The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
Jelajah Pahang oleh Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Posted: 09 Sep 2011 04:49 PM PDT Hari ini (10.9.11) bermulalah lawatan kerja (jelajah) Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Parti Keadilan Rakyat ke Negeri Pahang. Jelajah seperti ini telah digalas oleh Biro ini ke beberapa buah Negeri didalam beberapa siri dengan menfaatnya telah diperolehi oleh Cabang-Cabang Parti Keadilan yang terlibat dengan lawatan itu. Kesan yang paling positif diperolehi hasil dari lawatan kerja ini telah dirasakan khususnya di Negeri Sembilan bila mana selepas satu ditubuhkan Ranting PKR ditubuhkan satu lagi dan dengan penambahan Ranting dan Keanggotaan ini memungkinkan Negeri Sembilan akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat didalam Pilihanraya yang akan datang. Lawatan kerja ke rancangan-rancangan Felda di Negeri Sembilan telah dibuat bertali-arus. Untuk Negeri Johor, Biro ini telah berjaya mengadakan 2 siri lawatan dan berjaya menubuhkan 2 buah Ranting baru iaitu di Felda Lok Heng dan Felda Nitar 2, dan berjaya memasuki perkampongan Orang Asal. Di Perak, Biro ini telah membuat lawatan siri pertama ke rancangan-rancangan Felda Trolak dan Besaut; dan siri kedua lawatan ini akan bermula setelah tamat siri lawatan ke Negeri Pahang; manakala di Negeri Selangor, lawatan dari Biro ini dibuat dari masa ke masa memandangkan bahawa disana terletaknya Pejabat Sekretariat Task Force Felda Negeri Selangor. Didalam siri lawatan kerja ke Negeri Pahang, Biro Masyarakat Felda akan mengadakan ceramah dan dialog di rancangan-rancangan Felda dan perkampongan Orang Asal. Penetapan dari Biro ini adalah untuk mengadakan 6 majlis ceramah di waktu malam dan 6 majlis dialog diwaktu siang di setiap Cabang PKR yang dilawati. Pada 10.9.11 iaitu hari permulaan lawatan kerja ini, sebanyak 6 ceramah akan diadakan di rancangan-rancangan Felda dan 6 dialog di perkampongan Orang Asal di kawasan Rompin dan akan dituanrumahkan oleh Parti Keadilan Rakyat Cabang Rompin. Semua tenaga penceramah yang disenaraikan seramai 40 orang akan berkumpul di Rumah Sdr Rosni Haji Arshad, Naib Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pahang di Felda Keratong 6 untuk Majlis Taklimat dari Biro ini sebelum mereka dibawa ke destinasi dialog dan ceramah yang akan diadakan. Lawatan ini sesungguhnya menjadi kayu pengukur kepada kemampuan dan kekuatan Cabang-Cabang PKR di Negeri Pahang. Cabang-cabang yang berjaya mengadakan program bagi menerima lawatan ini bolehlah dianggap sebagai Cabang-Cabang yang sudah bersedia untuk menghadapi Pilihanraya Umum yang semakin menghampiri; dan bagi Cabang-Cabang yang tidak mampu mengadakan program untuk lawatan ini, masih perlu menjalani proses penyusunan organisasi bagi menghadapi cabaran Pilihanraya Umum. Bukan senang untuk mengadakan 12 Majlis Ceramah dan Dialog yang dilakukan serentak di setiap Cabang, dan hanya Cabang-Cabang yang kukuh dan kuat dengan organisasi yang tersusun dan tenaga kerja yang mencukupi sahaja yang mampu melakukan program seumpama ini. Selaku Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada usaha semua Cabang untuk menjayakan program lawatan kerja Biro ini. |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan