Sabtu, 17 September 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Berhari Raya Bersama Azmin Ali di Felda Palong 5, Jempol, Negeri Sembilan

Posted: 17 Sep 2011 05:59 PM PDT






Sejambak bunga ingin saya hadiahkan kepada Parti Keadilan Rakyat Cabang Jempol khususnya PKR DUN Palong, suatu kejayaan cemerlang dapat menganjurkan suatu Majlis Hari Raya dengan menjemput tetamu khas YB Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN malam tadi, 17hb September 2011.

Majlis ini diadakan di Felda Palong 5 yang baru sahaja menubuhkan Ranting PKR. Didalam tempoh selama 2 bulan ini, PKR Jempol telah berjaya menubuhkan Rantingnya di Felda Palong 10, Felda Palong 9, Felda Palong 6 dan Felda Palong 5 menambahkan ranting-ranting yang disedia ada di kesemua Rancangan Felda didalam DUN Palong.

Saya berkesempatan menghadiri Majlis menegakkan papan tanda PKR Ranting 14, 15, dan 16 di simpang masuk ke kawasan Palong di pintu masuk jalan besar Serting-Muadzam. Papan tanda itu diturunkan oleh kerana dikawasan itu dikehendaki oleh pihak berkuasa untuk diratakan tanahnya dengan janji bahawa papan tanda itu akan dinaikkan semula selepas tanah di kawasan itu dimana terletak juga papan tanda 1Malaysia diratakan.

Setelah beberapa bulan, apa yang dijanjikan itu tidak berlaku dan anggota-anggota PKR Palong menaikkan semula papan tanda tersebut.

Jika seseorang melawat kesemua Rancangan Felda di DUN Palong sekarang ini, ia akan dialu-alukan oleh papan tanda Parti Keadilan Rakyat disemua pintu masuk ke Rancangan-Rancangan Felda itu.

Ini adalah satu senario yang cukup berbeza jika hendak dibandingkan dengan beberapa bulan yang lalu.

Ranting terakhir yang ditubuhkan oleh PKR Palong adalah di Rancangan Felda Palong 6, ditubuhkan oleh anak-anak muda yang berpindah dari UMNO ke PKR. Sebelum bulan Ramadhan dahulu berlaku penghijrahan beramai-ramai ahli-ahli UMNO kepada Parti Keadilan Rakyat di Felda Palong 9 dan mereka menubuhkan Ranting PKR disana.

Saya masih ingat hadir setahun lepas ke Palong berceramah dibawah anjuran PKR Jempol tetapi kehadirannya tidak melebihi 15 orang. Setiap bulan selepas itu saya hadir ke Palong atas jemputan PKR Jempol tetapi kehadirannya walaupun bertambah tidak pernah melebihi 50 orang.

Sdr Rebin Birham yang menjadi penggerak di DUN Palong tidak pernah putus asa. Dan sejak beliau dilantik sebagai Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat telah menjalankan aktiviti yang berterusan dengan program-program yang tidak henti-henti. Beliau dibantu oleh Sdr T.Kumar, Timbalan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal dan beliau adalah juga Peguam yang mewakili tidak kurang dari 5 kes peneroka-peneroka Felda Jempol di Mahkamah Tinggi Seremban dengan semua kemenangan memihak kepada peneroka.

Kemenangan semua kes di Mahkamah Tinggi Seremban ini memberikan kemenangan saikologi yang hebat dan kes-kes ini melibatkan majoritinya ahli-ahli UMNO yang dihadapkan dengan masalah-masalah yang didatangkan oleh Felda. Ahli-ahli UMNO hilang keyakinan kepada UMNO kerana UMNO gagal membela mereka untuk mengatasi masalah yang mereka hadapi dan sebaliknya mereka dibela oleh peguam-peguam daripada Parti Keadilan Rakyat.

Malam tadi telah menyaksikan penyerahan Borang Kemasukan Anggota baru dari Ketua PKR Ranting Palong 6, sebuah ranting yang terbaru ditubuhkan disini dengan keanggotaan hampir kesemuanya terdiri daripada anak-anak muda; dan juga penyerahan lebih dari 200 Borang Permohonan untuk menyertai Felda sebagai Peneroka baru oleh Ketua PKR Ranting Palong 9 kepada YB Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR.

Dengan senario ini, PKR DUN Palong akan menempah satu sejarah baru didalam PRU yang akan datang dan perubahan di Jempol ini memungkinkan Pakatan Rakyat akan mengambil alih pemerintahan Negeri Sembilan memandangkan bahawa ketika ini Pakatan Rakyat Negeri Sembilan hanya kekurangan 4 kerusi sahaja lagi untuk memerintah Negeri Sembilan.

Tiada ulasan: