Anak Muda Kampung Nak Senang |
Ribuan para graduan bangkit menentang Muhyiddin dan BN Posted: 10 Oct 2011 08:46 PM PDT Guru : Terjamin atau tiada masa depan? BEBERAPA kajian luar negara mendapati faktor pemilihan kerjaya perguruan boleh dikategorikan kepada dua, iaitu intrinsik dan ekstrinsik. Salah satu faktor instrinsik yang dikenal pasti ialah ingin berbakti kepada negara dan bangsa (Chuen et.al. 1999), suasana kerja yang menyeronokkan (Brown 1992) dan untuk memanfaatkan ilmu pengetahuan serta berpeluang melanjutkan pelajaran (Thomas 1984). Mengikut kajian Yong (1994), Chuen et al. (1999) dan Yee (1990) faktor ekstrinsik seperti jaminan kerja, gaji dan prospek masa depan serta peluang kenaikan pangkat ditemui dalam kajian tentang pemilihan kerjaya perguruan di kalangan guru sekolah. Penulis ingin memfokuskan kepada faktor jaminan kerja sebagai antara punca tarikan pelajar lepasan SPM, STPM, matrikulasi, diploma mahupun ijazah untuk menjadikan bidang pendidikan dan profession keguruan sebagai pilihan utama dalam kerjaya. Apabila Kerajaan mengumumkan penghapusan jaminan penempatan guru pelatih dan peralihan kepada 'Sistem Terbuka dalam Latihan Guru' dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015), penulis tertanya-tanya di manakah rasionalnya? Sedangkan di antara intipati RMK-10 ialah menjadikan profession keguruan sebagai pilihan utama dalam kalangan siswazah cemerlang. Sekiranya tiada lagi jaminan penempatan guru bagaimana mungkin dasar ini dapat menarik minat golongan sasaran tersebut. Disini penulis ingin lontarkan persoalan yang perlu diperjelaskan secara terperinci oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Apakah dengan mengubah dasar daripada jaminan penempatan guru pelatih kepada sistem terbuka dalam latihan guru ini adalah salah satu usaha untuk meningkatkan daya tarikan keguruan dan meningkatkan kualiti guru baru secara signifikan seperti yang dinyatakan di dalam RMK-10? Bagaimana pula dengan masa depan bakal-bakal guru di seluruh IPTA dan IPTS pada masa akan datang? Kebelakangan ini kedengaran rintihan dan keluhan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) di seluruh IPTA dan IPTS negara mengenai masalah penempatan mereka. Persoalan timbul mengenai status sebenar graduan ISMP berikutan kenyataan YAB Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yasin selaku Menteri Pelajaran bahawa penambahan jawatan baru dibekukan bagi mengurangkan defisit negara. "Defisit kita boleh uruskan dan kita telah tunjukkan kita telah dapat kurangkan. Bermakna itu tidak harus jadi satu perkara yang membimbangkan. Tapi ada langkah dibuat untuk mengurangkan (defisit), umpamanya penambahan jawatan baru dibekukan."- Sumber: Malaysiakini Penulis berpendapat tindakan kerajaan membekukan jawatan baru melibatkan juga pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah sehingga 31 Ogos 2011 dan dilanjutkan pula ke 31 Disember 2011 perlu dikaji semula. Ini kerana bilangan guru di sekolah rendah dan menengah sentiasa tidak mencukupi setiap tahun. Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Dr Zakariah Kasa pernah berkata sememangnya negara kita masih mengalami masalah kekurangan guru walaupun setiap tahun pengambilan pelajar di IPTA atau IPG dilakukan. Menurutnya, pengambilan pelajar dalam bidang perguruan berdasarkan unjuran yang dikeluarkan Kementerian Pelajaran. "Untuk bakal guru di sekolah menengah, mengikut unjuran kementerian, seramai 4,500 pelajar akan mengisi kekosongan di seluruh IPTA tahun ini."Daripada jumlah itu, UPSI akan menerima 2,500 pelajar dan semuanya akan mengisi kekosongan jawatan guru untuk empat tahun akan datang," katanya. Sumber: Harian Metro Selain itu Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi juga telah mengumumkan penyerapan lebih 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT). "Mereka akan dilantik semula mengikut syarat seperti usia tidak melebihi 35 tahun pada 31 Disember 2010 dan sudah berkhidmat sekurang-kurangnya dua tahun berturut-turut sebagai GSTT" Sumber: Berita Harian Tindakan KPM mengutamakan GSTT yang hanya berpengalaman mengajar selama 3 tahun mengisi jawatan kekosongan guru di seluruh negara, pada pandangan penulis adalah kurang tepat sedangkan graduan ISMP yang menuntut ilmu perguruan selama 4 tahun di IPTA dan IPTS diabaikan dan tiada jaminan . Mengikut maklumat terkini KPM bertarikh 15 September 2011, KPM telah melantik semula 6,280 orang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) manakala seramai 4,433 dikenal pasti tidak memenuhi syarat dan seramai 7,258 orang lagi masih menerima surat perlantikan semula sehingga akhir Julai lalu. Kementerian juga dalam proses untuk menyerap guru GSTT yang masih dalam kontrak dan sudah bertugas lebih tiga tahun ke jawatan guru tetap melalui Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Dalam Cuti (KDC). Masalah timbul apabila GSTT diserap melalui KDC. Sekiranya kita rujuk kembali Akta Pendidikan 1996, GSTT diberi kebenaran untuk mengajar di sekolah melalui peruntukan kuasa Ketua Pendaftar. Sila rujuk Bahagian IX Pendaftaran Guru, Bab 2 - Permit Mengajar, di bawah seksyen 114. Pengeluaran permit mengajar. (c) seseorang yang diperlukan untuk bertindak sebagai guru untuk sementara. Apabila GSTT diserap ke jawatan KDC penulis berpendapat bahawa tindakan tersebut menyalahi kuasa Ketua Pendaftar kerana seksyen 114 (c) menyebut secara jelas bahawa pengeluaran permit mengajar hanya untuk sementara. GSTT yang diserap ke jawatan tetap melalui KDC masih belum lagi mempunyai kelayakan untuk mengajar tetapi boleh berdaftar sebagai guru. Ini jelas bercanggah dengan peruntukkan kuasa Ketua Pendaftar yang berhak untuk enggan mendaftarkan seseorang sebagai guru sekiranya tidak mempunyai kelayakan untuk mengajar atau mempunyai kelayakan yang pada pendapat Ketua Pendaftar tidak mencukupi bagi maksud itu. Sila rujuk Bahagian IX Pendaftaran Guru, Bab 1 Pendaftaran Guru di bawah seksyen 106 (b). Terdapat isu graduan ISMP di IPTS yang tidak diterima permohonan untuk perlantikan guru sektor awam. Sekiranya kita lihat kembali antara intipati Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Pendidikan. EPP 4: Mengembangkan Latihan Guru Swasta Unjuran masa kini menunjukkan bahawa institusi awam tidak mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk memenuhi permintaan guru baru setiap tahun. Daripada melabur dengan banyaknya untuk menambah kapasiti di Institut Pendidikan Guru (IPG), NKRA Makmal Kualiti Guru meluluskan liberalisasi pasaran untuk memasukkan pengusaha swasta bagi mempertingkatkan persaingan. Oleh itu, EPP ini telah direka bentuk untuk menyokong pelaksanaan inisiatif ini. Kami akan membenarkan pengusaha swasta menyediakan latihan pra-perkhidmatan dan dalam perkhidmatan untuk guru sekolah rendah dan menengah. Pengusaha swasta akan bertanggungjawab untuk menentukan bidang subjek khusus mereka (contohnya, Bahasa Inggeris atau pendidikan khas), dan jenis model perniagaan yang akan digunakan (contohnya, secara bersemuka, e-pembelajaran, model campuran). Bagaimanapun, mereka mesti mematuhi standard kualiti seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan dan MQA untuk latihan guru dan mesti mencari sumber pelaburan modal dan kakitangan sendiri. Bagi pihak Kementerian Pendidikan, kami akan membuka ruang untuk pelantikan guru sektor awam dari kalangan graduan institusi-institusi ini (IPTS), tidak kira jika mereka ditaja oleh kami ataupun tidak. Di sini secara jelas dasar KPM untuk mengembangkan latihan guru swata dalam NKEA Pendidikan bagi memenuhi permintaan guru baru setiap tahun. Oleh itu isu ini sepatutnya tidak timbul. Kita lihat sistem pendidikan di negara maju seperti Jepun yang berhasil merombak dan memajukan minda masyarakatnya melalui pendidikan dengan mengambil beberapa langkah progresif. Antaranya ialah kerjaya guru diberi perhatian serius oleh Kerajaan Jepun dengan menjamin dan mempercepatkan penempatan bakal-bakal guru bagi mengelakkan masalah kekurangan tenaga pengajar. Rujuk kembali kajian bertajuk The InstitutionS of Education: A Comparative Study of Educational Development in the Six Core Nations by William K. Cummings (2003). Sewajarnya KPM yang diperuntukkan sejumlah dana yang begitu besar untuk sektor pendidikan iaitu RM50.2 bilion melalui Belanjawan Negara 2012 yang lepas, menyelesaikan segera isu penempatan lebih 7,000 graduan ISMP. Penulis percaya isu ini boleh dipercepatkan sekiranya digunakan tidak sampai satu peratus pun daripada dana pendidikan tersebut bagi membiayai kos penempatan bakal guru. Penempatan segera graduan ISMP bukanlah satu pilihan akan tetapi ianya satu keperluan yang mendesak berikutan bebanan tugas guru-guru senior akibat kekurangan guru di seluruh negara Graduan ISMP UPSI http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/5903-guru-terjamin-atau-tiada-masa-depan |
Sejuta graduan kita menganggur, apa guna Bajet 2012 Posted: 10 Oct 2011 08:08 PM PDT Ni apa cerita ni , nak dekat 1 juta para graduan kita menganggur ni, secara tepatnya 952,000 mahasiswa kita menganggur dalam satu laporan akhbar bertarikh 11 Oktober 2011. Bajet 2012 bukan main sedap cerita, boleh kerja sampai umur 60 tahun, naik gaji, beri bonus, beri RM500 dan macam-macam lagi. Habis 1 juta graduan rakyat kita menganggur nak buat apa? Buat apa belajar penat-penat 5 tahun, kena bayar lagi pinjaman PTPTN tapi kerja jadi jurujual, tanam pisang, berniaga pasar malam. Baik lepas SPM kerja terus. Tak pun suruh atok nenek kerja sampai umur 60 tahun untuk tanggung cucu menganggur. Jangan lupa baca ya, kisa ribuah graduan para guru yang sedang menganggur di http://amkns.blogspot.com/2011/10/berita-sedih-ribuan-bakal-guru-dalam.html Utusan Malaysia - 11 Oktober 2011 STATISTIK sehingga Julai tahun lalu, seramai 952,000 mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta masih menganggur walaupun mempunyai kelayakan yang baik. Fenomena itu menimbulkan kebimbangan banyak pihak khususnya bakal siswazah. Pembangunan pesat institusi pengajian tinggi yang lahir persis cendawan yang tumbuh selepas hujan menyaksikan lebih 24,000 graduan 'dilahirkan' oleh IPTA dan IPTS seluruh negara setiap tahun. Ia mengundang persaingan yang lebih hebat perlu ditempuhi oleh graduan untuk mendapat tempat di pasaran pekerjaan yang semakin terhad. Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1011&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan