Sabtu, 15 Oktober 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Ceramah Melayu DAP 28 Okt 2011 di Jelebu

Posted: 15 Oct 2011 06:29 AM PDT



CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT
Penceramah :
YB Taufek, ADUN Paroi, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Chegubard, Ketua PKR Rembau
Kolonel (B) Roseli Abd Ghani, DAP www.facebook.com/colroseli
Tarikh : 28 Okt 2011, Jumaat
Masa : 9 mlm
Tempat Kg Gagu, Jelebu, N.Sembilan

Para guru dianiaya oleh Jabatan Pelajaran N.Sembilan

Posted: 15 Oct 2011 06:27 AM PDT



Cikgu misteri di N. Sembilan?
Utusan Malaysia - 14 Oktober 2011

KAMI guru-guru kanan matapelajaran yang telah 'dilantik' pada Ogos tahun 2008 ingin menyatakan rasa dukacita yang teramat sangat kepada Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) kerana mengarahkan kami melalui kerani sekolah masing-masing, memulangkan semula Elaun Tanggungjawab sebanyak RM120 dari mula kami dilantik sehingga Ogos 2011.

Pihak kami sudah meminta penjelasan daripada JPNS melalui Unit Perkhidmatan. Mereka akui berlaku kesilapan sewaktu mula pelantikan kami pada 2008 kerana alasan sekolah Gred B difahamkan waktu itu tidak layak menerima Guru Kanan Mata Pelajaran melalui pekeliling Kementerian Pelajaran tahun 2002. Namun perkara itu baru disedari pada tahun 2011 oleh pengurusan yang baru.

Walaupun kami merayu, namun jabatan mahukan kami memulangkan elaun tersebut secara potongan ansuran dari gaji kami selama enam bulan atau merayu memanjangkan tempoh. Dari kiraan kami jumlah bayaran balik mencecah RM5,000. Ini amat membebankan. Tidak adil. Sebagai satu cubaan bersikap lepas tangan.

Dalam usaha pihak kerajaan memperbaiki kebajikan guru, nampaknya, pihak jabatan sendiri secara tidak langsung telah menganiayai hampir 200 orang Guru Kanan sekolah Gred B khususnya di Negeri Sembilan yang dilantik secara 'misteri' oleh mereka.

Bagaimana mereka boleh tidak tahu pekeliling tersebut amat mendukacitakan kami sama sekali. Ini satu kerja lalai yang amat serius sama sekali.

Apa yang lebih mendukacitakan ialah tenaga Guru Kanan tersebut telah dipergunakan sepenuhnya oleh Pengetua sekolah terbabit selama tempoh 'pelantikan misteri' tersebut sehingga ada antara sekolah Gred B tersebut mendapat Penghargaan Baiah seperti yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran baru-baru ini. Kemudian mereka diminta pulangkan balik elaun tersebut setelah tenaga mereka dipergunakan?

Puncanya ialah sekolah terbabit Gred B. Kenapa sekolah ada unsur diskriminasi? Difahamkan di Seremban sahaja ada sekolah Gred B seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pagi, Senawang dan SMK Seremban Jaya. Murid mereka mencecah seribu lebih. Bagaimana pula di Jelebu, Jempol dan lain-lain?

Kami dengan ini meminta Menteri Pelajaran menyiasat, meneliti dan menimbangkan semula perkara ini dengan serius kerana kesilapan dan diskriminasi sebegini telah menjatuhkan maruah dan menganiayai guru-guru terbabit dan bertentangan dengan akta pekerjaan dan dasar integriti nasional serta dasar rakyat didahulukan.

GURU KELIRU
Negeri Sembilan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1014&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm

Kerajaan tak prihatin Bekas Tentera Tidak Berpencen BTTB

Posted: 15 Oct 2011 06:26 AM PDT



Veteran tentera tidak berpencen mohon pembelaan
Utusan Malaysia 13 Okt 2011

ZAMAN Darurat (23 Jun 1948 hingga 31 Julai 1960), zaman Konfrantasi (20 Januari 1963 hingga Ogos 1966) dan zaman ancaman komunis (1930 hingga tamat ancaman Komunis, letak senjata pada 2 Oktober 1989).

Ketiga-tiga zaman tersebut semuanya adalah tempoh bekas-bekas veteran tentera melawan komunis termasuklah Parti Komunis Indonesia (PKI) dan Parti Komunis Rakyat Kalimantan Utara (PARAKU) hingga tertubuhnya Rejang Area Security Command (RASCOM) di Sibu, Sarawak.

Jika kerajaan tidak mampu membela semua bekas tentera tidak berpencen (BTTB), kerajaan boleh memulakan dulu dengan membantu BTTB 'Warga Emas' yang masih hidup dan pernah berkhidmat di mana-mana tiga zaman tersebut dengan memberi Elaun Bulanan Saraan Hidup Sepanjang Hayat.

Kini mereka (yang berkhidmat di zaman Darurat) sudah berumur 69 tahun ke atas dan hampir semua sudah meninggal dunia), di zaman Konfrantasi dan ancaman Komunis pula, mereka sudah berumur 50 tahun ke atas, atau warga emas atau sudah mati.

Ada juga di kalangan mereka itu uzur, atau OKU, atau sedang menderita dengan pelbagai kecacatan akibat kemalangan semasa dalam perkhidmatan dulu yang wajar diberi pembelaan oleh kerajaan.

Ahli sukan, nelayan dan johan musabaqah pun dapat elaun bulanan, bekas tentera dalam tiga zaman itu pula macam mana?

HAMID DAUD
x-Airborne

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1013&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_04.htm

Tiada ulasan: