BULETIN RAKYAT |
Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru Posted: 14 Oct 2011 06:49 PM PDT |
YB AMIRUDDIN SHARI ~ ADA BEZA KERAJAAN PR DAN BN Posted: 14 Oct 2011 06:04 PM PDT BATANG KALI – Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) perlu menjelaskan perbezaan antara kerajaan PR dan Barisan Nasional (BN) supaya penilaian rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) memihak kepada PR. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves, Amirudin Shari berkata, penjelasan itu penting supaya rakyat tidak terpengaruh dengan isu-isu dibawa BN. "Jelaskan yang kita sudah berikan setengah bilion iaitu RM465 juta terus mengalir kepada rakyat menerusi program-program Kerajaan Negeri. "Malah, kita tidak miskin kerana sudah ada 1.1 bilion tambahan rizab di Selangor dan ini yang perlu kita perjelaskan," katanya. Sambil menyifatkan sudah tidak ada formula untuk BN menang, beliau mahu tiga elemen iaitu calon, jentera dan pengundi diberi penekanan untuk menjamin kemenangan PR pada PRU13 kelak. Sementara itu, PR melihat inilah masa dan peluang terbaik wajar digunakan untuk merampas Kerajaan Pusat daripada BN. Amirudin berkata, rakyat kini sedang menilai kedua-dua kerajaan dan masa yang tinggal sebelum tibanya PRU13 menjadi ruang penentu penilaian muktamad rakyat sebelum tukar kerajaan. "Kita berusaha ambil alih Parlimen Hulu Selangor dan merampas ketiga-tiga Dewan Undangan Negeri (Dun) kawasan ini yang dikatakan menjadi kubu kuat BN. "Inilah satu-satunya peluang untuk rampas Kerajaan Pusat kerana beberapa mitos dan andaian pemerintah sebelum ini telah lebur," katanya ketika berucap pada Perhimpunan PR Parlimen Hulu Selangor di Dewan Dato Abd Hamid, Batang Kali pada 2 Okt 2011 lepas. Hadir sama, Ketua PKR Cabang Hulu Selangor; Mohamed Nazar Yakin, Yang Dipertua Pas Kawasan Hulu Selangor; Muhammad Idrsi Ahmad, Ketua Whip DAP Hulu Selangor; Chng Boon Lai, Pengarah-pengarah Jentera Pilihan Raya Dun Batang Kali, Kuala Kubu Bharu dan Hulu Bernam serta pemimpin cabang dan ranting. Katanya, antara mitos dan andaian Kerajaan Pusat yang lebur sebelum ini seperti meletakkan hanya apabila BN memerintah negara akan aman dan sebaliknya, jika PR memerintah berlaku huru-hara. Bagaimanapun katanya, andaian itu meleset kerana setelah beberapa tahun PR memerintah dan mentadbir Selangor tidak pernah berlaku rusuhan kaum. "Tetapi, BN yang cuba memanipulasi isu sama ada isu Melayunya, isu raja-raja, isu kuil seperti kejadian mengusung 'kepala lembu', laungan azan dan terbaru isu Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang kononnya tidak menjaga kepentingan orang Melayu. "Tapi semua ini sementara. Tidak ada lagi masalah kaum kerana kita di PR walaupun diuji dengan banyak isu dan ditekan dengan laporan media melampau namun kita mampu memperjelas dan rakyat menerimanya," katanya. Beliau berkata, pemimpin di peringkat cabang dan ranting sewajarnya menggunakan senjata sedia ada untuk melemahkan musuh seperti memperjelas program kerajaan yang dikatakan sudah jauh melangkah ke hadapan berbanding BN. |
You are subscribed to email updates from BULETIN RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan