Haniza Talha - Landscaping New Politics |
Posted: 10 Oct 2011 09:15 AM PDT |
Tempoh pajakan dilanjutkan dengan RM1,000 Posted: 10 Oct 2011 08:04 AM PDT ADUN Tmn Medan membuka kaunter pembayaran yuran pajakan di Kompleks Rakan Muda Arena, Petaling Jaya. Ia bagi memudahkan penduduk PJ membuat pertanyaan serta bayaran pajakan yang dilancarkan Jun lepas. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Jun 2011 mengumumkan'Skim Pemilikan Kediaman Persendirian' yang bertujuan memudahkan rakyat Selangor memiliki kediaman dengan bayaran premium yang fleksibel, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Menurut Abdul Khalid , skim yang berkuatkuasa hari pada 1 Jun 2011 adalah hasil kajian bersama pejabat tanah dan galian, pejabat daerah, dan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang dijangka dapat melengkapkan Skim Pemberian Geran yang bermula sejak tahun lepas. Kajian dibuat setelah Kerajaan Negeri mendapati bahawa tidak ramai rakyat Selangor dapat menikmati sepenuhnya skim pemberian geran kerana tidak mampu membayar premium. "Melalui skim ini, rakyat yang tidak mampu menjelaskan keseluruhan premium tanah boleh menjadi pemilik hartanah yang sah dengan hanya membayar bayaran sejumlah RM1,000. Mereka yang memilih cara ini perlu menjelaskan keseluruhan premium (mengikut harga semasa) jika hartanah itu dipindahmilik, dipajak atau digadai. Skim ini juga memberi peluang kepada mereka yang membayar premium penuh dalam tempoh enam (6) bulan daripada tempoh notis dikeluarkan untuk diberikan diskaun sebanyak 30% secara automatik," katanya. Tambah Abdul Khalid , skim ini boleh dipakai untuk permohonan pemberimilikan baharu, pemberimilikan disebabkan oleh tamat tempoh pajakan, lanjutan tempoh pajakan dan pemutihan langgar syarat kegunaan tanah. Bagaimanapun pindahmilik melalui mahkamah, turunmilik dan perwarisan adalah dibenarkan. Skim ini hanya ditawarkan kepada satu pegangan hak milik kediaman persendirian sahaja dan tidak boleh dipakai untuk hartanah komersil. Inisiatif ini adalah satu reformasi oleh pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor bagi menyelesaikan masalah rakyat dalam pemilikan hartanah. Ini adalah kali pertama sebuah kerajaan negeri di Malaysia memperkenalkan skim mudah bayar demi menggalakkan pemilikan harta persendirian. |
You are subscribed to email updates from Haniza Talha - Landscaping New Politics To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan