Khamis, 15 September 2011

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Sessi Parliament ke 3, Tahun 2011 bermula 3hb Oktober 2011

Posted: 15 Sep 2011 10:07 PM PDT

Sessi ke 3, Penggal 4, Parliament ke 12 akan bermula pada 3hb Oktober ini dan berlanjutan hingga 1hb Disember.

Dalam sessi ini, Belanjawan 2012 akan dibentangkan oleh YAB Menteri Kewangan pada Jumaat, 7hb Oktober dan diikuti dengan sessi bahas badjet sehinnga 29hb November.

Dalam sessi ini, YB Sivarasa telah mengemukakan soalan-soalan seperti berikut:

1.         Tuan R. Sivarasa [Subang] meminta Menteri Luar Negeri menyatakan, memandangkan keputusan terbaru daripada Mahkamah Tertinggi Australia berkaitan dengan perjanjian menghantar 4000 pelarian kepada Malaysiia, adakah Kerajaan bercadang untuk menandatangani Konvesyen Antarabangsa Pelarian 1951
2.         Tuan R.Sivarasa [ Subang ] meminta Menteri  Pertahanan menyatakan adakah 'komisyen' tambahan selain daripada komisyen 114 .9 juta Euro dan juga 'komisyen' 30 juta Euro dan 2.5 juta Euro  yang dibayar kepada pihak-pihak lain termasuk Perimekar Sdn Bhd dan syarikat di Malta bernama Gifen yang berkaitan dengan pembelian kapal selam Scorpene.
3.         Tuan R. Sivarasa [Subang] meminta Perdana Menteri memberikan unjuran pendapatan tahunan, kos penyelenggaraan, penambangan (ridership) dan harga tambang MRT dari tahun 2016 hingga 2020 dan juga menyatakan kenapa permintaan puluhan ribu penduduk untuk MRT dibena di bawah Tanah di kawasan  Kota Damansara, Bandar Utama, Taman TTDI, seksyen 16, 17 PJ tidak dipedulikan
4.         Tuan R. Sivarasa [Subang] meminta Menteri Pelajaran menyatakan  kenapa untuk mata pelajaran Kesusasteraan Cina dan Tamil, di tahun 2010, tiada satu murid pun yang dapat gred A+, manakala 336 murid dapat A+ untuk mata pelajaran Kesusasteraan Melayu dan di tahun 2009, 134 murid dan 36 murid dapat A+  untuk Kesusasteraan Cina dan Tamil masing-masing
5.         Tuan R.Sivarasa [ Subang ] meminta Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan akan bercadang meminda Peraturan Mesyuarat Parlimen yang sedia ada untuk memastikan  perjalanan semua jawatankuasa parlimen adalah terbuka kepada awam mengikut tradisi Parlimen Westminster dan parlimen moden dengan kuasa untuk mengadakan mesyuarat tertutup dalam keadaan yang istimewa ( special circumstances )
6.         Tuan R.Sivarasa [ Subang ] meminta Menteri Kesihatan  menyatakan hasil siasatan Jawatankuasa Siasatan (Investigation Committee) yang ditubuhkan oleh kementerian bagi menyiasat kes menembak gas pemedih mata dan menyebur air berkimia ke dalam kawasan Hospital Tung Shin pada 9 Julai 2011.
7.         Tuan R.Sivarasa [Subang] meminta Menteri Pelajaran menyatakan samada Kerajaan Barisan Nasional bercadang mengambil balik tanah 3 ekar yang mulanya diperuntukkan untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Effingham di Damansara Utama yang sekarang diambil oleh pemimpin MIC.
8.         Tuan R.Sivarasa [Subang] meminta Menteri Luar Negeri  menyatakan sama ada tindakan Ratu Queen Elizabeth II memakai baju kuning semasa Perdana Menteri menghadapnya di Istana Buckingham pada 14 Julai 2011 akan menjejaskan hubungan antara Malaysia dengan United Kingdom?
9.         Tuan R.Sivarasa [Subang] meminta Menteri Kewangan menyatakan pelan kerajaan untuk membantu pesara menghadapi situasi inflasi menghakis keupayaan menabung kerana menurut Global Aging Report, hanya 21% rakyat Malaysia bersedia dari segi kewangan untuk persaraan.
10.       Tuan R.Sivarasa [Subang] meminta Perdana Menteri menyatakan samada Kerajaan bercadang meratifikasikan Konvensyen menentang Penyeksaan dan juga Kovenan Antarabangsa berkenaan Hak Sivil dan Politik dan juga Kovenan Antarabangsa berkenaan Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan

BANJIR KILAT di kawasan Parlimen Subang

Posted: 15 Sep 2011 09:23 PM PDT

Pada petang 14hb September, berikutan hujan lebat, beberapa kawasan di Parlimen Subang telah dilanda banjir kilat yang mengakibatkan kesusahan kepada penduduk dan kerosakan harta benda.

YB Sivarasa dan pasukan daripada Pusat Khidmat Ahli Parlimen Subang telah turun ke kawasan terlibat sebaik sahaja menerima makluman bencana. Pelbagai perkhidmatan diatur dan disediakan dengan keselamatan penduduk diutamakan.

Kawasan yang terlibat adalah kawasan rumah kos rendah di Bandar Baru Sg Buloh, Kpg Paya Jaras Hilir, Kpg Kubu Gajah dan Kpg Merbau Sempak.

Rumah Ahli Majlis Selayang, Sdr Zulnizam juga ditenggelami air dan YB Sivarasa juga sempat melawat kediaman tersebut untuk memberikan sokongan moral kepada Sdr Zulnizam sekeluarga.

Mangsa Banjir meluahkan perasaan

YB Siva mendengar rintihan





Bersama Ketua Kpg Merbau Sempak
Makanan panas yang disediakan



Bersama Pasukan Penyelamat
Bersama Petugas di Pusat Khidmat sementara di Kubu Gajah

Tiada ulasan: