya mampu melihat dua penjenayah bertopeng melarikan wang tunai lebih RM20,000 yang baru dikeluarkan dari sebuah bank dalam kejadian samun di depan rumahnya di Taman Jasmin, Senawang, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, dua penjenayah bersenjatakan objek tajam itu menyerbu kereta mangsa sebelum memecahkan cermin kereta itu lalu melarikan wang tunai yang diletakkan di dalam sebuah beg.

Menurutnya, mangsa segera memandu pulang ke rumah dalam usaha untuk menyelamatkan diri dan wang yang baru dikeluarkannya.

"Bagaimanapun, sebaik tiba di depan rumahnya, dia diserbu dua lelaki bertopeng yang bersenjatakan objek tajam memecahkan cermin kereta dipandunya sebelum mengambil wang yang baru dikeluarkan dari bank.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/SamunduitRM20_000/Article

Bayangkanlah betapa baiknya kerajaan BN ni, sampaikan kalau ada anak jutawan atau bilionwan yang berada di sekolah rendah atau menengah akan diberi RM100 setiap pelajar. Tapi ada syarat, iaitu terpulang kepada ibu bapa dan penjaga samada hendak menerima atau tidak mengikut kemampuan masing-masing. Apa punya syaratlah macam ni. Nampak sangat Bajet 2012 yang dibentangkan oleh PM separuh masak atau mungkin terlebih masak. Kisah selanjutnya di http://amkns.blogspot.com/2011/10/anak-jutawan-pun-dapat-rm100-dlm-bajet.html

Tiada ulasan: