The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
- 6 ceramah/dialog di PKR Cabang Bera
- Kg Chuat Tidak ada bekalan air bersih
- Siti Khalijah tertunai hajatnya melawat Felda Lembah Bilut di Bentong
- KANAK-KANAK UMUR 3 TAHUN MENGETUAI LAONGAN REFORMASI DI KG MENDOI, KUALA KRAU
6 ceramah/dialog di PKR Cabang Bera Posted: 15 Sep 2011 06:03 PM PDT Parti Keadilan Rakyat mengadakan 6 ceramah dan dialog di Parti Keadilan Rakyat Cabang Bera didalam Jelajah Pahang anjuran Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR. Tetapi hanya 3 ceramah sahaja dapat dilangsungkan kerana ceramah/dialog ditempat terbuka tidak dapat diadakan memandangkan hujan lebat yang turun. PKR Cabang Bera akan menganjurkan ceramah/dialog semula di ke tiga-tiga kawasan yang terganggu itu dan tarikh program sudah pun dirundingkan. Sementara itu PKR akan menubuhkan sebuah Ranting baru di perkampongan Orang Asal di Paya Besar pada hari ini. Namun begitu perkampongan yang berkenaan tidak diumumkan terlebih awal memandangkan bahawa pihak musuh sentiasa mengintai dan menjalankan kegiatan bagi menggagalkan penubuhan ranting itu dengan berbagai usaha yang menakut-nakutkan penduduk. Kami akan umumkan pernubuhan Ranting tersebut malam ini melalui blog dan face book setelah Ranting dirasmikan untuk mengelakkan sebarang kemungkinan, taktik ini telah kami lakukan semasa penubuhan PKR Ranting Kg Dong, Buluh Nipis di Rompin dan PKR Ranting Kg Bangas di Maran dua hari yang lepaas. Dua buah lagi ranting baru akan ditubuhkan di kawasan Rompin dan begitu juga kami tidak akan membuat pengumuman sebelum perasmian kedua-dua Ranting itu untuk tidak diganggu oleh pihak musuh yang sanggup mengeluarkan wang ringgit dan menjalankan taktik menakut-nakutkan penduduk. |
Kg Chuat Tidak ada bekalan air bersih Posted: 15 Sep 2011 05:00 PM PDT Bangunan 2 tingkat untuk Sarang Burung Walid sedang dibina di Kg Chuat, Bera. Pemiliknya adalah seorang kaum Cina yang berkahwin dengan wanita Orang Asal di Kampong ini. "Towkay" Cina ini juga memiliki lebih dari 100 ekar tanah getah dan buah-buahan di Kampong Chuat. Sewaktu penduduk Kg Chuat sedang berkumpul untuk menghadir Majlis Ceramah anjuran PKR Kg Chuat didalam siri jelajah Pahang oleh Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR. Hari ini masuk hari ke 5 Jelajah tersebut dan pada hari ini telah diaturkan oleh PKR Cabang Bera sebanyak 6 ceramah/dialog. Ini adalah rumah yang lazimnya terdapat di Kg Chuat. Didalam siri lawatan oleh Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR ke Negeri Pahang, kami sampai ke Kg Chuat, Bera sebuah perkampongan Orang Asal di Bera. Kampong ini terletak di pinggir Jalan yang menghubungkan Bera dengan Muadzam Shah, terletak di tebing anak Sg Bera. Sesampai kami ke Kampong Chuat, kami berselisih dengan sebuah kenderaan Polis dan didalamnya ada 3 orang anggota Special Branch (SB), dan apabila mereka nampak kehadiran kami, mereka berpatah balik. Apalah yang nak diintipnya. Kami meletakkan kereta kami di hujung kampong, dan SB itu juga meletakkan kenderaan mereka disitu. Salah sebuah dari kereta kami meneruskan ke perkampongan Orang Asal Kg Chuat itu dan sebuah lagi di hujung kampong. Saya lihat 3 orang SB itu sukar mahu membuat pilihan. Nak tunggu kereta saya di hujung kampong atau mengekori sebuah kereta lagi ke dalam kampong. Saya tengok mereka serba salah. Di hujung kampong, saya mengedarkan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir. Pada waktu itu hujan turun begitu lebat. Dialog kami yang diaturkan di Kg itu terpaksa ditunda kerana hujan terlalu lebat; jadual dialog kami disitu sepatutnya berlangsung jam 5.30 petang. Bagaimana pun, Sdr Romani Mohamad yang masuk kedalam kampong dapat mengaturkan pertemuan dengan orang Kampong disebuah rumah dan sempat mengadakan dialog dengan penduduk. Diantara yang ditimbulkan oleh penduduk adalah gangguan daripada kawasan pembuangan sampah, iaitu kawasan yang ditetapkan oleh Majlis Daerah Bera dan Majlis Perbandaran Temerloh. Bertimbun-timbun sampah yang dibuang dan apabila hujan air kotor itu mengalir ke anak Sg Bera dimana penduduk menggunakan air itu untuk mandi, dan mengambil air itu itu memasak dan membasuh. Mereka menuntut air bersih disalurkan ke kampong mereka kerana setelah 54 tahun Merdeka, kampong itu masih lagi belum dibekalkan kepada penduduk kampong itu. Jalan masuk ke kampong itu berada didalam keadaan yang sangat buruk, inilah konsep Rakyat didahulukan dibawah pentadbiran UMNO/Najib, rakyat dipinggirkan, kemiskinan meluas. |
Siti Khalijah tertunai hajatnya melawat Felda Lembah Bilut di Bentong Posted: 15 Sep 2011 11:07 AM PDT Pn Dasimah mengagihkan Borang Peneroka Felda Baru kepada para hadirin. Mansuhkan Felda Plantation dan agihkan tanah kepada peneroka baru terdiri daripada Generasi ke-2 dan ke-3 adalah diantara tema Jelajah Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR ke Negeri Pahang. Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR menyerahkan secara simbolik Borang Penyertaan Peneroka Baru kepada Puan Dasimah Zainuddin, Ketua Wanita PKR Negeri Pahang untuk edaran kepada Genertasi ke-2 dan ke-3 Felda Pahang. Siti Khalijah bersama Pn Dasimah Haji Suhaimi Said Puan Siti Khalijah Haji Mohd, Ketua Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Wanita PKR menyatakan peristiwa bagaimana peneroka-peneroka Felda Cahaya Baru, Masai menjadi Jutawan Fakir ditangan pemimpin-pemimpin UMNO yang menyebabkan tanah ladang mereka tergadai ke Bank dan akhirnya tanah mereka di Felda Cahaya Baru hilang dari tangan mereka; pemimpin UMNO menjadi kaya raya dan peneroka-peneroka Felda Cahaya Baru menjadi jutawan Fakir. Siti Khalijah melahirkan rasa syukurnya kerana dapat melawat Felda Lurah Bilut, iaitu rancangan Felda yang tertua di Malaysia, manakala Felda Cahaya Baru no 2 tertua di Malaysia. Sdr Taminyin Paimin, AJK PAS kawasan Sekijang, Johor berucap di Majlis Ceramah PKR di Lembah Bilut didalam siri Jelajah Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR ke Negeri Pahang, hari ini adalah hari ke-4 lawatan Biro ke Pahang membawa mereka ke Bentong. Sebahagian dari para hidirin mendengar ucapan dengan tekun Bergambar setelah selesai Ceramah, berbaju Jingga itu adalah Sdr Othman, Tuan Rumah |
KANAK-KANAK UMUR 3 TAHUN MENGETUAI LAONGAN REFORMASI DI KG MENDOI, KUALA KRAU Posted: 15 Sep 2011 10:18 AM PDT Dari kiri: Pak Jabit (Man Kadir), Jahidin - Naib Ketua PKR Ranting Kg Paya Mendoi, Haji Suhaimi Said - Pengerusi Biro Masyarakat Orang Asal PKR, Sambut - Ketua UMNO Cawangan Kg Paya Mendoi dan Daud Cham - Ketua PKR Ranting Kg Paya Mendoi bergambar sebaik sahaja selesai Ceramah PKR di Kg Paya Mendoi, Kuala Krau didalam siri Jelajah Pahang anjuran Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal hari ke - 4 (di Cabang Kuala Krau, Pahang) Kanak-kanak cukup gembira kerana ada habuan untuk mereka. Dan didalam Majlis ini seorang kanak-kanak Kg Paya Mendoi berumur 3 tahun telah mengukir namanya sebagai wira kanak-kanak apabila beliau memberanikan diri melaungkan 3 kali REFORMASI dan diikuti oleh para hadirin. Sdr Ahmad Abu, Ketua PKR Ranting Kg Berdut sedang berucap; memakai baju Jingga itu adalah Sdr Ri, Tuan Rumah. Haji Suhaimi Said berbaju kuning bergambar dengan kanan-kanak di Kg Beredut, Kuala Krau dan disitu terdapat juga Pn. Siti Khalijah Hj Mohamad, Ketua Wanita Biro Felda dan Orang Asal PKR. Haji Suhaimi Said sempat bergambar dengan seorang anggota PKR Ranting Beredut. Inilah sebahagian daripada 40 orang tenaga penceramah PKR didalam siri Jelajah Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR ke Negeri Pahang, bergambar di depan papan Iklan Pusat Khidmat Rakyat, PKR Cabang Kuala Krau (Hari ke-4 Jelajah ke Negeri Pahang di Kuala Krau). |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan