Khamis, 22 September 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Majlis Rumah Terbuka Anjuran Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal dan JKK di Felda Sg Tengi

Posted: 22 Sep 2011 08:17 AM PDT

Jawatankuasa Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR dan JKK Felda Sg Tengi bergambar dengan Sdr Khalid Jaafar yang mewakili YB Xavier di Majlis Rumah Terbuka Eid Fitr di Felda Sg Tengi - 22.9.11



Sdr Mazlan Aliman, Presiden ANAK menerima Borang Penyertaan Peneroka Baru
Wak Selamat, Ketua Kg Felda Sg Tengi membuat ucapan alu-aluan
Haji Suhaimi Said menerima penyerahan Borang Peneroka Felda Baru
Pak Jabit melayan kanak-kanak
Kanak-kanak melaungkan Reformasi


Sdr Rebin Birham, Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR bertindak selaku Pengerusi Majlis

Berdiri berbaju putih Sdr Khalid Jaafar mewakili Dr Xavier dan Haji Suhaimi Said berbaju batik

Majlis Rumah Terbuka yang dianjurkan oleh Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR menggamit rakan-rakan dari PAS dan PKR dari jauh dan dekat dan didalam Majlis itu Dr Xavier telah membekalkan ampau untuk kanak-kanak.

Majlis yang bermula jam 11.00 pagi itu selesai jam 3.00 petang. Kemudian berlangsung mesyuarat Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR untuk menentukan jadual lawatan kerja Biro ke Negeri Perak dan Selangor.

Wakil-wakil dari Perak telah menetapkan 7 ceramah diadakan didalam lawatan yang akan berlangsung ke Perak pada 4hb Oktober 2011 dan wakil-wakil dari Selangor pula menetapkan sebanyak 5 Ceramah pada 5hb Oktober 12011.

Seramai 28 orang tenaga penceramah dari telah disediakan oleh Biro ini bagi keperluan lawatan kerja ke Perak dan Selangor; dan apabila selesai lawatan ke dua buah Negeri ini, Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal akan memberi tumpuan pula kepada semua rancangan Felda di Negeri Melaka, dan Negeri Sembilan khususnya di DUN Jeram dan kawasan Parlimen Tampin sebelum diteruskan lawatan kerja siri ketiga ke Negeri Johor.

Perasmian Markas Tarbiah PAS di Felda Sg Koyan 1

Posted: 22 Sep 2011 07:51 AM PDT

T
Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang menyempurnakan perasmian Pusat Tabiah Pas Felda Sg Koyan 1 pada 21hb September 2011

Sdr Abu Samah, Naib Ketua PKR Cabang Cameron Highlands menyerahkan kepada Haji Suhaimi Said Borang Penyertaan Peneroka-Peneroka Baru dari kalangan Generasi Kedua/Ketiga Felda dari Gugusan Sg Koyan diperhatikan oleh Sdr Tan W.W. Ketua PKR Cabang Cameron Highlands, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man.
Pembahagian Kerusi di Cameron Highlands adalah cukup baik iaitu DAP bertanding Parlimen, PKR bertanding DUN Tanah Rata dan PAS bertanding di DUN Jelai.

Tiada ulasan: