Jumaat, 11 November 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Pesara pesara TUDM terlantar, belum terima pencen, merempat

Posted: 11 Nov 2011 01:09 AM PST



Sebagai seorang anak, perasaan kesian dan simpati kepada seorang ayah yang telah pun bersara daripada Perkhidmatan awam TUDM Labuan sejak bulan March 2011 lagi sehingga kini belum lagi menerima pencen termasuk juga rakan-rakan beliau yang lain menerima nasib yang sama, dan salah seorangnya telah pun di masukan ke Hospital akibat mengidap sakit buah pinggang.

Sudah tentunya rakan ayah saya ini mengharapkan wang pencen beliau di laksanakan dengan segera untuk membiayai kos perubatan beliau.

Manakala ayah saya yang menetap di Kampung Tanjung Aru WP Labuan cuma melakukan kerja2 kampung untuk mendapatkan wang bagi menyara diri dan tanggungannya. hampir setiap hari ibu saya bertanya dan meminta saya memeriksa status pencen ayah saya secara online, tapi menghampakan.

Nak dikatakan peralatan tak canggih tak juga, nak dikatakan tak peka pun tak guna…apa masalahpun saya tak tau sehingga begitu lambat dan susah nak menguruskannya. Bila dihubungi mereka saling salah menyalah..

Aduan yang seterusnya, kakak ipar saya berumur 30-an adalah seorang ibu tunggal yang kematian suami sejak 3 tahuan yang lalu iaitu abang saya dan mempunyai seorang anak lelaki berumur 5 tahun dan menetap di Kampung Bukit Kuda WP. Labuan.

Masalahnya, ibu saya telah mencuba untuk mendapatkan pelbagai bantuan di Jabatan kebajikan, perangkaan dan Baitulmaal bagi menyara kehidupan dan bantuan rumah dua beranak ini. Tapi malang pelbagai alasan diberikan, salah satunya, dia masih muda dan ada peluang untuk kahwin baru. begitu singakat sekali pemikiran mereka demi mengelak untuk memberikan bantuan. jodoh dan maut di tangan tuhan, mereka tidak layak untuk membicarakannya.

Menjadi tangungan saya bagi memastikan dua beranak ini tidak terabai dan terbiar tambahan lagi tahun depan si anak akan masuk alam persekolahan di TADIKA.

Mungkin perbelanjaan besar diperlukan sebagai persediaan sekolah si anak. Hati saya menjadi sakit apabila sebuah keluarga yang mempunyai seorang anak dan suami yang hanya tau goyang kaki , minum kopi sambil merokok layak mendapatkan bantuan Rumah PPRT.

Dimana keadilannya.. kalau betul2 nak membantu jangan la berat sebelah.. membantu biarlah ikhlas.

Disappointed….

By: Anidah - Pencen dan Bantuan Ibu tunggal

http://www.aduanrakyat.com.my/pencen-dan-bantuan-ibu-tunggal

Hospital di Johor hebat, canggih, WOW Rakyat Didahulukan

Posted: 11 Nov 2011 01:07 AM PST



Aduan Rakyat 11 Nov 2011 - Pada 29hb Oktober 2011 jam 7.30mlm saya bersama isteri saya yang masih dalam pantang telah membawa bayi saya yang berumur 2 hari ke hospital HSI Johor Bahru dibahagian Kecemasan kerana Jaundis ( Sakit Kuning), setelah mendaftar, 1/2 jam kemudian iaitu jam 8.00mlm bayi kami telah di ambil darah oleh pegawai perubatan untuk di uji

Kami di suruh menunggu sehingga di panggil semula, setelah 2 jam 45 minit menunggu iaitu jam 10.45 mlm akhirnya keputusan darah menunjukkan anak kami dalam keadaan yang hampir kritikal, pegawai yang bertugas adalah seorang doktor yang agak muda.

Setelah berjumpa doktor tersebut kami bertanya kan keadaan bayi kami, doktor tersebut menyatakan bayi saya perlu rawatan segera namun alatan (Photo) telah penuh tiada kekosongan untuk bayi kami, dia menyarankan kami ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru namun setelah di hubungi tiada kekosongan juga, akhirnya doktor tersebut menyatakan dia tidak boleh berbuat apa-apa selain merujukkan kami ke hospital swasta.

Disini apa yang membuat kami agak terkilan ialah apabila kami merujuk kepada hospital kerajaan maknanya kami tidak mampu untuk ke hopital swasta.

Kami menyatakan masalah kewangan kami kepada doktor tersebut dan jawapan nya ialah "saya tidak tahu nak buat apa" sedangkan dia tahu keadaan bayi kami agak kritikal.

Kami berharap TV3 dapat menyiarkan masalah ini supaya kerajaan sedar apa saja yang kerajaan rencanakan tidak semuanya dijalankan dengan sempurna oleh pegawai-pegawainya, sedangkan masalah ini berkaitan dengan nyawa. setelah berjam-jam menunggu akhir nye jawapan tidak tahu nak buat apa yang kami terima.

Adakah nilai nyawa bayi kami amat murah bagi hospital tersebut….

By: Norazlee - 'Saya tidak tahu nak buat apa' – Doktor

http://www.aduanrakyat.com.my/saya-tidak-tahu-nak-buat-apa-doktor

Rumah PPRT Barisan Nasional tak ada kualiti

Posted: 11 Nov 2011 01:04 AM PST



Aduan Rakyat 11 Nov 2011 - Merujuk perkara di atas, saya merupakan salah seorang penerima bantuan rumah PPRT kawasan Kemabong, Tenom bagi Tahun 2011. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur dan berbanyak terima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional khususnya Barisan Nasional kawasan N.36 Kemabong, Tenom kerana telah meluluskan permohonan bantuan rumah PPRT saya.

Terasa sangat gembira kerana saya dan keluarga saya bakal mempunyai rumah sendiri.

Namun tujuan saya menulis surat aduan ini adalah untuk menyatakan rasa tidak puas hati saya dan keluarga tentang keadaan rumah bantuan PPRT yang telah siap dibina tetapi tidak mematuhi kualiti spesifikasi yang ditetapkan.

Rasa tidak puas hati juga dilemparkan terhadap kontraktor yang telah diluluskan kerana membuat kerja sambil lewa. Disebabkan tarikh siap yang ditetapkan telah tamat, pihak kontraktor telah mengarahkan pekerja-pekerjanya bekerja lebih masa hingga lewat malam sehingga rumah PPRT yang dibina sangat tidak teratur atau 'Cincai'.

Kekukuhan rumah yang dibina juga sangat diragui dan kualitinya amat rendah.

Saya difahamkan pihak kontraktor mendapat kontrak 3 buah rumah PPRT untuk disiapkan iaitu 2 buah rumah di Kampung Masanoi dan sebuah lagi saya sendiri (Kampung Mailo).

Pada mulanya, barang-barang bagi menyiapkan rumah saya telah dihantar ke tempat saya tetapi pihak kontraktor mengambil balik barang-barang yang ada untuk dibawa ke tempat lain pula. Apabila dikembalikan barang tersebut, barang itu telah ditukar.

Contohnya seperti mangkuk tandas yang mulanya mangkuk tandas duduk telah ditukarkan kepada mangkuk tandas mencangkung. Saya juga ada beberapa kali melaporkan kepada juruteknik daerah yang bertanggungjawab memeriksa spesifikasi dan kualiti rumah PPRT yang dibina.

Mereka (Juruteknik) ada datang memantau rumah saya dan mengesahkan ukuran rumah yang sepatutnya untuk PPRT adalah tidak tepat. Mereka (Juruteknik) telah membuat pemantauan sebanyak 5 kali.

Pihak kontraktor telah dimaklumkan oleh juruteknik berkenaan spesifikasi yang tidak tepat tetapi pihak kontraktor 'Seperti mencurah air didaun keladi'. Tidak mendengar nasihat yang diberikan oleh pihak juruteknik. Bersama ini saya lampirkan gambar-gambar sebelum dan selepas rumah bantuan PPRT saya siap dibina.

Saya juga memohon agar pihak bertanggungjawab seperti Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah, Pegawai Kemajuan Negeri Sabah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pegawai Daerah Tenom turun padang bagi melihat sendiri keadaan rumah bantuan PPRT saya yang dibina dan menyiasat lesen kontraktor serta kontraktor yang terlibat kerana saya khuatiri berlakunya penyelewengan untuk mengaut keuntungan yang banyak sehinggakan golongan malang seperti saya mendapat padahnya.

Bagi mengelakkan perkara sama berlaku kepada penerima bantuan rumah PPRT yang lain, saya mohon agar penyiasatan segera dilakukan dalam masa terdekat ini.

Rumah bantuan PPRT yang saya terima bukanlah untuk tempat tinggal sementara tetapi untuk selama-lamanya bersama keluarga.

Namun sekiranya kualiti dan kekukuhan rumah tidak terjamin, saya bimbang akan keselamatan ahli keluarga saya sekiranya berlaku bencana alam seperti angin kencang dan hujan lebat.

Pihak SPRM juga perlu terlibat sama dalam membanteras kontraktor yang hanya mahu mengaut keuntungan lebih berbanding membina rumah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Rasuah mungkin ada kaitannya dengan kontraktor yang terlibat. Harap disiasat oleh pihak SPRM.

Segala kerjasama daripada semua pihak yang terlibat amatlah diharapkan.

Sekian, terima kasih.

"BERSAMA MEMBANTERAS RASUAH"

By: RICHARD - Aduan Tentang Bantuan Rumah PPRT 2011

http://www.aduanrakyat.com.my/aduan-tentang-bantuan-rumah-pprt-2011

Tiada ulasan: