Sabtu, 17 September 2011

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


"Najib memberi tapi dalam masa yang sama mengambil"

Posted: 17 Sep 2011 07:41 PM PDT

Kenyataan Media – YB Sivarasa, Ahli Parlimen Subang -  16hb September 2011

 "Najib memberi tapi dalam masa yang sama mengambil"

 Dalam ucapan sambutan Hari Malaysia tadi malam, Perdana Menteri Datuk Sri Najib mengisytiharkan ayat berikut " Suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dimansuhkan terus".

Namun beliau secepatnya menambah bahawa "…dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan … untuk memelihara keamanan kesejahteraan dan kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara".

Ramai dikalangan kita mungkin tidak terus segera memahami makna yang tidak menyenangkan disebalik penggunaan perkataan "Perkara 149".  Perkara 149 merupakan bahagian jelek Perlembagaan yang membolehkan kewujudan Akta ISA sebagai undang-undang yang sah.  Jika Perkara 149 tidak berada di sana, ISA dan kesemua undang-undang yang memperuntukkan penahanan tanpa bicara seperti Akta Dadah Berbahaya ( Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 akan gugur kerana bercanggah dengan perlembagaan dan tidak sah.

Perkara 149 membenarkan undang-undang itu melanggar bahagian hak-hak asasi Perlembagaan seperti Perkara 5, 9 dan 10 yang menjamin perlindungan perbicaraan awam, antara perlindungannya, jadi dapat dikatakan ia sah diamalkan  "di sisi undang-undang".

Justeru, apa yang dibuat Najib tadi malam? Dalam cara yang tidak jujur, beliau membuatkan sebahagian rakyat Malaysia berfikir bahawa beliau melakukan 'tindakan bersejarah' dan menghapuskan kejahatan ISA dan penahanan tanpa bicara selama-lamanya. Tiada satupun yang menepati kebenaran. Beliau melakukan silap mata. Sekarang anda nampak, sekarang anda tidak nampak!

Beliau tidak menjelaskan dengan tuntas  bahawa penggubalan kedua-dua undang-undang baru  di bawah Perkara 149 itu, sebenarnya mengembalikan semula penahanan tanpa bicara, walaupun kononnya dengan cara yang lebih lunak yang masih belum dapat dilihat lagi.

Dalam erti kata lain, beliau hanya menyatakan hasratnya untuk menghapuskan ISA dan mengembalikan ia semula dalam pakaian baru yang  masih belum kita nampak. Ada udang disebalik batu, wajah yang sama bertopeng baru?

Frasa-frasa Najib saperti 'transformasi politik', 'mengamalkan demokrasi yang berfungsi dan inklusif'  serta  'menjadi negara maju yang sepenuhnya' semuanya tidak bermakna apa-apa, jika rakyat Malaysia masih terus menderitai penahanan tanpa bicara dengan kuasa diberi kepada Menteri untuk mengeluarkan perintah tahanan selama-lamanya.

Walaupun Najib menyatakan kuasa Menteri untuk menahan akan hanya untuk 'keganasan', janganlah kita lupa pada penahanan Saari Sungib (sekarang ADUN Hulu Kelang), Tian Chua (sekarang Ahli Parlimen Batu), aktivis Hishamuddin Rais (sekarang bloger TukarTiub) dan 7 orang yang lain pada bulan April 2001 kononnya kerana mereka 'menyimpan pelancar roket dan bom Molotov koktail'. Suatu dakwaan bodoh (atas kebodohannya sendiri) tanpa bukti yang pernah dihasilkan dalam satu kenyataan akhbar bertulis yang dikeluarkan oleh tidak lain dan tidak bukan daripada Ketua Polis Negara Norian Mai. Begitu juga seperti hal yang berlaku baru-baru ini, Dr Kumar Devaraj (Ahli Parlimen Sg Siput) dan lima rakan-rakan beliau ditahan di bawah Ordinan Darurat (yang berfungsi sama seperti ISA) kerana didakwa menjadi sebahagian daripada anasir subversif komunis militan.Satu-satunya bukti keterangan hanya berpandukan beberapa helai  t-shirt dengan wajah Che Guevara dan Abdullah CD, seseorang itu dapat  membelinya dengan mudah di pasar Chow Kit.

Dalam erti kata lain, jaminan lisan Najib semata-mata bahawa tiada siapa yang akan ditahan kerana ideologi politik sebenarnya merupakan kenyataan kosong kerana anda dapat melihat dalam contoh yang diberikan tadi, pihak polis (dan memang Menteri pun) dengan mudah menuduh  seseorang itu, khususnya ahli politik sebagai pengganas.

Jangan kita lupa, atas sebab inilah penahanan sewenang-wenangnya menjadi mercu tanda rejim-rejim zalim berpemerintahan kuku besi.

Najib membayangkan bahawa 'rangka perundangan khas yang digubal oleh negara-negara demokrasi yang maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom untuk menangani keganasan adalah serupa dengan langkah-langkah kita  yang sedia ada seperti ISA dan tahanan pencegahan.  Ini memang merupakan kenyataaan yang mengelirukan.

Amerika Syarikat memperuntukkan kem tahanan Guantanamo Bay yang terkenal dan menjijikkan itu hanya kepada warga asing. Namun begitu, ia telah dikritik dengan meluas (dan benar) di selurung dunia kerana melanggar hak-hak asasi.  Malaysia sebaliknya kerap mengurung dan menganiaya warga setianya sendiri tanpa bicara awam. Melihat kata-kata Najib, Barisan Nasional bercadang untuk terus berbuat demikian.

Undang-undang khas di United Kingdom hanya membenarkan mereka untuk menahan rakyat asing yang bermasalah yang jika dihantar pulang kembali ke negara asal mereka akan tertakluk kepada penyeksaan dan penahanan oleh pihak berkuasa di sana.  Rakyat di UK tidak akan bertolak ansur untuk satu minit pun berkenaan apa yang kerajaan kita lakukan untuk rakyat kita sendiri  atas nama ISA dan undang-undang yang serupa.

Pakatan Rakyat menyatakan pendirian secara bertulis dalam Buku Jingga kami. Kami berkata bahawa sebuah kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat akan memansuhkan terus Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan undang-undang lain yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan pada masa yang sama, membatalkan semua pengisytiharan darurat yang sedia ada.

Kami berpuas hati melihat Najib memutuskan untuk menerima pakai pandangan kami bahawa kita mesti membebaskan diri daripada pengisytiharan darurat masa lalu.  Kewujudan berterusan pengisytiharan darurat tersebut  telah menjadi sasaran ejekan di sini dan di luar negara khususnya kerana ketiadaan keadaan mirip darurat sekalipun di dalam negara selama beberapa dekad ini. Pakatan Rakyat pasti akan menyokong satu usul di Parlimen untuk membatalkan pengisytiharan darurat ini dan juga menggesa kesemua ordinan yang diluluskan dibawah pengisytiharan tersebut  perlu dimansuhkan dengan serta-merta tanpa perlu menunggu tempoh 6 bulan seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 150 (7).

Bagaimanapun kami amat jauh berbeza dengan Najib yang berhasrat untuk terus mengekalkan amalan jijik penahanan tanpa bicara yang tidak akan berlaku dalam era pentadbiran Pakatan Rakyat.

Malah, kami akan melaksanakan reformasi menyeluruh pasukan polis dan agensi-agensi keselamatan lainnya. Kami akan memastikan pasukan polis diberi kuasa yang mencukupi, latihan dan sumber bagi menjalankan tanggungjawab utama mereka mencegah jenayah dan mengekalkan ketenteraman awam secara profesional, cekap dan bebas, di samping menghormati hak-hak asasi rakyat.

Sivarasa Rasiah, Ahli Parlimen Subang, Ahli Majlis Pimpinan Pusat dan Biro Politik untuk Parti Keadilan Rakyat


Tiada ulasan: