BULETIN RAKYAT   |  
|   ADUN RAWANG YB GAN MOHON PERDANA MENTERI DS NAJIB SELESAIKAN ISU-ISU RAKYAT RAWANG Posted: 10 Oct 2011 09:31 PM PDT RAWANG~ADUN Rawang, YB Gan Pei Nei menyeru Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun  Razak supaya menyelasaikan lima isu utama yang melibatkan kerajaan  persekutuan di Kawasan Rawang. Katanya, beliau mewakili penduduk Rawang mengalu-alukan lawatan kerja perdana menteri ke pekan Rawang hari ini. Bagaimanapun, beliau ingin menarik perhatian perdana menteri supaya  meyelesaikan isu sistem jalan dan pengangkutan, keselamatan, kabel kuasa  tinggi TNB, penambahan Sekolah Rendah Tamil serta kompleks sukan  seperti yang tersenarai di bawah: 1)  Menaik taraf dan melebarkan semua Jalan Persekutuan dalam kawasan  Rawang iaitu Jalan FT3209,FT01 dan B27 dari Selayang – Pekan Rawang –  Sungai Choh serta Pekan Rawang- Bandar Country Homes- Bandar Tasik  Puteri- Batu Arang –Ijok.  Setiap hari, terdapat kira-kira 370 ribu  kereta yang menggunakan Jalan Persekutuan FT 3209 dari arah Pekan Rawang  ke Batu Arang.  Kesesakan lalulintas sentiasa berlaku di depan Tol PLUS  Rawang. Pada Disember 2010, Menteri Kerja Raya telah mengumumkan bahawa  9km Jalan Persekutuan tersebut akan dinaik taraf, tetapi pada peringkat  terkini, cuma 1.6km yang sedang dijalan. 2)  Memecahkan kawasan Rawang menjadi Ibu Pejabat Polis Daerah  Rawang, serta mebina sebuah Balai Polis di Bandar Country Homes bagi  meningkatkan tahap keselamatan dan membanteras jenayah di Rawang.  Balai  Polis Rawang serta bilangan polis yang sedia ada tidak dapat menampung  jumlah populasi Rawang seramai 200,000 orang akibat pembangunan yang  pesat di Rawang.  Kini, nisbah bilangan polis kepada penduduk Rawang  adalahh 1:4000 orang, sedangkan kadar yang  ideal ialah 1:250. Mengikut Rancangan Pembangunan Rawang, sebidang tanah telah  digazetkan untuk membina Balai Polis di Bandar Country Homes, tetapi  tidak dapat dijalankan kerana tidak mendapat sebarang peruntukan  daripada Kementerian Dalam Negeri. 3)  Bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor supaya mengarahkan  Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi mengadakan laluan alternatif dan tidak  menggunakan laluan di Kampung Sungai Terentang sebagai laluan kabel  kuasa tinggi 275kv bagi projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR).  Laluan di kampung dan sekolah akan menjejaskan kesihatan penduduk  kawasan sekitar dan murid. 4) Membina sebuah Sekolah Rendah Tamil baru (SJKT) di Rawang.  Kini,  Rawang hanya mempunyai sebuah SJKT dan jumlah murid telah meningkat  kepada 1,500 orang.  Infrasturktur dan kemudahan Sekolah Jenis  Kebangsaan Tamil Rawang yang sedia ada tidak dapat menampung bilangan  murid yang meningkat dari Rawang,Kuang dan Kundang. 5)  Oleh sebab padang awam di Pekan Lama Rawang telah ditukar milik  dan dibangunkan sebagai pusat perniagaan, penduduk Rawang telah  kehilangan tempat rekreasi untuk aktiviti riadah. "Saya ingin menyeru Kementerian Belia dan Sukan membina sebuah kompleks sukan kepada penduduk Rawang. "Saya berharap Perdana Menteri bukan sahaja mengumumkan peruntukan,  tetapi juga menyelesaikan masalah yang relevan dengan penduduk Rawang  bagi menunjukkan Kerajaan Persekutuan memang prihatin dan mengutamakan  rakyat" tegas Gan. Perdana menteri dijadual mengadakan tinjauan mesra ke pekan Rawang pada jam 2.45 petang ini. Beliau kemudiannya akan mengadakan sesi tinjauan mesra ke Taman Prima Gombak dengan menaiki bas dari Pekan Rawang. Pada sebelah paginya, Najib menghadiri majlis mesra rakyat di balai  masyarakat Ladang Tuan Mee, Ijok, diikuti dengan lawatan ke tapak  cadangan jalan penghubung di Bandar Tasik Puteri Kundang, dan menghadiri  majlis bersama rakyat di SRJK(C) Kundang. -Malaysiakini-  |  
| You are subscribed to email updates from BULETIN RAKYAT  To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.  |  Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan